Khamis, 10 September 2009

Perbahasan zikir jahar.


Perbahasan mengenai zikir jahar ini ditulis disebabkan berlaku polemik salah faham antara individu dengan lantas membabit beberapa institusi. Tak perlulah aku memperbesarkan konflik tersebut. Hanya mereka yang berada pada waktu itu sahaja yang tahu permasalahan tersebut. Jesteru itu, hukum pasti berubah dengan suasana yang berlaku. Walau pun mereka masih berpegang kepada hukum asal.
Oleh kerana itu, aku membincangkan polemik, agar yang dikhuatiri oleh para mureeden akan terungkai. Wabillahittaufiq.
Dalil zikir jahar

1.Dalil zikir jahar bersumberkan al Quran adalah berasaskan keumuman ayat perintah berzikir, kerana apabila ayat itu datang dengan umum maka ia tidak menunjuk ke atas jahar, kuat atau perlahan. Maka, bolehlah kita secara ikhtisar merujuk kemana-mana ayat yang menunjuk perintah dan istihbab berzikir.Contohnya pada ayat surah Ali Imrah ayat 191 :( ( Mereka yang berzikir kepada Allah secara berdiri, duduk dan baring…..))
- ( Penulis berkata : Bila penggunaan kalimah ‘ mereka’ dalam ayat, menunjukkan kepada ramai yang bererti jemaah. Inilah pandangan Syeikh Yusuf Khattar dalam ‘ Mausua’h ‘ pada halaman 172 )
2.Telah dikeluarkan oleh Imam al Bukhari ( jilid 8 halaman 107, dikeluarkan oleh Imam Muslim ( Jilid 8 halaman 68 ), dikeluarkan oleh Imam al Turmizie pada hadis bernombor 3600 dan dikeluarkan oleh Imam Ahmad pada jilid 2, halaman 251.
-Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya bagi Allah itu malaikat yang bertawaf pada jalan-jalan, mencari orang berzikir. Apabila di dapati satu kaum berzikir kepada Allah maka menyerulah mereka : ‘ sebutkanlah hajat-hajat kamu ‘………………..
( Penulis berkata : kaum yang berzikir itu ialah zikir dalam jemaah. Dan murad zikir berjemaah ialah jahar. Kerana tidak mungkin perkumpulanan itu akan berlaku kesenyapan . Sementara terdapat hadis lain yang hampir serupa dengannya dikeluarkan oleh banyak jalan antaranya : dikeluarkan Imam Muslim pada hadis bernombor 2689, dikeluarkan oleh al Hakim dalam Mustadrak bernombor 1821, dan di sahihkan oleh Imam al Turmizie pada sunannya yang bernombor 3595.)
3.Imam al Hakim mensahihkan dalam ‘Mustadrak’nya pada hadis yang bernombor 1820 dan al Bazzar pada hadis bernombor 3063.
-Riwayat daripada Jabir r.a berkata : kami telah keluar bersama nabi, dan baginda bersabda : Wahai manusia, sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang bertebaran dan berhenti di majlis zikir di atas muka bumi…(Penulis berkata : majlis tidak mungkin seorang diri )
4.Dikeluarkan oleh Imam Ahmad pada jilid ke 3, halaman 150. Dikeluarkan oleh Imam al Turmizie, pada hadis yang bernombor 3510 dan beliau menyatakan ia adalah hadis hasan gharib. Disebut juga oleh al Hafiz al Munzirie dalam ‘ al Targhib wa al Tarhib ‘ pada jilid ke 2, halaman 407-408.
-Daripada Anas r.a berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Apabila kamu melalui taman-taman syurga, hendaklah kamu singgah. Maka bertanya mereka : Wahai Rasulullah, apakah taman-taman syurga ? Rasulullah bersabda : Majlis-majlis zikir.
5.Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, jilid 14 halaman 205 dan dikeluarkan oleh Imam al Turmizie pada hadis yang bernombor 3379.
-Daripada Muawiyah r.a : Sesungguhnya nabi s.aw. keluar menuju sekumpulan daripada sahabat-sahabatnya seraya bersabda : Mengapa kamu duduk disini ? Mereka menjawab : Kami duduk mengingati Allah dan memujinya. Bersabda nabi : Malaikat Jibril telah mendatangi aku dan mengkhabarkan kepadaku, sesungguhnya Allah melindungi kamu dengan malaikat.
( Penulis berkata : Tuan Guru kami menjelaskan, ia berlaku di dalam masjid. Zikir itu didengari nabi, maka nabi datang. Maka zikir tersebut secara jahar dan kuat )
Didalam kitab al Hawi lil fatawa oleh Imam al Sayutie, jilid kedua halaman 28, hadis yang bernombor 1.
6.Daripada Abdul Rahman bin Sahl bin Hunaif r.a berkata : Turun kepada Rasulullah s.a.w beberapa ayat al Quran : Bersabarlah diri kamu bersama orang yang menyeru kepada tuhan mereka pada waktu siang dan malam ( surah al kahfi, ayat 28 ), maka keluarlah baginda mencari mereka. Didapati terdapat kaumnya berzikir kepada Allah….Apabila baginda melihat mereka , baginda duduk bersama mereka dan bersabda : Segala puji bagi Allah yang menjadikan ummatku dengan siapa yang memerintah aku untuk sabar diriku bersama mereka.
7.Daripada Imam ahmad dalam bab zuhud, daripada thabit berkata : Adapun Salman berada dalam kumpulan yang berzikir kepada Allah. Maka berjalanlah nabi dan memberhentikan mereka seraya bersabda : Apakah yang kamu semua sebutkan ? Jawab kami : Kami berzikir kepada Allah. Sabda nabi : Sesungguhnya aku melihat rahmat turun ke atas kamu semua, maka aku amat suka untuk menyertai kamu. Kemudian nabi bersabda : Segala puji bagi Allah yang menjadikan ummatku dengan siapa yang memerintah aku untuk sabar diriku bersama mereka.
( Penulis berkata : Ini berlaku di dalam masjid, kerana Saidina Salman termasuk dari golongan Suffah.)
8.Dikeluarkan oleh Imam al Bukhari pada hadis yang bernombor 6970, dikeluar oleh Imam Muslim pada hadis bernombor 2675, dikeluarkan oleh Imam Ahmad , jilid 14 halaman 268 dan dikeluarkan Imam al Turmizie pada hadis bernombor 2388.
-Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w ( Aku di sisi zan hambaku padaku …..Sekiranya ia berzikir kepadaku pada seantero alam, maka aku mengingatinya seantero alam lebih baik daripadanya.
( Penulis berkata : Berzikir pada alam tidak lain mestilah dengan suara yang kuat. )
9.Dikeluarkan oleh Imam Bukhari pada halaman 805-806 :Daripada Ibnu Abbas r.a berkata : Sesungguhnya mengangkat suara ketika zikir selepas manusia menunaikan fardhu berlaku pada zaman nabi s.a.w.
10.Dikeluarkan oleh Imam Muslim pada hadis bernombor 2700, dikeluarkan oleh Imam al turmizie pada hadis bernombor 3378, dikeluarkan oleh Imam Ahmad pada jilid kedua, halaman 447, dikeluarkan abu Ya’la pada hadis bernombor 1252 dan dikeluarkan oleh abdul Razzaq dalam musannaf pada halaman 20577.
-Daripada Abu Sa’id al Khudrie dan abu Hurairah r.anhuma berkata : Bersabda nabi s.a.w : Tiada satu kaum yang berzikir kepada Allah melainkan dilindungi malaikat, dicucuri rahmat dan turunkan ke atas mereka ketenangan ….
11.Dikeluarkan oleh al Asfahanie dalam ‘ Targhib ‘ daripada Abu Razi al Uqailie r.a, sesungguhnya Rasulullah bersabda kepadanya : Hendakkah aku tunjukkan kepada engkau ke atas malakul amri yang menyebabkan kebaikan dunia dan akhirat. Dia berkata : Ya . Rasul bersabda : ke atas kamu majlis-majlis zikir.
12.Dikeluarkan oleh al Sayuthie dalam kitab al Jami’ al Saghir yang berdarjat hasan, pada hadis yang bernombor 7199 : daripada Anas r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya aku berzikir kepada Allah taala bersama kaum selepas solat fajar sehingga terbit matahari lebih aku sukai………….. Sesungguhnya aku berzikir kepada Allah taala bersama kaum selepas solat asar sehingga terbenam matahari lebih aku sukai daripada dunia dan isinya.
13.Dikeluarkan oleh Imam Ahmad , jilid 11 halaman 180, dikeluarkan oleh Abu Daud yang bernombor 1814, dikeluarkan oleh Imam al Turmizie, pada hadis yang bernombor 829, disahihkan oleh Imam al Nasaie pada hadis bernombor 2752, dikeluarkan oleh Ibnu Majah pada hadis bernombor 2923, dikeluarkan oleh al Hakim pada hadis bernombor 1653 dan dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah pada hadis bernombor 2628.
-Daripada Saib r.a, sesungguhnya nabi bersabda : Aku didatangi Jibril dan berkata : Berjalan sahabat-sahabat kamu , mereka itu mengangkat suara-suara mereka ketika bertakbir.
14.Dikeluarkan Ibnu Jarir dalam tafsirnya, daripada Saidina Ibnu Abbas pada firman Allah : (( Maka apa yang ditangisi ke atas mereka oleh langit dan bumi )). Beliau berkata : Sesungguhnya mukmin itu kalau mati, menangislah bumi tempat dia bersolat dan tempat dia berzikir padanya.
( Penulis berkata : Ada sebuah hadis yang sama yang dikeluarkan oleh Ibnu Abu Dunya daripada Abu Ubaid. Syeikh Yusuf Khattar berkomentar dalam ‘Mausua’h ‘berkata : kalau bukan zikir jahar atau kuat, bagaimana bumi dan gunung akan dengar.)

Aku berharap dengan beberapa dalil yang qati’ dan mani’ ini, mampu memberi penjelasan, dalam konfilk yang timbul. Janganlah kita dengan cepat menuduh orang dan menghukumnya jika bersalahan dengan budaya kita. Kadang-kadang apa yang kita amalkan tidak semestinya betul. Jadi, mari kita beralih kepada fatwa ulama pulak.

Fatwa ulamak

1.Ibnu al Jazari dalam kitab al Husnul Hasin
( Sesungguhnya setiap zikir itu adalah disyariatkan…sama ada dilafaz atau yang didengari oleh dirinya )
2.Syeikh Abdul Wahhab al Sya’ranie
( Dan mereka berijmak(sepakat ) bahawa wajib ke atas mureed berzikir secara jahar dengan secara kuat sepenuhnya ….)
3.Syeikh Ibn A’tho illah
( Apa yang diperlukan dari mereka yang berzikir secara jemaah, yang pertama pada hak mereka ialah mengangkat suara ketika berzikir bersama teratur susunan suara dengan mengikut timbangan. Bila disebut dengan jemaah ialah pada hati yang satu dan banyak pula kesannya. Dan terlebih kuat untuk mengangkat hijab di dalam hati.)
4.Imam al Thohawie dalam kitab Maraqie al Falah, halaman 208 dan rujuk Hasyiah Ibn Abidin.
( Tidak dilarang berzikir secara jahar di dalam masjid-masjid kerana ia termasuk di bawah firman Allah Taala : (( Dan sesiapa yang zalim yang melarang masjid-masjid Allah untuk berzikir menyebut namaNya…) –Surah al baqarah, ayat 114.
5.Syeikh Hasanain Makhluf
( Hadis-hadis yang sahih bersama ketetapan syarak berjemaah pada berzikir dan kelebihannya menetapkan kesemuanya secara jahar …)
6.Imam al Sayuthie dalam kitab Haqiqah al Sufiyyah bila ditanya tentang jahar ketika zikir di dalam masjid.
( Tiada karahah ( larangan ) pada dan harus seperti yang difatwakan oleh al Izz bin Abdul salam, al Bulqinie dan selain mereka )
7.Syaikh Mustofa Habsyie al Madanie dalam kitab al Nusrah al Nabawiyyah li ahlit Thoriqah al Syaziliyyah
( Mereka menjadikan halaqah zikir dan dibaca secara terang atau jahar dengannya kerana adalah ubat untuk keadaan mereka dan sebab kepada kecergasan mereka )

2 ulasan:

  1. Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Promotional clothing Abercrombie and Fitch for sale or Abercrombie as a gift, will always be beneficial to Abercrombie Sale any business. This is Cheap Abercrombie a great way to impress consumers Abercrombie outlet and grow brand loyalty abercrombie Jeans and popularity. This is a quite flawless form of marketing. Your imprinted Abercrombie Pantslogo provides instant recognition. Abercrombie Tees These eye-catching articles of clothing are a foolproof way to increase profits and a cost Abercrombie Shorts effective form of marketing. Some use this plan to earn profits and then save them for future expenses. Abercrombie Sweaters You can get a huge range of promotional gifts or other promotional items on It is encumbered with a wide range of designs, styles and colours of assorted promotional items. These items can be used as promotional gifts and resourcefully distributed to the target customers to have a long lasting impression on them and make a huge profit in exchange.

    BalasPadam