Ahad, 18 Oktober 2009

Israiliyyat dalam hadis.( 2 )


Malah, teknik Abdullah bin Salam dalam membuat pencemaran agama melalui teknik israiliyyat ini begitu licik dan hebat sekali. Dia telah mereka-reka hadis dan menafsir ayat al Quran dengan kelebihan pada dirinya sehingga umat Islam amat terkeliru sekali dan mulai menerima dan menyanjunginya, kerana Rasulullah memujinya dan dia ada banyak kelebihan. Sekaligus kewujudan hadis itu boleh menghalang orang lain dari membentak tindakan mereka itu.
Begitu juga tekniknya mereka hadis yang berbentuk penerimaan cerita-cerita israiliyyat dengan tidak menolak sumber-sumber mereka. Umat Islam menjadi keliru dan mulai menerima. Bermula dari situlah israiliyyat mula menyusup kerana telah diberi keizinan menyebarnya melalui hadis maudhu. Sehingga mereka menafsir ayat al Quran tentang kelebihan mereka. Terdapat dua ayat yang menunjukkan kelebihan mereka dari teknik israiliyyat ini. Dan yang hairannya sebahagian itu terdapat dalam Sahih Bukhari !
Hadis yang bernombor 3812 dalam sahih bukhari: Daripada Saad bin abi Waqqas berkata : aku tidak mendengar Nabi s.a.w bersabda, kepada seseorang yang berjalan di atas bumi dan dia adalah dari kalangan ahli syurga melainkan Abdullah bin Salam, berkata: padanya( Abdullah bin Salam ) diturunkan ayat (( dan disaksikan dari penyaksi dari kalangan bani Israil sepertinya )) surah al Ahqaf ayat 10.
Kita amat berterima kasih kepada al Hafiz Ibnu Hajar kerana telah menunjukkan kebatilan hadis ini dengan amat terang dan nyata sekali walaupun ia terkandung di dalam Sahih Bukhari. Imam Ibnu Hajar telah menyatakan hadis itu hukumnya adalah musyakkal, malah beliau berkata : al Sya’bie telah mengingkari apa yang telah diriwayatkannya Abd bin Hamid daripada al Nadr bin Syamil daripada Ibnu Aun yang ayat itu diturunkan untuk Abdullah bin Salam kerana Abdullah bin Salam islam di Madinah sedangkan ayat itu ialah ayat makkiyah.
Ibnu Kathir dalam tafsirnya juga pada jilid 4 halaman 168 berkata : dan syahid ini umumny a kepada Ibnu Salam dan selainnya maka sesungguhnya ayat ini ialah ayat makkiyah diturunkan sebelum keislaman Abdullah bin Salam.
Inilah serba sedikit biografi bagi pencemar-pencemar agama yang aktif melalui kaedah penyebaran israiliyyat dalam hadis-hadis yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Namun perbahasan ini tidaklah begitu menarik jika kitak tidak tahu bagaimana pula mereka menyerapkan israiliyyat itu sendiri. Mari kita saksikan :
Kaab bin Ahbar, Abdullah bin Salam dan yang lain-lain telah duduk bersama para sahabat yang lain. Kemudian mereka bercerita dan meriwayatkan hadis sesama mereka seperti yang diterangkan oleh Imam al zahabie dalam Siyar A’lam al Nubala pada jilid 3 halaman 489 yang berbunyi : Sesungguhnya Kaab duduk bersama sahabat-sahabat Muhammad s.a.w dan mereka meriwayatkan daripada kitab-kitab Israiliyyah. Apa lagi yang perlu diterangkan tentang penyebaran tersebut, kerana ia amat jelas sekali.
Para sahabat yang meriwayatkan hadis daripada Kaab dan Abdullah bin Salam ialah Abu Hurairah, Abu Said al Khudrie, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Muawiyah dan Amru al A’ss. Mereka telah mendengar cerita-cerita dari kitab taurat dan kemudian Kaab ada meriwayatkan hadis, sehingga bercampur-campurlah antara hadis dianggap sebagai cerita orang yahudi dan cerita dari taurat diangkat menjadi hadis nabi s.a.w yang marfu’. Penyebaran hadis-hadis itu mula menguasai ruang keilmuan Islam. Inilah yang telah digambarkan oleh Imam al Zahabie dalam Siyar A’lam al Nubala jilid 2 halaman 606, Imam Ibnu Kathir dalam al Bidayah wa al Nihayah jilid 8 halaman 109 menyatakan : daripada Bisir ibnu Sa’id ( beliau adalah kibar tabien dan perawi utama rijal sittah ) berkata : Bertaqwalah kepada Allah dan berhati-hatilah daripada hadis, aku bersumpah demi Allah, maka kami telah melihat, kami duduk bersama Abu Hurairah maka dia meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w , dan dia juga meriwayatkan daripada Kaab, kemudian dia bangun. Maka aku dengar dari kalangan kami ada yang menjadikan hadis Rasulullah daripada Kaab dan menjadikan hadis Kaab daripada Rasulullah s.a.w.
Bermula dari sinilah hadis sudah mula dicemari dengan pemikiran dan sumber –sumber israiliyyah. Hasilnya telah menyebabkan kebobrokan dalam kesucian ilmu Islam. Hasil-hasil pemikiran ini sahaja telah membentuk kefahaman –kefahaman yang tersendiri membentuk firqah dan aliran yang tertentu. Aliran itu cukup fanatik dengan kefahaman mereka, lantas menyangka kefahaman mereka ialah kefahaman yang amat dekat dan suci dengan Islam. Namun ia amat jauh sekali. Malah, sudah tentu berbahaya.
Namun, penyebaran israiliyat ini bukan hanya berlaku dalam tahdis sahaja. Kalau tiada orang yang memotivasikan atau menggalakkan penyebarannya nescaya ia tidak akan berlaku. Yang menyebarkannya, tentu sekali bukan golongan marhaien atau golongan biasa, kerana golongan ini tidak mempunyai pengaruh atau kemuliaan. Walaupun golongan ini mempunyai idea yang bernas sekali pun, idea mereka bukanlah boleh diarus perdanakan. Tetapi, penyebaran ini berlaku dari kalangan orang yang besar.
Mari kita lihat apa yang dikatakan oleh Imam al Zahabie dalam Siyar A’lam al Nubala jilid 13 halaman 108 pada tajuk tidak harus mengikut sebahagian sahabat dalam beberapa perkara. Imam al Zahabie berkata : dan abdullah bin Amru bin al A’ss, dia telah dapat dari peperangan yarmouk, kitab-kitab yang banyak dari kitab-kitab ahli kitab yang menerangkan perkara-perkara yang ghaib.Sehingga terdapat beberapa sahabat yang berkata : Telah diberitahu kepada kami daripada nabi s.a.w dan bukannya diberitahu kepada kami daripada sahifah.
Bayangkanlah Abdullah bin Amru al A’ss telah membawa 2 ekor unta yang dipenuhi dengan kitab-kitab orang yahudi dan menyebarkan fahaman kitab tersebut kepada orang Islam sehingga terkeliru dan menisbahkan perkara tersebut kepada nabi s.aw. Penyebaran ini cukup mengusarkan ilmu Islam hingga ke hari ini. Perkara ini telah disebut oleh al Hafiz Ibnu Hajar dalam kitab al Nukat ala kitab Ibnu Solah pada jilid 2 halaman 532 dan berkata : apabila sahabat melihat kepada israiliyyat maka tidak diberi hukum rafa’.
Sekarang kita lihat hasil dari penyebaran ini seperti yang terdapat dalam kitab Muwattho pada halaman 243 dan Musnad Imam Ahmad pada jilid 2 halaman 486 dengan sanadnya yang sahih daripada Abu Hurairah berkata : aku telah keluar ke thor maka aku bertemu dengan Kaab al Ahbar dan aku duduk bersamanya dan dia meriwayatkan taurat dan dia meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w…
Maka oleh sebab itu, walaupun sanadnya diriwayatkan oleh periwayat yang benar sekali pun tidak membawa apa-apa makna melainkan hanya melihat kepada matan hadis itu. Jika sekadar kita melihat perawi sahaja, maka nescaya kita masih menyebarkan fahaman israiliyyat ini, kerana yang menyebarkan israiliyyat ini tidak lain dan tidak bukan, segelintir dari perawi yang benar itu juga.
Jesteru itu, meninggalkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh perawi israiliyyat seperti Kaab al Ahbar, Abdullah bin Salam dan lain-lain lagi adalah amat dituntut untuk menjaga kesucian Islam itu sendiri seperti yang dialkukan oleh Saidina Umar . Diriwayatkan dari Abu Zur’ah al Dimasyhqie dalam kitab tarikhnya, halaman 1475. Daripada al saib bin Yazid : Telah dengar Umar berkata kepada Abu Hurairah : Tinggalkanlah hadis daripada Rasulullah s.a.w atau aku kejar kau ke bumi Dos dan berkata kepada Kaab pula : Tinggalkanlah hadis-hadis atau aku kejar kau ke tanah kera. Imam al zahabie mengkomentar dalam kitab Siyar A’lam al Nubala jilid 2 halaman 601 mengatakan : Dan ini sanadnya sahih.
Sebagai penutup untuk makalah ini, aku bawakkan satu hadis yang boleh kita fikirkan bersama. Mungkin agak kontroversi sikit tapi, demi kebenaran kena juga cakap walaupun pahit. Dalam kitab maulid al Daibaie, dalam rawi kelapan yang membicarakan hadis kedua. Teksnya berbunyi : Diriwayatkan dari A’tho bin Yasar cerita tentang Kaab al Ahbar, katanya : Ayahku telah mengajarku seluruh bahagian kitab Taurat kecuali satu bahagian sahaja, yang bahagian itu selalu dibacanya hingga tamat lalu dimasukkan ke dalam petinya. Ketika ayahku telah meninggal dunia, maka peti itu aku buka. Ternyata di dalam bahagian kitab taurat itu terdapat keterangan tentang seorang nabi yang akan muncul di akhir zaman. “ Tempat lahirnya di Mekah dan tempat hijrahnya adalah di Madinah dan kekuasaannya di Syam….
Dalam konteks ini kita kena lihat beberapa perkara.
1. Mengapa cerita Kaab ini pula dinisbahkan kepada hadis. Siapa pula yang memarfu’kannya? Sudah tentu bukan Rasulullah yang bercerita kerana Kaab menganut Islam selepas kewafatan baginda.
2. Mengapa pula Kaab perlu cerita tentang taurat setelah memeluk Islam. Ia hanya satu perlambangan menunjukkan kehebatan taurat. Jika benar Islam itu betul, maka tinggalkanlah sahaja taurat seperti yang dibuat oleh Salman al Farisie.
3. Yang paling penting ialah ayat ini, tempat lahirnya mekah, tempat hijrahnya madinah dan kekuasaannya di Syam. Cuba jelaskan pada aku, bila pula kekuasaan Islam dan dikaitkan dengan Rasulullah itu di Syam. Tak mungkin langsung! Disitulah lahir orang yang membenci keturunan Rasulullah dan Rasulullah mengiktiraf pula tempat itu sebagai punca kekuasaan Islam? Ternyata lagi zahir ia adalah hadis palsu yang dibuat oleh Kaab kerana menyokong pemerintahan Muawiyah. Untuk mendokong Muawiyah, maka Muawiyah telah menukarkan dengan memberi peluang kepadanya seluas-luasnya menyebar luaskan israiliyyat. Malah Muawiyah telah melantiknya sebagai penasihat dan diuar-uarkan dia sebagai orang yang berilmu seperti mana yang thabit dari Muawiyah berkata kepada Kaab : Bersama Kaab ada ilmu seperti buah-buahan….Malah seperti yang diberitahu tadi Abdullah bin Amru al Ass telah membawa 2 ekor unta berisi kitab-kitab orang yahudi dari peperangan Yarmouk di Syam dan menyebarkannya. Nah! Sebenarnya kekuasaan yang sebenar yang dimaksudkan oleh Kaab ialah tersebarluasnya israiliyyat di Syam. Kekuasaan orang yahudi rupanya. Sama-samalah kita fikirkan.
Israiliyyat ialah perkara yang tidak boleh dimaafkan. Penjernihan semula sumber-sumber islam dari kekeruhan israiliyyat perlulah dibasmi secara besar-besaran dan secara serius. Kalau tidak agama kita akan terancam. Selain itu, pembasmian ini akan menjernihkan semula perpaduan Islam. Jika puncanya tidak terlerai dengan kefanatikan mana-mana firqah yang berpaksi kepada sumber israiliyyat ini, selagi itulah umat islam akan berpecah-pecah. Malah kita tetap akan bersangka israiliyyat adalah sumber Islam. Mari kembali ke Madinah!

Khadam sunnah nabawiyyah Tenggaroh

1 ulasan:

  1. yg korang punya tariqat tu lebih teruk dri israiliyyat la pukimak oi.. sedap2 je burukkan sahabat nabi abu hurairah, abdullah b salam n muawiyah!mati la kao pukimak

    BalasPadam