Sabtu, 12 Februari 2011

Rinduku bertandang semula

Salam alaykum warahmatullah...

Rinduku bertandang semula setelah melihat gambar kenangan sambutan Majlis Rasul pada tahun lepas. Aku teringin untuk berkongsi dengan semua....saksikanlah ! video

Isnin, 7 Februari 2011

Syeikh Ja'far al Barzanji..( Sohibul Maulid )


Assalamualaikum...

Maulidur Rasul makin menghampiri...maka ramailah yg akan membaca maulid Berzanji sepanjang bulan Maulid itu nanti. Tetapi berapa ramaikah yang mengenali sohibul maulid ini. Jesteru, tidak tahu dan tidak mengenali beliau, beberapa dari ummat Muhammad dengan pantasnya mencerca keilmuan beliau. Mungkin juga tidak bersependapat dengan pemgamalan maulid, lantas menzalimi beliau dengan tuduhan tidak bernas dan menyakiti diri beliau dengan tuduhan peribadi....

Dengan itu, kami sertakan biodata beliau buat tatapan. Maka dengan kenal menghadirkan cinta. Al Fatihah buat beliau...

_______________________________________

Sayyid Ja'far Al-Barzanji

Sayyid Ja'far bin Sayyid Hasan bin Sayyid 'Abdul Karim bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Rasul al-Barzanji adalah seorang ulama besar keturunan Junjungan Nabi s.a.w. dari keluarga Saadah al-Barzanji yang masyhur berasal dari Barzanj di Iraq. Beliau dilahirkan di Kota Madinah al-Munawwarah pada tahun 1126H.

Segala usul Sayyid Ja'far semuanya merupakan ulama terkemuka yang terkenal dengan ilmu dan amal, keutamaan dan kesholehan. Habib Prof. Dr. Muhammad bin 'Alwi bin 'Abbas al-Maliki (jika ada orang berbangga-bangga dengan gelar Dr.nya dalam bidang hadits, maka aku nyatakan bahawa al-Habib Muhammad al-Maliki ini juga telah meraih gelar Dukturahnya dalam bidang hadits pada usianya 25 tahun dari Harvard dan Oxfordnya dunia Islam iaitu Universiti al-Azhar asy-Syarif, oleh itu jika kamu berbangga-bangga dengan kesarjanaan versi dukturah ini, maka simpanlah dulu Dr. kamu tu dalam poket) dalam "Haul Ihtifaal bi dzikra al-Mawlid an-Nabawi asy-Syarif" menulis pada halaman 99 :-

Al-'Allaamah al-Muhaddits al-Musnid as-Sayyid Ja'far bin Hasan bin 'Abdul Karim al-Barzanji adalah MUFTI ASY-SYAFI`IYYAH di Kota Madinah al-Munawwarah. Telah berlaku perselisihan tentang tarikh kewafatannya, di mana sebahagiannya menyebut yang beliau meninggal pada tahun 1177H. Imam az-Zubaidi dalam "al-Mu'jam al-Mukhtash" menulis bahawa beliau wafat tahun1184H, di mana Imam az-Zubaidi pernah berjumpa dengan beliau dan menghadiri majlis pengajiannya di Masjid Nabawi yang mulia.

Beliau adalah pengarang kitab mawlid yang masyhur dan terkenal dengan nama "Mawlid al-Barzanji". Sebahagian ulama menyatakan bahawa nama karangannya tersebut sebagai "I'qdul Jawhar fi mawlid an-Nabiyyil Azhar". Mawlid karangan beliau ini adalah di antara kitab mawlid yang paling tersohor dan paling luas tersebar ke pelosok negeri 'Arab dan Islam, baik di Timur maupun di Barat. Bahkan ramai kalangan 'Arab dan 'Ajam yang menghafalnya dan mereka membacanya dalam perhimpunan-perhimpunan agama yang munasabah. Kandungannya merupakan khulaashah (ringkasan) sirah nabawiyyah yang meliputi kisah lahir baginda, perutusan baginda sebagai rasul, hijrah, akhlak, peperangan sehingga kewafatan baginda................

Kitab "Mawlid al-Barzanji" ini telah disyarahkan oleh al-'Allaamah al-Faqih asy-Syaikh Abu 'Abdullah Muhammad bin Ahmad yang terkenal dengan panggilan Ba`ilisy yang wafat tahun 1299H dengan satu syarah yang memadai, cukup elok dan bermanfaat yang dinamakan "al-Qawl al-Munji 'ala Mawlid al-Barzanji" yang telah banyak kali diulang cetaknya di Mesir.

Ikhwah lihat, bagaimana Habib Muhammad menyatakan bahawa Sayyid Ja'far adalah seorang 'allaamah, seorang muhaddits lagi musnid yang menjadi sanad dan sandaran umat. Jadi bagaimana kita tergamak membuka mulut kita dan menggerakkan lidah kita yang tidak bertulang untuk mencemoh dan merendah-rendahkan pribadi seperti Sayyid Ja'far, Mufti Syafi`iyyah di Kota Madinah. Allahu ... Allah.

Sebagaimana dinyatakan oleh Buya al-Maliki di atas, mawlid Sidi Ja'far al-Barzanji ini telah disyarahkan pula oleh para ulama kenamaan umat ini.

Antara yang masyhur mensyarahkannya ialah Syaikh Muhammad bin Ahmad 'Ilyisy al-Maaliki al-'Asy'ari asy-Syadzili al-Azhari yang mengarang kitab "al-Qawl al-Munji 'ala Mawlid al-Barzanji". Beliau ini adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif, bermazhab Maliki lagi Asy`ari dan menjalankan Thoriqah asy-Syadziliyyah. Beliau lahir pada tahun 1217H (1802M) dan wafat pada tahun 1299H (1882M). Beliau bukanlah calang-calang ulama pula, ketinggian ilmunya dapat dilihat dalam kitab-kitab karangannya yang bernilai tinggi, antaranya : "Hidaayatul Muriid li 'Aqiidati Ahlit Tauhiid", "Syarah al-'Aqaa-idul Kubra lis Sanusi", "Haasyiah 'ala Syarhish Shoghir lid-Dardiir", "Minhul Jaliil 'ala Mukhtashar Khaliil" dan "Hidaayatus Saalik ila Aqrabil Masaalik fi Furu`il Fiqhil Maaliki".

Selain Syaikh Ba`ilisy, ulama kita kelahiran Banten, Pulau Jawa, yang terkenal sebagai ulama dan penulis yang produktif dengan banyak karangannya.

Sayyidul 'Ulama-il Hijaz,

an-Nawawi ats-Tsani,

Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi turut menulis syarah yang lathifah bagi "Mawlid al-Barzanji" dan karangannya itu dinamakannya "Madaarijush Shu`uud ila Iktisaa-il Buruud".

Manakala, seorang keturunan Sayyid Ja'far al-Barzanji yang mempunyai nama yang sama dengan beliau, iaitu Sayyid Ja'far bin Sayyid Isma`il bin Sayyid Zainal 'Abidin bin Sayyid Muhammad al-Hadi bin Sayyid Zain yang merupakan suami kepada satu-satunya anak Sayyid Ja'far al-Barzanji, telah juga menulis syarah bagi "Mawlid al-Barzanji" tersebut yang dinamakannya "al-Kawkabul Anwar 'ala 'Iqdil Jawhar fi Mawlidin Nabiyil Azhar".

Sayyid Ja'far ini juga adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif. Beliau juga merupakan seorang Mufti Syafi`iyyah.

Karangan-karangan beliau antaranya:

1. "Syawaahidul Ghufraan 'ala Jaliyal Ahzan fi Fadhaa-il Ramadhan",

2. "Mashaabiihul Ghurar 'ala Jaliyal Kadar"

3. "Taajul Ibtihaaj 'ala Dhau-il Wahhaaj fi Israa` wal Mi'raaj".

Beliau juga telah menulis sebuah manaqib yang menceritakan perjalanan hidup dan ketinggian nendanya Sayyid Ja'far al-Barzanji dengan jodol "ar-Raudhul A'thar fi Manaqib as-Sayyid Ja'far".

Latar Belakang Pendidikannya


Beliau dibesarkan di bawah didikan dan asuhan ayahandanya. Beliau mempelajari al Quran daripada Syeikh Ismail al Yamani radiyaLlahu 'anhu. Kemudian mempelajari ilmu tajwid daripada syeikh Yusuf al Sa'idi radiyaLLahu 'anhu dan Syeikh Syams al din al Misri radiyaLlahu 'anhu. Di antara guru-gurunya di Madinah ialah :

1. Sayyid Abdul Karim Haidar al Barzanji radiyaLlahu 'anhu

2. Sayyid Yusuf al Kurdi radiyaLLahu 'anhu

3. Sayyid 'AtiyyatuLlah al Hindi radiyaLlahu 'anhu

Setelah itu, beliau mendalami ilmunya dengan ulama' yang berada di Makkah dan menetap di sana selama 5 tahun. Di antara guru-gurunya di Makkah ialah :

1. Syeikh 'AtaiLlah ibn Ahmad al Azhari

2. Syeikh Abdul Wahhab al Tontowi al Ahmadi

3. Syeikh Ahmad al Asybuli dan lain-lain lagi.

Oleh kerana kepakarannya yang tinggi di dalam persada ilmu, beliau telah diijazahkan dengan sanad-sanad ilmu oleh masyaikh pada zamannya. Di antara guru-gurunya yang pernah menganugerahkan sanad kepadanya ialah :

1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi

2. Sayyid Ahmad al Tobari

3. Syeikh Muhammad ibn Hasan al 'Ujaimi

4. Sayyid Mustafa al Bakari

5. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri

Beliau telah belajar daripada mereka pelbagai ilmu pengetahuan. Di antaranya ilmu saraf, nahu. mantiq, ma'ani, bayan, adab, fiqh, usul fiqh, faraidh, matematik, hadith, mustalah hadith, tafsir, dakwah, kejuruteraan, arudh, kalam, bahasa, sirah, qiraat, suluk, tasawwuf dan sebagainya.

Apa yang berlaku pada zaman mutakhir ini, sesetengah ahli masyarakat melemparkan tuduhan bahawa beliau bukan seorang ilmuwan Islam. Anggapan yang tidak berasas ini, menyebabkan kitab maulid karangannya yang selama ini diterimapakai di dalam Majlis Sambutan Maulid Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam di kebanyakan negara Islam dituduh mengandungi banyak perkara khurafat dan bertentangan dengan Al Quran dan Hadith.

Oleh kerana itu, untuk meneutralkan tanggapan negatif ini, adalah wajar diketengahkan sanad beliau yang menghubungkan ilmunya dengan dua buah kitab hadith yang muktabar; al Bukhari dan Muslim sehingga kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bagi membuka mata dan meyakinkan kita bahawa pengarang Kitab Maulid Barzanji yang kita baca selama ini bukanlah calang-calang ulama.

Sanad Jami' Al Sahih Imam Bukhari

Sayyid Ja'far al Barzanji belajar daripada,

1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi, belajar daripada

2. Syeikh Ibrahim al Dir'i, belajar daripada

3. Syeikhah Fatimah binti SyukriLLah al Uthmaniyyah, bonda nendanya Sayyid Muhammad ibn Abdur Rasul, belajar daripada

4. Al Syams Muhammad ibn Ahmad al Ramli, belajar daripada

5. Syeikh al Islam al Qadhi Zakaria ibn Muhammad al Ansari, belajar daripada

6. al Hafiz Ahmad ibn Ali ibn Hajar al Asqalani, belajar daripada

7. Syeikh Ibrahim ibn Ahmad al Tanukhi, belajar daripada

8. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abi Talib al Hajjar al Dimasyqi, belajar daripada

9. al Siraj al Husain al Mubarak al Zaibidi, belajar daripada

10. Abdil awwal ibn Isa al Harawi, belajar daripada

11. Abdir Rahman ibn Muzaffar al Dawudi, belajar daripada

12. Abi Muhammad AbduLLah ibn Hamawih al Sarkhasi, belajar daripada

13. Syeikh Abdi AbdiLlah Muhammad ibn Yusuf ibn Matar al Farabri, belajar daripada

Pengumpulnya, Amirul Mukminin al Imam al Hafiz al Hujjah Abu AbdiLLah Muhammad ibn Ismail al Bukhari.

Sanad Sohih Muslim

Sayyid Ja'far al Barzanji, belajar daripada

1. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri, daripada

2. Syeikh Muhammad Zurqani ibn Abdul Baqi al Maliki al Azhari, daripada

3. Al Hafiz Muhammad ibn 'Ala' al Babili, daripada

4. Syeikh Abi al Naja Salim ibn Muhammad al Sanhuri, daripada

5. Al Najm Muhammad ibn Ahmad al Ghaiti, daripada

6. Syeikh al Islam Zakaria ibn Muhammad al Ansari, daripada

7. Abi al Nu'aim Ridhwan ibn Muhammad, daripada

8. Syeikh Abi Tahir Muhammad ibn Muhammad, daripada

9. Abi al Faraj Abdur Rahman ibn Abdul Hamid al Maqdisi, daripada

10. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abdud Daim al Nablusi, daripada

11. Syeikh Muhammad ibn Ali al Harani, daripada

12. Faqih al Haram Muhammad ibn al Fadhl al Farawi, daripada

13. Syeikh Abi al Husain Abdul Ghafir ibn Muhammad al Farisi, daripada

14. Abi Ahmad Muhammad ibn Isa al Jaludi, daripada

15. Syeikh Abi Ishaq Ibrahim ibn Muhammad ibn Sufyan al Zahid, daripada

Pengumpulnya al Imam al Hujjah Muslim ibn al Hajjaj al Qusyairi al Naisaburi.

Kepakarannya di dalam bidang keilmuwan telah menarik ramai orang datang menemuinya untuk mempelajari ilmu. Beliau mengikuti dan menyelami jalan ahli tasawwuf dan meninggalkan kerehatan dan tidur lebih dari 20 tahun sehingga beliau mempunyai kemahiran di dalam ilmu naqli (berasaskan al Quran dan Sunnah) dan aqli. Beliau pernah mengambil tariqat daripada Sayyid 'AtiyatuLlah al Hindi dan Sayyid Mustafa al Bakari.

Beliau telah mengarang banyak kitab yang menakjubkan dan bermanfaat. Di antaranya ialah kitab Maulid Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam yang tidak pernah ditulis oleh pengarang sebelumnya yang dinamakan dengan 'Iqd al Jauhar fi Maulid al Nabi al Azhar sallaLlahu 'alaihi wasallam.

Hubungan Sosial

Beliau juga mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam masyarakat sehingga dilantik sebagai Mufti Mazhab Syafie radiyaLLahu 'anhu di al Madinah al Munawwarah. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga kewafatannya dan dianugerahkan dengan kebesaran yang tinggi sehingga kata-katanya diperkenankan dan dilaksanakan oleh raja-raja dan pemerintah-pemerintah di Haramain (Makkah dan Madinah), Mesir, Syam, Rom dan sebagainya.

Kata-katanya juga diterimapakai oleh Jemaah Menteri Kerajaan Uthmaniyyah dan pembesar-pembesar negara tersebut. Suaranya tersebar seperti burung yang berterbangan di seluruh pelusuk dunia hingga hampir tiada sesiapa yang tidak mengenalinya. Karyanya tersebar luas dan kelebihan kitabnya tiada tolok bandingnya pada zamannya.

Akhlaknya


Beliau mempunyai akhlak yang mulia, bersifat tawadhu', hati yang bersih, cepat memaafkan orang lain dan tidak mengabaikan hak orang lain. Beliau merupakan keturunan dari keluarga RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan di kalangan ketua yang menjadi tempat rujukan keturunan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam pada zamannya. Beliau juga merupakan seorang yang zuhud, wara', berpegang dengan al Quran dan Sunnah, banyak berzikir, sentiasa bertafakkur, mengorbankan harta dan jiwa untuk melakukan kebaikan serta banyak bersedekah sehingga dikenali sebagai seorang dermawan.

Beliau juga mempunyai karamah yang dizahirkan oleh ALlah subahanahu wa Ta'ala. Di antaranya, beliau pernah dipanggil dari tempat solatnya pada Hari Jumaat menaiki mimbar RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Pada masa tersebut, sedang berlaku kemarau yang panjang. Maka orang bertawassul dengannya supaya diturunkan hujan. Dengan kehendak ALlah subahanahu wa Ta'ala, maka hujan pun turun dengan lebatnya dan tanah yang kering kontang menjadi subur. Ramai di kalangan ulama' yang memujinya sebagaimana yang dirakamkan di dalam syair gubahan mereka. Di antaranya :
سقى الفاروق بالعباس قدما
و نحن بجعفر غيثا سقينا

وسيلنا إمام العارفينا

"Dahulu sayyiduna Umar RadiyaLlahu 'anhu pernah bertawassul meminta hujan dengan Sayyiduna al Abbas radiyaLLahu 'anhu, dan kini kami bertawassul dengan Ja'far radiyaLlahu 'anhu, maka diturunkan hujan kepada kami"



Khalifah Umar ibn al Khattab radiyaLlahu 'anhu sepertimana yang diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim daripada Anas radiyaLlahu 'anhu pernah bertawassul dengan bapa saudara Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam, iaitu Abbas ibn Abdul Muttalib ketika berlaku musim kemarau. Umar RadiyaLlahu 'anhu berdoa :
Quote

اللهم إنا كنا إذا قحطنا توسلنا إليك بنبينا فتسقنا وإنا نتوسل إليك بعم نبينا محمد صلى الله عليه وسلم فاسقنا, قال : فيسقون

Ya ALlah! Sesungguhnya apabila kami menghadapi kemarau, kami bertawassul kepada Engkau dengan Nabi kami (Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam) maka Engkau menurunkan hujan kepada kami. Dan sekarang ini, kami bertawassul kepada Engkau dengan bapa saudara Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam, maka turunkanlah hujan jepada kami." Anas radiyaLlahu 'anhu menyebut, "Maka hujan pun diturunkan ke atas mereka."



Berbalik kepada Sidi Ja'far al-Barzanji, selain dipandang sebagai mufti, beliau juga menjadi khatib di Masjid Nabawi dan mengajar di dalam masjid yang mulia tersebut. Beliau terkenal bukan sahaja kerana ilmu, akhlak dan taqwanya, tapi juga dengan kekeramatan dan kemakbulan doanya. Penduduk Madinah sering meminta beliau berdoa untuk hujan pada musim-musim kemarau. Diceritakan bahawa satu ketika di musim kemarau, sedang beliau sedang menyampaikan khutbah Jumaatnya, seseorang telah meminta beliau beristisqa` memohon hujan. Maka dalam khutbahnya itu beliau pun berdoa memohon hujan, dengan serta merta doanya terkabul dan hujan terus turun dengan lebatnya sehingga seminggu, persis sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Junjungan Nabi s.a.w. dahulu. Menyaksikan peristiwa tersebut, maka sebahagian ulama pada zaman itu telah memuji beliau dengan bait-bait syair yang berbunyi:-

سقى الفروق بالعباس قدما * و نحن بجعفر غيثا سقينا
فذاك و سيلة لهم و هذا * وسيلتنا إمام العارفينا

Dahulu al-Faruuq dengan al-'Abbas beristisqa` memohon hujan
Dan kami dengan Ja'far pula beristisqa` memohon hujan
Maka yang demikian itu wasilah mereka kepada Tuhan
Dan ini wasilah kami seorang Imam yang 'aarifin

Sidi Ja'far al-Barzanji wafat di Kota Madinah dan dimakamkan di Jannatul Baqi`, sebelah bawah maqam nenda-nenda beliau dari kalangan anak-anak perempuan Junjungan Nabi s.a.w. Allahu ... Allah. Bertuah sungguh Sayyid Ja'far. Karangannya membawa umat ingatkan Junjungan Nabi s.a.w., membawa umat kasihkan Junjungan Nabi s.a.w., membawa umat rindukan Junjungan Nabi s.a.w. Setiap kali karangannya dibaca, pasti sholawat dan salam dilantunkan buat Junjungan Nabi s.a.w. Juga umat tidak lupa mendoakan Sayyid Ja'far yang telah berjasa menyebarkan keharuman pribadi dan sirah kehidupan makhluk termulia keturunan Adnan. Allahu ... Allah.

اللهم اغفر لناسج هذه البرود المحبرة المولدية
سيدنا جعفر من إلى البرزنج نسبته و منتماه
و حقق له الفوز بقربك و الرجاء و الأمنية
و اجعل مع المقربين مقيله و سكناه
و استرله عيبه و عجزه و حصره و عيه
و كاتبها و قارئها و من اصاخ إليه سمعه و اصغاه

Ya Allah ampunkan pengarang jalinan mawlid indah nyata
Sayyidina Ja'far kepada Barzanj ternisbah dirinya
Kejayaan berdamping denganMu hasilkan baginya
Juga kabul segala harapan dan cita-cita
Jadikanlah dia bersama muqarrabin berkediaman dalam syurga
Tutupkan segala keaiban dan kelemahannya
Segala kekurangan dan kekeliruannya
Seumpamanya Ya Allah harap dikurnia juga
Bagi penulis, pembaca serta pendengarnya

Kegigihan beliau menuntut ilmu:

Semasa kecilnya beliau telah belajar Al-Quran dari Syeikh Ismail Al-Yamani, dan belajar tajwid serta membaiki bacaan dengan Syeikh Yusof As-So’iedi dan Syeikh Syamsuddin Al-Misri.

Antara guru-guru beliau dalam ilmu agama dan syariat:-

- Syed Abdul Karim Haidar Al-Barzanji
- Syeikh Yusuf Al-Kurdi
- Syed Athiyatullah Al-Hindi.

Beliau kemudiannya berhijrah dan menetap di Mekah selama lima tahun. Di sana beliau telah belajar daripada ulamak-ulamak terkenal, antaranya:-

- Syeikh Athaallah ibn Ahmad Al-Azhari
- Syeikh Abdul Wahab At-Thanthowi Al-Ahmadi
- Syeikh Ahmad Al-Asybuli
Beliau juga telah diijazahkan oleh sebahagian ulama’, antaranya:-
- Syeikh Muhammad At-Thoyib Al-Fasi
- Syed Muhammad At-Thobari
- Syeikh Muhammad ibn Hasan Al-A’jimi
- Syed Musthofa Al-Bakri
- Syeikh Abdullah As-Syubrawi Al-Misri

Ilmu yang dikuasai :

Syed Ja’far Al-Barzanji telah menguasai banyak cabang ilmu, antaranya: Shoraf, Nahu, Manthiq, Ma’ani, Bayan, Adab, Fiqh, Usul Fiqh, Faraidh, Hisab, Usuluddin, Hadis, Usul Hadis, Tafsir, Hikmah, Handasah, A’rudh, Kalam, Lughah, Sirah, Qiraat, Suluk, Tasawuf, Kutub Ahkam, Rijal, Mustholah...

Karangan beliau:

- البر العاجل بإجابة الشيخ محمد غافل
- جالية الكدر بأسماء أصحاب سيد الملائك والبشر
- جالية الكرب بأسماء سيد العجم والعرب في أسماء البدريين والأحديين
- الجني الداني في مناقب الشيخ عبد القادر
- الروض المعطار فيما يحدي السيد محمد من الأشعار
- الشقائق الأترجية في مناقب الأشراف البرزنجية
- الطوالع الأسعدية من المطالع المشرقية
- العرين لأسماء الصحابة البدريين
- فتح الرحمن على أجوبة السيد رمضان
- الفيض اللطيف بإجابة نائب الشرع الشريف
- النفح الفرجي في فتح جته جي في التاريخ
- نهوض الليث لجواب أبي الغيث
- عقد الجوهر في مولد النبي الأزهر صلى الله عليه وسلم (kitab maulid yang dikenali dengan Maulid Barzanji)

Kemasyhuran beliau:

Beliau telah diiktiraf dan mendapat kedudukan di sisi pembesar Mekah dan Madinah, serta menteri-menteri Kerajaan Uthmaniah. Tersebarlah kemasyhuran dan kehebatan beliau keseluruh pelusuk dunia Islam, sehinggakan beliau dikenali ramai. Karangan-karangan beliau telah diterima dan dipuji oleh ulama’-ulama’ sezaman denganya sehingga tersebarnya tulisan beliau dikalangan penuntut ilmu.

Sifat-sifat beliau:


Mempunyai akhlak yang terpuji, jiwa yang bersih, sangat pemaaf dan pengampun, zuhud, amat berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah, wara’, banyak berzikir, sentiasa bertafakkur, mendahului dalam membuat kebajikan bersedekah,dan s pemurah,...

Dari riwayat hidup Syed Ja’far Al-Barzanji di atas, jelas kepada kita bahawa beliau bukannya calang-calang orang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Bahkan beliau menjawat jawatan Mufti Madinah Munawwarah sekian lama yang menunjukkan kepada kita ketinggian ilmu beliau dan kesolehan beliau.

Harapan penulis agar kita tidak terburu-buru mengutuk dan merendahkan ulama’-ulama’ Islam. Walaupun kita tidak bersetuju pada sesetengah perkara yang khilafiah, janganlah kita terus menghentam dan membidaahkan lawan kita. Selagi mana perkara tersebut ijtihadiah, contohnya pada menghukumkan hadis atau beramal dengannya, sepatutnya kita mengikut kaedah fiqh (الاجتهاد لا ينقض بالاجتهاد)- Ijtihad tidak dapat membatalkan ijtihad yang lain. Semoga segala yang baik daripada tulisan ini dapat diambil manfaatnya, dan jika ada kesilapan, sama-samalah kita perbetulkannya.

Rujukan:

1. Al-Kawakib Al-Anwar syarh Al-Maulid An-Nabawi, karangan Syed Ja’far ibn Al-Barzanji (keturunan Syed Ja’far Al-Barzanji pengarang Maulid), wafat pada tahun 1317 H bersamaan 1899 M, tahqiq Nada Farj Darwisy, disemak oleh Institut Pengkajian Akademik Universiti Azhar, cetakan Markaz ibn Al-Athar litthurath, muka surat 647-650.
2. Kasyfuz Zunun ‘an Asami Al-Kutub wal Funun, karangan Haji Khalifah, cetakan 1999 M Darul Fikr, Beirut, bab jim ‘ja’far’, jilid 5, muka surat 211.
3. Al-Asybah wan Nazhair, Jaluddin As-Suyuthy, cetakan ketiga 2005 M Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut, jilid 2, muka surat 225.

Selasa, 11 Januari 2011

Rasa yang terabai



Salam ala manijtamaal huda....

Ana pohon ampun sebab sudah lama tidak meng"up load" bahan-bahan baru. Jadi, untuk meneruskan kesinambungan ana up loadkan bahan yang ana tulis untuk ceramah di Pulau Pinang, dengan tajuknya " Rasa yang terabai "....

.......................

KERTAS KERJA

RASA YANG TERABAI

1.0 MUQADDIMAH


Islam ialah agama yang lengkap dan syumul. Lengkapnya Islam itu bukan sekadar menyelesaikan masalah zahir dalam kehidupan seharian manusia sahaja. Namun, Islam turut menyelesaikan masalah dalaman pada setiap individu.

Secara umumnya manusia mengandungi 3 elemen. Jasmani, rohani dan intelek. Ketiga-tiga perkara ini dijaga oleh Islam melalui maqasid Islam itu sendiri. Di sinilah terletaknya kesyumulan Islam melalui keseimbangan ketiga elemen ini. Kadar keseimbangan ini perlu dijaga seperti kadar kesimbangan sistem imun tubuh badan kita yang zahir. Kekurangannya dan kelebihannya yang tidak teratur akan membawa kepada penyakit. Jika tidak dibendung akan membawa kepada kronik dan membarah.

Hari ini, kepincangan masyarakat dalam segala segi seperti akhlak, jahil, kemaksiatan dan lain-lain adalah berpunca dari kekurangan dari salah satu elemen itu. Kertas kerja ini pula akan membahaskan elemen rasa yang diabaikan oleh masyarakat khususnya golongan agamawan sehingga menabrakkan lagi kebobrokan pelbagai gejala.

Semoga usaha kecil ini dapat membantu golongan agamawan menyelesaikan masalah umat seperti yang dituntut oleh Rasul, kerana agamawan adalah pewaris rasul dan rasul telah meninggalkan legasi untuk memelihara umatnya.

Sabda Rasul s.a.w : (( Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak)).

2.0 RASIONAL

2.1 Perbincangan bersama GPI di peringkat negeri semasa Program Kem Solat Berkesan Negeri Johor 2010, di Gunung Berlumut.

2.2 Masalah yang selalu diutarakan kepada penulis tentang mereka yang bersolat tetapi masih melakukan maksiat.

2.3 Masalah yang diutarakan oleh masyarakat bukan Islam tentang kebobrokan masyarakat Islam, sedangkan mereka mempunyai al Quran, hadis dan sistem yang bagus.

3.0 KEPENTINGAN TAJUK

3.1 Berkaitan dengan iman. Seseorang yang kehilangan rasanya adalah orang yang sakit. Kaedahnya seperti orang demam.

3.2 Punca kepada segala penyakit masyarakat.

3.3 Kaedah tarbiyyah Rasul yang tidak dikuti.


4.0 FAKTOR-FAKTOR KEHILANGAN RASA

4.1 Fasad hati

Setiap anggota mewakili fungsinya masing-masing. Seperti mata fungsinya melihat, telinga mendengar, hidung menghidu, tangan menyentuh, lidah merasa yang zahir dan hati merasa yang batin.

Hati memain fungsi rasa bagi perkara yang batin seperti yang ditunjuk nabi dalam perlakuan baginda, apabila baginda menunjukkan isyaratnya ke dada, sambil bersabda : (( Taqwa itu disini )) sebanyak dua kali.

Jesteru itu, kefasadan hati akan merosakkan deria rasa. Kerosakkan tersebutlah yang akan merosakkan fungsi manusia. Malah menjerumuskan manusia kepada kebinatangan dan kesyaitanan. Maka benarlah sabda nabi : (( apabila dia baik, maka baiklah keseluruhannya. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah keseluruhannya.Bukankah dia hati )).

Perkara yang membawa fasad itu cukup banyak sekali seperti syirik, riya, ujub, sumah, kibriya dan lain-lain lagi.

4.2 Tidak di ajar untuk mendapatkan rasa

Hal keadaan Rasul yang berakhlak cukup mulia adalah berpunca dari tarbiyyah ilahiyyah rabbaniyyah kepada jiwa rasul. Rasul bersabda : (( Aku diajar adab oleh tuhanku, dan Dialah menjadikan adabku yang terbaik )).

Maka, Allahlah yang mengajar rasa dan mengenalinya sehingga baginda mendapat yang terbaik. Allah juga sering menguji baginda sepanjang tempoh pengajaran tersebut bahkan memberi ilmu juga kepada kaum muslimin yang lain. Ini dibuktikan melalui hadis jibril yang panjang.

4.3 Sistem penumpuan kepada teori sahaja.

Sistem pembelajaran yang digunapakai pada hari ini menumpukan kepada teori dan intelek sahaja. Malah bentuk-bentuk ujian juga menjurus kepada menilai intelek berdasarkan teori. Islam dengan sifat syumulnya tidak mampu untuk dinilai dengan cara sehala. Praktikal juga bukan sekadar dalam bentuk luaran sahaja. Jesteru itu Imam al Ghazali banyak menekankan di dalam Ihya dan Mauizahnya tentang kepentingan guru-guru mursyid.

4.4 Memisahkan – misahkan ajaran agama.

Pemisahan ajaran agama menjadikan nilai rasa turut berkurang. Ilmu Islam dipisah dari nilai rasa menjadikan ilmu itu begitu kering. ilmu dibahagi kepada aqidah, feqh dan tasauf. Masing-masing dikhususkan tanpa diserta dari sudut rasa. Pada zaman Rasulullah s.a.w, ilmu-ilmu ini tidak dipisah-pisahkan. Jesteru ilmu aqidah bukan sekadar teori bahkan dirasai. Ilmu feqh bukan sekadar teori bahkan dirasai. Begitu juga dengan tasauf.

Inilah yang cuba digarap oleh Syeikh Hasan Farhan al Maliki di dalam kitabnya Nahu Inqaz al Tarikh, mengenai rasa yang telah diabaikan kini. Akhirnya ilmu-ilmu Islam hanya sebagai medan perdebatan bukannya untuk di amalkan.

5.0 ISLAM DAN RASA

Banyak orang menyangkal kepentingan rasa di dalam Islam. Malah mengabaikan nilai rasa dengan menganggap ia bukanlah benda penting di dalam Islam. Bukahkah Islam dalam setiap perintah Allah turut menyelitkan nilai rasa di dalamnya. Jesteru itu Allah telah menetapkan fasad itu berlaku apabila setiap anggota itu tidak berfungsi dengan benar. Seperti mana firman Allah : (( mereka itu mempunyai telinga tetapi tidak mendengar, mereka mempunyai mata tetapi tidak melihat, mereka mempunyai hati tetapi tidak memahaminya ))



Islam menitik beratkan rasa seperti mana contoh-contoh di bawah :

5.1 Takut

Firman Allah : (( Takutilah Allah dengan sebenar-benar taqwa ))

5.2 Sayang dan cinta

Firman Allah : (( Seandainya engkau mencintai Allah, ikutilah aku ))

5.3 Malu

Sabda Nabi : (( Jika kamu tidak rasa malu, lakukanlah apa yang kamu mahu ))

5.4 Marah

Sabda Nabi : (( Sesiapa yang melihat kemungkaran, ubahlah dengan tangannya …))

5.5 Bersungguh-sungguh

Sabda Nabi : (( Sesuatu pekerjaan yang disukai Allah, dilakukan dengan tekun ))

5.6 Benci

Sabda Nabi : (( Sesuatu yang dibenci oleh Allah tetapi halal ialah talak ))

6.0 FAKTOR-FAKTOR MENGUNDANG RASA

6.1 Ibadah Nawafil

Ibadah nawafil ialah pra syarat utama membawa kepada jaminan rasa yang lebih mendalam. Malah untuk mendapat kekuatan melaksanakan ibadah nawafil itu sendiri adalah berpunca dari rasa juga. Ini ditegaskan melalui sabda s.a.w : (( tiadalah yang boleh mendekatkan Aku dengan hambaKu melainkan dengan nawafil…)).

Ibadah nawafil akan dapat mencetus nilai rasa melalui ibadah seperti membaca al Quran, bangun malam, berselawat, bermaulid dan sebagainya.

6.2 Mujahadah

Sesuatu itu akan menjadi lebih nilai jika disertakan pengorbanan. Begitu juga rasa, akan lebih bermakna jika melalui jalan mujahadah. Malah dengan mujahadah akan membuka pintu-pintu rasa, seperti firman Allah : ((Sesiapa yang berjihad kepada Kami, kami akan beri hidayah melalui jalan-jalan kami ))

6.3 Riyadah

Latihan kerohanian adalah amat penting dalam mendapatkan rasa, contohnya khusyuk.Khusyuk bukan boleh didapati dengan teori sahaja, bahkan memerlukan latihan praktikal yang berterusan. Jesteru meninggalkan latihan, khusyuk itu sendiri tidak akan kita capai. Ini amat jelas dengan firman Allah : (( Sesungguhnya solat itu terlalu berat, melainkan orang yang khusyuk )).

Solat itu sendiri untuk mencapai tujuannya sebenar adalah berat. Jika kita dapat melaksanakanya pun, adakah kita termasuk dalam kalangan orang yang khusyuk ?. Dan adakah solat kita dapat mencegah mungkar ? Realitinya, masih ramai yang bersolat dan masih melakukan mungkar.

Oleh yang demikian, latihan daripada guru yang mursyid dapat membantu kita untuk mencapai nilai rasa yang benar.

7.0 CARA MENDAPATKAN RASA

Untuk mendapatkan rasa yang sebenar, sudah semestinyalah kita terpaksa merujuk sumber utama dalam Islam iaitu al Quran dan hadis nabi s.a.w. Apabila sesuatu masalah yang berkait rapat dengan hati maka, jawapan paling tepat untuk mengubatinya ialah dengan jalan berzikir.

Zikir ialah jalan mengubati segala penyakit hati. Tarbiyyah zikir ini bukan setakat satu perintah malah adalah sunnah yang ditunjuki nabi sewaktu di awal permulaan Islam. Rasulullah s.a.w telah mendidik sahabat dengan memperbanyakkan zikir sehingga mereka memperoleh rasa.

Kepentingan zikir ini tidak boleh disangkal lagi dengan dalil yang cukup qat’ie dan mani’. Sama ada dari al Quran atau hadis nabi s.a.w. Allah sendiri berfirman : (( mengingati Allah itu adalah sebesar-besar perkara)). Apatah lagi hadis, yang telah dimuatkan bab yang khusus dalam setiap kitab hadis mengenai fadhilat zikir. Cukuplah kitab al Azkar untuk menunjukkan keperluan dan kepentingan zikir.

Walau bagaimana pun, zikir melalui beberapa peringkat. Ianya bergantung kepada tujuan zikir itu sendiri. Bagi yang ingin mendapat rasa ia mestilah melalui 2 jalan. Ibn Ata’illah as Sakandari menjelas jalan tersebut ialah :

i. Qabad

ii. Basath

Melalui jalan inilah barulah rasa terbentuk, lantas membentuk qurbah dengan Allah.


8.0 PEMBAHAGIAN RASA

Rasa boleh dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu :

i. Mubtadi
ii. Mutawassit
iii. Muntahi


( Pembentangan kertas kerja ana ini turut dihadiri oleh Sahibus samahah Tuan Mufti Pulau Pinang )


9.0 KESAN RASA

8.1 Membawa kepada kesempurnaan Iman.

Sedar atau tidak, rasalah yang membawa kepada kesempurnaan Iman, sepertimana sabda Rasulullah s.a.w : (( 3 perkara , sesiapa yang memilikinya akan memiliki kemanisan iman. Mencintai Allah dan rasulNya lebih dari segala-galanya. .. ))

8.2 Membawa kepada kesempurnaan dalam ibadat

Ibadat akan lebih sempurna apabila disertakan dengan rasa. Rasa bermusyahadah dan rasa bermuraqabah. Namun, kedua rasa ini telah hilang dalam nilai ibadah kita. Perkara tersebut tidak dianggap penting. Oleh kerana itu, ibadah tidak dapat membantu membentuk nilai dalam diri. Contohnya apabila Rasul s.a.w bersabda mengenai ibadah puasa : (( Berapa ramai yang berpuasa, tidaklah ada nilai dalam puasa mereka melain lapar dan dahaga.))

8.3 Menjadikan seseorang berakhlak mahmudah

Rasa cinta dan takut dapat mengubah diri seseorang. Rasa cinta dan takut kepada Allah akan menyebabkan seseorang akan menjadi lebih berakhlak mulia, bukan setakat baik pada zahir tetapi turut kepada hal-hal batin. Ini adalah kerana tiada contoh yang boleh diikuti melainkan Saidina Rasul s.a.w, seperti firman Allah : (( Pada diri Rasulullah itu ada uswatun hasanah )).

8.4 Sebagai benteng untuk mencegah seseorang daripada terjebak kepada kemaksiatan.

Hidup dengan rasa bertuhan dapat mencegah seseorang daripada melakukan maksiat atau perkara-perkara yang keji. Rasa bermusyahadah dan dan rasa bermuraqabah dalam hidup benteng kepada penjegaan iman daripada dicemari dengan sebarang gejala dan dosa. Ini dapat dikuatkan dengan hadis baginda : (( Tidak berzina ketika mana hendak berzina dia seorang beriman. Tidak mencuri ketika mana dia hendak mencuri dia beriman….))

9.0 PENUTUP

Ilmu Islam sudah mencapai kematangannya dengan melalui zaman-zaman yang sukar dan gemilangnya. Namun mampukah kita mengembalikan kegemilangan Islam sepertimana yang wujud pada zaman Rasulullah s.a.w.? Perhatilah dengan tajam dan mata hati kepada masalah umat hari ini. Kebobrokan akhlak, kemaksiatan bermaharajalela, hedonisme, masalah murtad dan lain-lain lagi. Seperti tiada noktah dan penyelesaiannya. Mengapakah ini berlaku? Sedangkan kita mempunyai al Quran, bimbingan hadis dan lain-lain. Jawapannya tidak lain ialah rasa. Turunlah sebanyak mana kitab dari langit pun jika tidak berasa, tidaklah ia mempunyai kesan. Rasulullah s.a.w menerapkan nilai rasa di dalam jiwa sahabat sehingga mereka menjadi taat yang luar biasa. Malah menyelesaikan masalah kebobrokan akhlak ketika itu.

Kita perlu bermula kembali dari bawah dengan nilai yang baru. Memberi rasa kepada setiap mukmin dan muslim agar menjadi lebih baik dan menyelesaikan masalah yang kian tenat. Semoga usaha kecil ini dapat menggembalikan kita ke Madinah.

Disediakan oleh :

Shahrul Rizal Mohd Sati.
Mudir Madrasah Hasaniyyah Islamiyyah
Tenggaroh, Mersing.



( Para peserta mendengar pembantangan kertas )

Selasa, 26 Oktober 2010

Tuhan, hanya kau yang tahu!



Tuhan, hanya kau yang tahu,
Aku,
Benar-benar rindu!

Rindu untuk memijak jalan yang berkelikir,
Bebatu kecil bercampur pasir,
Kuning dan menguning,
Di atas tanah hak bangsa romawi,
Yang telah kecundang dengan kebenaran dari samawi.

Merah darah pejuang,
Sudah pekat bersebati,
Yang hanya mekar buat ingatan,
Hanya tugu dan kuburan.

Disana,
Aku berteleku,
Disisi al syahid sohibut thayyar,
Zaid bin Harithah dan Abdullah al Rawahah,
Menangisi dan mengingati,
Buat hati menjadi tenang dari dirundung gelisah.

Tuhan, hanya kau yang tahu,
Aku,
Benar-benar rindu!




Tuhan,
Aku benar rindu,
Pada deretan rumah itu,
Yang aku ukir bersama teman,
Dalam mengorak ilmu dan iman.

Tuhan,
Jika Engkau benarkan aku melunaskan rinduku,
Akan aku cium setiap bumi yang terhampar,
Di tanah Mu’tah tempat bersemadi,
Segala mujahid, pejuang dan lasykar.

Tuhan,
Aku rindu pada salju yang turun,
Memutih pada setiap jalan dan cerun,
Sering aku berlari dahulu,
Mengejar dan menadah tanpa sedar,
Segala duka pun pergi,
Bila salji itu bertamu.

Aku rindu pada maqlubah,
Mansaf dan syawarma,
Kibdah dan masywi,
Menghilangkan lapar,
Dan haus dengan tamar hindi.

Aduh,
Ya Allah,
Izinkan aku pergi,
Memeluk kenangan ,
Merendam ingatan,
Yang menjadikan aku tersenyum, sedih dan ketawa,
Yang menjadikan aku adalah aku sekarang.

Tuhan!
Hanya Engkau yang tahu,
Sebenar-benar rasa rinduku!

Isnin, 4 Oktober 2010

Takbirrrr…: Allahu akbar!!!!


Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Lailaha illah, huwAllahu akbar,
Allahu akbar walillahil hamd.

“ Ish..padamkanlah takbir raya tu! “ anak muridku, si A mengarahkan anak muridku, si B untuk menutup takbir raya yang dipasang melalui handphonenya.

Tetapi arahan itu, tidak diendahkan. Si B masih degil memasang ritma takbir tersebut.

“ Degil betul la budak ni ! “ tempik si A.

“ Yang kau marah-marah sangat ni kenapa ? “ soal si B.

Aku hanya memerhati sahaja gelagat mereka berdua. Memasang telinga perbualan mereka dan berpura-pura tidak mendengarinya. Tapi, mereka berjaya buat aku tersenyum.

“ Kan tak baik, pasang takbir raya sebelum raya” beritahu si A.

Si B mengerutkan dahinya sehingga jelas kelihatan garis-garis keliru tersebut. Tambah pula bulan puasa, perut lapar, lebih cepat mengundang kemarahan dan terbabas dari kawalan minda yang waras.

“ Kau tak percayakan? Baik kau tanya ustaz.” Aku membiarkan sahaja mereka meneruskan perbualan mereka.

“ Ustaz! Betulkan tak boleh pasang takbir raya sebelum raya? “ tanya si A kepadaku, sekadar ingin meneguhkan jawapannya.

“ Kenapa tak boleh pula ? “ aku bertanya balas dan membuat riak tidak tahu.

“ Mak saya cakap nanti ahli kubur menangis.” Balasnya.

“ Erm…” memang jawapan jika dikait dengan jawapan milik orang tua susah sikit hendak di dangkalkan.

“ Beginilah, pasal penghuni kubur menangis tu, tiada sandaran daripada al Quran, mahupun hadis.”

“ Cuma ada hadis pasal azab kubur diringankan ketika bulan Ramadhan. Jesteru, orang tua-tua kita ada cakap, kalau orang bertakbir maka penghuni kubur akan menangis kerana selepas Ramadhan , mereka akan di azab semula.”

“ itu, mungkin sekadar penggunaan akal sahaja. Atau dalam kaedahnya hukum yang di ambil dari fahwal kalam.”

Kedua anak muridku, memandang tepat wajahku. Mereka benar-benar kehausan pada penjelasanku.

“ Namun dalam kitab feqh yang lain ada juga yang berpendapat sedemikian seperti kitab Matlaul Badrain. Tetapi perkara tersebut tidak ada sama sekali dalam sumber hukum berdasarkan tekstualnya sahaja.” Aku masih menjelas.

……

Beberapa kepentingan bertakbir.

1. Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah dengan nikmat yang dikurniakan.

2. Mengingatkan kita terhadap kebesaran Allah.

3. Meninggikan syiar Islam dibumi Allah.

4. Menguatkan semangat perjuangan umat Islam dalam mempertahankan serta memartabatkan agama Islam.

5. Menginterpertasikan maksud kemenangan.

……

Apa guna takbirmu?

Takbir membawa maksud jihad. Takbir ialah kemenangan. Takbir adalah perjuangan. Takbir ialah pengorbanan. Sejarah bertakbir yang menunjukkan rasa menang atas perjuangan, jihad dan pengorbanan adalah bermula sejak peperangan Badar yang berlaku ketika bulan Ramadhan.

Umat Islam telah memenangi peperangan tersebut dan mereka bertakbir. Dengan segala kerendahan, setelah mereka telah dibantu mengharungi kepayahan maka mereka mengungkapkan kalimah penyerahan di atas kebesaran Allah.

Mereka adalah orang yang layak untuk melaungkan takbir tersebut kerana mereka telah berjihad, berjuang dan berkorban. Lantas mereka menang. Mereka berkorban, wang, harta, keluarga, dan jiwa mereka.

Pengorbanan mereka dalam harta telah warid, dari kisah yang masyhur dalam kalangan kita iaitu apa yang telah dikorbankan oleh Saidina Abu Bakar dan Umar. Mereka berkorban demi Islam dengan meninggalkan isteri mereka yang dicintai. Meninggalkan kesenangan, ketenangan, keseronokan di Madinah demi Islam. Meninggalkan segala bentuk kecintaan kepada anak-anak mereka demi melestarikan Islam. Meninggalkan kebun-kebun yang mereka usahakan demi Islam. Meninggalkan hawa nafsu mereka demi Islam. Terlalu banyak yang mereka korbankan demi perjuangan Islam.

Tetapi, perjuangan dan pengorbanan mereka dalam peperangan tersebut dinilai sebagai perjuangan yang kecil jika dibandingkan dengan perjuangan mereka selepas itu. Bersesuaian dengan hadis masyhur iaitu : (( Kita kembali dari jihad yang kecil ke jihad yang besar )). Jihad yang besar disitu yang dimaksudkan melalui para muhaqiqin ialah jihad melawan hawa nafsu. Walau mereka mempertaruhkan nyawa mereka, namun ia tetap kecil pada nilaian baginda Rasul.

Sekarang, zaman itu sudah jauh kita tinggalkan. Namun, kita masih bertempik, melaungkan takbir setiap pagi aidilfitri. Mendayu-dayu laungan takbir tersebut untuk menghebahkan kemenangan dan kejayaan kembali kepada fitrah. Namun, adakah kita orang yang berhak atas kemenangan tersebut. Adakah kita telah berjaya menundukkan nafsu kita. Adakah kita telah berjaya mengawalnya. Maka, muhasabah demi muhasabah perlu kita jana sepanjang syawal kerana kita takut, takbir kita bukanlah takbir kemenangan tetapi takbir kekalahan. Kekalahan kepada nafsu yang rakus. Kekalahan menjadikan ibadat kepada adat sahaja. Kekalahan mengatasi diri sendiri.

Antara perkara yang perlu kita muhasabahkan ialah :

1. Berjayakah kita dalam perjuangan kita di dalam Ramadhan sekiranya kita hanya mendaulatkan nafsu apabila sepanjang Ramadhan kita hanya matlamat puasa sekadar menahan lapar dan dahaga.

2. Berjayakah kita apabila ketika berbuka puasa, air minum sahaja sampai 3 jenis. Makanan pula memenuhi meja dan sering bertukar menu saban hari.

3. Berjayakah kita jika perut kita penuh dengan makanan sedangkan masih ada saudara dan jiran kita ada yang kelaparan.

4. Berjayakah kita jika pakaian raya kita berbelas-belas pasang.

5. Berjayakah kita jika kita hanya membaca sejuzuk al Quran sahaja sepanjang Ramadhan atau kurang daripada itu.

6. Berjayakah kita jika hanya dapat beberapa kali sahaja menjengah masjid dibulan Ramadhan.

7. Berjayakah kita jika kita hanya beberapa kali sahaja bersolat terawikh di bulan Ramadhan.

8. Berjayakah kita jika banyak duit yang kita habiskan demi memenuhi hawa nafsu berbanding bersedekah atau infaq dibulan Ramadhan.

9. Berjayakah kita jika mulut kita masih mengumpat dan menabur fitnah di bulan Ramadhan. Makan dan minum yang haram .Telinga asyik dengan umpatan orang dan mendengar perkara yang haram. Mata sering menyaksikan yang haram dibulan Ramadhan.

10. Berjayakah kita jika masih mengekalkan maksiat dibulan Ramadhan.

11. Berjayakah kita jika kita masih menjulang keegoaan kita, dari merendah sebagai hamba tuhan apabila kita melanggar perintahnya dengan tidak menutup aurat dan sebagainya. Kita masih seperti bulan sebelum ketibaan Ramadhan. Tanpa kita mengorbankan kehendak kita, adakah kita berjaya.

12. Berjayakah kita ketika malam-malam terakhir Ramadhan kita masih berselimut dengan lena.

13. Berjayakah kita jika malam lailatul qadar kita biarkan ia pergi begitu sahaja.

14. Berjayakah kita, jika kita banyak mengingati makan dan minum dari kita mengingati Allah.

15. Berjayakah kita jika hanya kita sahaja yang beribadah sedangkan saudara, anak, isteri dan jiran kita sibuk dengan perkara keduniaan.

16. Berjayakah kita, jika kita sibuk dengan ibadah anak kita sibuk bermain meriam buluh, mercun dan isteri sibuk dengan kuih dan hiasan rumah seperti langsir dan lain lagi.

17. Berjayakah kita jika kita masih dengan rasa besar diri tanpa boleh memaafkan kesalahan orang lain.

18. Berjayakah kita, jika kita belum mendapat khusyuk dalam solat.

19. Berjayakah kita jika

............

Malam marhaban di rumah pengurus.

Usai memberi kuliah di surau timur 1, pengurus merapati aku.

“ Ustaz, lepas ni, datang rumah saya ya! “ pinta Tuan Pengurus.

“ Alamak ! Saya ada janji temu pada pukul 9.15 malam ini” aku menolak dengan beradab.

Tuan Pengurus menarik mukanya. Sedikit mencuka. Aku faham makna reaksi tersebut.

“ Bolehlah. Sekejap sahaja.” Dia masih memujuk.

“Insya Allah” apalah daya aku untuk menolak permintaan orang yang benar-benar berhajat.

Selesai bersalaman selepas minum-minum dan bual kosong, segeralah aku ke rumah Tuan Pengurus. Aku disambut dihadapan pintu. Marhaban sedang bergema. Mereka bangun tanda hormat dan cinta kepada baginda. Meluapkan rasa fitrah berkasih dengan senandung selawat berirama. Aku menggemarinya. Sudah membumi budaya marhaban disini. Aneka amalan soleh yang mendekatkan diri kepada kekasih.

Sesudah berdoa menutupi marhaban, aku menikmati juadah. Walaupun ia sedikit tetapi memberkati. Laksa itu begitu enak. Kuih muih pula dikumpulkan dihadapanku. Terharu aku dengan layanan tuan Pengurus kepadaku.

“ Hari raya ini, cuma ada dua keadaan sahaja. Satu ialah gembira dan yang kedua ialah sedih” Ungkapan yang terpacul dari mulut Tuan Pengurus apabila memberi sedikit ucapan selesai berjuadah.

“ Gembira kerana kembali kepada fitrah dan sedih jika kita tidak termasuk dalam golongan yang berjaya kembali kepada fitrah.” Bernas dan menarik kata-kata Tuan Pengurus.

Aku tersenyum gembira. Gembira di atas kata-kata itu. Moga lahirlah lagi pemimpin sebegini yang mendorong masyarakat pimpinannya untuk mendekati Allah.

“ Allahu akbar “ aku bertakbir dengan jeritan sayup di dalam hati.

Isnin, 27 September 2010

Bila Tuan Guru kami berbicara!


Syeikh Abul Hasan asy-Syadzily berkata tentang zikir:

Dzikir itu ada empat :

1) Dzikir, di mana engkau mengingat dzikir;

2) Dzikir engkau diingatkan melalui dzikir;

3) Dzikir yang mengingatkan dirimu; dan

4) Dzikir yang engkau sendiri yang diingat oleh Allah swt (Dzikir bersama Allah swt).

Yang pertama adalah dzikirnya kalangan awam, yaitu dzikir untuk mengingatkan kealpaan atau mengingatkan dari kekawatiran akan kealpaan.
Kedua, adalah dzikir, dimana engkau diingatkan, baik berupa siksa, nikmat, taqarrub ataupun jauh dari Allah, dan sebagainya, ataupun karena Allah swt.

Ketiga, dzikir yang mengingatkan dirimu, pada empat obyek, bahwa :
Seluruh kebaikan datangnya dari Allah;

1. Seluruh kejahatan datangnya dari nafsu;

2. Dan keburukan datangnya dari musuh, walaupun Allah swt. yang menciptakannya; dan

3. Dzikir yang engkau sendiri yang diingat (Allah). Yaitu dzikirnya Allah kepada hamba-Nya. Pada tahap ini hamba tidak memiliki kaitan dirinya atau lainnya, walaupun itu meluncur melalui ucapannya. Inilah posisi fana’ dalam dzikir, tidak membutuhkan dzikir atau yang diingat (Yang Didzikiri) Allah Yang Maha Tinggi dan Luhur. Apabila engkau masuk di dalamnya, maka dzikir menjadi yang diingat (madzkur), dan yang diingat (madzkur) menjadi yang mengingat (Dzakir). Inilah puncak dalam suluk. (Dan Allah Maha baik dan Maha Abadi).

Seharusnya engkau melakukan dzikir yang bisa aman dari siksa Allah di dunia dan di akhirat, di samping dzikir itu dalam rangka meraih Ridlo Allah Ta’ala di dunia dan di akhirat, pegang teguhlah, dan langgenggkanlah. Yaitu engkau berdzikir dengan :

“Segala puji bagi Allah, aku mohon ampun kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah. Alhamdulillah, karena adanya nikmat dan kebajikan dari Allah. Astaghfirullah, karena adanya faktor yang datang dari nafsu dan dari musuh, walaupun sebenarnya datang dari Allah baik karena ciptaan maupun kehendakNya. Dan “Lahaula wala Quwwata illa Billah,” karena datangnya berbagai peristiwa perintang yang datang kepadamu dari Allah, dan apa yang muncul padamu sesungguhnya dari Allah swt.”

Camkanlah, karena rahasia batin itu jarang terjadi dalam dzikir, atau dalam fikir, atau ketika diam dan hening kecuali pada salah satu empat hal tersebut: Jika terjadi kebajikan atau keburukan. ucapkanlah : Alhamdulillah atau Astaghfirullah.

Namun apabila datang sesuatu dari Allah kepadamu atau dari dirimu, yang tidak jelas kebaikan atau keburukan di sana, sementara Anda tidak mampu menolak atau menarik, maka ucapkanlah :

Laa Haulla walaa Quwwata Illa Billaah

Lalu gabungkanlah ketiga dzikir tersebut pada setiap saat, dan langgengkan, Anda akan menemukan barakah, Insya Allah Ta’ala.

Ketuklah pintu dzikir dengan hasrat dan sikap sangat membutuhkan kepada Allah melalui sikap disiplin ketat yang manjauhkan diri dari bayangan dan imajinasi yang beragam jenis, disamping menjaga rahasia batin (sirr) agar jauh dari bisikan nafsu dalam seluruh nafas, apabila Anda ingin memiliki kekayaan ruhani.

Di sana ada tida dimensi: Tuntaskan lisanmu untuk dzikir, hatimu untuk tafakkur, dan tubuhmu untuk menuruti perintah-Nya. Dengan demikian Anda bisa tergolong orang-orang shaleh.

Manakala dzikir terasa berat di lisanmu, dan obrolan lebih banyak di sana, sedangkan nafsu kesenangan membentangkan tubuhmu, sedangkan pintu kontemplasi tertutup dalam upaya kebajikanmu : maka ketahuilah, semata itu karena besarnya dosa-dosamu, atau karena penuhnya kemunafikan dalam hatimu.

Tak ada jalan lain bagimu kecuali taubat, memperbaiki diri dan bergantung kepada Allah swt, serta ikhlas dalam beragama. Apakah Anda tidak mendengar firman-Nya :
“Kecuali orang-orang yang bertaubat, berbuat kesalehan dan menggantungkan diri kepada Allah, serta berbuat ikhlas dalam menjalankan agama Allah. Maka mereka itu bersama orang-orang mu’min.(Q.s......)”

Di sini Allah tidak berfirman “termasuk orang-orang mu’min” Karena itu renungkan, apabila Anda faham. Wallahu A’lam.

Qutb kami berkata lagi :

1. Pengelihatan akan yang Haqq telah mewujud atasku, dan takkan meninggalkan aku, dan lebih kuat dari apa yang dapat dipikul, sehingga aku memohon kepada Tuhan agar memasang sebuah tirai antara aku dan Dia. Kemudian sebuah suara memanggilku, katanya " Jika kau memohon kepada-Nya yang tahu bagaimana memohon kepada-Nya, maka Dia tidak akan memasang tirai antara kau dan Dia. Namun memohonlah kepada-Nya untuk membuatmu kuat memiliki-Nya."Maka akupun memohon kekuatan dari Dia pun membuatku kuat, segala puji bagi Tuhan!

2. Aku pesan oleh guruku (Abdus Salam ibn Masyisy ra): "Jangan anda melangkahkan kaki kecuali untuk sesuatu yang dapat mendatangkn keridhoan Allah, dan jangan duduk dimajelis kecuali yang aman dari murka Allah. Jangan bersahabat kecuali dengan orang yang membantu berbuat taat kepada Allah. Jangan memilih sahabat karib kecuali orang yang menambah keyakinanmu terhadap Allah."

3. Seorang wali tidak akan sampai kepada Allah selama ia masih ada syahwat atau usaha ihtiar sendiri.

4. Janganlah yang menjadi tujuan doamu itu adalah keinginan tercapainya hajat kebutuhanmu. Dengan demikian engkau hanya terhijab dari Allah. Yang harus menjadi tujuan dari doamu adalah untuk bermunajat kepada Allah yang memeliharamu dari-Nya.

5. Seorang arif adalah orang yang megetahui rahasia-rahasia karunia Allah di dalam berbagai macam bala' yang menimpanya sehari-hari, dan mengakui kesalahan-kesalahannya didalam lingkungan belas kasih Allah kepadanya.

6. Sedikit amal dengan mengakui karunia Allah, lebih baik dari banyak amal dengan terus merasa kurang beramal.

7. Andaikan Allah membuka nur (cahaya) seorang mu'min yang berbuat dosa, niscaya ini akan memenuhi antara langit dan bumi, maka bagaimanakah kiranya menjelaskan : "Andaikan Allah membuka hakikat kewalian seorang wali, niscaya ia akan disembah, sebab ia telah mengenangkan sifat-sifat Allah SWT.

Sendi jalan kami : Syaziliyyah


Secara pribadi Abul Hasan asy-Syadzili tidak meninggalkan karya tasawuf, begitu juga muridnya, Abul Abbas al-Mursi, kecuali hanya sebagai ajaran lisan tasawuf, Doa, dan hizib. Ibn Atha' illah as- Sukandari adalah orang yang pertama menghimpun ajaran-ajaran, pesan-pesan, doa dan biografi keduanya, sehingga kasanah tareqat Syadziliyah tetap terpelihara. Ibn Atha'illah juga orang yang pertama kali menyusun karya paripurna tentang aturan-aturan tareqat tersebut, pokok-pokoknya, prinsip-prinsipnya, bagi angkatan-angkatan setelahnya.

Melalui sirkulasi karya-karya Ibn Atha'illah, tareqat Syadziliyah mulai tersebar sampai ke Maghrib, sebuah negara yang pernah menolak sang guru. Tetapi ia tetap merupakan tradisi individualistik, hampir-hampir mati, meskipun tema ini tidak dipakai, yang menitik beratkan pengembangan sisi dalam. Syadzili sendiri tidak mengenal atau menganjurkan murid-muridnya untuk melakukan aturan atau ritual yang khas dan tidak satupun yang berbentuk kesalehan populer yang digalakkan. Namun, bagi murid-muridnya tetap mempertahankan ajarannya. Para murid melaksanakan Tareqat Syadziliyah di zawiyah-zawiyah yang tersebar tanpa mempunyai hubungan satu dengan yang lain.

Sebagai ajaran Tareqat ini dipengaruhi oleh al-Ghazali dan al-Makki. Salah satu perkataan as-Syadzili kepada murid-muridnya: "Seandainya kalian mengajukan suatu permohonanan kepada Allah, maka sampaikanlah lewat Abu Hamid al-Ghazali". Perkataan yang lainnya: "Kitab Ihya' Ulum ad-Din, karya al-Ghozali, mewarisi anda ilmu. Sementara Qut al-Qulub, karya al-Makki, mewarisi anda cahaya." Selain kedua kitab tersebut, as-Muhasibi, Khatam al-Auliya, karya Hakim at-Tarmidzi, Al-Mawaqif wa al-Mukhatabah karya An-Niffari, Asy-Syifa karya Qadhi 'Iyad, Ar-Risalah karya al-Qusyairi, Al-Muharrar al-Wajiz karya Ibn Atah'illah.

1. Ketaqwaan terhadap Allah swt lahir dan batin, yang diwujudkan dengan jalan bersikap wara' dan Istiqamah dalam menjalankan perintah Allah swt.

2. Konsisten mengikuti Sunnah Rasul, baik dalam ucapan maupun perbuatan, yang direalisasikan dengan selalau bersikap waspada dan bertingkah laku yang luhur.

3. Berpaling (hatinya) dari makhluk, baik dalam penerimaan maupun penolakan, dengan berlaku sadar dan berserah diri kepada Allah swt (Tawakkal).

4. Ridho kepada Allah, baik dalam kecukupan maupun kekurangan, yang diwujudkan dengan menerima apa adanya (qana'ah/ tidak rakus) dan menyerah.

5. Kembali kepada Allah, baik dalam keadaan senang maupun dalam keadaan susah, yang diwujudkan dengan jalan bersyukur dalam keadaan senang dan berlindung kepada-Nya dalam keadaan susah.

Kelima sendi tersebut juga tegak diatas lima sendi berikut:

1. Semangat yang tinggi, yang mengangkat seorang hamba kepada derajat yang tinggi.

2. Berhati-hati dengan yang haram, yang membuatnya dapat meraih penjagaan Allah atas kehormatannya.

3. Berlaku benar/baik dalam berkhidmat sebagai hamba, yang memastikannya kepada pencapaian tujuan kebesaran-Nya/kemuliaan-Nya.

4. Melaksanakan tugas dan kewajiban, yang menyampaikannya kepada kebahagiaan hidupnya.

5. Menghargai (menjunjung tinggi) nikmat, yang membuatnya selalu meraih tambahan nikmat yang lebih besar.

Selain itu tidak peduli sesuatu yang bakal terjadi (merenungkan segala kemungkinan dan akibat yang mungkin terjadi pada masa yang akan datang) merupakan salah satu pandangan tareqat ini, yang kemudian diperdalam dan diperkokoh oleh Ibn Atha'illah menjadi doktrin utamanya. Karena menurutnya, jelas hal ini merupakan hak prerogratif Allah. Apa yang harus dilakukan manusia adalah hendaknya ia menunaikan tugas dan kewajibannya yang bisa dilakukan pada masa sekarang dan hendaknya manusia tidak tersibukkan oleh masa depan yang akan menghalanginya untuk berbuat positif.

Sementara itu tokohnya yang terkenal pada abad ke delapan Hijriyah, Ibn Abbad ar-Rundi (w. 790 H), salah seorang pensyarah kitab al-Hikam memberikan kesimpulan dari ajaran Syadziliyah: Seluruh kegiatan dan tindakan kita haruslah berupa pikiran tentang kemurahan hati Allah kepada kita dan berpendirian bahwa kekuasaan dan kekuatan kita adalah nihil, dan mengikatkan diri kita kepada Allah dengan suatu kebutuhan yang mendalam akan-Nya, dan memohon kepada-Nya agar memberi syukur kepada kita."

Mengenai dzikir yang merupakan suatu hal yang mutlak dalam tareqat, secara umum pada pola dzikir tareqat ini biasanya bermula dengan Fatihat adz-dzikir. Para peserta duduk dalam lingkaran, atau kalau bukan, dalam dua baris yang saling berhadapan, dan syekh di pusat lingkaran atau diujung barisan. Khusus mengenai dzikir dengan al-asma al-husna dalam tareqat ini, kebijakjsanaan dari seorang pembimbing khusus mutlak diperlukan untuk mengajari dan menuntun murid. Sebab penerapan asma Allah yang keliru dianggap akan memberi akibat yang berbahaya, secara rohani dan mental, baik bagi sipemakai maupun terhadap orang-orang disekelilingnya. Beberapa contoh penggunaan Asma Allah diberikan oleh Ibn Atha'ilah berikut: "Asma al-Latif," Yang Halus harus digunakan oleh seorang sufi dalam penyendirian bila seseorang berusaha mempertahankan keadaan spiritualnya; Al-Wadud, Kekasih yang Dicintai membuat sang sufi dicintai oleh semua makhluk, dan bila dilafalkan terus menerus dalam kesendirian, maka keakraban dan cinta Ilahi akan semakin berkobar; dan Asma al-Faiq, "Yang Mengalahkan" sebaiknya jangan dipakai oleh para pemula, tetapi hanya oleh orang yang arif yang telah mencapai tingkatan yang tinggi.

Tareqat Syadziliyah terutama menarik dikalangan kelas menengah, pengusaha, pejabat, dan pengawai negeri. Mungkin karena kekhasan yang tidak begitu membebani pengikutnya dengan ritual-ritual yang memberatkan seperti yang terdapat dalam tareqat-tareqat yang lainnya. Setiap anggota tareqat ini wajib mewujudkan semangat tareqat didalam kehidupan dan lingkungannya sendiri, dan mereka tidak diperbolehkan mengemis atau mendukung kemiskinan. Oleh karenanya, ciri khas yang kemudian menonjol dari anggota tareqat ini adalah kerapian mereka dalam berpakaian. Kekhasan lainnya yang menonjol dari tareqat ini adalah "ketenagan" yang terpancar dari tulisan-tulisan para tokohnya, misalnya: asy-Syadzili, Ibn Atha'illah, Abbad. A Schimmel menyebutkan bahwa hal ini dapat dimengerti bila dilihat dari sumber yang diacu oleh para anggota tareqat ini. Kitab ar-Ri'ayah karya al-Muhasibi. Kitab ini berisi tentang telaah psikologis mendalam mengenai Islam di masa awal. Acuan lainnya adalah Qut al-Qulub karya al-Makki dan Ihya Ulumuddin karya al-Ghozali. Ciri "ketenangan" ini tentu sja tidak menarik bagi kalangan muda dan kaum penyair yang membutuhkan cara-cara yang lebih menggugah untuk berjalan di atas Jalan Yang Benar.

Disamping Ar-Risalahnya Abul Qasim Al-Qusyairy serta Khatamul Auliya'nya, Hakim at-Tirmidzi. Ciri khas lain yang dimiliki oleh para pengikut tareqat ini adalah keyakinan mereka bahwa seorang Syadzilliyah pasti ditakdirkan menjadi anggota tareqat ini sudah sejak di alam Azali dan mereka percaya bahwa Wali Qutb akan senantiasa muncul menjadi pengikut tareqat ini.

Tidak berbeda dengan tradisi di Timur Tengah, Martin menyebutkan bahwa pengamalan tareqat ini di Indonesia dalam banyak kasus lebih bersifat individual, dan pengikutnya relatif jarang, kalau memang pernah, bertemu dengan yang lain. Dalam praktiknya, kebanyakan para anggotanya hanya membaca secara individual rangaian-rangkaian doa yang panjang (hizb), dan diyakini mempunyai kegunaan-kegunaan megis. Para pengamal tareqat ini mempelajari berbagai hizib, paling tidak idealnya, melalui pengajaran (talkin) yang diberikan oleh seorang guru yang berwewenang dan dapat memelihara hubungan tertentu dengan guru tersebut, walaupun sama sekali hampir tidak merasakan dirinya sebagai seorang anggota dari sebuah tareqat.

Hizb al-Bahr, Hizb Nashor, disamping Hizib al-Hafidzah, merupaka salah satu Hizib yang sangat terkenal dari as-Syadzilli. Menurut laporan, hizib ini dikomunikasikan kepadanya oleh Nabi SAW. Sendiri. Hizib ini dinilai mempunyai kekuatan adikodrati, yang terutama dugunakan untuk melindungi selama dalam perjalanan. Ibnu Batutah menggunakan doa-doa tersebut selama perjalanan-perjalanan panjangnya, dan berhasil. Dan di Indonesia, dimana doa ini diamalkan secara luas, secara umum dipercaya bahwa kegunaan megis doa ini hanya dapat "dibeli" dengan berpuasa atau pengekangn diri yang liannya dibawah bimbingan guru.

Hizib-hizib dalam Tareqat Syadzilliyah, di Indonesia, juga dipergunakan oleh anggota tareqat lain untuk memohon perlindungan tambahan (Istighotsah), dan berbagai kekuatan hikmah, seperti debus di Pandegelang, yang dikaitkan dengan tareqat Rifa'iyah, dan di Banten utara yang dihubungkan dengan tareqat Qadiriyah.
Para ahli mengatakan bahwa hizib, bukanlah doa yang sederhana, ia secara kebaktian tidak begitu mendalam; ia lebih merupakan mantera megis yang Nama-nama Allah Yang Agung (Ism Allah A'zhim) dan, apabila dilantunkan secara benar, akan mengalirkan berkan dan menjamin respon supra natural. Menyangkut pemakaian hizib, wirid, dana doa, para syekh tareqat biasnya tidak keberatan bila doa-doa, hizib-hizib (Azhab), dan wirid-wirid dalam tareqat dipelajari oleh setiap muslim untuk tujuan personalnya. Akan tetapi mereka tidak menyetujui murid-murid mereka mengamalkannya tanpa wewenang, sebab murid tersebut sedang mengikuti suaru pelatihan dari sang guru.

Tareqat ini mempunyai pengaruh yang besar di dunia Islam. Sekarang tareqat ini terdapat di Afrika Utara, Mesir, Kenya, dan Tanzania Tengah, Sri langka, Indonesia dan beberapa tempat yang lainnya termasuk di Amerika Barat dan Amerika Utara. Di Mesir yang merupakan awal mula penyebaran tareqat ini, tareqat ini mempunyai beberapa cabang, yakitu: al-Qasimiyyah, al- madaniyyah, al-Idrisiyyah, as-Salamiyyah, al-handusiyyah, al-Qauqajiyyah, al-Faidiyyah, al-Jauhariyyah, al-Wafaiyyah, al-Azmiyyah, al-Hamidiyyah, al-Faisiyyah dan al- Hasyimiyyah.

Yang menarik dari filosufi Tasawuf Asy-Syadzily, justru kandungan makna hakiki dari Hizib-hizib itu, memberikan tekanan simbolik akan ajaran utama dari Tasawuf atau Tharekat Syadziliyah. Jadi tidak sekadar doa belaka, melainkan juga mengandung doktrin sufistik yang sangat dahsyat.

Khamis, 23 September 2010

Bintang Kerlipan Syaziliyyah : Syeikh Zarruq


Syeikh Zarruq Ulama Sufi yang Cemerlang dari Fes

Namanya Abul Abbas Ahmad bin Ahmad bin Muhammad bin Isa. Ia bernasab dengan kabilah Baranis dari Fes, Marokko, yang kemudian dinasabkan dengan Al-Burnusy. Panggilannya adalah Zarruq, dipanggil demikian karena kakeknya bermata biru.

Syeikh Zarruq dilahirkan hari Kamis ketika matahari terbit, 28 Muharram tahun 846 H, atau 1442 Masehi. Demikian disebutkan oleh Ummul Banin, seorang perempuan ahli fiqih yang shalihah, nenek dari Syeikh Zarruq. Setelah dua hari lahir, ia ditinggal wafat oleh ibundanya, di hari sabtu, dimana usia ibundanya waktu itu 23 tahun. Setelah itu ganti ayahandanya wafat, ketika usia jabang bayinya masih 5 hari. Usia ayahandanya 35 tahun.

Kata Syeikh Zarruq, ayahandanya memberi nama Muhammad, lalu sepeninggal ayahandanya oleh neneknya digannti dengan Ahmad. Hingga Allah memadukan dua nama mulia pada dirinya. "Aku memilih nama Ahmad karena tiga alasan," Syeikh Zarruq:
Pertama, saya senang dengan nama itu, disamping aku dibesarkan di pangkuan nenekku. Nenek seorang yang penuh kasih sayang, seorang yang sangat alim dan shalihah.
Kedua, nama itu begitu kuat, tidak berubah, bahkan tetap dengan nama itu sepanjang tahun.Ketiga, nama ahmad adalah nama yang dikabargembirakan oleh Allah kepada Nabi Isa as, dan tidak pernah disebutkan sebelum Nabi dan Rasul sebelum Nabi kita Muhammad saw.

Masa Kecil

Masa kecil Syeikh Zarruq sebagai yatim piyatu, berada di pangkuan neneknya, seorang faqih yang shalihah, tumbuh dengan pendidikan yang sangat bagus, penuh kecerdasan dan perilaku budi luhur. Sejak kecil ditanamkan iman, dan kesalehan, terutama dalam disiplin sholat. "Nenek mengajariku sholat, dan memerintahkannya ketika usiaku masih 5 tahun. Sejak usia lima tahun aku disiplinkan sholatku, dan aku belajar menulis di usia itu. Nenek juga mengajariku tauhid dan tawakkal, keimanan dan keagamaan dengan cara yang luar biasa."

Salah satu yang menakjubkan, yang diceritakan beliau, "Ketika aku masuk di sebuah perpustakaan, seorang faqih menulis surat Alamnasyroh di telapak tangan kananku, dengan tinta dari madu, lalu aku menjilatinya. Pada saat itulah aku menjadi anak yang paling bagus hafalannya…. Bahkan aku tidak tahu, kalau aku tak pernah sekalipun menghafal wahyu sama sekali, kecuali hanya sehari atau dua hari saja…"

Masa kecilku tidak pernah bermain-main di masjid, dan tidak pernah aku berlari-lari di dalamnya, kecuali satu hari seumur hidupku. Lantas saat itu jempolku bengkak, keluar ulat kecil dan bernanah. Aku baru tahu kemudian, Sunnatullah berjalan, bahwa setiap aku berbuat salah, langsung diganjar dengan akibatnya seketika. Aku sakit empat kali di Mesir ini. Setiap kali sakitku sampai empat bulan baru sembuh, dan setiap aku sakit tidak sembuh kecuali setelah makan buah Zaitun Hitam.."
Ketika usia beliau genap 9 tahun, ia dikirim untuk belajar konveksi, tiga hari selama seminggu, Kamis, Jum'at dan Senin. Ini dibelajarkan agar terpadu antara pengetahuan industri dan agama.

Mendalami Agama


Syeikh Zarruq bercerita, "Berada dalam didikan nenekku yang faqih, Ummul Banin, hingga usiaku 10 tahun. Pada saat yang sama aku sudah hafal Al-Qur'an, dan aku belajar jahit menjahit. Maka ketika usiaku 16 tahun, aku dikirim untuk mendalami ilmu agama. Aku mengkaji kitab Ar-Risalah pada dua Syeikh, As-Sitththy dan Abdullah al-Fakhkhar., dengan kajian yang dalam. Kemudian mendalami soal macam-macam Qira’at pada Al-Qawry, az-Zarhuny, orang yang sangat saleh. Juga pada Al-Majashy, dan Al-Ustadz Asy-Saghir mengenai bacaan huruf ala Nafi'.

Kamudian aku dalami pengetahuan Tasawuf dan Tauhid, antara lain Ar-Risalatul Qudsiyah dan Aqaid ath-Thousy, pada Syeikh Abdurrahman Al-Majdulisy salah satu murid al-Ubay. Juga sebagian kajian At-Tanwir (karya Ibnu Athaillah) pen.) pada Al-Qowry, dari beliau pula saya belajar Al-Bukhary. Kemudian belajar fiqih pada Abdul Haq ash-Shughra, dan Jami at-Tirmidzy. Tak terhingga guru-guru fiqih maupun tasawufku."
Kelak Syeikh Zarruq dikenal sebagai Mursyid Thariqah Syadziliyah, dan mensyarahi karya Ibnu Athaillah as-Sakandary, Al-Hikam. Diantara keunikan Syarah Syeikh Zarruq, ketika beliau mensyarahi Al-Hikam sampai terulang 17 kali. Setiap kali khatam membuat syarah kitab Al-Hikam selalu hilang, atau dicuri orang. Dan syarah yang masih utuh hingga sekarang adalah syarah Al-Hikam yang ke 17.
Setiap satu syarah yang lalu maupun yang kali berikutnya selalu berbeda. Itulah misteri Kitab Al-Hikam.

Murid-muridnya

Diantara para Ulama besar yang menjadi murid Syeikh Zarruq antara lain: Syeikh Ahmad al-Manjur, w. 955 h. Syeikh Sams al-Luqqany, w. 935 h. Syeikh Muhammad bin Abdurrahman al-Hatthab, w. 945 h. Syeikh Zein Thohir Al-Qisthiny, w. 899. Syeikh Abdul Wahab az-Zaqqaq, w.961 h. Abu Abdullah Muhammad bin Abu Jum'ah al-Hibthy, w. 930 h. Abdurrahman Al-Qinthary as-Sifyany al-Hibthy, 956 h. Syeikh Abu Abdullah Muhammad bin Ali Al-Khorruby ath-Tharablusy, w. 963 h. Muhammad Abul Fadhal Kharuf al-Anshary at-Tunisy w. 966 h, Abul Hasan Al-Bakry, seorang pendiri Thariqat Al-bakriyah. Dan masih banyak lagi yang tak bisa disebut disini.

Karya-karyanya


Begitu banyak karya Syeikh Zarruq, terutama dalam bidang Tasawwuf, antara lain:

1. Syarah Hizib Bahrnya Asy-Syadzily
2. Syarah Aqaidul Ghazaly
3. Risalah (sebuah surat panjang yang ditujukan kepada para pengikut Thariqah Zarruqiyah Syadziliyah)
4. Kumpulan ucapan-ucapannya
5. Syarah Qasidah Nuniyah
6. Syarah Hizbul Kabir
7. Kitabus Shina'ah
8. Risalah Fis Tasawuf
9. Ushuluth Thariqoh
10. Nadzmu Fushulis Saamy
11. Nadzmu 'Uyubin Nafs
12. Qawaidut Tasawwuf wa Ushulihi
13. I'anatul Mutawajih al-Miskin ala Thariqah al-Fath wat-Tamkin
14. Qashidah Tsaniyah fil Hats alal 'Uzlah
15. Adzdzarruy Syariah fi Ushulit Thariqah
16. Tambih Dzawil Himam 'ala Ma'aanil Alfaadzil Hikam
17. As-Silsilah az-Zarruqiyah
18. Kitabul Jami' Lijumalil Fawaid wal-Manafi'
19. Al-Mawahibus Saniyah fi Khowashi Nadhzri Asmail Husna (Ad-Dimyathiyah), Syarah ringkasan Ad-Dimyathy.
20. Al-Maqshadul Asmaa bidzikri Himmaty maa Yataallaqu bijumlatil Asma
21. Mukhtashar Alal Muqaddimah Alwaghlisiyah
22. Khanah Ibnu Yusuf
23. Syarh Mukaddimah al-Quthubiyah
24. At-Thariqah az-Zaruqiyah
25. Syarhun Nashihah Al-Kafiyah liman Khashshau bil 'afiyah
26. Risalah fil Wa'dzi
27. Khawashu Asmail Husna
28. Ad-Durratul Bahiyah
29. Syarah ala Matnir Risalah
30. Ta'sis Qawaidul wal Ushul
31. Risalah fi Ahwaliz Zaman
32. Fathu Maqamil Asma fi Ba'dh Maa Yataallaqu bil Asma
33. Syahul Hikamil Athaiyah
34. Al-Burdah asy-Syarifah fil Kalam 'ala Ushulit Thoriqoh
35. Syarhi Mabahitsil Ashliyah fi Thoriqoh as-Shufiyah
36. Ahkamul Hajj
37. Rusalah Shufiyah

Beliau wafat hari ke 18 bulan Safar tahun 899 h/1493 M, pada usia 54 tahun, meninggal di Misrathah wilayah Tharablus ibukota Libia, dan makamnya sangat terkenal disana.

Syeikh Abul Hasan Asy-Asyadzily, Dia berkata: Cahaya dari cahaya Allah Dia titipkan ke dalam hati hamba-Nya yang beriman sehingga memutusnya dan selain-Nya. Maka, itulah keikhlasan yang tidak dapat ditengok oleh malaikat lantas menulisnya, oleh setan lalu merusaknya, maupun oleh hawa nafsu lantas memiringkannya.

Dan, darinya mencabang empat kehendak: kehendak ikhlas dalam amal di atas pengagungan terhadap Allah, keikhlasan demi mengagungkan perintah Allah, kehendak ikhlas untuk menuntut ganjaran dan pahala, dan kehendak ikhlas dalam membersihkan amal dan noda-noda; tidak memperhatikan padanya selain itu.
Kita menghamba kepada-Nya dengan semua kehendak ini. Karena itu, siapa yang berpegang kepada satu darinya, maka dia orang yang ikhlas. Mereka berada dalam derajat-derajat di sisi Allah dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Kepada isyarat inilah Allah Swt berfirman yang disampaikan oleh Jibril As, kepada Rasulullah Saw, “Ikhlas adalah rahasia dan rahasia-Ku yang Aku titipkan dalam hati hamba-hamba-Ku yang Aku cintai.” Syeikh berkata, “Riya’ adalah membebaskan hati dalam amal demi selain Allah pada sudut yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.”

Kesaksian dalam Ikhlas


Beliau r.a. berkata: Aku melihat seolah-olah diriku sedang tawaf di Ka’bah seraya menuntut keikhlasan dan diriku, dan aku memeriksanya di dalam batinku. Tiba-tiba ada seruan, “Berapa sering kalian mendekat bersama orang-orang yang mendekat sedangkan Aku Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Dekat, Maha Waspada. Pengenalan dari-Ku mencukupkanmu dari ilmu orang-orang dahulu dan kemudian, kecuali ilmu Rasul dan para Nabi.

Ikhlas itu terdiri dari empat unsur: keikhlasan orang yang ikhlas dengan apa yang di ikhlaskan kepada yang di ikhlaskan kepada-Nya. Dan, itu ada dua bagian: keikhlasan shiddiqin (orang-orang yang jujur) dan keikhlasan shiddiqin. Ikhlas shadiqin adalah demi menuntut pahala sedang ikhlas shiddiqin itu wujud al-Haqq yang dimaksudkan, tidak ada sesuatu pun dari selain-Nya. Maka, siapa yang hal itu dititipkan ke dalam hatinya, dialah yang dikecualikan oleh lisan musuh-Nya dalam firman-Nya, “Aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.” (QS. Shad [381]: 82—83).

Rabu, 1 September 2010

Kurniakankan aku, bau semerbak itu!


Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasul bersabda : (( Sesungguhnya kamu tidak meninggalkan sesuatu lantaran takutkan Allah melainkan Allah mengurniakan kepada kamu kebaikan daripadanya.))

Macam mana ustaz.


“ Ustaz, saya ada mimpilah semalam.” Anak muridku memberitahuku.

Aku tersenyum. Kadang-kadang aku malas melayan karenah anak muridku. Mimpi mereka kebanyakkannya merapu sahaja. Mimpi landaklah, mimpi hantulah, mimpi jembalanglah dan macam-macam lagi. Dan kebanyakkannya aku tak melayan mimpi-mimpi mereka.

Ada beberapa implikasi yang terhasil, jika aku melayan karenah mereka ini. Tetapi yang paling jelasnya aku akan memakai “title” tukang tafsir mimpi dan tukang tilik. Malah, ada beberapa individu juga hadir bertemu denganku dari kalangan orang tua-tua yang turut memohon tafsir mimpi dariku. Aku sering mangalih jawapan, supaya tidak terjerat dengan keadaan itu.

“ Apa mimpi kamu tu?” aku menyoal sebelum mengambil keputusan untuk mentafsirnya atau tidak.

“ Saya mimpi, saya dan abang saya nak pergi majlis maulid, lebih kurang macam tulah. Saya nak pergi jumpa ustaz. Dalam perjalanan tu, saya jumpa ikan banyak sangat. Berlambak-lambak ikan tu atas jalan dan tanah .”

“ Apa maksud dia ustaz?” pohonnya.

Aku mengorak senyum. Kepalaku ligat berfikir, apakah perlu aku memberitahunya atau tidak. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk memberitahunya.

“ Ustaz, boleh beritahu maknanya, tapi kalau kamu boleh ikut syarat ustaz la.”

“ Apa dia ustaz.” Anak muridku mencelah.

“ Boleh tak kamu ikut ?”

“ Macam mana ustaz?”

“ Ermm…syaratnya ialah, kamu tak boleh berhenti dari istiqamah membaca al Quran. Walaupun kamu sudah tahu tafsir maksud mimpi tersebut.”

“ Ustaz risau, nanti kamu sudah rasa besar diri dan sudah rasa cukup! “Aku menyatakan kebimbanganku.

“ Insya Allah tidak begitu.”

“ Kalau begitu, baiklah! “ aku sudah tidak sangsi lagi.

“ Maksudnya ialah, dalam bulan Ramadhan ini, kamu dan abang kamu akan dapat sesuatu dari pemberian dan kurniaan Allah, yang tidak diberi kepada yang lain.”

“ Ermm..., apa yang perlu saya buat? “ dia kembali menyoal.

“ Teruskan istiqamah, kamu akan dinaikkan maqam ! “ kenyataanku membuatkannya terkedu. Bungkam.

……

Mulut saya berbau.

Malam ke 19 menyaksikan banyak yang tumbang dan tewas. Tewas dengan nafsu yang menyerakah. Pada hiburan dimedia massa, pada membeli belah, pada membuat kuih, pada mencari rezeki yang bertimbun, pada bermain meriam dan mercun dan pelbagai lagi.

Namun, masih ada sedikit yang tabah. Tabah dan beribadat dengan penuh istiqamah. Tabah pada melafazkan frasa-frasa suci milik tuhan. Tabah pada menyebut nama kekasih yang dikasihi. Ketabahan itu dibuktikan pada amalan mereka.

Rauhah menyaksikan, mereka yang tabah. Masih ada yang duduk berteleku dengan tekun menatap setiap rangkap huruf yang menyusun. Tekun menyebutnya. Ada yang merangkak-rangkak membacanya. Ada yang separa pro mengalunkannya. Ada yang begitu fasih mendendangkannya. Ada yang membaca secara tartil. Dan ada secara hadar.

Suara-suara itu terkumpul pada suatu masa meledakkan alunan bising seperti sekumpulanan lebah menghurung sarang. Tiada siapa yang akan cuba memberhentikannya, kerana bacaan itu dibaca bersama hati yang merintih dan melirih. Kadang-kadang seolah perlumbaan. Masing-masing berlumba-lumba untuk membacanya, seperti firman Allah :

(( Berlumba-lumbalah pada perkara kebajikan ))

Usai bertadarus, diikuti dengan bacaan beramai-ramai surah al Mulk. Amalan sunnah yang diterapkan menjadikan hati begitu mantap untuk menjamah kelazatan Ramadhan. Bukan setakat itu, Dalailul Khairat diratah sama bagaikan ulam dan sambal menyerikan nikmat rasa pada makan. Tidak cukup dengan itu, bertali arus pula dengan kuliah tafsir.

Mereka begitu tabah untuk menghadapinya saban hari dalam Ramadhan. Tiada mereka lari dan meninggalkan majlis itu. Masih duduk dan menatap wajahku setiap malam untuk mendengar nasihat-nasihatku. Moga mereka termasuk dalam golongan sabdaan nabi junjungan kita :

(( Jadilah orang berilmu, atau yang mempelajari ilmu, atau mendengar ilmu, atau menyukai ilmu. Tetapi janganlah menjadi golongan yang kelima.))

Morei disediakan setiap malam. Aku rela menghabiskan duitku untuk mereka. Mereka yang berkhidmat demi al Quran. Moga-moga aku mendapat syafaat al Quran, walaupun hanya menyediakan makanan untuk orang yang membaca al Quran. Sambil-sambil meragut sedikit nikmat dan rezeki, kami berbual kosong. Bertanya itu dan ini. Bertanya sihat dan tidak sihatkah? Bertanya amal masing-masing, berkurang atau bertambahkah? Juga bertanya tentang sebarang kekusutan dalam sebarang masalah.

“ ustaz, saya ada soalan.” Abang kepada anak muridku yang bertanya tentang mimpinya menyapa aku.

“ Ya, saya! Silakan! “ aku membenarkan untuk bertanya.

“ Entahlah ustaz. Semalam saya baca al Quran, mulut saya berbau kasturilah.”

“ Lagi banyak saya baca, lagi kuat bau kasturi tu.! “

“ Macam mana nak buat ustaz?” soalnya.

Aku membalasnya dengan senyuman. Sekali lagi aku berfikir, sama ada perlu atau tidak aku menjawabnya. Dan aku memilih untuk menjawab dengan jawapan yang mudah.

“ Hal ini kamu boleh tanya adik kamu.”

“ kamu termasuk orang yang dimaksudkan dalam mimpi adik kamu! “ aku menjelaskan.

“ Apa mimpi adik saya ustaz?” Dia kembali menyoal.

“ Itu kamu kena tanya adik kamu.” Aku tersenyum dan membiarkan dia terkeliru begitu.

…..

Membau seperti kasturi.

Mulut orang yang berpuasa akan menjadi busuk disebabkan oleh fungsi perut yang tidak beroperasi telah merembeskan bau yang bertakung padanya. Ia ditambah lagi, apabila perintah agama yang melarang untuk bersiwak atau bersugi. Menjadikan bau mulut bertambah busuk.

Ulamak telah menyatakan hukum bersugi adalah makruh, malah ada yang mengatakan ia tidak disunatkan. Ada juga yang berpendapat, makruh itu hanya pada waktu yang menghampiri waktu berbuka. Namun, bagi syafieyyah, menyatakan makruh bersugi setelah gelincir matahari pada hari tersebut.

Bau busuk tersebut, mendatangkan kabaikan. Antaranya ialah :

1. Bandingkan kebusukan tersebut dengan busuknya taik. Taik yang busuk itu, secara fitrahnya perlu dikeluarkan. Kalau tidak dikeluarkan ia akan mendatang penyakit dan pasti akan memudaratkan tuannya. Begitu juga, busuk yang keluar dari mulut adalah sesuatu yang perlu dikeluarkan secara fitrahnya. Jika tidak kerana busuk tersebut, diri kita terdedah kepada penyakit.

2. Merendahkan diri. Allah telah menunjukkan kelemahan kita pada bulan puasa dengan mulut yang berbau busuk. Pengzahiran itu akan menjadikan kita rendah diri sesama manusia. Seseorang akan menjadi bongkak dan besar diri, apabila mendapati dirinya melebihi daripada orang lain atau tidak ada kelemahan dalam dirinya.

3. Mulut yang busuk akan menjadikan seseorang itu lebih banyak senyapnya berbanding bisingnya. Kerana busuk mulut akan menganggu orang lain, maka Allah telah membantu kita untuk berpuasa secara maknanya pada anggota mulut.

Tetapi, impak yang paling besar pada kebaikan mulut busuk tersebut ialah nilai yang diganti hasil dari mujahadah menanggung mulut yang busuk tersebut. Mulut yang busuk sememangnya tidak disukai oleh manusia. Tetapi tidak pada Allah.

Itu bukanlah memberi makna yang Allah sukakan busuk. Itu adalah pernyataan yang sama sekali salah, kerana bagi Allah semuanya adalah baik dan cantik. Semua yang diturunkan Allah adalah baik dan nikmat. Ia dianggap sebagai rahmat. Cuma pada manusia, istilah itu sudah berubah. Allah menjadi tiap sesuatu itu berpasangan di dalam dunia. Maka, busuk dan wangi juga adalah berpasangan. Jika ada wangi dalam dunia, maka sudah tentu ada busuknya.

Jika kita keluar dari bumi sahaja, kita sudah tiada siang dan malam. Jadi, baik dan buruk itu hanya istilah yang mempengaruhi bumi dan makhluk yang bernama manusia. Pada Allah, tentu sama sekali tidak.

Kebusukan itu pula pada Allah adalah merupakan kebaikan kerana ianya berpunca dari pancaran dan ledakan kegigihan seseorang dalam mujahadahnya untuk menuntut keredhaan Allah. Allah mengantikannya dengan wangian tersebut, kerana mereka telah membuktikan sesuatu demi Allah. Begitu jugalah halnya yang boleh dikaitkan dengan wangian ini ialah darah para syuhada, apabila dibangkitkan akan terus mengalir dengan wangian kasturi. Kasturi ialah sebuah simbol perjuangan dan mujahadah.

Dalil-dalil dari Rasul :

1. Di dalam Sohihain, Rasulullah telah bersabda :

(( Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dinamakan baginya : al Rayyan yang hanya dimasuki oleh orang yang berpuasa dan tidak dimasuki oleh orang yang selain mereka.))

2. Rasulullah bersabda :

(( Bagi syurga itu mempunyai pintu yang dinamakan dengan al Rayyan. Tidak masuk dari pintu ini melainkan orang-orang yang dijanjikan akan bertemu dengan Allah sebagai balasan puasa yang dikerjakannya.))

3. Diriwayatakan oleh Ibnu Abi al Dunya daripada Anas secara marfu’:

(( Orang-orang yang berpuasa semerbak ( keluar ) dari mulut mereka bau kasturi, dihidangkan bagi mereka hidangan di bawah arasyh dan mereka makan darinya sedangkan manusia yang lain sedang dihisab.))

4. Firman Allah dalam hadis Qudsi :

(( Bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah daripada bau harum kasturi.))

5. Makhul berkata : “ Ditiup ahli syurga dengan suatu bau, lalu mereka berkata : Tuhan kami ! Semenjak kami memasuki syurga kami tidak pernah mendapati bau yang lebih harum daripada bau ini. Maka dikatakan kepada mereka : Ini adalah bau mulut orang-orang berpuasa.

6. Di dalam hadis al harith al Asyh’arie daripada Nabi: bahawa nabi Zakaria berkata kepada bani israel : Aku memerintahkan kamu supaya berpuasa, kerana orang yang berpuasa diibaratkan seperti seseorang yang berada di dalam satu kumpulan. Bersama sebuah kantung yang berisi wangian kasturi. Maka tentunya semua orang yang berada di sekitarnya merasa amat kagum dengan bau tersebut. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa adalah wangi di sisi Allah daripada bau kasturi.

Hadis ini diriwayatkanoleh Ahmad di dalam al musnad ( 4 / 130 ), al Tarmizi di dalam al Amthal ( 5 / 148 / 2863 ), al hakim ( 1 / 118 ) dari hadis al harith al Asyh’arie.

7. Sebahagian ahli salaf menyatakan bahawa Allah telah menjanjikan kepada Nabi Musa akan bercakap dengannya selepas 30 hari Nabi Musa berpuasa dan melakukan ibadat khususi seperti berkhalwat, berzikir, bertafakkur dan lain-lain, sebagai persediaan untuk berkata-kata dengan Allah. Maka dalam tempoh tersebut Nabi Musa pun berpuasa. Didapati bau mulutnya amat tidak enak. Nabi Musa berasa tidak senang bermunajat dalam keadaan tersebut, maka diambilnya siwak dan Nabi Musa bersugi dengannya. Tatkala Allah datang untuk menunaikan janjiNya, Allah berfirman :

(( Wahai Musa! Apakah kamu tidak mengetahui bahawa bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih wangi di sisiKu daripada bau kasturi? Kembalilah semula dan berpuasalah kamu selama 10 hari lagi.))

Hadis ini marfu’ pada maknanya, dan dirafa’kan dari Ibnu Abbas melalui al Dailami di dalam musnadnya ( 3 / 474 / 5349 ). Hadis ini tidak sah seperti yang dipegangi oleh kebanyakan para muhaddis. Perkara ini telah dinyatakan oleh Ibnu Kathir dan sebahagian ahli tafsir.
Makna

Secara umumnya, hadis kasturi bagi mulut orang berpuasa ini membawa dua maksud.

1. Puasa ialah ibadah yang menjadi rahsia antara Allah dengan hambaNya di dunia ini.Ini dapat dikenal melalui hadis Nabi yang bermaksud :

(( Semua amalan anak Adam adalah baginya, melainkan puasa. Maka ia adalah untukKu dan akulah yang akan membalasnya.))

Jesteru, Allah akan mengzahirkannya di akhirat secara terang-terangan kepada makhlukNya untuk menunjukkan kepada mereka bahawa hamba tersebut telah berjuang dan berkorban demiNya di dunia dan memberitahu kepada semua tentang pembalasan yang disembunyikan di dunia. Ini telah dibuktikan melalui sabdaan nabi melalui hadis qudsi :

(( Melainkan puasa, sesungguhnya ia adalah bagiKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sesungguhnya ia meninggalkan syahwatnya, makanan dan minumannya hanya kerana Aku.))

2. Dalam sunnah nabi dan mereka yang mengikut dengan jalan perjuangan nabi, seseorang yang bermujahadah kerana Allah, pasti tidak akan disukai oleh kebanyakkan orang. Begitulah yang dihadapi oleh Nabi dan sahabat baginda. Maka, puasa pun juga dimaknakan begitu, apabila mereka bermujahadah untuk melunaskan perintah tuhan dan menggarap kota taqarrub ilahiyyah, pasti tidak disukai orang dari mulut-mulut yang busuk menahan diri dari makan dan minum.

Jesteru, Allah mengkhabarkan jaminan wangian kasturi sebagai penenang dan utusan menggembirakan orang yang beramal di dunia ini, agar mereka tidak sedih, tidak senang dan gelisah berhadapan ujian dan rintangan dalam melaksanakan tuntutan Allah di dunia.

Manifestasi kasturi.

Kadang kala bau mulut orang yang berpuasa dimenifestasikan dengan kewangian kasturi di dunia lagi, dan ia terbahagi kepada 2 jenis, seperti yang dinukilkan oleh para ulamak. Bahagian tersebut ialah :

1. Bau yang boleh dihidu dengan anggota yang zahir.

Menurut satu riwayat, bahawa Abdullah ibn Ghalib merupakan seorang hamba yang tekun melakukan ibadah sembahyang dan berpuasa. Selepas beliau dikebumikan, didapati tanah kuburnya berbau wangi seperti bau kasturi. Maka, pada satu hari, beliau ditanya tentag bau harum yang semerbak dari kuburnya itu.

Maka beliau menjawab : Bau itu ialah bau bacaan al Quran dan bau mulutnya akibat menahan dahaga ( puasa ) yang dikerjakannya semasa di dunia.

2. Bau yang dapat dihidu oleh roh-roh dan hati-hati. Orang –orang yang ikhlas berpuasa akan dikasihi dan disukai oleh orang-orang yang beriman seperti mereka suka kepada bau kasturi.

Rasul bersabda : (( Tidak menyembunyikan seseorang akan suatu rahsia, melainkan akan dizahirkan oleh Allah secara terang-terangan.))

Seharum kasturi.

Kisah ini aku petik dari blog “ Zaid Akhtar “ . Aku mengenali di Jordan.

Subjek Bahasa Arab Kertas 2. Lokasinya kelas Tingkatan 6 An-Nawawi. Kami sedang berbincang tentang sebuah puisi moden Arab yang dinukilkan oleh raja penyairnya, Ahmad Syawqi berjudul al-Jazirah. Dalam salah satu baitnya, Syawqi mengungkapkan keindahan al-Jazirah yang terletak di bahagian barat Sungai Nil dengan pelbagai tasybih (simile) dan salah satunya dengan perumpamaan kijang serta haruman kasturinya.

Saya tergerak untuk bertanya, apakah dia kasturi? Ramai yang menjawab, kasturi itu sejenis haruman. Benar sekali. Lantas saya menambah, kasturi dalam bahasa Arab disebut misk, manakala bahasa Inggeris yang baharu maju kemudiannya pula meniru bunyi sebutan orang Arab lalu disebut musk. Contohnya, wangian yang saya pakai ini disebut al-Misk al-Abyadh (kasturi putih) atau lebih dikenali sebagai White Musk (terutamanya di bawah jenama Body Shop).

Kemudian saya bertanya, siapa tahu dari mana asalnya kasturi? Rupa-rupanya tiada yang tahu. Saya menjelaskan, ia berasal salah satu puncanya dari bahagian bawah kelengkang kijang. Semua ternganga terkesima tidak percaya. Masakan dari tempat sesulit itu menghasilkan bau yang amat wangi, balas mereka. Lalu saya berpesan agar mereka segera mencari maklumat tentang kasturi di Google dan bukan sekadar melayari Facebook di internet.

Oh ya, kembali kepada persoalan asal-usul kasturi; sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, biasanya kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi. Sebenarnya, istilah kasturi merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.

Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras. Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.

Dalam sepotong hadis, Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar).

Perhatikanlah !

Perhatikanlah dengan matamu, basirahmu, akalmu, qalbumu, perasaanmu tentang kebesaran dan huruf-hurufNya, yang Allah bina untuk memaksudkan sesuatu.

Kita dijadikan dari air yang keluar dari tempat yang busuk. Menjadi seorang manusia sebaik-baik kejadian. Dari tahi-tahi yang keluar dari dubur setiap makhluk dan melupus, menjadikan tanaman hijau dan bunga yang mewangi. Keluarnya kasturi yang mewangi dan disebut-sebut dalam setiap syair dan gurindam, dari tempat yang busuk iaitu genitil kijang. Dari kebobrokan dan kebusukan akhlak manusia, disitulah keluarnya Rasul yang menyeri.

Maka dari mulut yang busuk jugalah akan mengeluarkan segala rahsia dan kebajikan yang tiada kita mengerti. Cuma kasturi sebagai galang ganti dan imbuhan buat dibanding berseni. Dari dosa yang mencemarlah keluarnya insaf dan taubat. Air mata yang berjujuran menjadi penganti perisai buat kepanasan neraka tiada terperi.

Perhatikanlah dengan amthal ( perbandingan ) yang Allah beri. Hanya mereka yang mempunyai basirah dan hati, bisa mengerti!