Isnin, 7 September 2009

Sufi pun berpuasa ( 7 )


( Bersama kakak-kakak dan abang aku, sewaktu aku kecil dulu )


“ Ejai betul ke kau tak nak pergi ? “ Muhaimin meminta kepastian.
“ Aku terpaksalah. Mungkin aku ada rezeki lain kali. Aku akan pergi kot “ aku menjawab dengan pasti.
Keputusan ini amat berat sekali. Aku menimbangnya hampir berkali-kali. Menunaikan umrah bersama-sama kawan serumah adalah perkara yang mengirangkan aku. Tambah pulak dapat dilaksanakan dalam bulan Ramadhan. Aduh! Manisnya ibadah yang dibakal dilaksanakan. Tapi aku berhadapan dengan masalah ziarah ke Mesir untuk menziarahi kakakku disana.
Ada diantara sahabatku memberi pandangan agar aku pergi melaksanakan umrah dahulu.Malangnya kakak aku akan balik sebulan lagi ke Malaysia. Jadi, mungkin aku tidak akan dapat bersamanya disana. Umrah, aku boleh laksanakannya pada masa akan datang. Lagipun aku masih baru. 4 tahun masih terbentang masa akan aku lalui nanti. Takkanlah aku tiada masa untuk itu.
Tentu manis juga kalau aku dapat menziarahi kakakku. Tambah pula, dapat menjimatkan kos. Kos makan minum, pengangkutan, jalan-jalan dan lain-lain. Kalau nak beli cenderahati barulah kena keluar modal sendiri . Lagipun aku kena banyak berhati-hati dengan bajet melancong masa cuti semester ini. Kalau silap hari bulan memang kering aku dibuatnya. Setelah diberi duit yang cukup banyak oleh kementerian Pendidikan Malaysia sewaktu tempoh kedatangan ke Jordan dahulu dan 6 bulan kemudian barulah akaun bank di aktifkan.
“ Ejai, jangan lupa beli buah tangan dari Mesir untuk aku tau “ senda Razi kepada aku.
“ Insya Allah “ aku senyum.
Rakan serumah aku semuanya hadir menghantar aku ke matar Alia, Amman, Jordan. Zakuan, Muhaimin, Razi dan pemandu kami ialah Midi.
“ Korang pulak, jangan lupa nak doakan aku bila di depan Kaabah nanti “
“ Kirim salam dengan Rasulullah yer “ pohonku.
“ Dan jangan lupa bawak air zam-zam dan tamar ajwah..hehehe “ aku tersengeh.
Selepas bersalaman dan berpelukan menandakan ikatan ukhuwwah yang sangat padu antara kami. Aku pun memulakan advencer aku ke bumi Kinanah. Walaupun kami berpisah tetapi kami tetap memulakan sebuah perjalanan. Satu perjalanan bertemu dan menjadi tetamu Allah. Bagi aku perjalanan bertemu dengan relatifku. Tapi aku sedar, perjalanan yang aku mulakan adalah sukar.
“ Betul ya sidi. Aku sudah berusaha pelbagai cara. “
“ Ini bukanlah yang pertama aku mencuba. Hampir setiap cuti semester aku mencuba”
“ Ada sahaja sebab dan alasan yang Allah jadikan, menghalang usaha aku untuk bertemuNya “
“ Malah haji pun aku tak dapat nak laksanakan”
“ Duit sudah dibayar, visa pula bermasalah “
“ Bagaimana sidi “ Aku meluahkan keluhanku kerana masih tidak dapat melaksanakan umrah, apatah lagi haji yang amat dinantikan orang lain. Kemelut ini membuatkan aku sering termenung.
Sebelum berangkat ke Mesir dan sebelum sahabatku bertolak ke Mekah. Aku sudah bermimpi sampai ke Makkah. Dalam mimpi itu aku berada di telaga zam-zam. Aku teguk kelazatan air itu, menghapuskan dahagaku. Kemudia aku naik ke atas dan mencari kaabah . Namun aku tidak dapat melihatnya. Manusia pula berpusu-pusu berputar. Aku masih terhijab dari melihat kaabah. Bangun aku dari mimpi itu, aku ceritakan pada senior aku tentang latar belakang suasana di Makkah. Aku ceritakan secara terperinci apa yang aku lihat. Jawapan mereka ialah apa yang aku mimpikan itu adalah benar seperti di Kaabah. Kejadian tersebut adalah benar. aku sudah berada di kaabah sebelum sampaiku.
“ Sesiapa yang permulaannya terbakar ( susah ) maka pengakhirannya bercahaya “ pendek jawapan Sayyid Hasan, dengan hanya memetik kata hikmah Ibn a’tha iskandarie.
Lama aku merenung kata tersebut. Mencari punca, kekuatan dan kelemahan dalam bentuk yang tersurat dan tersirat.Yang terzahir dan yang bathin. Rasulullah juga hanya mampu melaksanakan ibadah haji sekali seumur hidupnya sehingga menjadi sumber dalam hukum bahawa wajib haji hanya sekali sahaja.
Kisah ini bermula dari Ramadhan. Aku berharap ia juga akan berakhir dengan Ramadhan. Bilakah ia akan berakhir. Perjalanan ini masih jauh. Sejauh aku mencariNya. Lagi aku belum kesana, selagi itulah aku akan merinduinya. Ramadhan memisahkan aku. Ramadhan akan mempertemukan aku. Tunggu aku di sana ketika Ramadhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan