Khamis, 10 September 2009

Perbahasan zikir jahar ( 2 )



8.Syaikh Muhammad al Hamid
( Dan zikir itu harus dilakukan secara perseorangan dan pada perkumpulanan. Dengan syarat selagi mana orang yang berzikir secara terang itu tidak menyakiti jiran, yang tidur dan orang abid.)
( Penulis berkata : Dekat sini aku nak terangkan sikit. Hukum ini adalah hukum asal. Tetapi ia akan berubah mengikut keadaan. Jadi janganlah rigid sangat, kerana itu akan membuktikan yang kita ini tidak mahir langsung dengan ilmu usul. Penjelasanku :
Kalau dimasjid ia boleh berubah kerana, masjid ialah tempat umum. Kalau aku tak bagi dalil, karang kau kata aku tak bagi dalil lak. Silakan :
1.Dikeluarkan dari Imam Ahmad dalam musnadnya , jilid 4 halaman 159. ( Daripada Zaid bin Aslam r.a berkata : Berkata Ibnu al arda’: Aku keluar bersama nabi s.a.w pada satu malam. Kami melalui seorang lelaki di masjid . Dia mengangkat suaranya. Aku berkata : Wahai Rasulullah, bukankah itu nak menunjuk-nunjuk? Rasul bersabda : Tidak ! tetapi dia adalah Awwah.
2.Diriwayatkan daripada Uqbah bin A’mir r.a : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata kepada seorang lelaki yang dipanggil zul bijadain : Sesungguhnya dia adalah awwah kerana dia berzikir kepada Allah ( dengan kuat ).
3.Dikeluarkan oleh Abdul Razzaq dalam ‘ Musannaf ‘ pada hadis bernombor 6559.( Berkata al Hasan bin Muslim : Ada seorang lelaki dari ahli Najd, apabila dia berdoa dia angkat suara, bila dia bersolat, dia mengangkat suaranya.Apabila dia membaca al Quran, dia akan mengangkat suaranya. Maka mengadulah Abu Zar kepada Rasulullah s.a.w dan dia berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya ada seorang arab telah menyakitiku. Apabila dia berdoa pasti dia akan mengangkat suaranya. Apabila dia membaca al Quran, dia akan mengangkat suaranya . Maka bersabdalah nabi s.aw : Biarkan dia, sesungguhnya adalah Awwah .
( Penulis berkata : Nah! Lihatlah nabi pun tak marah, malah membiarkan golongan awwah. Siapa kita mendahului Rasulullah wahai orang yang menganggap begitu benar beramal dengan sunnah Rasul. Tetapi meninggalkan sunnah yang lain. Semua adalah kerana kejahilan. Semua kejadian itu berlaku di dalam masjid. Saidina Abu Zar adalah seorang suffah. Insaflah!)
4.Dikeluarkan Baqiyah bin Makhlad, daripada Abdullah ibnu Umar r.a : sesungguhnya nabi berjalan melalui 2 majlis. Satu majlis ialah menyeru Allah dan mendekatkan diri padaNya. Yang satu lagi ialah mengajar ilmu. Kemudian nabi bersabda : ( Kedua-dua majlis baik tetapi diantara keduanya ada yang terbaik).
( Penulis berkata : Orang berzikir dalam masjid secara kuat dan sebelahnya ada majlis ilmu. Rasulullah tak pulak melarang, malah mengakui kebaikannya. Insaflah ! )
5.Dikeluarkan oleh Imam Ahmad pada jilid 14, halaman 205, dikeluarkan Abu Ya’la pada hadis bernombor 1046,1403. Dikeluarkan oleh Ibnu hIbban pada hadis yang bernombor 816, dikeluarkan oleh Imam al Haithami dalam ‘Majma’ al Zawaid ‘ pada hadis 16763.( Daripada Abu Sai’d al Khudri r.a daripada nabi s.a.w bersabda : Berfirman Allah taala pada hari kiamat : Akan diketahui ahli berkumpul kebaikan dan ahli kemuliaan. Maka ditanya : Siapakah ahli kemuliaan itu wahai Rasulullah ? Bersabda : Ahli majlis-majlis zikir di dalam masjid.
6.Syaikh Yusuf Khattar dalam ‘ Mausua’h’nya , halaman 224, menukilkan kisah Saidina Abu Bakar menyoal Rasulullah dengan perlakuan Saidina Umar yang membaca al Quran secara kuat.
( Penulis berkata : Cukuplah tu. Walaupun ada hadis yang lain, ini pun sudah memadai. Banyak lagi. Penulis pun memilih-milih hadis yang hendak dimuatkan disini.)
Jika bersempena sesuatu.
Sudah maklum disisi ulamak feqh , makruh mengkhatam al Quran kurang dari 3 hari. Tetapi apabila tiba Ramadhan maka, ulamak dan abid telah mengkhatamkan sekali sehari. Malah ada yang lebih pula. Hukumnya sudah menjadi harus ketika Ramadhan. Contoh yang lain, Rasul bersabda : Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jirannya. Namun, adakalanya kita akan menyakiti mereka. Contohnya, jika ada sambutan perkahwinan disebuah rumah, maka akan bisinglah rumah itu, dipukul kompang . Bising dengan tarian, hon kereta bagi masyarakat arab dan lain-lain lagi. Tetapi itu tidak termasuk dari pekerjaan yang tercela. Malah menjadi sunat pula keadaannya. Begitu juga jika berzikir kuat dengan sebab-sebab tertentu. Apatah lagi pada akhir-akhir Ramadhan. Bukanlah ia dibuat sepanjang masa. Syarat kepada menyakitkan orang bersolat, tidur dan lain-lain ialah tidak menjadikan ia kebiasaan. Kalau setiap hari zikir kuat sehingga sudah tidak tertahan lagi, barulah di anggap menyakitkan. Dikuatkan dengan hadis awwah sebentar tadi .Malah boleh rujuk artikel aku sebelum ini tentang ibadah melampau para sahabat, khususnya Ramadhan. Aku bagi dalil lagi faktor ini.
-Dikeluarkan dari Imam al Bukharie dalam sahihnya pada hadis yang bernombor 949, dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya pada hadis yang bernombor 2026. ( Daripada Saidatina Aisyah r.a berkata : Aku telah melihat Rasulullah s.a.w satu hari pada pintu rumahku dan orang Habsyah bermain / menari di dalam masjid….Bersabda Rasulullah s.a.w : Teruskan wahai Bani Arfidah sehingga engkau bosan….
( Penulis berkata : Menari tu dalam masjid. Mesti orang pakar sunnah Tenggaroh kata tak boleh punya. Bukankah menari itu akan mengundang kebisingan dan menganggu ibadah orang lain. Tapi, Rasul tak buat macam tu. Sebabnya, kejadian menari itu hanya berlaku sekali sekala dengan tujuan tertentu. Kalau hari-hari buat memang menyakitkan. Mengapa pula kita tak boleh buat.Sebab kita lebih sunnah dari Rasul sendiri. Berfikirlah. Hadis ini yang hampir sama dikeluarkan juga oleh Imam Ahmad dalam musnad, jilid 3 halaman 152, dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadis 5870 dan isnadnya sahih ).

Sudah agak panjang perbincangan ini, namun aku akan tutup dengan beberapa hadis yang menjadi muhasabah buat kita .

1.Dikeluarkan oleh Imam Ahmad jilid 3 halaman 68, dikeluarkan oleh Abu Ya’la pada hadis bernombor 1376, Ibnu Hibban pada hadis bernombor 817, al Hakim jilid 1 halaman 499 dan beliau mensahihkannya, al Zahabi dalam Kasyful Khofa jilid 1 halaman 187, al Haithamie dalam Majma’ al Zawaid pada hadis 16761, dikeluarkan juga oleh Ibnu Adiyy dalam al Kamil jilid 3 halaman 980, Ibnu Sunni hadis ke 4 dan Abd bin Humaid hadis yang bernombor 925 : Daripada Abu Sa’id al Khudri r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : Perbanyakkanlah zikir kepada Allah sehingga orang kata kamu gila.
2.Disebut oleh Imam al Sayuthie dalam al Jami’ al Saghir pada hadis yang bernombor 1398 : Daripada Abu Jauza r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda : Perbanyakkanlah zikir kepada Allah sehingga orang munafik kata, kamu menunjuk-nunjuk dengan zikir tersebut .
Diketahui, seseorang yang zikir khafi itu, pasti tak dipanggil gila. Gila , kita boleh tahu dengan tindak tanduknya seperti menjerit-jerit, melaung dengan kuat atau berbual dengan sesuatu yang tidak difahami. Dan janganlah suka merujuk seseorang yang beribadat itu walaupun melampau dengan ungkapan “ hendak menunjuklah tu”. Sebab itu tanda kepada kemunafikan, kerana yang beriman sentiasa berbaik sangka, apatah sesama muslim.
Yang perlu kita fikirkan bersama, ialah tindakan Rasulullah dengan akhlak yang mulia tidak marah kepada badwi yang terberak dan terkencing di dalam masjid. Terberak dan terkencing tu! Tetapi, kita pula sibuk marah orang berzikir kuat.Kita hanya beramal dengan sunnah Rasul, malangnya akhlak kita tidak pula menjadi sunnah Rasul. Ternyata amal tidak memberi manafaat apa-apa pun kerana pengakhiran atas amal ialah akhlak yang mulia, seperti Rasul sabdakan : Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Yang perlu diberatkan bukanlah yang berzikir kuat atau perlahan, tetapi yang perlu ditakuti ialah mereka yang tidak berzikir. Yang perlu diberatkan bukannya solat 8 atau 20 rakaat solat tarawikh, tetapi sepatutnya difikirkan ialah yang langsung tidak bersolat. Kata berfikir untuk umat. Buktikan!
Mari kembali ke Madinah.

1 ulasan: