Selasa, 22 Disember 2009

API


“ Dekat mana tempat benda pelik tu ! “ soalku dengan tegas

“ Dekat sini ha “ Azlina mengisyaratkan tempat itu pada aku

“ Hei ! Kau berani ke ejai ? “ soal Amy pula

“ Budak-budak kata kat situ keluar tangan !

“ Berhantulah tempat tu, aku tak berani “ jelas Amy yang sedikit kepucatan

“ Eleh, kau tengok ni apa aku buat “ aku bertindak

Dari rumah lagi aku sudah bawa minyak tanah dan mancis. Aku sememangnya tidak berapa suka dengan cerita-cerita karut dikalangan kawan-kawan aku. Apalagi, aku tuang minyak tanah disatu lopak yang kering, dikatakan disitu berjembalang. Ada yang melihat tangan, melihat lembaga, melihat asap dan macam- macam lagi. Ketakutan mereka melebihi takut pada Allah.

Asap hitam keluar memuncak apabila mancis itu aku nyalakan,dan aku campak pada lopak yang aku isi dengan minyak tanah. Meluap api menjulang.

“ Apa yang nak ditakutkan,tak ada apa – apa pun “ beritahuku

Teman-temanku menutup mulut masing-masing, terkejut dengan tindakanku. Ada yang berlari sambil menjerit untuk memberitahu imam taman aku duduki sekarang, Taman Senawang Jaya. Aku hanya tersenyum sahaja. Aku puas.

Aku menunggu seketika. Menunggu kalau panas tiba-tiba menjadi mendung. Tiada juga. Menungggu jika petir kilat gegak bertempik. Tiada juga. Menunggu kalau anigin bertiup kencang. Pun tiada juga. Menunggu sepertimana yang dimomok orang terhadap kehadiran hantu. Angin tetap begitu. Tanah tetap begitu. Pokok tetap begitu. Awan pun tetap begitu. Aku pun masih berdiri disitu.Hanya satu momokan

Begitulah cerita sewaktu kecilku. Sudah 21 tahun berlalu. Aku masih tiada apa-apa pun. Sedikitpun tidak terkesan dengan peristiwa itu. Masih hidup dan masih sihat. Syaitan tidak mampu untuk memudaratkan kita selagi tidak diizinkan oleh Allah. Rasul bersabda : ( Seandainya berkumpul umat ini untuk memudaratkan engkau dengan sesuatu nescaya, ia tidak dapat memudaratkan engkau melainkan dengan apa yang telah dituliskan untuk engkau ).

Didikan Allah kepada aku telah menjadikan aku ini orang yang menjaga iman. Sejak kecil aku sememangnya tidak mampu untuk menerima perkara-perkara khurafat, sedangkan ia amat menular di dalam kalangan masyarakat. Dahulu dan sekarang.

Perjalanan ini memerlukan permulaan yang baik. Sebaik-baik permulaan itu ialah cemerlang pada aqidahnya. Dari permulaan ini aku meniti perjalanan salik mensucikan tauhid , mencari tauhid , merasai tauhid dan terbenam dalam ketauhidan. Maka merasailah kebersamaan pada kesyuhudan. Kesyuhudan pada ketunggalan dan kesyuhudan pada keesaan.

Permulaan ini diakhiri dengan menjadi ahlillah bukan kepada penyembah api. Takut kepada api dan menjadi hamba pada api. Api tetap api. Ia tetap makhluk. Penyembah ini bukan majusi. Tetapi pada api asal kewujudannya. Penyembah ini masih wujud sampai sekarang. Penyembah api dan yang asal api pasti akan menuju kepada api juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan