Selasa, 6 Oktober 2009

Menunggu Muhadarah habis.


Ini adalah cerpen yang aku buat kat Jordan dulu. Maklumlah serba serbi kekurangan. Tapi aku masih berhajat untuk berkongsi dengan kalian, hasil nukilan aku. Tafaddal fil Qiraah :

Aku bukannya tak kesian kat doktor yang tak pernah letih membuka mulut setiap kali muhadarah. Nak buat macam mana kalau dah tak minat. Sesekali aku jeling doktor untuk menggelakkan curiga padaku.
“ Boring ! Mula bagaimana ? “ desak hatiku yang berceramuk memikirkan bilah-bilah perkataan yang hendak disusun.
Aku taklah berminat tulis cerpen, walaupun pernah menghasilkan sebuah novel yang langsung tak bermutu. Tak bermakna jahil. Seringkali penulisanku mendapat pujian dari guruku waktu alam persekolahan dahulu. Pernah jugak aku tulis serba sikit, tapi tak pernah habis.

“ Lelaki mesti ada ego. Ego lelaki mesti diletakkan pada tempatnya “ jelasku kepada Juman.
Ini bukan kali pertama aku berbincang dengan Juman. Berkali-kali. Bezanya perbincangan kali ini jadi cerpen, itu sahaja.
“ kalau enta sayangkan dia, jangan tunjukkan sayang enta pada dia” tegasku.
“Apa pasal ? “ pendek tapi menduga.
“ Buruk perangai “ Aku jawab seringkas yang mungkin.
Aku bukannya prejudis dengan kelakianku, tapi adalah pengalaman sikit dalam hal ehwal sakit wanita nie.
Lelaki kalau tunjukkan sayang dia, mesti dia ikut telunjuk perempuan. Sayang seorang lelaki tak sama dengan sayang seorang perempuan yang mesti dibuktikan dengan kata-kata. Sedangkan sayang seorang lelaki adalah abstrak, kerana itu orang tua kata “ sayangkan bini ditinggal-tinggalkan” dan sebab tu jugaklah kaum hawa senang kena tipu ngan puak lelaki. Nak kata diaorang ni bodoh, tak jugak. Sudah perangai depa. Sebenar-benar istilah sayang bagi orang lelaki yang ngaji agama ialah mendidik awek, tunang atau bini ke jalan yang diredhai oleh Allah. Bukannya dibuktikan dengan membawa ke hulu-hilir anak dara orang. Dah bunting dengan anak monyet di dalam perut, itukah lambang sayang? Sayang ke nereka.
Perempuan, dalam istilah lain, diaorang adalah spesis mamalia yang sensitif, peniru , cepat cemburu dan senang kena tipu. Kalau tengok ahli rumah semua dah ada balak, cemburu punya pasal, pun dia sibuk cari balak. Alih-alih dah terhempap dengan balak. Kalau tengok kawan dia gayut macam beruk betina, besok dia pulak cari dahan baru nak bergayut sama. Orang lelaki mesti atasi gejala ini dengan agama mereka. Biar perempuan yang tunjuk sayang depa, baru kita boleh berkuasa untuk mendidik depa. Sayanglah kalau orang lelaki bersifat dayus. Tapi ingat ! jangan tergoda dengan perang urat saraf depa.

“ Flash back, uslub qisar, plot, klimaks…perghh, payahnya” bisik hati kecilku.
“ Ko selitkanlah unsur-unsur seni dan sastera dalam tu. “ aku teringat pesanan Juman bila aku ceritakan niatku padanya untuk menulis cerpen. Nak buat tu, aku boleh buat tapi takut orang “ terkejut beruk “ pulak. Bahasa yang mudah. Isi yang difahami. Aku lebih suka cara itu. Orang utan yang bergayut kat Jordan ni pun boleh faham.
Aku capai pen. Menari di hujung jari. Masih belum tiba. Gelisah. Dua hari berlalu begitu sahaja.
“ Min ayyu sual ? “ nada doktor sedikit tinggi sambil mengetuk meja.
Aku tersentak. Entah doktor perasan atau tidak gelagatku. Aku biarkan saja. Tiba-tiba saja ia hadir. Aku biarkan jari – jemariku rancak mengikut tarian pena.

Sekali lagi, hari ini, aku jumpa. Kalau depa ajer yang nak masuk jahannam, aku tak kisah. Tapi azab Allah tak kenal hamba. Nak cakap segan, pasal depa ngaji syariah. Tak cakap, nasib aku pulak. Berkeras kang, nanti orang panggil aku wahabi pulak.
“ kat mana ko biasa nampak ?” soal Juman.
“ Banyak “ jawabku berbuih-buih dengan perasaan geram.
“ Dekat Amman Mall dah berpasang-pasang aku tengok “ tambahku lagi.
“ Macam diorang ingat, diaorang aje budak melayu kat sini, orang lain tak tahu,Amman Mall kat mana” lagi aku tambah.
Pasangan yang aku jumpa, bukan sahaja berasal dari negeri ibu maksiat jajahan dot.dot.dot. Malah dari negeri pantai timur pun turut menghantar wakil. Selamba kera aje bila serempak ngan aku. Ngabiskan boreh tok guru aje. Kalau aku nak cerita sapa orangnya, pun aku boleh buat. Ada jugak aku jumpa kat kedai bundle, maktabah jamiah, depan perkarangan Masjid Husein pun ada jugak. Memang dasar tak malu dengan tuhan.
“ Setiap perbuatan kita, dikaitkan dengan iman. Nabi sabda : ( Tidak akan berzina seseorang, ketika mana ia adalah mukmin.)” bicaraku sambil ku tenung wajah Juman.
“ Bila nak couple, ingat Allah. Mesti tak jadi couple punya. Kalau orang itu, berimanlah. Beriman adanya neraka dan azab allah melahirkan rasa takut pada larangan Allah. Jika tak rasa takut, ada something wrong pada iman itu. Itu pasal galak aje buat, pasal tak beriman waktu itu” sambungku.
Juman angguk tanda faham. Aku yakin Juman faham. Depa yang dok couple tu yang tak faham.
“ Persatuan cuba, gerakan Islam pun cuba. Tapi apa pasal tak boleh atasi ? “ kali ini Juman lebih lantang menyoal.
“Pada aku, kurangnya pendedahan aqidah adalah sebabnya. Aqidah bukan hanya salaf dan kholaf ajer. Iman pada hari akhirat adanya pembalasan. Takut masuk neraka dan azab Allah adalah senjata utama untuk menggelakkan diri untuk terjerumus ke lembah maksiat. Apa yang kita belajar di jamiah tidak sedikit pun melahirkan rasa takut ngan Allah. Pelajar kita tahu hukum, tapi sikit pun tak berguna pada diaorang sebabnya tak ada rasa takut tu. Tasauflah jalannya. Itu pun orang kata sesat” lebar penjelasanku.
Aku ingat . Ingat sejelas-jelasnya setiap tutur kata yang terpacul keluar daripada mulutku dan Juman. Semacam tergazet perbincangan pada malam tu kat kepala otak aku sewaktu menulis cerpen ini. Suka hati koranglah kalau tak panggil ini cerpen.
“ Nak bercinta, cintalah. Tapi jangan gadaikan agama dan maruah. Jangan kerana cinta, lupa pulak kat Allah, Rasulullah, al Quran, Raqib Atid, hukum hakam, tok-tok guru dan para doktor yang terpelangok kat jamiah nu. Pikir dulu sebelum buat sesuatu” kata-kata terakhirku, sebelum aku menghabiskan sisa-sisa perbincanganku untuk melelapkan mata di ‘ istana Merah ‘. Besok ada muhadarah.

Sikit lagi…yah..yah…yah. Sikit lagi siaplah. Ketua editor dah empat kali mintak cerpen ni. So, terpaksa siaplah.
“ Gile apa?. Tak pernah orang tulis cerpen bentuk macam ni!” Gamam Ketua editor bila membaca cerpen ini.
Aku tinggalkan dia macam tu. Aku nak korang tahu apa yang aku nak ceritakan. Surat dan siratnya.

Hari ini, jari aku kaku. Pesta sudah lama tamat tanpa tarian. Dahiku berkerut. Wajahku tidak lagi aku toleh ke bawah. Aku tatap kehadapan sementara menunggu muhadarah habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan