Rabu, 23 September 2009

Menginsafi amalan aidilfitri


Telah sepakat ulamak dahulu dan sekarang untuk menyambut Hari Raya dengan kegembiraan. Malah kita sendiri diharamkan untuk berpuasa pada kedua-dua hari besar dalam Islam iaitu hari Raya aidilfitri dan aidiladha.
Bermula dengan bangun pagi, bersarapan pagi yang menjadi sunnah, kemudian berbondong ke masjid, surau atau padang untuk bertakbir, merayakan pada sebuah kemenangan ketika bermujahadah di bulan Ramadhan. Kemudian bersolat sunnah aidulfitri secara berjemaah dan mendengar khutbah. Perkara ini menjadi amalan yang berterusan dalam masyarakat kita.
Bermaaf-maafan apabila bertemu dengan sekelian manusia. Dan berziarah dan kunjung mengunjung menjadi elemen utama dalam amalan ketika syawal. Dan kembali ke rumah dengan mengikut jalan yang berbeza ketika datang. Sudah tiada lagi perbalahan. Ia diterima sebagai satu amalan dalam berhari raya.
Namun, ada satu amalan yang sering dipertikaikan oleh sebahagian orang. Kebanyakan masyarakat kita menerimanya dengan baik. Cuma golongan yang menganggap mereka sebagai reformis atau pentajdid sahaja yang terang menentang amalan menziarahi kubur. Kedua-dua pihak mempunyai sandaran masing-masing. Sandaran pula masih dalam kaedah syarak. Masing-masing berhujjah dengan al Quran mahupun hadis.
Jesteru itu pertengkaran yang cuba ditegakkan adalah sesuatu yang sia-sia jika kita tidak tahu bagaimana adab dalam berkhilaf. Para salafus Soleh juga berkhilaf. Para tabien juga berkhilaf. Para mujtahidin juga berkhilaf. Tapi lagak mereka amat beza dengan sikap kita dalam berkhilaf. Sedangkan Rasulullah menganjurkan kita untuk berlapang dada dalam setiap urusan.
Semua orang mendakwa mereka bertujuan menjaga syariah. Termasuk juga dengan para intelek. Tapi bagaimana kita berhadapan dengan masyarakat secara praktikalnya. Semua mendabik dada untuk urusan agama, yang mana merekalah firqah najiah tersebut. Ternyata hadis yang mereka perjuangkan akan menyeret mereka ke kancah khilaf yang buruk. Khilaf pasti terjadi kerana Allah berkehendak begitu. Jadi jangan terlalu tegar dengan kefahaman sendiri, sehingga menyatakan mereka ini ahli bid’ah, syiah, muktazilah, ahli neraka dan bermacam lagi.
Hanya itu, itulah yang disepakati. Kalau mati tiada talqin, kalau solat subuh tiada qunut, kalau mati tiada tahlil dan macam-macam lagi. Kalau benar di atas jalan yang benar iaitu tiada mazhab, pasti akan terdorong dengan pelbagai bentuk faham dari tekstual yang tersedia. Tapi tidak begitu. Pemahaman akan terus menjurus ke satu arah faham sahaja. Yang terkeluar atau tiada di dalam arus itu, maka keluarlah dia dari landasan iman. Fahaman karut dan mencarut.
Maka begitulah juga dalam kes menziarahi ke kubur pada 1 syawal. Aku memang yakin mereka semua tahu tentang dalil-dalil dalam pengamalan masing-masing. Dan aku juga yakin mereka juga tahu tentang adab-adab berkhilaf dan masing-masing mendakwa merekalah yang mengamalkan adab khilaf itu. Sudahlah, bawak-bawak insaf diri masing-masing.
Allah telah mengajar kita, janganlah kita mencerca kaum kafir kerana mereka juga akan membalas cercaan tersebut. Nah, wahai orang yang mendakwa ke atas salaf atau mana-mana kebenaran. Apa yang anda dakwa jelas tersasar dari manhajnya. Itukan peringatan ke atas perbuatan kita kepada orang kafir ! orang kafir ! Apatah lagi kepada orang sesama islam. Kalau anda dengan mudah bilang orang lain ahli neraka, sudah tentu mereka akan membalas cercaan tersebut kepada kamu. Kemudian kamu kata mereka yang mengutuk. Nah! Bagaimana kamu berfikir! Bagaimana kamu bertindak. Kalau kamu mencerca amalan orang lain, maka apakah tiada orang lain yang akan mencerca amalan kamu. Masakan tiada angin maka pokok bergoyang. Kalau orang mencerca kita, pasti itu juga berpunca dari kita. Jadi, lebih baik jangan mulakan. Bersangka baik.
Kalau itu apa yang kita laksanakan, maka jangan mendakwa diri kita penegak sunnah, malah salaf al soleh pun kita tidak layak sama sekali. Kita adalah penegak kepada nafsu kita. Kita adalah kaum yang ghurur itu. Ghurur di atas ilmu.
Oleh itu, entry aku kali ini bukannya nak membahas sangat tentang dalil menziarahi kubur di pagi syawal ini. Pada aku, Rasul sudah menunjukkan perkara menziarahi ke kuburan ini dengan umumnya. Cuma bila datang secara khusus pengharaman dalam pelaksanaannya, maka barulah terhujjah dalam kemaksiatan pengamalannya. Namun, mereka berhujjah, perkara tidak dibuat oleh nabi kerana tiada dalil pelaksanaannya. Tapi, korang bagi aku pulak dalil nabi tidak membuatnya. Pasti, korang pun tak ada. Oleh sebab itu ada dalil umum. Korang fikirlah sendiri.
Ironinya, ulamak usul menyatakan perkara ini ialah al Tarku. Tapi, aku sebenarnya nak kita menjadi ulamak yang memahami waqi. Islam ini mudah. Jadi permudahkanlah perlaksanaannya. Jadilah ulamak yang memahami waqi sebenar dan menyelesaikan masalah manusia. Dalam konteks perlaksanaan yang aku maksudkan, masih dalam neraca syarak.
Adakah apa yang kita fatwakan masih sesuai dengan praktisnya atau releven serta masih mendatangkan khair dan taqwa kepada manusia. Contohnya begini. Suasana manusia sentiasa terlupa. Jadi manusia ini kalau tidak diingatkan, dan memudahkan mereka untuk melaksanankan maka mereka boleh laksanakan daripada ia meninggalkan terus dan tidak beroleh takwa.
Relevennya masyarakat kita sekarang terlalu sibuk atau ia hanya menjadi satu sebab untuk menyebabkan berlepas diri, dek kerana kemalasan. Mereka sudah berpindah ke bandar-bandar. Ada yang mampu balik sebulan sekali, ada yang 2 bulan sekali, ada yang setiap kali cuti anak-anak mereka,ada 2 kali dalam setahun dan ada yang setahun sekali, itulah cuti raya aidilfitri.

Nah, mereka jenis manusia ini, bilakah akan merasai insaf dengan sendirinya akan terpanggil untuk pergi ke kubur selayaknya dengan anjuran nabi. Pasti tidak bukan. Tak akan pergi bukan! Secara waqi dan realiti dalam ummat kita. Jangan nak menipulah! Kalau cakap bab modul manhaj kenabian ini pasti boleh dibibir, tapi nak buat memang tak terbuat punya. Nah, bagaimana kita nak membantu mereka buat dengan mudah.
Aku berani cakap masyarakat tak akan buat kerana meh, kita tengok ibadat solat. Masjid itu pun mereka tak mampu pergi dengan alasan keletihan, kesibukan dan sebagainya. Apatah lagi nak tiru perangai nabi , sorang-sorang di waktu sunyi pergi ke kubur. Bila tak solat, bila mereka nak baca al quran? Bila tak solat, bila mereka nak berselawat? Bila tak solat, bila mereka nak berdoa untuk ibu bapa mereka ?
Manusia ini sifatnya bila tiada depan mata ia tak ingat. Bila cerita pasal kiamat, depa buat dek aje. Tapi bila tanda kiamat dah keluar, barulah sibuk untuk insaf. Selang dua tiga hari, lupa balik. Begitu juga menziarahi kubur ini. Bila depan mata kubur mak ayah, berjujutlah air mata keinsafan. Mendoakan ibubapa mereka. Teringatlah kembali kenangan bersama mereka. Bertambah insaflah mereka mengenangkannya. Tapi, bila tak nampak kubur. Berdekah-dekah ketawa.
Jesteru itu, kalau tak dinasihat dan dianjurkan waktu selepas raya atau bila-bila waktu di dalam syawal, bilakah waktu yang sesuai untuk mereka meladeni sunnah nabi yang paling kuat istifadahnya. Rasul bersabda : Cukuplah maut sebagai peringatan ( Kafa bilmauti zikra ). Jadi, biarkanlah mereka buat dengan sesuatu sebab. Sebab mereka ke kubur kerana cuti yang mereka perolehi daripada syawal.
Amat berdosa pula kita, amalan yang hanya itu paling sesuai untuk menambah ketakwaan kita sekat pula. Sebaliknya kita tidak pula membantu dalam masalah ini. Aku melihat ulamak terdahulu memang wajar berbuat demikian dengan memilih dalil yang paling sesuai untuk di amalkan dalam masyarakat.
Mengapa kita perlu pergi ke kubur, antara sebabnya ialah :
1. Mengikut perintah nabi. Tetapi dirancang dengan anjuran sesuatu sebab. Masih dalam kaedah syaraknya.
2. Mendatangkan rasa insaf.
3. Pendidikan mengajar generasi untuk sentiasa menghormati ibubapa, mendoakan mereka dengan membawa keluarga ke kubur. Kalau tak di ajar begitu, dan kita suruh anak kita pergi kubur sorang-sorang.Hehehhe….kalau anak kau boleh pergi, memang hebatlah.hahhaahha Secara praktis dan realiti ini. Terimalah hakikat ini.
4. Manusia alpa dan bila berhadapan kubur, barulah nak berdoa untuk ibubapa mereka.
5. Meningkatkan ketakwaan
Kalau korang nak sekat juga, korang kena fikirkan jalan yang lebih praktikal dan releven untuk di amalkan dalam masyarakat. Janganlah sampai fatwa korang, masyarakat mencari sebab untuk melarikan diri dari pengamalan yang boleh meningkatkan khauf dan insaf ini. Iaitu menziarahi kubur yang korang rasa paling benar cara dia dengan amalan Rasulullah. Kalau orang lari dari amal ini dan menjadi sumber keparahan dalam akhlak atau iman, kerana tiada benteng tersebut, korang tanggunglah dosa yang mendatang. Segala perbuatan dilihat Allah, Rasul dan para mukminun. Korang jawablah dengan Allah sepanjang hisab nanti. Allahumma fasyhad! Aku dah bagitau!
Aku masih teringat sebuah kisah salaf al soleh. Aku rasa korang pun tau siapa dia? Satu hari ada orang menanyakan hukum kepada dia. Kemudian dia senyap. Penanya itu segera menyoal, adakah dia tak tahu jawapannya. Bagaimana seorang alim dan sentiasa mendampingi Rasul tidak boleh menjawabnya. Maka, segera ia menjelaskan : Kalau aku bagi fatwa begini, apakah yang akan aku dapat diakhirat kelak. Adakah ia boleh menambahkan ketakwaan. Jadi, kisah ini korang renungkanlah. Apakah korang benar dalam tindakan yang akhirnya masyarakat dapat buat apa yang nabi suruh.
Masalah yang bersama kita kena fikirkan bukan masalah kubur. Sebab mereka dah buat anjuran nabi. Ia diselesaikan dengan umum waktu daripada anjuran. Tiada nas nabi buat, atau nabi tak buat. Sudah, khuruj minal khilaf mustahab. Yang pentingnya ialah solat. Berapa banyak umat Islam yang sudah meninggalkan solat mereka. Mungkin dengan ziarah itu, mereka insaf dan kembali bersolat. Kemudian dari solat dan sentiasa datang insaf, pergilah ia ke kubur selain dari waktu syawal seperti anjuran nabi.
Setahu aku juga, Imam ahmad bin Hanbal pernah ditanya anaknya, mengapa dia tak menulis kitab. Jawabnya, hari ini aku berkata begini, besok aku juga boleh berkata demikian. Apakah kalian juga tidak boleh bersikap demikian. Hari ini kalian menerimanya, kerana masih dalam konteks syarak. Esok mungkin kalian berubah. Begitu juga kami. Ini tidak! Bertegang urat aje nak kata betul!

1 ulasan:

  1. Promotional clothing Abercrombie and Fitch for sale or Abercrombie as a gift, will always be beneficial to Abercrombie Sale any business. This is Cheap Abercrombie a great way to impress consumers Abercrombie outlet and grow brand loyalty abercrombie Jeans and popularity. This is a quite flawless form of marketing. Your imprinted Abercrombie Pantslogo provides instant recognition. Abercrombie Tees These eye-catching articles of clothing are a foolproof way to increase profits and a cost Abercrombie Shorts effective form of marketing. Some use this plan to earn profits and then save them for future expenses. Abercrombie Sweaters You can get a huge range of promotional gifts or other promotional items on It is encumbered with a wide range of designs, styles and colours of assorted promotional items. These items can be used as promotional gifts and resourcefully distributed to the target customers to have a long lasting impression on them and make a huge profit in exchange.

    BalasPadam