Jumaat, 4 Disember 2009

Mohon maaf...



Teringin sekali memenuhkan waktu-waktu ini dengan penulisan ilmiah, malangnya aku dihalang oleh kelemahan diriku sendiri. Oleh kerana itu aku memohon maaf buat kalian yang masih menanti kalimah-kalimah bertinta ketuhanan. Sesungguhnya kerohanian kalian mengatasi kelemahan diriku ini.
Ada beberapa sebab yang melambatkan aku membalas dan memasukkan entri terbaru, antaranya ialah :

1. Aku ditimpa ujian dengan kesihatan yang membimbangkan diriku. Jesteru itu, aku hanya banyak merehatkan diriku. Akhirnya ku tahu juga sebab mengapa aku sering gering dan keletihan. Harap kalian memaafkan diri yang lemah ini.

2. Komputer menghadapi masalah. Sekarang masih dibaik pulih di hp services center Johor Bahru. Jesteru itu, banyak bahan tak dapat di muat masuk sebab semuanya dalam tu. Harap kalian masih boleh bersabar sehingga masalah itu dipulihkan.

Untuk tidak menghampakan kalian, nasib baik aku masih menyimpan satu lagi bahan yang boleh bersama kita renungi. Tajuknya " IKAN ". Insya Allah, jika semuanya sudah kembali asal maka aku akan naik muatkan tajuk yang tertinggal sempena Aidil Adha dan sebainya.

Terimalah ikan........



Sudah beberapa kali aku cuba membantu anak-anak muridku untuk latihan keusahawanan. Tenggaroh adalah kawasan yang bertuah. Malah, masyarakatnya juga bertuah. Tanah yang luas. Selain tanah perumahan dan ladang sawit, terlalu banyak tanah yang terbiar yang tidak diusahakan. Aku ingin membantu agar mereka, agar mereka boleh mencari rezeki tanpa keluar dari Tengggaroh. Mereka juga boleh kaya disini. Mereka juga boleh bahagia disini. Disini adalah segala-galanya.

Mereka tidak perlu untuk keluar Tenggaroh dan pergi ke Bandar untuk mendapat apa yang dihajati. Kebahagiaan terletak dihati. Aku amat takut sebenarnya. Jika mereka pergi ,mereka akan terjebak dengan kebobrokan manusia bandar. Mereka senang terpengaruh. Biarlah mereka bersama aku buat sedikit masa lagi. Aku ingin mendidik mereka dengan ketahanan iman. Jadi dimana mereka berada, mereka berjati diri.

Aku cuba untuk menternak ayam, tidak menjadi. Ternak arnab, tidak juga menjadi. Jadi, aku agak berhati-hati. Mungkin kerana kali aku percaya dengan beberapa anak muridku, maka aku habiskan duitku untuk buat modal menternak ikan pula. Ikan tilapia.

“ Petang ini menjaring ustaz “ jerit anak muridku.

Aku menganggukkan kepala tanda setuju. Setelah jerih perih memelihara ikan tersebut, akhirnya besar juga. Waktu menuai hasil pun tiba.

5000 ekor keseluruhannya ketika aku mula-mula beli anak ikan tersebut. Akibat air dikolam Sobri telah tercemar maka ikan-ikan tersebut terpaksa dipindahkan. Sedikit dikolam rumahku, sedikit di akuarium Cikgu Ruhaizad dan sedikit lagi dikolam Udit. Perpindahan tersebut menyebabkan hampir 2000 ekor ikan mati. Itu belum kira dimakan oleh pemangsa, seperti haruan dan sebagainya.

Aku akui, ianya berpunca dari kelemahanku. Kejahilan akan menyebabkan kehilangan nyawa. Bayangkanlah. Jika khalifah yang jahil memerintah sepertiku bukankah fasad akan lebih banyak berlaku. Nasib baik ia hanya ikan.

Sepatutnya aku kena banyak buat kajian sebelum mula menternak. Ternyata menternak ikan tidak semudah yang disangka sehingga membelakangkan ilmu. Aku terpedaya dengan diriku sendiri.

Itulah kehidupan yang menjadi guruku. Pengajaran yang diperolehi menjadikan aku matang meniti hari-hari yang mendatang. Rasul ada bersabda : Seorang muslim tidak akan masuk ke dalam lubang, dua kali.

Kami bernasib baik kerana, seorang anak muridku mencadangkan agar aku menternak ikan tersebut dikolam ayahnya. Setelah mendapat keizinan,kami pun memulakan proses untuk pindah kawasan ternak. Terdapat dua kolam. Satu besar dan satu lagi kecil.

Ternyata kolam itu terbiar. Lalang sungguh tinggi. Rumpai air sungguh banyak. Maka kami potong lalang sehingga menjadi terang kawasan tersebut. Kami keringkan air yang sedia ada di dalam kolam untuk membuang pemangsa yang menetap disitu. Kami taburkan kapur untuk menuetralkan air kolam. Kami dirikan pangkin dan pondok. Kami beli dedak ikan yang banyak. Kami dirikan pagar zink dan jaring untuk membasmi serangan biawak. Kami pasang jaring di atas kolam dari serangan burung puchong. Begitu banyak usaha yang kami tumpukan untuk menjayakan projek tersebut.

Kami selesa disitu. Aman. Setiap petang kami berada disitu. Menikmati suasana tenang dan melihat ikan – ikan yang melompat tidak keruan apabila dedak didiberikan. Tiada sesiapa yang menganggu.

“ Betul ustaz, saya Nampak orang tu campakkan ikan patin dalam kolam tu “ tegas anak muridku.

“ Apa tujuan ikan patin dicampakkan dalam kolam ni” balas aku.

“ Apalagi ustaz, untuk makan anak-anak ikan tilapia tulah “ celah anak murid aku.

“ Dua ekor lagi ustaz “

Aku menggelengkan kepala sambil memerhati ikan patin yang ditangkap. Besar pula tu.

Keamanan kami berternak, mula diganggu apabila kami sudah tiga kali menjaring ikan. Bila jaring diangkat, beribu-beribu ikan yang besar-besar melompat-lompat. Cukup mengujakan.

Namun disebalik kejayaan kami itu, telah menerbitkan bibit-bibit cemburu di kalangan orang tertentu. Sejak aku hadir dibumi Tenggaroh, aku sudah lihat kolam itu. Kolam terbiar. Tiada siapa yang mengusahakannya. Lalang lebih tinggi dari aku. Sekarang, sudah ada yang mengaku kolam itu adalah kolam dia.

Mengapa semasa aku menyabit lalang dan rumput, mereka tidak mengaku, itu kolam mereka?

Mengapa semasa aku membersihkan air kolam, meletak kapur dan membuang rumpai, mereka tidak mengaku itu kolam mereka?

Mengapa semasa aku membina pagar,memasang jaring dan memukul zink, mereka tidak mengaku itu kolam mereka?

Mengapa semasa aku mencampak dedak ikan sepanjang petang selama 5 bulan, tiada yang mengaku itu kolam mereka?

Mengapa aku terpacak setiap petang dan bergotong royong, mereka tidak mengaku itu kolam mereka?

Mengapa mereka mengaku selepas ikan sudah besar melompat-lompat bila kami menjaring untuk menjual ikan tersebut.

Selepas itu berlakulah beberapa insiden – insiden yang melemahkan perjuangan kami pada waktu itu. Tomahan demi tomahan yang kedengaran. Yang hairannya orang yang begitu inginkan kolam itu dan pentohmah itu hanya berbicara dan menghamburkan makiannya kepada anak-anak murid aku. Tiada pula ia bertemu atau memulai perbicaraan denganku. Aku terpaksa meninggalkan kolam tersebut untuk menjaga perasaan mereka. Aku beralah. Beralah bukan bererti kalah. Tapi merendah diri, memaafi , mencintai keamanan dan kedamaian dan berbaik sangka lebih bererti kepadaku.

Kolam kecil itu, mereka kerjakan. Katanya ingin menternak ikan keli. Aku bersyukur, kehadiran kami telah membangkit rasa rajin, rasa bersaing secara sihat, rasa berusaha dan sebarang rasa yang positif.

Hasad pula adalah dilarang. Tetapi, masyarakat kita masih ada perasaan itu. Rasul sudah datang. Al Quran sudah lengkap. Sufi sudah menguasai nusantara. Malangnya, penyakit hati tetap bersemadi dan meresapi didalam hati-hati muslim.

Aku juga bersyukur, kerana insiden ini telah mengajar secara langsung kepada anak-anak murid tentang hasad. Apakah itu hasad ,ciri, dan watak-watak penghasad tersebut. Aku melarang anak muridku berhasad. Melarang keras.

Aku juga hairan. Aku hadir di Tenggaroh, membantu golongan muda mudi, bukan hanya ilmu dan nilai agama, malah berusaha menjadi kan mereka manusia yang berjaya didunia seperti yang ditunjuki nabi. Berternak. Berusahawan. Disitu ada fikir. Disitu ada usaha. Disitu ada tawakal. Disitu ada doa.Disitu ada akhlak. Disitu ada pencerahan ilmu dan sebagainya. Tapi disalah sangka.

Aku membantu tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Keuntungan 100% kuserahkan kepada anak muridku yang menguruskan usaha tersebut. Aku cuma mahukan modal yang kuberikan agar, modal tersebut boleh digunakan ditempat lain pula. Ladang cili.

Hasad telah menjatuhkan usaha yang murni. Hasad telah menjatuhkan sebuah kejayaan. Malah hasad boleh menjatuhkan sebuah ketamadunan.

Aku berdiri kembali dihadapan kolam itu. Kolam bererti kepada kami. Tapi, lalang sudah tinggi kembali. Suara dan usaha menternak keli tidak aku kelihatan. Ia telah kembali seperti asalnya. Terbiar. Seperti aku mendengar suara : Biarkan aje ia disitu. Kami tidak mahu ia diusahakan. Kami akan gembira jika ia begitu.

Aku senyum dan berlalu pergi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan