Rabu, 9 September 2009

Teruskan amalmu di Ramadhan ini.( 2 )


9. Berkata Abu Nuaim dalam ‘ al Hulyah ‘ : Diberitahu kepada kami Muhammad bin ahmad , diberitahu kepada kami Muhammad bin Ayyub, diberitahu kepada kami Musa bin Ismail, diberitahu kepada kami Sallam bin abi Muti’ : Sesungguhnya Qatadah bin Dia’mah mengkhatamkan al Quran pada setiap tujuh hari sekali. Apabila datang Ramadhan, beliau mengkhatamkan al Quran 3 hari sekali. Apabila datang 10 terakhir Ramadhan, beliau mengkhatamkan sekali pada satu malam.
10. Berkata al Yafi’ie dalam ‘Mir atul Jinan ‘ : Diriwayatkan bahawa Sai’d bin Jubair membaca al Quran keseluruhannya pada satu rakaat di Baitul Haram.
- Berkata Imam Mahmud bin Sulaiman al Kafawie dalam kitabnya ‘ A’lam al akhbar fi Tabaqat Fuqaha Mazhab al Nu’man al Mukhtar ‘ : Berkata Ismail bin Abdul Malik : Adapun Sa’id bin Jubair mengimamkan kami pada bulan Ramadhan. Satu malam beliau membaca al Quran keseluruhannya dengan qiraat Ibnu Mas’ud. Satu malam dengan qiraat Zaid bin Thabit.
- Berkata Imam al Zahabi dalam ‘ Tabaqat al Qurra ‘ : Daripada Hilal bin Yasar berkata : Masuk Sa’id bin Jubair ke kaabah maka beliau membaca al Quran keseluruhannya dengan satu rakaat sahaja.
11. Berkata Abu Nuaim dalam ‘ al Hulyah ‘ : Diberitahu kepada kami Muhammad bin Ibrahim bin A’sim, diberitahu kepada kami Muhammad bin Tammam al Himsie, diberitahu kepada kami al Musayyib bin Wadih , aku melihatnya daripada Ibnul Mubarak atau selainnya berkata : Sulaiman bin Torkhan al Taimi menjadi imam masjid Basrah selama 40 tahun. Beliau bersolat Isya’ dan Subuh dengan sekali wuduk.
12. Berkata Abu Nuaim dalam ‘ al Hulyah ‘ : Diberitahu kepada kami Abu Muhammad bin Hayyan, diberitahu kepada kami Ahmad bin al Husain, diberitahu kepada kami Ahmad bin Ibrahim al Dawroqie, diberitahu kepada aku Muhammad bin U’yainah, diberitahu kepadaku Makhlad bin al Husain daripada Hisyam bin Hassan berkata : Aku telah bersolat, aku dan Mansur bin Zazan kesemuanya, dan apabila datang Ramadhan telah mengkhatamkan al Quran di antara maghrib dan Isya’ sebanyak 2 kali khatam. Kemudian beliau membaca kepada Thowwasin sebelum beliau mendirikan solat. Mereka itu melewatkan Isya’ pada bulan Ramadhan sehingga lewat ¼ malam.
- Diberitahu kepada kami Makhlad bin Jaafar, diberitahu kepada kami al Firyabie, diberitahu kepada kami Abbas, diberitahu kepada kami Yahya bin Abu Bukair, diberitahu kepada kami Syu’bah,daripada Hisyam bin Hassan berkata : Aku bersolat bersebelahan Mansur di antara maghrib dan Isya, maka dia mengkhatamkan al Quran.
- Diberitahu kepada kami Ubayy, diberitahu kepada kami Ibrahim bin Muhammad bin al Hasan, diberitahu kepada kami al Hasan bin Ali bin A’yyash, diberitahu kepada kami Yusuf bin Yunus, diberitahu kepada kami Makhlad bin Husain berkata : Ada pun Mansur mengkhatamkan al Quran pada setiap siang dan malam.
- Diberitahu abu Hamid, diberitahu Muhammad bin Ishaq , diberitahu Muhammad bin Umar berkata : Diberitahu Sa’id bin A’mir daripada al A’la berkata : Aku telah datang ke Masjid Wasil, maka azanlah muazzin untuk waktu zohor. Maka datang Mansur dan beliau memulakan solat. Aku dapati beliau bersujud 11 kali sujud sebelum mendirikan solat.
13. Berkata al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolanie dalam ‘ Tahzib al Tahzib ‘ : Berkata Dhomrah : Diberitahu kepada aku Ali bin Abi Hamalah berkata : Ali bin Abdullah sujud setiap hari seribu kali sujud . Berkata Maimun ibnu Ziyad al A’dawie : Beliau bersolat pada setiap hari seribu kali rakaat.
- Berkata Imam al Zahabie dalam ‘ al Ibar ‘ : berkata al Auzaie dan selainnya : Beliau bersujud setiap hari seribu kali sujud.
- Berkata Abu Nuaim dalam ‘ al Hulyah ‘ : Diberitahu Ahmad bin Jaafar bin Muslim, diberitahu Ahmad bin Ali, diberitahu kepada kami Muammal, diberitahu kepada kami Dhomrah daripada Ali bin Abu Hamalah dan al Auzaie, keduanya berkata : Adapun Ali bin Abdullah sujud pada setiap hari seribu kali sujud.
- Diberitahu Muhammad bin ahmad bin Muhammad , diberitahu kepada kami al Hasan bin Muhammad, diberitahu kepada kami Abu Zur’ah , diberitahu kepada kami Sofwan bin Soleh, diberitahu kepada kami al Walid bin Muslim, diberitahu kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Kuraib berkata : Adapun Ali bersolat pada setiap hari seribu kali sujud, dia berkehendak 500 rakaat.
14. Berkata Syamsul Aimmah al Kardarie dalam ‘ Risalah’nya : Diriwayatkan bahawa beliau bersolat subuh dengan wuduk solat Isya hampir 30 tahun, dikatakan 40 tahun. Beliau mengkhatamkan al Quran pada siang dan malam sekali khatam.Pada waktu Ramadhan 2 kali khatam. Sekali pada waktu siang dan sekali pada waktu malam.
- Berkata Ibnu al Mubarak : Adapun Abu Hanifah mengkhatamkan al Quran pada dua rakaat.
- Berkata Imam al Nawawi dalam ‘ Tahzib al Asma wa al Lughat ‘ : Daripada Yahya bin Ayyub al Zahid berkata : Abu Hanifah tidak tidur malam ( kerana banyak solat )
- Daripada Asad bin Amru berkata : Abu Hanifah bersolat subuh dengan wuduk solat Isya’ 40 tahun, kebanyakkan malam beliau membaca al Quran pada satu rakaat. Maka terdengar tangisan dari bacaan tersebut sehingga jiran-jirannya mengasihinya. ( Penulis berkata : Kuatnya Imam abu Hanifah membaca al Quran sehingga jiran beliau dengar bacaan beliau. Tapi jiran Imam tidak seperti jiran hari ini . Mesti kena marah pula atau mesti cakap dia nak menunjuk-nunjuk.)
- Terlalu banyak riwayat yang menerangkan tentang kesungguhan dan banyaknya ibadah Imam Abu Hanifah, aku rasa cukuplah setakat ini untuk Abu Hanifah. Kalau nak lebih boleh kontek aku atau rujuk sendiri kitab ini Hulyatul auliya, Mir atul Jinan, Risalah al Kardarie, Tahzib al Asma wa al Lughat, al Mizan al Kubro ( Abdul Wahhab al Sya’ranie),al Asmar al Janiyyah fi tabaqat al hanafiah ( Syeikh Ali al Qori al Makki ), Ma’dinil Yawaqit al Multami’ah fi Manaqib al aimmatul Arba’ah ), al Tazkirah ( Syeikh al A’tthor ), al Hidayah dan Mukhtarat al Nawazil (Syeikh Burhanuddin Ali al Mirghinanie), al Ibar bi akhbar man ghobar ( Imam al Zahabie ) A’lam al akhyar fi Tobaqat fuqoha mazhab al Nu’man al Mukhtar ( Syeikh al Kafawie )Tabyid al Sohifah bimanaqib al Imam Abu Hanifah ( Imam al Sayutie )Wafayatil A’yan ( Ibnu Kholikan ) al Kasyif ( Imam al Zahabie ) dan korang nak lagi ke. Cukup la tuh. Tak terbukak korang dengan kutub nie.
Korang dah rasa cukup, atau belum. Tapi, kalau tak cukup aku bagi lagi. Silakan….
1. Berkata Abu Nuaim dalam ‘al Hulyah ‘ : Diberitahu kepada kami ahmad bin Muhammad, diberitahu kepada kami Muhammad bin Ishaq, diberitahu kepada kami Ubaidullah bin Sa’ad, diberitahu kepada kami Ibrahim bin Sa’ad daripada ayahnya berkata : Adapun ayah aku, Sa’ad bin Ibrahim apabila tiba malam 21, 25 dan 27, beliau tidak membuka puasa sehingga beliau mengkhatamkan al Quran.
- Didalam kitab ‘ al Ibar ‘ dan ‘ al Mir ah ‘ Syu’bah berkata : Adapun Sa’ad berpuasa sepanjang harinya dan mengkhatam al Quran setiap hari.
2. Berkata Abu Nuaim dalam ‘ al Hulyah ‘ : Diberitahu kepada kami Abdullah bin Muhammad bin Jaafar, diberitahu kepada kami Ishaq bin Ahmad, diberitahu kepada kami al Hajjaj bin Hamzah, diberitahu kepada kami Abu Zaid daripada Abi Ishaq al Fazari berkata : Adapun Ibrahim bin Adham pada bulan Ramadhan mengutip hasil tanaman pada waktu siang. Beliau bersolat pada waktu malam. Kemudian beliau duduk 30 hari tanpa tidur siang dan malam.
3. Berkata Imam al Zahabie dalam ‘al Ibar ‘ : Berkata al Harawie : aku melihat Syu’bah ( amirul mukminin dalam hadis ) bersolat hingga bengkak kakinya.
4. Berkata Abu Nuaim dalam ‘ al Hulyah ‘ : Diberitahu kepada kami Abu Zur’ah Muhammad bin Ibrahim, diberitahu Muhammad bin Qarin, diberitahu kepada kami abu Hatim, diberitahu kepada kami Muhammad bin Rauh, diberitahu kepadaku Ibrahim bin Abdullah berkata : Fathul al Musilie sakit kepala kemudian beliau gembira dan berkata : Aku diuji dengan ujian para nabi, maka aku bersyukur dan aku ingin bersolat 400 rakaat.
5. Berkata Abu Nuaim dalam ‘ al Hulyah ‘ : Diberitahu kepada kami Muhammad bin Ali, diberitahu kepada kami al Hasan bin Ali berkata : Aku mendengar al Rabi’ bin Sulaiman berkata : Muhammad bin Idris al Syafie mengkhatamkan al Quran pada bulan Ramadhan 60 kali khatam.
- Diberitahu kepada kami ayahku, diberitahu kepada kami Ibrahim bin Muhammad ibn al Hasan berkata : Kata al Rabi’ bin Sulaiman, aku mendengar : al Syafie berkata : aku mengkhatamkan al Quran pada bulan Ramadhan 60 kali khatam.
6. Berkata Abu Nuaim dalam ‘al Hulyah ‘ : Diberitahu kepada kami Sulaiman bin Ahmad, diberitahu kepada kami Abdullah bin Ahmad bin Hanbal berkata : Adapun ayahku bersolat pada siang dan malam 300 rakaat. Ketika mana beliau sakit maka dia menambahnya.
7. Berkata Abu Nuaim dalam ‘al Hulyah ‘ : aku mendengar Abu al Hasan Muhammad bin Ali, sahabat al Junaid bin Muhammad berkata : Aku bersahabat dengan Abu Abbas Ahmad bin A’tho beberapa tahun dengan beradab dengan adabnya. Beliau itu mengkhatamkan setiap hari dengan sekali khatam. Pada setiap bulan Ramadhan pada setiap siang dan malam sebanyak 3 kali khatam.
8. Berkata Imam al Zahabie dalam ‘ al Ibar ‘ : Mansur Abu A’ttab al Sulamie berpuasa 40 tahun dan menangis sepanjang malamnya.
9. Berkata Imam al Zahabie dalam ‘al Ibar ‘ : Berkata abu Daud al Toyalisie : Wasil bin Abdul Rahman al Basrie mengkhatamkan al Quran pada setiap malam.
10. Berkata al Yafi’ie dalam ‘ al Mir ah ‘ dan Imam al Zahabie dalam ‘ al Ibar ‘ : Berkata al Waqidie : Adapun Muhammad bin Abdul Rahman al Mughirah bin al Harith bin Abu Zib bersembahyang malam keseluruhannya.
11. Berkata al Kafawie dalam ‘ A’lam al akhyar ‘ : berkata Yahya bin Aksam : Aku bersahabat dengan Waqi’ bin al Jarrah al Kufie dan aku dapati dia berpuasa sepanjang siang dan mengkhatamkan al Quran pada setiap malam.
Aku rasa cukuplah sebanyak ini. Banyak lagi yang aku tak tersebut di sini seperti Abu Nuaim sendiri, Ibnu Kathir, al Sama’nie, Ibn Hajar al Asqolanie dan al Haithamie, al Suyuthi dan lain- lain. Kalau nak dibandingkan amal kita, apalah sangat dengan zikir kuat dan baca al Quran kuat dan banyak sampai habis air liur dan suara. Cuma orang yang tertipu sahaja yang melawan dalil beramal dengan bersungguh dan melampau ini. Manakala untuk zikir kuat atau jahar, zikir dalam masjid, akan aku datangkan dalilnya.Insya Allah. Beramallah kalian dan teruskanlah amal kalian sementara berbaki Ramadhan kali ini. Barakallahu lakum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan