Isnin, 12 Oktober 2009

Masihkah ber suara di puncak Moab !



Kami di situ.
Di puncak Moab
Bertemankan cahaya dari unggun yang kecil.
Unggun bertabir batu, mengelak hembusan angin sahrawi.
Panasnya bertahan.
Bahannya taik unta dan kambing yang kering
Rumput kering berduri turut berguna
Syai dan naknak
Buat pemanas badan dari dingin banjaran tinggi
Kami di puncak
Menyanyi gurindam hati
Mendengar himpunan berpujangga
Dari suara seorang tua
Bergetar dimamah usia
Tapi, masih berkuasa melarutkan kami dalam suasana
Kami mendengarnya tanpa bosan
Kami mendengarnya tanpa rungutan
Bersuaralah,
Bersuaralah dipuncak itu
Hingga alam bersiponggang meriah

Jesteru masih bersuara…
Tapi…kini…
Masihkah terdengar suara
Dari puncak moab
Benarlah, detik itu “ al Yaum la tunsa “
Kerana ia sekarang tidak bersuara…
Tanpa nyanyian
Dari puncak Moab.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan