Isnin, 9 November 2009

Tentang popular dan berpengaruh


Mak Cik Musalmah Lebar terjenguk-jenguk ke arah pintu hadapan sewaktu sekumpulan saudara mara pulang meninggalkan rumah saya.

Setelah semua orang pulang, dia bertanya.

"Ada orang kata Nik Aziz lagi popular dari Haji Hadi." Begitu kata Mak Cik Musalmah Lebar.

Saya cuma angguk. Itulah "kononnya" dapatan kaji selidik Profesor Madya Dr Abu Hassan dari Jabatan Pengajian Media UM.

"Nampak sangat Nik Aziz benar." Tambah Mak Cik Musalmah Lebar.

"Orang berpengaruh selalu benar. Macam ada ustaz tu, err yang menggelupur guna media untuk menyatakan diri dia benar. Banyak betul media tolongkan dia. Suratkhabar, radio Bernama, stesen televisyen." Kata Mak Cik Musalmah Lebar lagi mungkin untuk memancing ulasan saya.

Saya pun menjawab. "Kalau itu ukuran kebenaran iaitu pengaruh dalam kalangan media dan ramainya peminat; maka Kak Sal bagaimana kiranya kalau saya katakan ada nabi yang mempunyai seorang pengikut. Ada pula nabi yang mempunyai dua orang pengikut. Ada pula yang mempunyai beberapa orang pengikut. Ada juga nabi yang tidak mempunyai seorang pengikut pun…Nabi kita sendiri pun diperlakukan dengan begitu teruk sekali oleh segelintir sahabat atau pengikutnya. Masa baginda sedang memberi khutbah Jumaat di atas mimbar sahabat angkat punggung meninggalkan baginda sehingga yang tinggal hanyalah dua belas orang.1"

Mak Cik Musalmah Lebar pun menyahut dengan penuh hikmah, "Betullah Zal. Manusia begini they dont deliver the truth, they just put on a show. Banyaknya media atau kajian survey yang membela bukan bermakna kebenaran di pihaknya."

Saya ternganga seketika. Semakin ranum matang fikiran Mak Cik Musalmah Lebar nampaknya setelah sekian lama tidak menemui beliau.

******************

1. Daripada Jabir bin Abdullah r.a, katanya: ‘Pada suatu ketika Nabi saw sedang berdiri mengucapkan khutbah. Sekonyong-konyong tiba satu kafilah dari Syam; maka jamaah berlarian menyambut kedatangan kafilah itu sehingga yang tinggal di masjid hanya dua belas orang saja lagi. Kerana itu maka turunlah ayat: ‘wa idz ra-au tijaratan au lahwanin fadhdhu ilaiha wa tarakuka qaima’ (ayat 11 surah al Jumuah iaitu: Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya, dan mereka tinggalkan kamu berdiri sedang berkhutbah.) Lihat Sahih Muslim hadis nombor 817, bab turunnya ayat sebelas surah al Jumu’ah.'

___________________________________

Beliau adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia. Beliau juga menulis di majalah Dewan Siswa, Siasah, suaramalaysia.net, Harakah dan Tunas Cipta. Untuk menghubungi Haji Faisal Tehrani sila hubungi asistan: Shah di shahft@gmail.com. Atau hubungi Luqman Hisyam Che Mazlan di chefhisyam@gmail.com.

1 ulasan:

  1. Promotional clothing Abercrombie and Fitch for sale or Abercrombie as a gift, will always be beneficial to Abercrombie Sale any business. This is Cheap Abercrombie a great way to impress consumers Abercrombie outlet and grow brand loyalty abercrombie Jeans and popularity. This is a quite flawless form of marketing. Your imprinted Abercrombie Pantslogo provides instant recognition. Abercrombie Tees These eye-catching articles of clothing are a foolproof way to increase profits and a cost Abercrombie Shorts effective form of marketing. Some use this plan to earn profits and then save them for future expenses. Abercrombie Sweaters You can get a huge range of promotional gifts or other promotional items on It is encumbered with a wide range of designs, styles and colours of assorted promotional items. These items can be used as promotional gifts and resourcefully distributed to the target customers to have a long lasting impression on them and make a huge profit in exchange.

    BalasPadam