Isnin, 19 Oktober 2009

Bedah Buku ( 3 )


Tajuk : 3 Tokoh Bakal menakluk Dunia
Penyusun : Ustaz Jaafar bin Salleh
Penerbit : Pustaka Azhar
Halaman : 357 muka surat
Tahun terbitan : 2007
Sudah agak lama aku tidak menulis bahagian bedah buku ini. Buat masa ini, aku yang amat penuh dengan macam-macam program telah menyebabkan rutin aku telah banyak berubah. Sepatutnya aku menghabiskan 10 buah kitab sebulan untuk pembacaanku telah menjadi berkurang. Aku sendiri tak tahu dekat mana lagi yang nak ditambah. Tambahan pula aku sering diserang sakit-sakit. Menyebabkan banyak perkara yang sepatutnya aku buat telah tergendala. Tapi, aku tetap mahu berkongsi bahan bacaan aku kali ini.
Buku ini ialah buku yang menceritakan tentang tokoh-tokoh yang akan menakluk dunia diakhir zaman nanti. Mereka ialah Imam Mahdi, Dajjal dan Nabi Isa a.s. Buku ini ada 8 bab semuanya. Bermula dengan bab 1 iaitu kepercayaan pada hari kiamat dan tanda-tandanya adalah rukun iman dan kiamat pasti berlaku.
Bab 2, penulis telah membawa tanda-tanda kiamat. Perjelasan tanda-tanda kiamat yang dibawa penulis adalah yang paling jelas sekali dan beliau mendetailkannya. Tanda-tanda itu ialah :
1. Nabi Muhammad
2. Terbelah bulan purnama
3. Penaklukan Baitul Muqaddis
4. Pertempuran dua kelompok besar kaum muslimin
5. Kematian mengejut kerana wabak
6. Munculnya api dari Hijaz
7. Hamba melahirkan tuannya
8. Orang dungu dijadikan pemimpin
9. Orang miskin tinggal dibanggunan tinggi
10. Perzinaan berleluasa
11. Halal sutera untuk lelaki
12. Arak berleluasa
13. Kaum muslimin diserang sesuka hati.
14. Salam hanya diucap oleh yang dikenali sahaja
15. Manusia tidak menghirau halal dan haram.
16. Banyak tersebar perbuatan bohong
17. Waktu menjadi singkat
18. Terdapat banyak pasar
19. Ilmu agama atau amalan agama berkurangan
20. Perbunuhan berleluasa
21. Jumlah wanita melebihi lelaki
22. Para pemuda jahat perangai
23. Wanita bersolek dan berfesyen yang mendedahkan aurat.
24. Lelaki dan wanita yang aktif berada dijalan yang salah.
25. Wanita bekerja seperti lelaki
26. Umat Islam ikut jejak langkah yahudi dari segi akhlak mahupun ideologi
27. Para pejuang mencampurkan yang hak dan yang batil
28. Para pejuang dengan cara berdemontrasi
29. Banyak kesaksian palsu
30. Perkembangan penulisan
31. Lihat anak bulan guna teleskop
32. Masjid hanya menjadi perhiasan
33. Banyaknya kejadian mati secara mendadak
34. Banyaknya jumlah polis dan pengawal keselamatan
35. Penjual belian jabatan atau amanah
36. Darah tidak berharga lagi
37. Al Quran hanya untuk dilagukan
38. Ilmu agama dituntut dari orang yang jahil
39. Mewarna rambut dengan warna hitam
40. Lahir golongan yang bercita-cita untuk mati
41. Muncul pelbagai kenderaan moden
42. Berlaku perkara ganjil dan pelik
43. Muncul rumah untuk syaitan
44. Muncul cara hidup mewah
45. Umat Islam berpecah belah
46. Munculnya golongan yang menjadikan al Quran sumber mencari keduniaan
47. Muncul golongan menolak sunnah
48. Munculnya kaun yang mengkafirkan sesama Islam.
49. Meluasnya sifat kebakhilan
50. Munculnya fitnah-fitnah yang menyesatkan agama manusia.
51. Diangkatnya ilmu dan diturunkan kejahilan.
52. Banyak terjadi gempa bumi
53. Tanah dan bangunan runtuh
54. Harta dan hak rakyat diseleweng
55. Manusia berat melaksanakan syariat.
56. Seorang lelaki akan mentaati isterinya sedangkan dia derhaka kepada ibunya.
57. Seorang lelaki bersikap memandang rendah kepada ayahnya sebaliknya memuliakan temannya.
58. Meninggikan suara di dalam masjid
59. Agama dipelajari bukan untuk kemaslahatan agama
60. Seseorang akan dihormati kerana orang takut akan kejahatannya
61. Anak-anak menjadi pemarah
62. Hujan akan menjadi bencana
63. Harga barang melambung tinggi
64. Perniagaan jadi rugi.
65. Riba berleluasa
66. Tiada lagi sumber rezeki yang halal
67. Tiada lagi sahabat setia
68. Pengaruh buruk akan memasuki setiap rumah
69. Banyaknya pelarian akibat peperangan
70. Munculnya fitnah al Sarraq
71. Peperangan di asia barat
72. Turki akan memenangi iraq
73. Turki akan menjadi negara sekular
74. Turki akan ditawan semula oleh Islam sebelum kiamat
75. Perdamaian antara kaum muslimin dan barat
76. Tercetusnya peperangan armageddon
77. Rom melanggar perjanjian dengan kaum Muslimin
78. Terjadi huru-hara dalam negara kerana perebutan kuasa
79. Persepakatan Amerika-Jepun
80. Sungai Furat kering
81. Muncul bintang berekor
82. Hancurnya Yasyrib
83. Binatang boleh bercakap
84. Kaabah runtuh
85. Manusia jadi seperti binatang
86. Imam Mahdi
Kemudian penulis meneruskan dengan bab 3 yang menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Imam Mahdi. Dalam bab ke -4 pula penyusun membahsakan pula mengenai Dajjal dan bab ke 5 tentang Nabi Isa a.s.
Bab ke 6 , penyusun mulai berbicara mengenai tanda-tanda besar untuk terjadinya kiamat. Tanda-tandanya ialah :
1. Keluar Ya’juj dan Makjuj
2. Matahari terbit dari barat
3. Keluar binatang dari perut bumi yang boleh bercakap dengan manusia
4. Keluarnya asap
5. Muncul puak Qahtanie yang zalim
6. Haji ditinggalkan
7. Kaabah dihancurkan
8. Berlaku gempa bumi di tiga wilayah
9. Muncul api dari Yaman
Perbahasan yang lebih mendalam mengenai tiupan sangkakala ada di dalam bab 7. Penyusun mengakhiri buku ini dengan memberi peringatan dalam bab 8.
Buku ini amat baik untuk dibaca terutama untuk memberi peringatan tentang akhir zaman. Dan aku rasa inilah buku yang terbaik berbanding buku-buku yang lain membahaskan tajuk ini. Ayat yang mudah difahami, beserta dalil dalam setiap isi, perbahasan yang lengkap dan tidak lari dari intipati yang sebenar. Kebanyakkan mereka yang membahas tajuk ini banyak yang menggunaka andaian dan menjadi lebih pelik-pelik sehingga timbul kebosanan. Tapi buku ini adalah yang terbaik. Namun, mungkin penyusun kurang mahir dengan ilmu hadis, walaupun banyak mengambil takhrij daripada ulamak, namun banyak menyerap israiliyyat. Contohnya mengambil athar dari Kaab al Akhbar dan lain-lain.Selamat membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan