Jumaat, 25 Disember 2009

Pertemuan

Aku hanya memandang Masjid Biru. Masjid Sultan Ahmet. Sambil menunggu kawan-kawanku keluar dari hotel yang mencekik darah. Sepanjang satu hari kami berada di bandaraya Istanbul, kami amat kurang selesa dengan tindakan peniaga yang suka mencekik darah. Kehidupan di Istanbul tidak seindah Masjid Biru yang cukup menenangkan.

Aku yang berdiri kaku itu, rupa-rupanya telah menarik perhatian sesetengah orang. Aku cuba memerhati sekeliling. Menikmati setiap masa dengan setiap pemandangan supaya ia berbaloi dengan setiap sen yang dikeluarkan dalam rehlah kali ini.

Mataku yang meliar itu tertumpu pada kelibat seorang tua yang sedang menguli tepung disebuah kedai roti. Dia tersenyum kepadaku. Aku membalas dengan mesra. Namun pandangannya tidak beralih, masih tetap menatap aku. Aku pula yang menjadi serba salah. Sekali lagi aku memandangnya, kali ini dia memanggilku.

“ Kenapa tinggal dihotel ini ? “

“ Bukankah mahal ? “ soal pengguli roti itu kepadaku.

“ Aku nak keluarlah ni. Nak mencari pansion yang murah sikit “ balasku dengan menawarkan sedikit senyuman.

“ Nak kau tinggal di tempat yang diberi percuma. Makan dan minum pun ditanggung “ pengguli roti itu memberi cadangan.

“ Dekat mana tu, yang bagi semua percuma ? “ aku tertanya-tanya

“ Ya semua percuma ! “ pengguli roti mengukuhkan jawapannya.

“ Kau pergi ke sini “

Pengguli roti, berhenti menguli. Dia menulis sesuatu dan diberikan kepadaku. Aku amati alamat tersebut. Ismail Agha Jami’. Macam pernah aku mendengar nama tersebut.

“ Sama macam di Bursa “ cetusku

Ulu Jami’, Bursa. Aku bersiar-siar disana . Bukan setakat masjid bahkah ditepi-tepinya ada kompleks kedai yang menjual pelbagai barang. Sibuk dengan kepelbagaian orang. Fungsi masjid bertambah dengan wujudnya kompleks itu seolah-olahnya masjid itu cukup imarah. Suara tempik dan pekik sentiasa kedengaran. Bacaan al Quran tanpa putus seringkali melekakan tumpuanku pada siar-siar aku.

Tapi langkah aku terhenti seketika, apabila telingaku tajam mendengar seperti zikir nafas di dalam hadrah. Ya. Aku sungguh pasti. Zikir itu dipasang kuat dari sebuah kedai. Segera aku ke sana. Meninjau isi dalam kedai yang menjual buku-buku agama dan kaset-kaset zikir. Mundar mandir sekitarnya. Tuan kedai masih berbual kosong.

“ Ada tak orang alim dekat Bursa ? “ soalku

“ Untuk apa ? “ Tuan kedai menyoal aku kembali

“ Ziarah dan mengambil berkat “ ringkasku.

“ Di sini tiada orang alim “

“ kalau kau nak, kau pergi Istanbul “ beritahunya

Sejenak tuan kedai itu segera menulis sesuatu dicebisan kertas. Aku teliti alamat yang diberi oleh tuan kedai. Tapi, dalam hatiku terdetik, boleh ke aku sampai ke alamat itu. Aku memang tidak tahu mengenai Istanbul. Jalannya. Bangunannya. Apa sahaja aku tidak mengenalinya. Ternyata alamat itulah yang aku juga terima dari si penguli tepung roti.

Aku mula bergerak menjejaki alamat yang telah diberi. Fatih. Tempat yang mesti aku tujui. Aku berjalan sahaja kerana orang tua itu kata tidak jauh dari baladeyesi Istanbul. Tercungap-tercungap aku dibuatnya. Jauh rupanya. Aku rasa aku berjalan sejauh 8 km mungkin. Dengan menyandang beg treveller yang mengembung berisi pakaian. Sudah tentu berat. Kawan-kawanku tidak habis lagi mengutuk orang tua tersebut. Ada yang berprasangka orang tua itu memainkan kami sahaja. Tapi aku masih boleh tersenyum.

Aku cuba menikmati setiap pemandangan ketika kami berjalan. Aku melihat aquaduct. Melihat patung sinan mamar yang besar. Melihat masjid-masjid yang indah. Melihat taman-taman bagaikan syurga yang semuanya aku boleh menikmatinya ketika berjalan. Aku memang mencari peluang seperti ini. Aku ingin menyentuh kegemilangan Rom yang terdahulu. Berkhayal dengan sejarah –sejarah Istanbul. Semuanya melekakan aku dari kesakitan kaki kerana jauh berjalan, letih dan berpeluh.

Aku memasuki ruang daerah Fatih. Dari jauh lagi sudah bergema wahyu ilahi seolah-olahnya ia turun untuk kali kedua kepada aku pula sesudah Muhammad. Wajah-wajah di Fatih berubah. Lebih syahdu dan tenang berbanding Istanbul. Masyarakat separuh berbogel yang hanya didapati di Istanbul dan di Fatih pula perempuannya bertutup rapat. Memakai niqab, purdah dan burqa’. Lelaki berwajah jernih. Menampakkan raut keimanan dengan kekhusyukan solat mereka. Aku cuba menyerap tenaga positif tersebut dalam diriku.

Dalam perjalanan tersebut aku sempat melawat ke Masjid Sultan Fatih yang cukup terkenal. Seorang sufi, seorang panglima, seorang ketua Negara, seorang ulama, seorang bapa dan seorang muslim yang hebat. Rasul menegaskan ketokohan melalui sabdanya : Rom akan dibuka oleh tentera yang baik dan ketuanya yang hebat.

Sepanjang perjalanan itu, sempat aku bertanya dengan beberapa orang yang berdagang di tepi-tepi jalan. Lelaki yang berjambang tebal. Tetapi masih kemas dan rapi. Berpakaian gamis berseluar Turkey. Tangan bertasbih. Warak dan zuhud terpancar dari perwarakan lelaki itu.

“ Saadat! Saadat! Saadat ! “ beritahunya kepadaku sambil menuding jarinya ke arah seberang jalan.

Aku memang tidak tahu berbicara Turki. Hanya kertas alamat itu sahaja yang aku berikan kepada mereka untuk menuju alamat yang diberikan. Mereka pula seolah mengerti dan memahami apa pula yang tersirat dalam hati aku pada waktu itu. Komunikasi pula tidak semestinya dengan kata-kata. Bicara hanya salah satu dari bentuk komunikasi. Tulisan juga adalah komunikasi. Tulisan berpaksikan dari huruf yang berupa simbol. Simbol pula tidak semestinya tulisan. Brailey juga adalah simbol. Simbol pengakap juga mempunyai makna. Dan Allah berkomunikasi dengan kita melalui simbol iaitu ciptaanNya. Kita adalah simbol, pokok adalah simbol, batu adalah simbol dan semuanya adalah simbol. Udara, pepejal, cecair dan cahaya yang terdiri dari sifat jirim dan jisim adalah simbol. Dari simbol itulah Allah berbicara. Bagi orang yang mempunyai hati. Allah berfirman : (( Bacalah! Dengan nama tuhanmu yang menjadikan )).

“ Saadat itu bermakna ‘ Saint’(wali )” jawab lelaki yang boleh berbicara bahasa Inggeris, apabila ku tanyakan maksud saadat kepadanya.

“OOOOOOo….erm. Terima kasih “ balasku.

“ Tentu hebat orangnya, sehinggakan orang menggelar wali pada dirinya”

“ Tempat apa yang aku pergi ini? “ legar soalan yang berjeda dalam diriku

Aku begerak menuju arah yang ditunjuki. Mataku melilau mencari-cari mana-mana bangunan yang berbentuk masjid. Yang sudah tentu, berkubah dan mempunyai menara. Tapi, puas aku menjengah, namun tiada pula kelihatan. Yang ada Cuma bangunan kedai sederet kiri dan kanan. Aku memerhati lebih dekat.

Suasana tengahari itu, tentu merimaskan kami dengan beg sandang menggunung. Peluh sudah memercik-mercik berjatuhan dari dahi kami. Jelas sungguh keringat kami untuk menjejaki tempat ini. Angin hanya sesekali bertiup. Memberi sedikit kenyamanan kepada kami . Peluh renik itu menjadi sejuk bila cecair itu bertemu dengan angin mendingin. Panas itu tentu berpunca dari terik matahari. Cuma teriknya sedikit terhijab dengan awan –awan bergumpal-gumpal disepanjang perjalanan kami.

Tiada orang. Tiada juga hiruk pikuk. Tenang. Kami masih menjejaki masjid yang ditunjuki. Dalam menyusuri jalan sederet kedai itu, mataku tertancap seseorang yang hanya duduk di kerusi. Seolah-olah sedang menanti seseorang. Makin kuhampiri, makin jelas kelibat yang menjadi penunggu dideretan kedai itu.

Seorang tua, berjubah putih. Memegang tongkat yang berukir halus. Terpapar sebuah keseniah dari ukiran tersebut. Berwajah tenang. Seolahnya panas ketika itu tidak mencemari konsentrasi dan tumpuannya. Dia memangnya seorang penunggu yang setia.

Aku masih meluruskan jalanku tanpa memperdulikan orang tua yang masih tetap disitu. Sudahku pasti inilah jalannya, apabila aku melihat papan tanda arah jalan sebelum membelok ke jalan lurus ini. Hairanku memuncak kerana aku tidak mendapati orang yang melalui jalan itu. Hanya kami sahaja yang menggunakan jalan itu.

Aku melintasi orang tua itu beberapa langkah. Mataku masih keras menjenguk ruang mencari jalan keluar dalam pencarian bermisteri ini. Namun, langkahku mati. Kedengaran seperti namaku dipanggil.

“ Shuhrur Rijal!Shuhrur Rijal! Mari sini !

Aku pasti, itu adalah namaku. Jarang sekali nama itu dipanggil. Hanya tuan guruku sahaja yang memanggil namaku begitu.

“ Apa maksud Shahrul Rizal ? “ tanya tuan guruku.

“ Tiada maksud apa-apa tuan guru “ balasku.

Tuan Guru hanya tersenyum sahaja. Diam tuan guru biasanya berisi.

“ setiap nama memberi maksud dan erti, engkau tahukan ? “ soal tuan guruku lagi.

Aku hanya menganggukkan kepala sahaja. Apa yang boleh aku katakan. Semuanya telah ditaqdirkan sejak kecilku untuk bernama itu. Itu yang menjadi pilihan kedua ibubapaku.

“ Aku tukarkan nama kamu kepada Shuhrur Rijal “ tukas tuan guruku.

“ lelaki yang termahsyur, maksudnya “ Tuan guruku memandangku dan tersenyum

Aku membalas senyuman itu. Itu pula pilihan guruku. Malah ia menjadi doa buat diriku. Maka , nama itu jugalah orang tua itu memanggilku. Hairan. Gamam aku seketika.

“ Shuhrur Rijal!Shuhrur Rijal! Mari sini !” Orang tua itu masih memanggilku.

Jantungku berdegup kencang. Cecair adrenalin membuak-buak dalam batang tubuhku. Aku cuba mengawalnya agar tidak terserlah ketakutan diwajahku. Siapa pula orang tua ini. Berwajah tenang. Tiada sedikit peluh pun yang terzahir diwajahnya. Dan dia memanggilku. Dengan panggilan tuan guruku. Siapakah dia ? Soalan-soalan itu memerangkapku. Soalan-soalan itu jugalah yang bakal membunuhku.

“ Ya! Saya Shahrur Rijal ! Kenapa?Apa yang saya boleh bantu ?” soalan bertalu-talu ku tanyakan.

“ Saya Syeikh Mahmud Efendim ! “ jawabnya.

Mulutku separuh ternganga bila terdengar nama itu disebut. Ia mengenangkan aku peristiwa sebelum aku ke Turki.

“ Tuan guru, aku ingin sekali ke Syiria dan Turkey. Mengambil barakah dari masyayikh disana dan kalau sempat ingin sekali bertalaqqi dengan mereka. Bagaimana pandangan tuan guru ? “ aku menyuarakan permintaanku.

Tuan guru, seperti kebiasaannya akan tersenyum. Dan beliau masih tersenyum apabila mendengar hajatku itu. Sejak kepulangan Ustaz Shahrol, hanya aku sahaja yang sering bertandang ke rumah tuan guru untuk bertalaqqi. Aku sememang ingin menghabiskan masaku yang berbaki untuk terus berkhidmat dengan guruku. Namun, apabila dipujuk oleh teman-teman untuk bersama mereka ke Turki, tambah pula, duit biasiswa yang tergantung selama ini telah dimasukkan ke dalam akaun aku. Menambah keterujaan aku untuk bersama mereka.

Sebagai murid, sepatutnya aku lebih beradab dengan memohon izin dan pandangan tuan guruku. Menyalahi adab mengundang kemurkaan. Kemurkaan itu pasti membejat keberkatan yang cuba aku perolehi dari tuan guruku.

“ Pergilah Shuhrur Rijal, pastikan kamu beroleh ilmu dari mereka”

“ Lagipun, sudah sampai waktunya untuk kau bertemu dengan mereka yang sepatutnya engkau temui “ arah tuan guruku.

Keizinan itu cukup menggembirakan aku. Fikiranku sudah melayang tanpa batas lagi menyerap menjiwai perjalanan itu.

“ Ada apa-apa yang perlu saya belikan untuk tuan guru disana” soalku

“ Ermmm..tak ada apa-apa “ jawab tuan guruku.

“ Cuma satu sahaja …” kata tuan guru terhenti.

“ Apa dia tuan guru ?” bingkasku menyoal.

“ kirim salam dengan Syeikh Mahmud Efendim nanti. Dia berada di Turki “ beritahu guruku.

“ Baiklah tuan guru, insya Allah saya akan sampaikan” janjiku.

Namun, syaitan telah menghururkan aku sehingga terlupalah aku untuk menyoal kembali alamat Syeikh Mahmud Efendim. Seperti sahabat sepenjara Nabi Yusuf yang dilalaikan syaitan sehingga lupa untuk membebaskan Nabi Yusuf.

Keghairahanku telah menyebabkan aku terlupa untuk bertanya kepada tuan guruku alamat syeikh Mahmud Afendim atau nombor telefon untuk aku menghubunginya. Yang tergambar dalam fikiran aku ketika itu Cuma perjalanan yang bakal aku tempuhi esok. Malah, aku langsung tidak teringat sepanjang aku berada di Syiria. Sehinggalah aku berada di sempadan Turki, di dalam bas, pada waktu malam, sekitar pukul 12 pagi.

Jesteru itu, keterlupaan aku telah menjebakkan aku kepada masalah perhubungan dengan Syeikh Mahmud Efendim. Perasaan bersalah terhadap tuan guru sentiasa merinsingkan aku, kerana pastinya aku tidak akan berjumpa dengan Syeikh Mahmud. Pesanan dan salam tuan guru pasti tidak mampu aku sampaikan. Turki pula sebuah negara yang besar. Nescaya aku tidak mampu menjejaki Syeikh Mahmud.

Apabila orang tua itu memperkenalkan namanya Syeikh Mahmud Efendim, membuatkan aku benar-benar kaget. Persoalan demi persoalan tidak putus-putus zahir dalam pemikiranku.

Bagaimana dia tahu nama aku?

Bagaimana dia tahu aku adalah Shuhrur Rijal?

Bagaimana dia tahu aku akan datang hari dan waktu itu?

Bagaimana dia boleh menunggu aku saat itu ?

Kalau pun tuan guruku memberitahu kepadanya tentang kehadiranku, bagaimana dia kenal aku dan memanggilku?

Arrrrghhh…..

Teringin sekali untuk aku bertanya, tapi, mulut dan lidahku terkunci mengulum kalam. Mataku terbelalak memandangnya. Dahiku berkerut-kerut. Peluh, aku biarkan sahaja menitis hingga susur ke dagu. Jari-jemariku, aku gengam erat. Mengumpal ketakutan.

“ Marilah kita ke dalam “ pinta Syeikh Mahmud.

“ Sebentar lagi, zohor. Kamu semua tunggu sahaja di masjid ya !”

“ Kita bertemu lagi selepas zohor”

“ Saya ingin bersiap “ Syeikh Mahmud menjelaskan hajatnya.

Pewarakannya begitu lembut. Katanya mengikis keegoan menjadikan segalanya kerendahan. Wajahnya keputihan ditambah dengan pancaran ketenangan, menjadikan mata memandangnya begitu redup tidak berbayang.

Kami menyelusuri lorong yang membawa kami ke Ismail Agha Jami’. Rupanya masjid itu hanya berbentuk bangunan biasa. Tiada menara atau kubah untuk kami kenal sebagai masjid. Kami masuk ke dalam ruang masjid. Mencari ruang untuk kami menikmati sedikit kerehatan. Ruang masjid itu begitu besar, namun aku memilih untuk berada di tingkat atas. Bukan apa, di bawah sungguh ramai yang keluar masuk masjid. Kami memerlukan ruang jeda untuk bersantai.

Lagi detik begitu hampir dengan zohor, makin sempit ruang masjid itu dengan jemaah yang bakal untuk bersolat zuhur. Kami yang berada dibarisan tengah terpaksa mengundur untuk memberi ruang. Kami ke belakang. Namun, jemaah yang melimpah ruah menyebabkan kami terpaksa turun ke bawah.

Berduyun jemaah menghadirkan diri untuk solat zuhur. Dari mana manusia yang membanjiri masjid ini. Ia amat berbeza dengan keadaan sebelum zuhur. Sunyi dan sendirian. Tapi, kini bersipongang kemeriahan. Lebih hebatnya, mereka berjubah dan berserban kesemuanya. Itulah kehebatan yang terzahir dari sebuah negara yang dijarah oleh sekularisme yang menggila.

Aku masih diluar masjid. Bersendirian. Akur dan bertafakur. Masih berfikir kepada sebuah pertemuan yang aneh. Masih belum terungkai persoalan dengan sebarang jawapan yang munasabah untuk aku terima. Ia mematahkan segala bentuk rasional. Menjuruskan aku ke arah lebih spritual.

Ia adalah sebuah pertemuan.

3 ulasan:

  1. Adakah Sheikh Mahmud Effendi masih hidup?

    BalasPadam
  2. ya...alhamdulillah...masih hidup

    BalasPadam
  3. Promotional clothing Abercrombie and Fitch for sale or Abercrombie as a gift, will always be beneficial to Abercrombie Sale any business. This is Cheap Abercrombie a great way to impress consumers Abercrombie outlet and grow brand loyalty abercrombie Jeans and popularity. This is a quite flawless form of marketing. Your imprinted Abercrombie Pantslogo provides instant recognition. Abercrombie Tees These eye-catching articles of clothing are a foolproof way to increase profits and a cost Abercrombie Shorts effective form of marketing. Some use this plan to earn profits and then save them for future expenses. Abercrombie Sweaters You can get a huge range of promotional gifts or other promotional items on It is encumbered with a wide range of designs, styles and colours of assorted promotional items. These items can be used as promotional gifts and resourcefully distributed to the target customers to have a long lasting impression on them and make a huge profit in exchange.

    BalasPadam