Rabu, 28 Oktober 2009

Bedah buku ( 4 )



Nama buku : Membongkar misteri Dajjal
Penulis : Muhammad Nurani Maarif
Penerbit : Hijjaz Record Publishing
Halaman : 277 muka surat
Tahun cetakan : 2009

Membongkar misteri Dajjal

Penulis membahaskan tajuk Dajjal ini kepada 8 bab. Bab yang pertama ialah memahami hakikat dajjal. Penulis cuba mengetengahkan ciri, rupa bentuk dan pemikiran dajjal berdasarkan hadis. Apa yang menariknya buku ini, ialah ia tak macam kitab lain yang kebanyakkannya membosankan. Ia cukup mudah. Bahasanya ringkas. Perbicaraan hadis pun tak terlalu mendetail. Penulis hanya bertumpu kepada hadis Tamin al Dari dan Ibnu Shayyad sahaja. Tapi, penulis cuba membahaskan dajjal dari beberapa ulamak yang besar termasuk Syeikh Syaltut yang menolak keterangan dajjal ini. Bagi aku, aku sememangnya berpendapat macam Imam Syaltut, kerana :
1. Hadis ini kalau ikut ulamak hadis banyak perbahasannya. Kalau ikut sanad sahaja sudah tentu banyak yang diriwayatkan oleh israiliyyat. Iaitu Kaab al Ahbar dan Wahab Munabbih. Diaorang ni pun sebenarnya konco dajjal jugak kalau nak diikutkan dari konteks penulis yang mengaitkan dengan gerakan yahudi. Jadi, dalam membahaskan tajuk dajjal jangan sampai kita menjadi ghurur pula dan terkesan dengan pembawakan hadis sahaja. Syeikh Syaltut sememangnya memang berhak dipuji. Siapa yang kenal Syeikh Syaltut, pasti akan menghormatinya terutamanya dalam bidang hadis. Beliau sendiri mempunyai kaitan dengan pakar hadis iaitu Syeikh Zahid al Kautharie. Apatah lagi kalau nak membahas dari sudut matannya. Banyak yang muttarib. Kalau tak kerana isinya pun, muttarib pada pemahaman. Ada yang kata dajjal itu orang.Ada yang kata dajjal itu amerika. Dajjal tu yahudi.Dajjal tu Sai Baba. Gergasi pun ada. Kadang-kadang dikaitkan dengan UFO.huhuhu. Tapi aku sepakat dengan penulis, bahawa dajjal tu memang dalam bentuk oarang aje. Kalau takwil tu aku tak berapa nak sepakat.
2. Hadis –hadis ini paling tinggi darjatnya ialah ahad sahaja. Hadis ahad tidak boleh dijadikan hujjah dalam akidah. Ia menghasilkan sangkaan sahaja. Bagaimana boleh jadi tawatur sedangkan ia banyak ittirob. Begitu juga dengan hadis Imam Mahdi. Oleh kerana itu, perkara ini bukanlah yang menjadi perkara keutamaan dalam agama kita.


Dalam bab 2 penulis mengajak kita merelated kewujudan dajjal dengan perkara-perkara ajaib di dunia.hahaha….ni yang aku tak berapa suka. Tapi ia masih boleh dikatakan kemungkinan. Cuma ada beberapa perkara ajaib aje yang penulis kaitkan. Kenapa agaknya penulis tak kaitkan dengan Taj Mahal pula. Dengan Kota Petra. Laut Mati dan lain lagi. Banyak wooo benda pelik dalam dunia. Jesteru penulis tak dapat kaitkan dengan dajjal. Ia hanya kebetulan dan sangkaan penulis sahaja.
Bab 3, penulis cuba mencari dan membahaskan pulau yang dimaksudkan dengan pulau yang terdapat dalam Hadis Tamin al Dari . Bab ke 4 pula penulis cuba menyeret kita kepada kemisterian dajjal dengan perkara-perkara ajaib dalam dunia ini. Kemudian penulis menyorot kehidupan Merlin yang penulis sangkakan itu adalah dajjal. Semua itu dalam bab 5. Kemudian penulis menjelaskan bagaimana Dajjal ini akan keluar dan dalang yang betul-betul mahu dajjal ini keluar dalam bab yang 6. Bab 7 dan 8 penulis telah menyediakan beberapa benteng pertahanan daripada serangan dajjal. Malah beliau telah menekankan tentang tauhid ihsan.
Secara peribadi, buku ini tak banyak bezanya dengan buku Isa Daud. Aku sebenarnya tak berapa nak boleh terima kitab Isa Daud ni. Mungkin cara berfikir aku agak berbeza kot. Tapi, sememangnya buku ini agak menarik jika nak dibanding dengan Isa Daud. Macam yang aku cakapkan tadi, bahasanya lebih mudah. Banyak gambar dan kertasnya memang berkualiti. Tapi banyak sangat kesalahan ejaan dan typing. Aku takut nanti orang kata penulis tashif dan tahrif pulak.Lebih baik berhati-hati.
Tapi aku nak penulis merenung sebentar dalam kajian yang dalam mengenai kaitan dengan benda-benda ajaib dunia tu. Cuba penulis memahami cara berfikir dan adat budaya pada waktu ia dibina. Mungkin banyak membantu kot. Tentu lebih jelas. Usaha penulis adalah besar tapi jika dibuat dengan lebih ilmiah dan mendetail, aku rasa ia lebih baik.
Bagi mereka, peminat cerita-cerita akhir zaman ini, bolehlah membacanya. Buku ini masih dalam ilmu syarak. Moga ia boleh menambah ilmu kita dan ketakwaan kita. Semalat membaca!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan