Rabu, 21 Oktober 2009

Gempa ( 1 )


Baru-baru ini sungguh banyak kejadian gempa secara bertubi-tubi. Hasil dari gempa pula kepalang azabnya yang membabitkan beribu malah beratus ribu nyawa yang melayang. Ada pelbagai hikmah dan faktor dari kejadian tersebut. Ada yang melihatnya dari sudut kejadian alam, ada yang memandang dari sudut geologikal tanah, ada yang memandang dari sudut pelan pembangunan yang tidak terancang,malah ada yang memandang dari sudut pengurusan pembinaan. Bahkan ada yang memandang dari sudut hubungan ketuhanan. Apa pun yang kita pandang, hakikatnya ialah keperluan untuk memandang dari sudut kehendak Allah taala.
Jesteru itu, perkara ini menyeret aku untuk menulis dan mengadaptasi dari mana-mana penulisan ilmiah untuk menilai semula kejadian tersebut dengan kehendak Allah melalui hadis dan ayat-ayatnya. Secara khususnya aku mengambil bahan ini melalui kitab 3 tokoh akhir zaman. Semoga artikel yang tak seberapa ini mampu mengubah minda kita dan paradigma dalam penyediaan bekalan kita buat hari esok.
Diantara tanda-tanda akhir zaman ialah :
1. Banyak terjadi gempa bumi
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak terjadi gempa bumi “ ( Bukhari dalam fitan )
Dari Salamah bin Nufail al sukuni bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sebelum terjadinya kiamat akan terjadi kematian yang mengerikan dan sesudahnya akan terjadi banyak gempa bumi” ( Riwayat ahmad, al Tabrani, al Bazar dan Abu Ya’la).
Banyaknya kejadian gempa bumi bukanlah suatu hal yang tersembunyi lagi pada zaman kita ini, dimana berita gempa bumi selalu mendengung di telinga kita yang menimpa banyak tempat atau ia terjadi di tempat yang dekat dengan tempat kita.
Pada 26 Disember 2004, satu gempa bumi yang besar berlaku di lautan hindi, pantai barat Acheh yang mengakibatkan berlakunya ombak besar tsunami yang melandai kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia. Pusat gempa terletak pada bujur 3,298o utara dan 95779o timur kira-kira 160km sebelah barat Acheh sedalam 10km. Gempa bumi yang sebesar skala ritcher 9.0 ini berlaku sekitar 8.59 pagi ( waktu Malaysia ) dan merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900. Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak tsunami mencapai ketinggian 10 meter. Ribuan telah terkorban akibat malapetaka ini.
Gempa bumi ini mengakibatkan tsunami yang menelan korban nyawa yang sangat banyak. Angka sebenar korban kali ini mungkin tidak akan dapat diketahui namun catatan secara ringkas mangsa diseluruh negara di dunia yang terlibat ialah berjumlah 1.5 – 2 juta. Kebanyakkan mangsa merupakan rakyat tempatan. Namun terdapat juga beberapa pusat peranginan yang dilanda tsunami mengakibatkan korban lebih 2,400 pelancong asing.
Pada bulan Mei 1997 telah terjadi beberapa gempa bumi yang menghancurkan di Iran yang berpusat dari daerah Khurasan, gempa tersebut mengorbankan ribuan jiwa dan puluhan ribu penduduk kerisauan kerana gempa tersebut menghancurkan keseluruhan desa-desa di sana. Sedangkan semenjak 7 tahun sebelum itu telah terjadi beberapa gempa bumi yang menghancurkan di lokasi yang sama dengan tidak kurang mengorbankan ramai jiwa, kira-kira 35,000 jiwa dan menghancurkan sekitar 40 desa, dan yang menghairankan kita adalah bahawa pusat kejadian gempa bumi ini terletak didaerah Khurasan, yang mana ia adalah tempat yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai tempat penjaranya al masih Dajjal dan ia akan keluar ke dunia dari sana.
Di Mesir , akhir-akhir ini selalu terjadi gempa bumi 2 kali dalam setahun, sedangkan dalam waktu yang tidak lama sebelum ini kita tidak pernah dengar ada gempa di Mesir dan orang Mesir tidak pernah tahu apa itu gempa. Akan tetapi para ahli goelogi Mesir saat ini menyatakan bahawa: “ Bumi sekarang ini selalu sahaja bergetar.” Walaupun gempa bumi itu secara lahiriah mempunyai aspek alami, akan tetapi secara syariatnya ia merupakan tanda dan balasan atau kemarahan Allah dan ia semacam surat peringatan dari Tuhan seperti bencana-bencana alam yang lain seperti badai, taufan, tanah runtuh, banjir dan sebagainya sehingga manusia jadi sedar dan orang yang berbuat maksiat kembali bertaubat, jadi ia adalah pelajaran bagi kaum Mukminin dan kemarahan atau balasan bagi orang yang derhaka.
Kejadian gempa bumi lain sebelum ini, iaitu di Tangshan, China, pada 1976 yang melibatkan kematian 240,000 orang di Tsingshai, China pada 1927 emgorbankan 200,00 orang di Tokyo, Jepun pada 1923 memakan korban 140,000 orang di Turkemenistan, pada 1948, dimana 110,000 orang terkorban.
Inilah kebenaran sabda Rasulullah s.a.w yang disabdakan sejak lebih 1,400 tahun lalu, kini telah terbukti.
Tanah dan bangunan runtuh
Dari Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “ Pada zaman akhir umat ini akan terjadi banyak tanah runtuh, perubahan bentuk muka bumi dan kerusuhan. Aisyah bertanya : Apakah kami akan binasa, padahal di kalangan kami masih ada orang soleh ? Jawab Rasulullah s.a.w : Ya, apabila keburukan ( kefasikan dan kejahatan ) bermaharajalela” ( Riwayat al Turmizie, juga terdapat dalam Jami’ al Soghir )
Kebenaran hadis di atas, didapati berlaku disana sini kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan kerosakan tempat tinggal, lebuh raya dan sebagainya, dan ia berlaku tanpa lebih dahulu dapat dikesan , sedangkan zaman ini terdapat pelbagai alat moden, namun tidak berfungsi mengesan apa yang telah ditentukan ( ditakdirkan ) oleh Allah.
Punca tanah runtuh telah disebut oleh Allah dalam al Quran surah al Nahl ayat 15, maksudnya : “ Dialah yang memancangkan gunung ganang di atas bumi ( sebagai paku ) supaya bumi tidak goncang bersama kamu….”
Firman Allah lagi, maksudnya : “ Sesungguhnya orang yang sebelum mereka telah mengadakan kerosakan, lalu Allah menghancurkan rumah-rumah meraka dari tapak asasnya, lalu atap ( rumah itu ) jatuh menimpa mereka dari atas, dan datanglah azab itu kepada mereka dari tempat yang mereka tidak sedari “ ( Surah al Nahl ayat 26 )
Ayat di atas jelas sekali punca tanah runtuh dan rumah runtuh ialah kerana gunung dan bukit-bukau telah dirosakkan oleh manusia dengan pembangunan dan penebangan kayu kayan di kawasan tadahan air dan hutan simpanan tanpa kawalan dan perancangan yang baik. Jadikanlah ini sebagai renungan.
Firman Allah lagi, maksudnya : “ Telah kelihatan kerosakan di daratan dan di lautan, disebabkan perbuatan tangan ( usaha ) manusia sendiri. ( Peringatan Allah ini ) supaya manusia merasa ( balasan ) akibat daripada sebahagian perbuatan mereka sendiri, agar mereka kembali ( ke jalan kebenaran ).” ( Surah al Rom ayat 41 )
Berlakunya gempa bumi di tiga wilayah dunia
Terjadinya tiga gempa ( tanah runtuh ) yang merupakan salah satu tanda kiamat besar itudisebutkan dalam hadis-hadis yang membicarakan tanda-tanda kiamat, dan dalilnya adalah seperti berikut :
Dari Abu Huzaifah bin Usaid r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sehingga kamu melihat sepuluh tanda…” Kemudian baginda s.a.w menyebut antara lain “ dan tiga gempa / tanah runtuh iaitu gempa di wilayah timur, di wilayah barat dan dijazirah Arab “ ( Soheh muslim Syarah Nawawi 18 : 27-28 )
Dari Ummu Salamah berkata : Aku pernbah mendegar Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesudahku nanti akan terjadi gempa bumi di wilayah timur, gempa bumi di wilayah barat, dan gempa bumi di jazirah Arab.” Saya ( Ummu Salamah ) bertanya : “ Wahai Rasulullah, apakah bumi akan digempakan padahal di dalamnya masih ada orang yang soleh.” Baginda menjawab : “ Apakala penghuninya telah banyak melakukan keburukan ( dosa dan maksiat ). ( Riwayat al Tabrani dalam al Ausat sebagaimana kata al Haithami dalam Majmau’z Zawaid 8 : 11. Beliau ( al Haithami ) berkata : “ Sebahagian matan hadis ini tersebut dalam kitab soheh. Dan hadis ini di dalam sanadnya terdapat hakim bin Nafi’ yang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan