Rabu, 4 November 2009

Apa yang kau fikirkan.


Sudah dua hari berita itu menjadi tajuk berita yang hangat di dada akhbar. Tak kurang juga banyak panggilan telefon untuk memberi pendapat masing-masing yang perlu aku layani. Malah tak kurang hebatnya mengundang perdebatan diblog-blog bila aku melayari internet. Kesemua itu membuat aku sedikit tidak selesa.
Setiap apa yang berlaku itu pasti ditemani dengan dua perkara dari sudut kesan iaitu pro dan kontra. Maka pandang dan tilik kedua-dua sudut tersebut. Pada pihak Jais terdapat dua kesan tersebut. Pada pihak Dr Maza juga mengundang 2 kesan tersebut.
Namun pada aku, JAIS, hanya menjalankan tugasnya sahaja. Cuma bila kena pada orang yang berpangkat atau glomour, pasti mengundang sedikit konflik. JAIS hanya perlukan sedikit ketabahan. Berpegang pada paksi dan prinsipnya, maka akan mengundang kebenaran. Jika berolak alik, memaparkan JAIS hanya sebuah boneka.
Aku tidak berhajat untuk membicarakan isu JAIS ini, tapi aku Cuma mahu berbincang, memberi pendapat tentang yang ditangkap. Pada Dr Asri, aku mengharapkan beliau belajar dari sesuatu. Bermuhasabahlah. Kadang-kadang ujian itu boleh jadi untuk satu kemuliaan. Malah kemuliaan pula boleh jadi satu ujian. Kalau DR Maza menang pun tapi kalau dikalahkan kerana kemuliaan ia juga merupakan salah satu kehinaan. Kadang-kadang juga ujian itu merupakan penghinaan buat kita. Jesteru itu, lihatlah bagaimana Dr Maza menanganinya.
Hari ini, Dr Maza nak memfailkan saman. Baguslah begitu. Dr Maza mungkin menang. Tapi, Dr Maza mungkin akan terhina atas tindakan itu. Katakanlah Dr Maza menang. Janganlah kemenangan itu punca kepada penghinaan kepada diri DR Maza sendiri. Apa yang akan berlaku masa depan, mungkin akan berubah.
Di sebalik peristiwa ini, ingin aku merumuskan kepada beberapa perkara.
1. Siapakah dibelakang Dr Maza.
Peristiwa ini telah menyebabkan skop pemerhatianku bertambah luas. Aku bukan hanya memandang Dr Asri, tetapi orang-orang yang wajahnya mampir bersama Dr Asri. Kepelikan aku bertambah menyebabkan sedikit kerunsingan bila melihat wajah-wajah itu, antaranya ialah pengasas Sisters In Islam. Mengapa dia perlu ada di situ dan membela Dr Asri pula. Apa kaitan Dr Asri dengan si pengasas itu. Ajaibkan!
Aku pernah terbaca dalam akhbar satu ketika dahulu yang mana ada yang mengatakan kumpulan itu mendapat sokongan dari lelaki-lelaki hebat. Dan salah satu gambar yang terpampang ialah Dr Maza. Mulanya aku memang nak menyangkalnya. Tapi, peristiwa baru ini, semacam memberi konklusi kepada aku. Ya, atas nama pembaharuan. Tercekik aku mendengarnya.
Aku perhati lagi, muka-muka yang ada. Sambil hatiku berkira-kira dan menafsir. Siapa yang memperkuda siapa ini. Hahahaha….Siapa pula yang akan dipermain ini. Muka yang ada di situ hanya muka yang berhajat sesuatu. Dan aku hampir pasti, Dr Maza menggunakan kaedah yang telah diguna pakai oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab ketika memohon bantuan dari Raja Suud, suatu ketika dahulu. Ketika Muhammad Abdul Wahab dibuang, ketika itulah dia meraih simpati Raja Suud. Ketika Dr Maza dihenti dari jawatannya iaitu tidak disambung kontrak dan ada percubaan menghalang menjadi YDP Yadim, ketika itulah muka-muka belakang itu membantu. Wah, sirah Muhammad bin Abdul Wahab berulang kembali. Dan jika Dr Maza menjadi Muhammad bin Abdul Wahab, sudah tentu PGSM dan Ustaz Zamihan dianggap orang yang jahat.Macam yang ada dalam biografi Muhammad bin Abdul Wahab tuh.huhuhu. Macam cerita filem pulak.PGSM dan ustaz Zamihan ialah orang yang membuat bid’ah, membuat perkara khurafat. Menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan ajaran ahli sunnah..ish ish ish.
Pihak kerajaan atau pelaksana undang-undang akan dianggap jahat dan sesat. Begitulah senario yang berlaku pada waktu Muhammad bin abdul Wahab dulu. Begitulah, sampai sekarang penyokong-penyokong wahabi masih bersikap dan berpandangan begitu. Merekalah yang benar. Seolah-olahnya pelaksana undang-undang telah salah. Sabarlah JAIS!
2. Peranan orang politik
Hari pertama selepas insiden penangkapan tersebut, aku dapati hampir 2 halaman membicarakan kisah tesebut. Sorang-sorang bagi pandangan. Aku baca dengan teliti. Namun, aku tak nampak orang yang sepatutnya menjawab soalan itu menjawab. Yang ada hanyalah orang-orang politik. Siapa pula diaorang ni nak membahaskan soal agama. Adakah mereka berkelayakan nak kata orang tu betul atau tidak. Mufti pun tak kata lagi, diaorang pulak boleh kata dia ulamak besar. Pandai hadis, pandai ilmu tu, ilmu ni dan macam-macam lagi. Entah-entah memandai-mandai..huhuhu
Siap Dato’ Najib kata, Dr Maza ni ada dalil yang konkrit. Ish ish ish. Yang konkrit tu yang aku tak berapa berkenan. Sebab ulamak lain tak cakap apa-apa lagi.huhuhu…sape-sape pun boleh sesat. Adakah ini ketaksuban. Kefanatikan. Entahlah, berdegar-degar aku tengok diaorang hentam pengikut ayah pin dan rasul melayu. Kata mereka itulah akibat taksub pada tuan guru. Anak-anak murid memberontak. Tapi aku tengok sama aja tindakan pengikut ayah pin dan pengikut Dr Maza ni. Entahlah. Manusia ni sentiasa ingat dia betul. Tuan Guru dia betul. Hatta orang yang melarang berbuat demikian pun berbuat demikian. Entahlah, dunia makin nak kiamat tol.
Hari ini, bila aku bukak balik surat khabar, barulah Syaikh Harussani berbicara. Mereka mempertahankan JAIS. Entah apa pula nasib perundangan Islam hari ini. Dikecam oleh yang bukan bidangnya. Yang kerajaan sendiri menghentam kerajaan. Apalah orang yang kerdil seperti aku ini yang perlu aku ladeni.
3. Ilmu sahaja salaf akhlak tidak pula salaf
Ramai orang belajar akidah namun tidak berakidah. Subjeknya seperti, ramai yang beragama Islam tapi tidak muslim. Hanya pada ilmu tapi tidak pada praktikalnya. Dr Maza, pencetus reformasi ke arah salaf atau muslim progresif atau apa-apa sahajalah, hakikatnya sekadar pencetus dari segi teori sahaja, namun tidak pada praktikalnya. Kesemua terzahir dengan kejadian inilah. Siapa yang memandang dengan hati yang tenang mungkin terperasan kot. Tapi jika masih marah dan beremosi mungkin tak nampak kot. Sebab pandangan sudah melurus dan nekad.
Begitu jugalah yang mengakui salaf , namun hanya pada teori tapi tidak pada akhlak atau praktikal. Mari kita lihat beberapa sedutan dari pengajaran salaf. Ada athar yang masyhur mengenai Saidina Ali karramallu wajhah. Beliau pernah bertengkar dengan seorang yahudi kerana perisai miliknya. Saidina Ali berkeras dan yahudi itu juga berkeras. Dengan kekerasan tersebut menyebabkan yahudi tadi telah bertindak kasar sehingga menghina Islam. Akibatnya Saidina Ali telah mengangkat pedangnya. Ketika kecelaruan tersebut, si yahudi telah meludah dimuka Saidina Ali. Tindakan tersebut menyebabkan Saidina Ali memasukkan kembali pedang ke sarungnya. Lantas ditanya oleh yahudi tersebut dengan tindakan Saidina Ali. Maka, Saidina Ali pun menjawab : aku takut aku membunuhmu kerana kebencianku kepadamu bukan kerana Allah. Lihat betapa pemaafnya Saidina Ali terhadap musuhnya, apatah lagi terhadap orang Islam. Bukan seperti intelektual hari ini. Sikit-sikit saman.sikit-sikit saman.
Salaf hanya pada permasalahan teori sahaja. Entah mananya sikap salaf yang pemaaf itu. Sifat salaf yang bertolak ansur itu. Sifat salaf yang sentiasa mengkoreksi diri.Tiada bukan. Ya! Memang tiada. Hanya kata-kata dan retorik semata-mata. Pemaaf adalah sifat dan sikap. Ia bukan hanya boleh dibentuk dalam masa satu hari. Jom kita tengok bagaimana sifat Rasulullah. Sama ke dengan sifat pendakwa salaf. Entahlah, korang bandingkanlah sendiri.
a. Ketika Rasulullah s.a.w dibaling dengan batu sehingga berdarah. Rasulullah langsung tiada berdendam atau mengambil tindakan terhadap mereka yang berlaku jelek terhadap Rasulullah walaupun Rasulullah sudah mempunyai kuasa. Ingat, tugas rasul sekadar menyampai, bila membalas ia sudah kepada tujuan dendam dan kepentingan peribadi.
b. Rasulullah dihina diMekah. Difitnah dengan tohmahan seperti gila, kahin dan pelbagai lagi. Maka, aku mencabar kepada pendakwa salaf untuk bersabar. Sabarlah, kerana itulah ditunjuki rasul dan para salaf.Rasul tidak pernah pula membalas walaupun baginda beroleh kuasa. Saudara Rasulullah wafat dan muslimin yang lain wafat dihadapan Rasulullah ketika berdakwah, namun Rasul tidak pernah berbuat apa-apa pun bila masuk ke Kota Mekah. Seolah-olahnya tiada kesalahan langsung yang dibuat oleh kafir quraisy. Kembalilah ke jalan salaf yang sebenar, bukan seperti yang di dakwa. Ini tidak, salah sikit, saman. Salah sikit, saman. Entah mana akhlak salaf mereka pun tak tahulah.Salaf mana yang diaorang ikut pun tak tahulah. Salaf yang sebenarnya ialah, seperti yang diiktiraf oleh Allah : (( keras terhadap orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka ( islam ).)) Kecualilah kalau diaorang anggap orang islam yang tidak sealiran mereka itu kafir. Itu memang dah jauh dari salaf.
c. Saidina Umar pernah memohon izin Rasulullah untuk memancung kepala Abdullah bin Ubai bin Salul kerana telah mengkhianati dalam peperangan, tetapi Rasulullah melarang tindakan Saidina Umar. Nah! Sebesar itu dosa si munafiq itu, tapi sifat Rasulullah itukan pemaaf. Wahai pendakwa salaf! Dosa apa telah dibuat oleh muslimin lain sehingga begitu tegar dan tidak dapat diampun kesalahan mereka. Jika begitu, sunnah apa yang kalian ikuti. Kalau cabarannya baru hanya fitnah ( pada fikiran kamu ), mustahil untuk dimaafkan, aku percaya sunnah yang kalian ikuti tidak lain hanya sunnah syaitaniyyah. Bertaubatlah! Oleh kerana itu, peristiwa ini telah meneguh seteguh-teguhnya jazam, apa sebenarnya kalian. Terzahir segalanya. Moga Allah menyembunyikan aib sekelian muslimin.

Aku rasa, tak perlulah aku memanjangkan kisah salaf tentang akhlak mereka. Biarlah kita salaf keseluruhannya termasuk tindak tanduk kita. Janganlah kita termasuk dari kalangan intelektual yang ghurur. Janganlah budaya barat dan kafir yang suka menyaman itu menjadi sunnah kita pula. Lihat sahajalah dari kalangan yang bukan Islam, sikit-sikit, saman. Jadi apa pula bezanya kita dengan mereka. Langsung tidak boleh diteladani. Malu rasanya bila melihat intelktual menyaman dan dilihat oleh musuh Islam. Bertepuk tangan mereka itu.
4. Mungkin satu pembalasan
Sedarilah, kehidupan ini ada timbal baliknya. Apa yang kita beri, kita akan terima balik. Jika kita lempar pada orang maka kita juga akan dilempari. Maka, oleh kerana itu Allah melarang kita mencerca orang kafir walaupun kita dalam keadaan yang paling benar, kerana kita pasti akan dicerca kembali. Justeru itu, aku mohon pada Dr Maza supaya menginsafi diri sendiri. Mungkin sebelum ini, Dr pernah menghina, mengfitnah, mengecam orang lain dan Allah jadikan kejadian ini untuk Dr rasai sendiri bagaimana perasaan jika diperlakukan begitu. Aku menggunakan mungkin tapi hakikatnya Dr memang pernah melakukan. Sila Dr layari blog Faisal Tehrani. Dalam entri beliau yang bertajuk lintasan hati. Selamilah dengan tindakan Dr itu sendiri. Itukah yang Dr maksudkan dengan muslim progresif. Progresif dalam menghina, memfitnah dan mengecam orang yang tidak sehaluan dengan DR. Malah tuan guru kami turut mendapat kecaman yang sama iaitu tuduhan syiah. Kami bersama tuan guru kami. Hidup bersamanya. Tidak kami dapatkan satu pun bukti yang tuan guru kami adalah rafidhah. Kami tak pernah nak saman Dr. Tuan Guru kami pun tak pernah nak saman Dr . Orang lain yang terkena fitnah Dr tak pernah nak saman Dr. Kerana ada orang yang lebih baik dari Dr. Orang yang lebih berakhlak salaf berbanding Dr.
Kadang-kadang Dr fikir dan ambil nilai positif daripada apa yang berlaku. Bila Dr tuduh orang tu syiah, orang tu begitu, tariqat itu begitu, begini. Kalam Dr telah menyebabkan orang yang dituduh ditangkap. Selepas itu baru disiasat. Kalau orang tariqat yang benar berzikir ingat Allah, membawa kebaikan dan ditangkap. Mereka pun juga binggung, mengapa mereka yang berbuat kebaikan ditangkap seperti penjenayah. Mereka juga binggung seperti Dr binggung. Jadi, Allah jadikan peristiwa ini untuk Dr sendiri rasa perasaan tersebut Cuma di atas tuduhan Dr. Bayangkanlah. Bertoleransilah Dr. Moga Allah menunjukkan hidayah kepada kita.

Salaf sentiasa bermuhasabah. Dr, bermuhasabahlah. Anggaplah kejadian ini sebagai kifarah dan bukan Dr banyak bertegang urat. Janganlah sampai suatu ketika apa yang Dr buat menampakkan kehinaan dalam diri Dr.
Melihat orang, lihatlah kebaikan mereka. Bersangka baiklah, mungkin mereka ingin menegur Dr. Bukankah begitu yang Dr ajar. Tapi apa yang aku nampak Dr sudah jauh dari tuntutan itu.
Melihat diri, lihatlah kesilapan kita, bukannya kebenaran secara total milik kita. Istighfar banyak, manalah tahu tindakan kita sebenarnya menghancurkan islam. Aku harap Dr boleh fikir-fikirkan. Kalau tak, apa yang kau fikirkan !!???

2 ulasan:

  1. Tuan Syaikh...
    Sama-sama kita berdoa umat ini dijauhkan dari segala fitnah, dijaga perpaduan dan kesatuannya.
    Sama-sama kita lahirkan kecintaan pada Baginda Rasulullah, ahli keluarganya, para sahabat dan sekalian alim ulama'....

    BalasPadam
  2. Promotional clothing Abercrombie and Fitch for sale or Abercrombie as a gift, will always be beneficial to Abercrombie Sale any business. This is Cheap Abercrombie a great way to impress consumers Abercrombie outlet and grow brand loyalty abercrombie Jeans and popularity. This is a quite flawless form of marketing. Your imprinted Abercrombie Pantslogo provides instant recognition. Abercrombie Tees These eye-catching articles of clothing are a foolproof way to increase profits and a cost Abercrombie Shorts effective form of marketing. Some use this plan to earn profits and then save them for future expenses. Abercrombie Sweaters You can get a huge range of promotional gifts or other promotional items on It is encumbered with a wide range of designs, styles and colours of assorted promotional items. These items can be used as promotional gifts and resourcefully distributed to the target customers to have a long lasting impression on them and make a huge profit in exchange.

    BalasPadam