Selasa, 6 Oktober 2009

Periwayatan

Seorang muridku telah memohon kepadaku untuk menjelaskan tentang masalah ijazah dan bahagian-bahagiannya. Aku akan menjelaskannya dengan seringkas-ringkasnya, dengan izin Allah. Semoga ia dapat membantu kalian untuk menambah ilmu seiring dengan pertambahan taqwa.
Usul kepada periwayatan ini mestilah diambil dari usul ilmu hadis itu sendiri. Ini adalah kerana ilmu hadis itu terasnya adalah berpunca kepada sanad hadis tersebut, walaupun ilmu hadis itu terbahagi kepada dirayah dan riwayah.
Para muhaddisin telah berselisih kepada masalah umur untuk orang yang boleh berkecimpung dalam masalah riwayat atau sanad ini. Ada yang berpendapat selepas umur 30 tahun. Ada yang berpendapat 20 tahun. Yang rajihnya ialah pendapat apabila ia sampai umur balighnya sudah boleh terlibat dalam ilmu ini. Walau pun begitu, masih ada yang berpendapat, umur 5 tahun pun sudah boleh menjadi periwayat.
Jalan-jalan bentuk periwayatan pula terbahagi kepada bahagian. Setiap bahagian pula mempunyai masalah yang diperselisihkan antara muhaddisin. Namun, aku tidak akan memanjang perselisihan tersebut. Bagi sesiapa yang ingin merujuk lebih mendetil, bolehlah merujuk kitab ‘ Tadrib al Rawi’ , jilid 2, halaman 4.Antara bentuk-bentuk tersebut ialah :
1. Sama’ ( mendengar nas atau teks ) melalui lafaz syeikh.
Lafaz-lafaz yang diguna pakai ialah :
• Haddasana : ini ialah lafaz yang tertinggi yang diguna pakai ulama rantaian perawi hadis yang menunjukkan pertemuan antara perawi dan syaikh sanad tersebut.
• Haddasani
• Akhbarona : menunjukkan kepada pertemuan diri dan mendengar dari mulut syaikh sendiri. Namun, ada juga yang mengkhususkan kalimah ini kepada membawa maksud al qiraah ( pembacaan ).
• Akhbaroni : Empat kali teratas ini ialah kalimah yang disepakati dan banyak yang menggunakannya dalam bentuk yang diterima iaitu berlakunya pertemuan dan mendengar dari mulut syaikh sendiri. Kalimah ini ialah kalimah tertinggi penerimaannya berbanding kalimah yang lain.
• Anbaana
• Anbaani
• Sami’tu
• Qala fulan
• Zakara lana

2. Al Qiraah ( membaca )
Pembacaan boleh berlaku pada 2 bahagian. Bacaan syaikh kepada murid, atau bacaan murid kepada syaikh. Namun, ulamak berpendapat, bacaan murid dihadapan syaikh itu adalah terlebih baik berbanding bacaan syaikh kepada anak murid.
Lafaz –lafaz yang digunapakai
• Qara’tu ala fulan
• Quria alaihi
• Ana asma’
• Aqarra bihi
• Sami’tu
Ada juga yang menggunakan sama’ muqayyad, namun ia masih dalam perselisahan muhaddisin, seperti :
• Haddasana qiraatan alaihi
• Akhbarana qiraatan alaihi
• Ansyadu fi syi’ir qiraatan alaihi
Dalam hal qiraah ini, masih ada yang diperdetailkan secara mendalam, maka sesiapa yang berhajat sila rujuk “ Tadrib al Rawi “ jilid 2 halaman 19-28.
3. Ijazah
Bahagian ijazah ini terbahagi pula kepada beberapa bahagian antaranya ialah :
• Muayyanan li muayyinin
• Muayyanan ghairahu
• Ghairu muayyinin bi wasfil U’mum
• Ijazah bi majhul
• Ijazah lil ma’dum
• Ijazah ma lam yatahammalhul mujiz
• Ijazah al Mujaz
Lafaz-lafaz yang digunakan dalam ijazah ialah :
• Ajaztuka
• Ajaztuka masmua’ti
• Ajaztukal muslimin atau kullu ahadin
• Ajaztuka kitab al sunan
• Ajaztu liman yulad lifulan
• Ajaztuka mujazati

4. Al Munawalah
Kekuatan al munawalah sama seperti kekuatan sama’ juga mengikut pendapat al Zuhri, Rabiah, Yahya bin Sa’id al Ansorie, Mujahid, Sya’bie, Alqamah, Ibrahim, abu al A’liyah, abu Zubair, Abu Mutawakkil, Malik, Ibnu Wahab, Ibnu Qasim dan ramai lagi . Al munawalah terbahagi kepada 2 bahagian :
• Maqrunah bil ijazah : bentuk ijazah yang tertinggi secara muthlaqnya.
• Mujarradah
Antara lafaz yang digunakan ialah :
• Nawilini
• Haza sama’i

5. Al Kitabah
Al Kitabah membawa maksud, syaikh menulis nas atau sanadnya kepada mereka yang hadir dengan tulisannya. Kekuatan penggunaan al kitabah sama seperti al munawalah. Al Munawalah pula terbahagi kepada 2 bahagian :
• Al Mujarradah
• Maqrunah bil ijazah
Antara lafaz yang diguna pakai ialah :
• Ajaztuka
• Katabtulaka
• Kataba ilayya fulan
• Haddasana fulan kitabatan atau mukatabatan

6. I’lam al syaikh
7. Al Wasiah
8. Al Wijadah
Kesenian ilmu periwayatan ini, tidak terhenti hanya disini, malah ia turut berkembang. Malah perkembangan tersebut masih dalam ruang lingkup ketetapan syarak. Namun, ianya bukanlah dalam bentuk muthlaq. Imam al Ghazali rahimahullah ada menyatakan dalam kitab ‘ Mauizatul mukminin ‘, dalam menyingkap ilmu periwayatan dalam konteks ilmu tasuf.
Beliau menyatakan bahawa, pengijazahan terbahagi kepada 2 bahagian.
1. Al Khurqah wa Tabaruk
2. Al iradah wa al Tahkim
Antara lafaz yang digunapakai dalam konteks ini ialah :
• Akhaztu
• Ajazani
Sementara al khurqah dan tabarruk lebih kepada bentuk keredhaan syaikh kepada murid. Oleh itu, marilah kita bersama meluruskan amalan kita dengan sandaran kepada asalnya agar kita sentiasa dalam lingkaran kebenaran. Tanpa pengijazahan maka, kita lebih terdedah kepada kesesatan yang meruncing.

Khadam Sunnah Nabawiyyah Tenggaroh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan