Rabu, 9 September 2009

Teruskan amalmu di Ramadhan ini.( 1 )


Apabila aku menganjurkan program qiyamulail untuk mured aku, mereka pasti tidak akan tidur dan terus menunggu sehingga aku bersiap sedia untuk memulakan qiyam. Aku bertanya kepada mereka, mengapa tidak tidur. Mereka menjawab, kalau mereka tidur nescaya mereka akan terus lena dan pastinya tidak akan dapat bersama dengan aku. Namun, tindakan mereka itu mengundang persoalan yang mengatakan ia adalah tidak berasaskan sunnah.Klimaks kepada persoalan itu ialah pernyataan mereka mengatakan : Orang yang tidak mengikut sunnah nabi pasti tidak akan berjaya atau beroleh syurga.
Persoalan yang berlegar dalam fikiran aku ialah : Apakah semua perkara yang tidak dibuat nabi itu adalah salah dan menyalahi sunnah?
Oleh fahaman semacam ini menular, maka banyaklah ancaman yang berlaku. Tetapi tidakkah mereka sedar, terlalu banyak perkara yang mereka amalkan itu tidak juga diamalkan oleh nabi. Seperti azan dua kali pada hari Jumaat, mengucapkan hayya alas solah/ falah dalam azan, amalan tahlil, solat tarawikh berjemaah, membaca selawat antara selang solat tarawikh dan lain-lain lagi. Kemudian mereka menerimanya tanpa salah pula.
Persoalan lain lagi, adakah perkara yang tidak dibuat nabi tetapi dibuat salafus soleh turut salah? Dan adakah mereka juga tidak berjaya mengikut fahaman mereka?
Persoalan lagi, adakah mereka faham dengan maksud sunnah serta perbezaannya dengan takrif hadis, khabar dan athar?
Persoalan terakhir, adakah mereka faham maksud sunnah dari segi ilmu hadis dan ilmu feqh serta perbezaannya.
Akhirnya, aku dapat simpulkan, mereka itu terlalu taqayyud dengan sebuah kitab sahaja. ( al Maklumlah kitab Fadhoilul A’mal )Banyak lagi kitab yang belum diteroka. Maka lagi banyak ilmu yang belum dikuasai apatah ilmu yang berkaitan dengan perkara diperselisihkan atau mukhtalaf berlaku pada hadis. Maklumlah bila banyak membaca sebuah kitab itu dan berkali-kali, sudah disangka alim kepalang. Yang menyalahinya adalah sesat. Hanya Allah yang tahu siapa yang sesat dijalannya!
Persoalan yang baru timbul pula ialah, jika kita menyertai mana-mana pertubuhan agama, maka kita sudah tidak sesat lagi. Sesat ialah pada individu. Kemudian individu itulah membentuk kesesatanatau kemurnian akidah pada mana-mana pertubuhan. Ingat! Adakah kita Islam, dengan senang kita ke syurga dan tidak tersesat lagi. Belum, kita masih boleh tersesat.Itu kalau sudah Islam apatah lagi mana-mana pertubuhan.
Buat anak muridku, teruskanlah amalmu di Ramadhan ini. Jangan berhenti. Beramallah! Allah, rasul dan para mukminin melihat amal kita. Bicara ini akan memotivasikan kalian.
Sahabat beribadah :
1. Berkata Abu Nuaim dalam kitabnya ‘ Hulyatul Auliya ‘ :Diberitahukan kepada kami Ibrahim bin Abdullah,diberitahukan kepada kami Muhammad bin Ishaq, diberitahu kepada kami Qutaibah bin Said, diberitahu kepada kami Abu Alqomah Abdullah bin Muhammad, daripada Uthman bin Abdul Rahman al Taimi berkata :Berkata bapaku kepadaku………………..Maka dia adalah Uthman bin Affan. Dia memulakan dengan bacaan Ummul Quran,kemudian membaca surah sehingga khatam satu al Quran kemudian rukuk dan sujud…..
2. Berkata Abu Nuaim dalam ‘ al Hulyah ‘ :Diberitahu kepadaku Sulaiman bin Ahmad, diberitahu kepadaku abu Yazid al Qarathisi, diberitahu kepadaku Asad bin Musa, diberitahu kepadaku Sallam bin Miskin daripada Muhammad bin Sirrin berkata :……………….Sesungguhnya Uthman bin Affan menghidupkan malam keseluruhannya pada satu rakaat, membaca al Quran keseluruhannya.
3. Berkata Ibnu Kathir dalam kitab tarikhnya yang bernama “ al Bidayah wa al Nihayah” pada menerangkan biografi Saidina Umar : Beliau bersembahyang Isya’ bersama manusia yang lain, kemudian beliau kembali kerumah dan beliau terus bersembahyang sampai subuh dan beliau wafat sehingga masih kekal berpuasa. ( penulis berkata : Saidina Umar tak tidur pun untuk berqiyamulail. Malang sekali Saidina Umar itu salah dan menyalahi sunnah Rasul pada pendapat mereka )
4. Berkata Abu Nuaim dalam ‘ al Hulyah ‘: Diberitahu kepada kami Sulaiman, diberitahu kepada kami Abu Yazid al Qarathisi , diberitahu kepada kami Asad bin Musa, diberitahu kepada kami al Walid bin Muslim, diberitahu kepada kami Ibnu Jabir,diberitahu kepadaku Sulaiman bin Musa, daripada Nafi’ : Sesungguhnya Ibnu Umar menghidupkan malamnya dengan solat, kemudian dia berkata: Wahai Nafi’ kita dah sampai waktu sahur ? maka dia berkata : Tidak, maka dia menyambung kembali solat. Kemudian dia berkata : Wahai Nafi’, kita dah sampai waktu sahur. Maka dia berkata : Ya, maka dia duduk beristighfar dan berdoa kepada Allah sampai ke pagi.
5. Berkata Abu Nuaim dalam ‘ al Hulyah ‘ : Diberitahu kepada kami Muhammad bin Ahmad bin al Hasan, diberitahu kepada kami Basyar bin Musa, diberitahu kepada kami Khallad bin Yahya, diberitahu kepada kami abdul Aziz bin Abi Rawwad,diberitahu kepada kami Ibnu Muhammad, diberitahu kepada kami Abu Ya’la, diberitahu kepada kami Muhammad bin al Husain al Jurjanie. Diberitahu kepada kami Zaid, diberitahu kepada kami Abdul Aziz,daripada Nafi’ : Sesungguhnya Ibnu Umar apabila beliau selesai solat Isya berjemaah kemudian terus menghidupkan malamnya ( qiyamulail ) sepanjang malamnya.
6. Berkata Abu Saad al Sama’nie dalam kitab ‘al Ansab ‘ menyatakan : Tamim bin Aus bin Kharijah al Dariy ( perawi hadis Dajjal dan meriwayatkan hadis nabi seperti yang terdapat dalam Sunan Abu Daud )mengkhatamkan al Quran pada satu rakaat sahaja, dan beliau mengulangi satu ayat pada satu malam sampai ke subuh . Ibnu Hajar al Haithamie pula mengatakan dalam kitab ‘ Fathul Mubin biSyarhil arbaien ‘ : Tamim mengkhatamkan al Quran pada satu rakaat sahaja.
7. Berkata Abu Nuaim al Asfahanie : diberitahu kepada kami Ibrahim bin Abdullah, diberitahu kepada kami Muhammad bin Ishaq, diberitahu kepada kami Qutaibah bin Said, diberitahu kepada kami al Farju bin Fadholah daripada Asad bin Wadaa’h , daripada Syadad al Ansorie : Sesungguhnya Syaddad ibnu Aus, apabila berada dikatil dan bertukar-tukar arah diatas katil. Dia tidak boleh tidur, kemudian dia berkata : Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya api telah melenyapkan aku untuk tidur. Kemudian beliau bangun dan bersolat sampai pagi.
8. Saidina Ali bin Abu Tholib mengkhatamkan al quran dalam sehari sebanyak 8 kali seperti mana yang dinyatakan oleh sebahagian pensyarah al Bukharie.
Tabien beribadah :
1. Dikeluarkan oleh Turmizie dalam ‘ bab doa ‘ daripada Maslamah bin Amrin berkata : Umair bin Hani’ bersolat sepanjang hari sebanyak seribu rakaat dan beliau bertasbih sebanyak 100 000 tasbih.
2. Berkata abu Nuaim al Asfahanie dalam kitab ‘al Hulyah ‘ : Diberitahu kepada kami abu Bakar Muhammad bin Ahmad, diberitahu kepada kami al Hasan bin Muhammad, diberitahu kepada kami Ubaidullah bin Abdul Karim, diberitahu kepada kami Sai’d bin Asad bin Musa, diberitahu kepada kami Dhamrah bin Rabi’ah, daripada Asbagh bin Zaid berkata : Uwais al Qarni apabila tiba waktu malam, dia berkata : Malam ini ialah malam rukuk, maka ia rukuk sampai subuh, dan apabila tiba malam, kemudian dia berkata : Malam ini adalah malam sujud maka ia sujud sehingga subuh.
3. Berkata Abu Nuaim dalam ‘ al Hulyah ‘ : Diberitahu kepada kami Muhammad bin Ahmad bin Muhammad al abdiy, diberitahu kepada kami Abu Bakar bin Ubaid, diberitahu kepada kami Muhammad bin Yahya al Azdiy, diberitahu kepada kami Jaafar bin Abi Jaafar al Razi, daripada Abu Jaafar al Saih, dikhabarkan kepada kami Ibnu Wahab dan selainnya-menambah satu atas satu yang lain – sesungguhnya A’mir bin Abdullah adalah abid yang terbaik. Dia memfardhukan ke atas dirinya pada setiap hari seribu rakaat.
4. Berkata Abu Nuaim dalam ‘ al Hulyah ‘ : Diberitahu kepada kami Muhammad bin Ali, diberitahu kepada kami Abdullah bin Muhammad, diberitahu kepada kami al Ja’ad,diberitahu kepada kami Syu’bah daripada abu Ishaq berkata : Masruq bin Abdul Rahman al Hamadanie menunaikan haji dan tiada berbuat apa-apa kecuali sujud sahaja.
- Berkata Syeikhul Islam Abu Abdullah al Zahabie dalam kitab ‘ al Ibar bi akhbar man ghabar ‘ : Ada pun Masruq itu bersolat sehingga bengkak kakinya dan menunaikan haji tiada tidur melainkan sujud sahaja.
- Berkata al Yafi’ie dalam ‘ Mir atul Jinan ‘ dan ‘ Tarikh Ibnu Kathir oleh Imam ibnu Kathir, berkata Ahmad : Berhaji Masruq tanpa tidur melainkan sujud di atas wajahnya sehingga beliau kembali, beliau bersolat sehingga bengkak kaki.
5. Berkata al Zahabie dalam ‘ al Ibar ‘ dan al Yafi’ie dalam ‘ Mir atul Jinan ‘ : Dinyatakan bahawa sesungguhnya al Aswad bin Yazid al Nakhaie bersolat pada satu hari dan satu malam sebanyak 700 rakaat.
- Berkata Abu Nuaim dalam ‘ al Hulyah ‘ : Diberitahu kepada kami Abu Bakar bin Malik , diberitahu kepada kami Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, diberitahu kepada kami Abdullah bin Mandal, diberitahu kepada kami Fudhail bin Iyadh daripada mansur daripada Ibrahim berkata : Adapun al Aswad mengkhatamkan al Quran 2 malam sekali pada bulan Ramadhan. Beliau hanya tidur di antara maghrib dan Isyak. Beliau mengkhatamkan al Quran 6 malam sekali selain pada bulan Ramadhan.
6. Berkata Abu Nuaim dalam ‘ al Hulyah ‘ : Diberitahu abu Muhammad, diberitahu Ahmad bin Ruh, diberitahu kepada kami Ahmad bin Hamid, diberitahu kepada kami Abdul Mun’im bin Idris daripada ayahnya berkata : Bersolat Sa’id bin al Musayyib solat subuh dengan wuduk solat Isyak selama 50 tahun. ( Penulis berkata : Hendak mengambarkan beliau tak pernah tidur dan hanya dipenuhi dengan ibadah sepanjang malam).
7. Imam al zahabie berkata dalam ‘ al I’bar ‘ : Adapun U’rwah bin al Zubair bin A’wwam membaca ¼ al Quran setiap hari. Beliau mendirikan (qiyamulail ) sepan jang malam dan tiada meninggalkannya satu malam pun melainkan malam dipotong kakinya.
8. Imam al Zahabie dalam ‘al I’bar ‘ : Adapun Ali bin al Husain bin Ali bin abu Tholib, bersolat pada siang dan malam sebanyak seribu rakaat sehingga beliau wafat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan