Selasa, 3 November 2009

Soalan bodoh.


Selesai bertugas mengajar di sekolah. Aku kembali ke rumah. Cuaca yang panas cepat meletihkan aku. Bergegas aku menghidupkan suis kipas. Dengan skala kelajuan 4, iaitu yang terpantas, tidak mampu untuk menyejukkan tubuhku. Pantas, ku masukkan barang-barang aku yang lain ke bilik.
Menyiramkan air ke tubuh badan, sememangnya mampu menyegarkan tubuh badan dan membugarkan akal fikiran yang terkedap memeluapkan oksigen di dalamnya. Sejenak bersama kesegaran itu melupakan beberapa detik kehidupan yang membosankan. Malah dengan saat – saat itu menambahkan kesyukuranku di atas nikmat yang amat cukup hebat ini. Entah mana datangnya air ini yang boleh memberi nikmat luar biasa kepada yang merasai nikmat ini.
Usai mandi, segera menyarung pakaian menyelubungi tubuh. Sambil bersantai menyikat rambut, aku mencapai handphone yang lama jugak aku tak jenguk. Mesti banyak sms yang terkumpul di kotak sms. Memang betul seperti yang kuduga. Aku cuba membaca setiap nota dan pesanan yang termaktub di dalam inbox. Ku tatap semuanya tetapi Cuma satu sahaja yang menarik minat aku. Cuma bahasa yang berbelit-belit agak sukar untuk aku memahaminya. Pantas aku menghubungi anak muridku.
“ Semalam dia telefon saya ustaz, dia tanya selipar yang Dato’ Ali yang ada dalam bilik tu, mahu simpan juga ke ?”
“ Itu kalau mahu simpan, kencing dia, berak dia juga mau simpan jugak ke ? “ ajuk bedol dengan soalan ala-ala orang yang tak reti cakap melayu.
Berdesing telinga aku dengar ayat-ayat itu. Sememangnya ia menyiat hati ini kering-kering. Ada ke patut soalan bodoh seperti itu boleh terfikir oleh seseorang. Bukannya aku melarang dari bertanya soalan. Tapi, pasti soalan itu hanya ditanya oleh orang yang bodoh, maka kelihatan soalan itu menjadi bodoh.
Selepas bertemu muka dengan bedol. Maka aku sendiri menghubungi si pembuat soalan kerana kekhuatiranku tersalah faham dengan kehendak soalan mungkin. Tapi, yang aku faham dari katanya, jelas dia menanya seperti yang aku faham.
“ In’am! Dengar sini ya ! Itu soalan memang tarak enak di dengar. Itu soalan tarak baik punya soalan” aku mula berbicara.
“ Ini saya mau tanya ya ! Kalau kamu punya mak atau bapak kasi itu hadiah”
“ Kamu mesti sayang punyakan. Kamu simpan itu hadiahkan”
“ Jadi, saya mau tanya kamu punya mak dengan bapak punya taik dengan kencing, mau simpan juga ke “ soalku.
Kalau sekadar ingin tahu mengapa aku menyimpan selipar itu dan hukum menyimpannya, sudah tentu aku menjawabnya dengan baik. Tetapi, menyamakan atau membuat perbandingan selipar atau sesuatu barang yang berharga dari sudut nilai ( sentimental value ) dengan benda yang tak elok dan keji, sudah tentu ia adalah qiyas yang fasid.
Berilah perbandingan yang elok sikit. Soalan yang baik dihiasai dengan kata-kata yang kotor umpama makanan yang enak disisinya najis yang memualkan. Oleh kerana itulah, soalan itu tampak sedikit bodoh. Soalan yang bodoh tapi diadun oleh orang yang pandai, sudah tentu soalan itu nampak sedikit hebat dan gah. Tapi soalan yang baik tapi diadun oleh orang yang bodoh, sudah tentu ia memang hodoh dan bebal. Berhati-hatilah dalam memberi soalan. Soalan yang jelas dan beradab sebenarnya juga menampakkan budaya dan peribadi seseorang.
Setelah beberapa kali berhubung dan menjelaskan perkara yang sebenar, barulah si penanya itu faham dengan tindakan yang aku buat. Harapanku, jangan cepat melenting jika melihat sesuatu yang tidak biasa kita lihat. Kemelentingan kita itu jelas menunjukkan kebebalan kita. Apatah lagi jika sesuatu yang dibuat itu masih ada sandarannya pada al Quran dan hadis.
“ Itu selipar lebih baik dari kamu tau “
“ Itu selipar bawak pergi masjid, bawak pergi mengajar agama, bawak pergi solat, bawak pergi jumpa ulamak dan bawak pergi zikir “
“ Kamu pulak macam mana?”
“ Maka selipar itu jauh lebih baik dari kita, jadi tidak mengapa kalau simpan selipar sebab kasi ingat sama perjuangan itu syaikh “ aku menjelaskan.
Seringkali juga aku melihat beberapa kali petikan dalam media yang berbaur sedikit kebodohan. Yang menulisnya bodoh, maka mempengaruhi yang bodoh-bodoh juga. Kebodohan dan kejahilan itulah yang menatijahkan kefanatikan. Pembentukan ayat yang menarik bersulamkan kebodohan itu, berjaya pula membiaskan rasa membuak kesangsian dalam sesuatu perkara.
“ Macam mana ni Ustaz, semalam saya baca dalam surat khabar yang abuya boleh menyelamatkan orang dalam kubur ?” soal anak muridku.
“ Apa masalahnya, saya pun selamatkan orang yang dah mati. Kamu pun boleh selamatkan!” jawabku.
“Macam mana pulak tu Ustaz ? “ anak muridku kebingunggan.
“ dah tu buat apanye kita baca al Quran untuk mak ayah kita yang dah meninggal. Buat tahlil dan berdoa. “
“ Bukankah dengan doa dapat menyelamat orang yang telah mati”
“ Ye tak ye jugak ustaz” anak muridku menukas.
Petikan itu telah berjaya memaut pemikiran orang yang bodoh. Disediakan oleh orang yang jahil. Berapa ramai pula yang menjadi jahil. Aku bukanlah orang yang menyebelahi abuya. Malah aku sendiri tidak mengenalinya. Sewaktu di Jordan dahulu, pengikut fanatik abuya pun tidak menyukai aku, kerana aku memerangi kafanatikan dan kejahilan. Seperti mana aku memerangi ayat-ayat dan soalan-soalan bodoh ini.
Warid di dalam hadis yang sahih, wujud di dalam Sahih Bukharie, Rasulullah s.a.w telah meletakkan pelepah tamar di atas kuburan kerana, zikir dari pelepah itu menyelamatkan sahib kubur itu dari azab kubur. Nah! Pelepah pun boleh menyelamatkan orang dalam kubur apatah lagi manusia yang berdoa dan berzikir untuk ahli kubur. Terlebih mulia manusia dari pelepah, seperti firman Allah : (( Kami telah jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian )). Manusia apakah yang membuat petikan yang bodoh dan membodohkan orang?
Hari ini sekali lagi ada persoalan yang bodoh, yang telah dikeluarkan oleh manusia yang bodoh, dengan tujuan untuk memperbodohkan orang. Menunjukkan kehebatan keilmuan dengan menyebarkan pendapat yang kononnya hanya dia sahajalah yang benar. Tapi tampak lebih bodoh dari yang sebenarnya. Dengan menunjukkan visual orang yang tengah berzikir dalam keadaan baring yang mengerakkan dirinya ke kiri dan ke kanan. Keadaan itu sememangnya tidak berlaku dalam masyarakat kita. Tapi, cuba diketengahkan untuk memburuk-burukkan perlakuan tersebut. Sekali lagi, sms penuh jelaan untuk ku menjelaskan. Bersilih orang bertemuku memohon penjelasan. Apa yang cuba ditonjolkan adalah yang menakutkan. Itulah initipati yang cuba diketengahkan.
“ Ustaz tengokkan siaran tv semalam. Dia ada tayang orang yang berzikir dalam keadaan peliklah” bicara anak muridku.
“ Semua kejadian dan perlakuan ciptaan Allah itu adalah pelik. Yang memelikkan lagi, sudah muhkam di dalam tanzil masih cuba dipersoalkan “ balasku.
“ Maksud Ustaz ?” anak muridku pohon penjelasan.
“ Allah berfirman di dalam al Quran: (( Mereka yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan baring…))”
“ Yang duduk kita biasa tengok, yang berdiri dan yang baring kita jarang tengok. Itu adalah salah satu dari bentuk keumuman ayat tersebut “ jawabku.
Sering orang bodoh cuba membodohkan orang ramai. Sudah sifat yang dimaklumi kejahilan pasti akan membentuk sifat permusuhan. Kerana yang disangkakan itu adalah ilmu tetapi sebenarnya hanya sebuah sangkaan.
“ Enta salah, sebab Allah sendiri yang menyifatkan dirinya begitu. Jika enta menafikan maka, enta kafir “ orang itu berkata.
Semuanya berpunca dari ayat Allah yang menyatakan, yang Allah akan melupakan mereka di akhirat apabila mereka melupakan Allah di dunia. Itulah soalan yang ditanya oleh orang yang bodoh dengan mengisbatkan sifat lupa pada Allah. Kemudian menyalahkan tuan guruku.
Namun tuan guruku masih mampu tersenyum walaupun telah dicabar oleh orang yang bersoalan bodoh tersebut. Kalaulah ia berlaku pada diriku, nescaya ia akan mengundang tindakan yang luar kawal apabila persoalan imanku dipersoal begitu rupa.
“ Allah tidak bersifat lupa. Tidak mungkin Allah bersifat pelupa. Allah sendiri yang menyifatkan dirinya begitu! “ jelas tuan guruku.
“ Apa buktinya ? “ pinta orang tersebut.
“ Allah berfirman : (( wama kana robbuka nasiyya ) dan tiadalah tuhanmu itu pelupa” tuan guruku menjawab dengan potongan ayat al Quran yang dibaca secara tartil. Ajaib bukan!
Segala kebodohan terzahir. Berapa banyak hari ini soalan-soalan bodoh membungkam dalam masyarakat kita. Perlukah kita menjadi bodoh disebabkan oleh orang yang bodoh membuat soalan agar kita menjadi bodoh dan kelihatan seperti bodoh. Mengagumkan kepada mereka yang masih terpaku kekaguman dengan soalan-soalan bodoh tersebut.
Rasulullah bersabda : Jadilah orang alim, atau pelajar, atau yang mencintai ilmu atau yang suka mendengar ilmu.Janganlah jadi yang kelima. Oleh sebab, ramai golongan yang kelima ini maka banyaklah soalan-soalan bodoh di atas muka bumi ini. Say no to soalan bodoh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan