Rabu, 23 September 2009

Sebuah renungan di aidilfitri.


Kita akan bertindak dengan apa yang fikirkan. Kalau kebencian sudah kita pupuk dan mendarah daging dalam diri kita, maka terhijablah diri kita dari segala kebaikan yang terbina. Perkara yang baik pun tetap dipandang keji. Tapi, kalau sudah suka, segala yang tak baik turut menjadi baik disisi kita.
Segala perkembangan ini adalah berpunca dari didikan kita sejak kecil. Bukankah pemahaman akan terbina melalui pendidikan. Masing-masing akan mempelajari sesuatu dalam hidup mereka melalui pembesaran mereka. Pemerhatian, apa yang didengar, banyak mempengaruhi cara kita berfikir, sekaligus merencana cara bertindak kita.Kemudian barulah kita lebih terdedah kepada pembelajaran yang lebih holistik. Dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Tetapi pasaknya tetap tidak akan boleh berubah.
Gaya ini, banyak mempengaruhi, hatta kepada seorang terpelajar, intelektual mahupun pemimpin agung. Ramai yang mengatakan ia adalah faktor genetik. Tapi pada aku, suasana itu lebih besar pengaruhnya kepada genetik. Kerana rasul bersabda : (( Kemudian ibubapanyalah yang memajusikannya, atau menasranikannya atau mengyahudikannya ….)). Allah juga berfirman : (( Mereka keluar dari perut ibu mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa )).
Aku sampai sekarang masih bingung dengan hal ini. Masing-masing mempertahankan pandangan masing-masing yang disangkakan kebenaran. Kebenaran yang sebenarnya ialah Allah. Pemahaman kita bukannya sebuah kebenaran, kerana pemahaman kita hanya sebuah sandaran kepada keutuhan akal. Akal pula berkembang dengan apa yang dilihat, dirasa dan diajar sejak kecil lagi.
Oleh itu, kita sering menyangkal pemahaman orang lain walau pun kita tahu ada benarnya pada perlakuan tersebut. Jesteru itu, apakah motif kita. Malah gejala ini telah menular kepada kesarjanaan kita.
Aku berhari raya. Manusia ini seringkali tertipu dengan sesuatu yang menghiasinya. Tetapi, manusia juga telah dicipta bersama fitrahnya. Seperti firman Allah : (( Fitrah Allah, yang mana fitrah manusia, fitrah Allah diatasnya )). Maka bergembira itu ialah fitrah manusia yang Allah campakkan dalam diri kita. Semua manusia memilikinya.
Jika dilarang sekali pun manusia akan terus memilikinya. Jika tidak diraikan ia tetap menonjolkannya. Jadi akan terhiaslah fitrah bergembira dalam kehidupan manusia. Hiasan itu sentiasa berkembang. Dan kadang melampaui batas. Apa lagi kalau kita menganjurkan untuk kegembiraan, ia pasti akan berlebihan.
Begitulah hari raya dengan sifatnya bergembira. Manusia akan terus bergembira. Walaupun kita mengambarkan kesedihan, ia bukan meruangkan kesedihan dalam fatrah itu, malah kegembiraan akan melampaui segala perasaan. Kerana ia sudah terhias begitu lama.
Namun, masih ada orang-orang yang dipilih Allah untuk meneutralkan keadaan itu. Ketika orang bergembira dia menerangkan agar berhati-hati dalam kegembiraan. Dalam bergembira menyambutnya, masih ada orang yang tidak mampu menyambutnya kerana kemiskinan dan kefakiran. Dalam menyambut kegembiraan orang yang hidup pastinya mengingati juga yang mati. Dalam menyambut kegembiraan bersama ibubapa , masih ada yang menyambut tanpa ibubapa. Saat menyambut hari raya bersama ibubapa, masih ada yang beraya dengan penuh penderhakaan terhadap ibubapa. Maka berkongsilah kita di atas semua nasib yang menimpa umat Islam. Bukahkah warid di dalam hadis perkongsian tersebut menunjukkan keislaman jitu antara kita.
Selain itu, kisah-kisah sedih tersebut turut juga memberi peringatan dan pendidikan. Janganlah kita terlalu mementingkan diri sehingga cepat mendatangkan dalil semata-mata kepuasan diri tanpa memandang sarat peringatan daripada juhud orang yang cuba memberi peringatan. Janganlah disebabkan kita dibesarkan dalam keluarga yang bahagia, tiada konflik keluarga dengan mudah menafi peri penting sesuatu peringatan yang cuba dicanangkan. Sememangnya kita bertindak mengikut cara kita dibesarkan. Berfikirlah para intelektual. Di luar sana masih ramai yang terputus silaturrahim. Apakah dengan kegembiraan dapat menginsafkan setiap perbuataan nista. Nescaya dengan air mata ia mampu mengubahnya.

Janganlah terlalu memikirkan kepuasan diri, malah ia juga memberi pendidikan kepada generasi akan datang terutamanya kanak-kanak. Mereka jika tidak diajar, maka bilakah mereka akan tahu tentang kepentingan kekeluargaan. Aku sendiri sering terkenang kisah-kisah yang dipertontonkan dan menjadikan aku lebih baik daripada semalam dan menambah kualiti dalam hubungan kekeluargaan. Aku yang positif atau aku menjadi negatif.
Jadi terpulanglah kepada kalian, bagaimana kalian membentuk perkembangan dan budaya dalam masyarakat kita. Jika ditayangkan semua filem dalam bentuk babak air mata pun, manusia tetap dalam kegembiraan. Percayalah!
Tetapi, pastinya kita akan tersentak seketika, dan menginsafi selepas itu kita pasti tertawa semula. Bukankah itu lebih neutral dari menjadi gila sepanjang masa.

1 ulasan:

  1. Promotional clothing Abercrombie and Fitch for sale or Abercrombie as a gift, will always be beneficial to Abercrombie Sale any business. This is Cheap Abercrombie a great way to impress consumers Abercrombie outlet and grow brand loyalty abercrombie Jeans and popularity. This is a quite flawless form of marketing. Your imprinted Abercrombie Pantslogo provides instant recognition. Abercrombie Tees These eye-catching articles of clothing are a foolproof way to increase profits and a cost Abercrombie Shorts effective form of marketing. Some use this plan to earn profits and then save them for future expenses. Abercrombie Sweaters You can get a huge range of promotional gifts or other promotional items on It is encumbered with a wide range of designs, styles and colours of assorted promotional items. These items can be used as promotional gifts and resourcefully distributed to the target customers to have a long lasting impression on them and make a huge profit in exchange.

    BalasPadam