Khamis, 5 November 2009

Bedah buku ( 5 )


Judul buku : Gerakan Orientalisme & Kristianisasi
Penulis : Hj Nik Azran Muhamed
Hj Mohd Mahadi Hj Isa
Penerbit : Hijjaz Records Publishing
Tahun Cetakan : 2009
Halaman : 189 m/s

Gerakan Orientalisme & Kristianisasi.
Buku ini sebenarnya ialah rentetan dari buku Gerakan Freemason yang telah kita bedah, sebelum ini. Oleh sebab itu, gaya buku dan uslubnya, sama sahaja. Kalau kulit depan tu hanya gambar aje yang berubah. Namun, apa yang nak disampaikan jauh lebih penting dari hiasannya.
Secara khususnya buku ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu perbahasan mengenai orientalisme dan perbahasan mengenai kristianisasi. Kedua-dua ini adalah simbol kejayaan pihak musuh untuk menundukkan Islam dan kaum muslimin. Oleh kerana itu, buku ini amat penting untuk setiap orang Islam membacanya, menghayatinya dan mengambil tindakan yang sepatutnya.
Dalam perbahasan orientalisme ini, penulis menyorot pembaca dan menghuraikan oreintalisme dari sudut pengertian, sejarah perkembangan, faktor perkembangan, cara pengerakan, matlamatnya, kumpulan dan sifat-sifatnya. Seterusnya penulis membahaskan pendokong-pendokong di sebalik orientalisme dan kaitan orientalisme dengan politik.
Perbahasan yang kedua iaitu, perbahasan kristianisasi, penulis memulakan perbincangan dari sudut sejarah pengerakan. Kemudian penulis membincangkan dengan lebih mendalam iaitu cara pengerakan kristianisasi dan mendatangkan bukti melalui gerakan kristianisasi di negara-negara Islam seperti Bahrain, Kuwait, Oman dan lain-lain lagi.Penulis menyambung perbahasan dengan menyatakan matlamat kristianisasi, persidangan yang diadakan oleh gerakan kristianisasi dan sumber kewangan gerakan kristianisasi.
Sebelum mengakhiri buku ini penulis telah memasukkan sebuah kisah yang diikrarkan oleh seorang bekas paderi yang akhirnya memeluk agama Islam. Dalam kisah tersebut beliau telah menceritakan usaha-usaha kristianisasi yang dijalankan oleh beliau untuk mengkristiankan umat Islam. Kisah tersebut bertujuan untuk memberi iktibar untuk umat islam ambil sebagai satu pengajaran dan bertindak.
Akhir sekali, penulis memuatkan amanat Syeikh Yasin untuk tatapan para pembaca agar menjadi insaf dan rasa bertanggungjawab di atas urusan agama.
Secara umumnya, kitab ini memang sepatutnya dimiliki oleh setiap orang Islam. Buku ini secara lengkap atau hampir lengkap membahaskan masalah musuh Islam yang tidak pernah letih berkerja untuk memusnahkan ajaran Islam. Penulis banyak membawa perbahasan dalam masalah sejarah sahaja. Kalau nak lebih menarik lagi dalam perbahasan, perbahasan tu kena yang lebih realistik lagi. Perbahasan orientalisme dalam masa kini. Mereka yang meneruskan agenda orientalisme sekiranya mat-mat salih tu tak berkecimpung secara langsung lagi. Bicarakan secara khusus anti ahdis, islam liberal dan lain-lain lagi. Lagi real.
Beri pulak kesan-kesan atau impak hasil kedatangan mereka ni. Macam huru hara kat dalam negara ke. Tashwisyh pada masyarakat ke atau apa-apa sahaja. Kalau nak gempak lagi, bagi data-data yang menyokong pertubuhan ni. Kaji sampai mana diaorang dapat duit dan dana. Dan yang paling klimaks, keterlibatan puak-puak ni dalam intitusi politik yang membawa kesan terhadap negara. Senaraikan nama mereka, barulah orang boleh melihat perbahasan ini secara jelas dan menyeluruh.
Begitu jugak kristianisasi, kalau boleh bahaslah dari sudut yang terkini. Data-data yang boleh menyakini perbahasan ini. Negeri-negeri yang telah dikuasai oleh kristianisasi ini dan pelbagai lagi. Barulah nampak relevan nak menghasilkan tindakan yang sepatutnya.
Apa-apa pun, kehadiran buku ini telah menambah koleksi percambahan bahan ilmiah dalam negara kita. Sepatutnya lebih banyak lagi buku yang diterbitkan dalam isu ini, barulah isu ini akan nampak lebih kritikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan