Isnin, 31 Ogos 2009

IMAM SHAMIL

Chechnya dan Dagestan merupakan kawasan bergolak sejak sekian lama dahulu. Pertumpahan darah sering sahaja berlaku di bumi bertuah ini sejak tentera Rusia menceroboh masuk sekitar abad ke 18 lagi. Namun, Chechnya dan Dagestan tidak pernah sunyi daripada pejuang-pejuang kebenaran yang terdiri dari anak watannya.
Perjuangan dan jihad untuk membebaskan Chechnya dan Dagestan dari cengkaman puak kuffar Rusia yang dipimpin tentera –tentera Tsar telah dimulakan oleh Imam Ghazi Muhammad Ismail al Gimruni dan diikuti Imam Hamzah Bek ibnu Ali Iskandar Bek al Hutsali. Kemudian ianya diteruskan oleh Imam Shamil, pemimpin agung yang berasal dari daerah Caucasus.
Kehidupan Awal
Imam Shamil dilahirkan pada tahun 1212H / 1796/97 M di Caucasus, sebuah daerah di Chechnya yang bersempadanan dengan Turki. Bapanya bernama Dengaw Muhammad, seorang zahid manakala ibunya adalah kerabat kepada keluarga bangsawan Ghazi Ghumuq yang berasal dari Ashilta.
Sewaktu bayinya beliau diberi nama Ali, tetapi kerana keadaan kesihatannya yang kritikal, nama tersebut ditukar kepada Shamuyil ( disebut Shamil mengikut dialek Caucusas ). Setelah pulih dari penyakitnya , Imam Shamil membesar dengan perawakan yang mengkagumkan.
Ketinggiannya adalah luar biasa sehingga mencapai enam kaki lebih ( sekitar dua meter tinggi ) dengan tubuh yang tegap dan sasa.
Sememangnya Imam Shamil dianugerahkan oleh Allah kelebihan semulajadi sebagai seorang pahlawan dan pemimpin umat. Keperkasaannya hamper tidak dapat ditandingi oleh pemuda-pemuda lain zamannya.
Begitu juga dengan kemahirannya menggunakan senapang berlaras panjang ( musket ), pedang dan badik serta merupakan seorang penunggang kuda yang terhebat didaerahnya.
Imam Shamil turut memiliki ciri-ciri seorang pemimpin yang baik. Beliau merupakan seorang yang terpelajar, mempunyai keazaman yang tinggi , disiplin diri yang ketat, ketabahan yang jitu dan mampu mengawal dirinya dari bisikan dunia.
Pendidikan
Sejak kecil lagi Imam Shamil telah menjalinkan hubungan yang rapat dengan Imam Ghazi Muhammad ( 1790 / 1823 ). Melalui rakannya ini, beliau diperkenalkan kepada pengjaran agama. Mereka bersama-sama menuntut ilmu agama dari Said al Harakani, seorang ulama besar masa itu.
Mereka turut mengikuti ajaran tareqat Naqsyabandiah dari Syaikh Sayyid Jamaluddin sebagi murshid dan dibimbing serta dibentuk sebagai khalifah atau imam oleh Syaikh Muhammad al Yaraghi.
Apabila shabat karibnya, Ghazi Muhammad melibatkan diri dalam arena politik dan kemudiannya menjadi pemimpin ( imam ) pertama Dagestan. Imam Shamil tidak turut serta tetapi meneruskan pengajiannya di bawah bimbingan Syaikh Jamuluddin. Setelah beberapa lama barulah Imam Shamil menceburkan diri ke kancah politik Negara dan berkhidmat sebagai panglima perang kepada Imam Ghazi Muhammad. Beliau kemudiannya menyertai beberapa misi jihad termasuk peperangan Gimrah pada tahun 1832 yang menyaksikan syahidnya Imam Ghazi Muhammad dan para syuhada yang lain.
Pertempuran di Gimrah sungguh memilukan. Moshe Gammer di dalam bukunya “ Muslim Resistance to the Tsar “ menyifatkan hanya dua orang sahaja dari tentera Islam yang tidak menemui ajal, yang mana salah seorangnya ialah Imam Shamil.
Setelah sembuh dari luka-luka yang amat parah ( ramai penduduk sekitar menyangka kecederaannya akan membawa maut ) . Imam Shamil terus sahaja melapor diri untuk berkhidmat di bawah Hamzah Bek, Imam kedua Chechnya dan Dagestan.
Beliau amat dipercayai oleh Imam Hamzah Bek. Imam kedua ini telah melantik Imam Shamil sebagai Gabenor bagi wilayah Hindal bersama-sama dengan beberapa gabenor lainnya yang berkuasa di daerah asal masing-masing seperti Said al Ihall, Ghazi Yo al Karati, Qibid Muhammad al Tiliqi dan Abdul Rahman al Qarakhi.
Pada 19 September 1843, sampai kepada Imam Shamil berita kematian Imam Hamzah Bek yang dibunuh ketika memasuki masjid Khunzakh untuk mengimamkan solat Jumaat. Motif pembunuhannya dikenal pasti sebagai menuntut bela yang dilakukan puak Khan Khunzah setelah terpedaya dengan propaganda yang dimainkan tentera Rusia.
Imam Shamil kemudiannya memanggil satu perjumpaan para ulama dan pembesar –pembesar Negara sekembali dari Hutsal ( pusat pemerintahan Imam Hamzah ) untuk memilih pemimpin baru. Para ahli majlis syura tersebut tidak ragu-ragu lagi telah memilih beliau sebagai Imam Ketiga.
Bagaimanapun, cadangan tersebut telah ditolak oleh Imam Shamil dan beliau sendiri mencadangkan beberapa calon yang menurutnya lebih berkelayakan. Tetapi ahli syura , terutamanya Sayyid Jamaluddin seorang ulama agung dari Dagestan, berkeras untuk tetap melantik Imam Shamil.
Akhirnya, setelah sidang syura hamper berputus asa. Imam Shamil menyatakan kesanggupan dengan hati yang berat. Para perwakilan merasa amat gembira dengan keputusan tersebut lantas dengan segera memberikan bai’ah ( kesetiaan dan ketaatan ) mereka kepada Imam ketiga yang begitu mashyur dalam sejarah sebagai seorang mujahid dan mujadid yang soleh dan agung.
Struktur Kenegaraan Imam Shamil
Setelah dilantik menjadi pemimpin utama pada hujung tahun 1834, Imam Shamil memerintah Chechnya dan Dagestan melalui jentera pemerintahan yang cekap berbanding sebelumnya. Hieraki pentadbiran diketuai oleh beliau sebagai Imam, meliputi urusan duniawi dan keagamaan termasuk di bidang perundangan dan kehakiman.
Imam Shamil memakai gelaran Amirul Mukminin. Beliau menganggap dirinya bukanlah sebagai pemimpin yang mempunyai kuasa yang mutlak tetapi hanya sebagai pelaksana syariah Allah dimuka bumi.
Beliau bersungguh-sungguh melaksanakan syariah di setiap pelusuk Chechnya dan Dagestan. Segala yang dilakukannya tertakluk di bawah dasar keimanan dan tanggung jawab. Beliau amat berpegang kuat kepada prinsip perundangan dan cara hidup islam di dalam pemerintahnnya.
Sebuah badan ditubuhkan untuk membantu beliau menjalankan urusan harian dikenali sebagai Diwan. Badan ini turut bertindak sebagai penasihat dan pemantau kepada keputusan kerajaan. Disetiap daerah pula dilantik naib Imam atau gabenor. Pada tahun 1856 terdapat seramai 33 naib Imam diseluruh Chechnya dan Dagestan.
Semasa pemerintahan Imam Shamil tentera merupakan kakitangan kerajaan yang terpenting. Disebabkan oleh perjuangan untuk membebaskan tanah tumpah darah mereka dari cangkaman Rusia durjana, hanya sebilangan kecil anggota masyarakat yang teridi dari pedagang , pengusaha dan ejen-ejen ekonomi lainnya dikecualikan dari menyertai tentera.
Imam Shamil berusaha membentuk sebuah pasukan yang berdisiplin dan berkualiti. Naib Imam dan para komander tentera perlu memastikan bahawa setiap lelaki diluar lingkungan usia 15 ke 50 tahun menyertai pasukan tentera. Peralatan perang seperti senjata api , peluru , kuda malah pakaian dan bekalan makanan juga perlu dipastikan mencukupi bagi keperluan anggota tentera.
Urusan kewangan Negara dikendalikan oleh Baitul Mal yang memobilasasikan segala sumber Negara. Terdapat dua sumber utama kekayaan Negara ketika itu, pertamanya zakat dan kharaj, manakala sumber keduanya dari harta rampasan perang di mana 1/5 ( khumus ) diperuntukkan untuk Negara atau maslahah umum dan bakinya (4/5 ) adalah hak tentera yang berjuang.
Selain sumber yang berasaskan hokum syarakdi atas terdapat juga hasil lain yang dikutip oleh Baitul Mal . Contohnya , harta individu yang telah meninggal dunia tetapi tidak meninggalkan seorang waris atau denda yang dibayar rakyat dan sumber lainnya atas kapasiti sebagai kerajaan yang memerintah.
Imam Shamil amat berhati-hati dalam membelanjakan sumber Negara ini. Perbelanjaan bagi setiap sumber dibuat dengan penuh teliti agar tidak menyimpang dari kehendak syarak. Untuk itu, setiap aliran keluar masuk kewangan Negara direkod menggunakan akaun yang berasingan.
Sebagai contoh, sumber yang diperolehi dari khumus dibelanjakan untuk kepentingan tentera dan peperangan menentang Rusia. Sementara sumber zakat untuk kepentingan syiar agama, pendidikan dan lainnya yang dikendalikan sekumpulan ulama.
Kesan yang amat jelas dalam pemerintahan Imam Shamil ialah pelaksanaan hokum dan nilai-nilai Islam yang subur di seluruh Caucasus. Beliau menentang adat yang bertentangan dengan ajaran agama yang diwarisi dari budaya Rusia.
Bagi Imam Shamil segala budaya sesat ini adalah perbuatan bid’ah yang wajib dihapuskan. Penjualan minuman keras diharamkan , para wanita digalakkan memaikai pakaian yang sopan dan wajib menutup aurat, muzik hanya dibenarkan pada keadaan tertentu seperti majlis perkahwinan.
Setiap lelaki muslim dimestikan hadir ke masjid pada tengah hari jumaat untuk menunaikan solat, puasa adalah wajib bagi setiap individu muslim di bulan Ramadhan dan pentadbiran kerajaan perlu bersesuaian dengan kehendak syarak dan berfungsi mengembangkannya kepada masyarakat awam.
Perlaksanaan perundangan Islam di Chechnya dan Dagestan di bawah tunjuk ajar Imam yang mulia ini benar-benar mengkagumkan. Malahan, pihak Rusia sendiri terpesona dengan perubahan moral sebilangan besar masyarakat terutamanya bangsa Chechen.
Kegiatan Jihad
Tindakan pertama yang di ambil oleh Imam Shamil setelah di Bai’ah ialah untuk membawa pembunuh Imam Hamzah Bek , Bulach Khan ke muka pengadilan.Dalam perjalanan ke Khunzakh, sampai berita yang mengatakan bahawa tentera Rusia sedang menyerang Gimrah.
Tentera Rusia yang dipimpin oleh Major – General Lanskoi telah memusnahkan perkampungan tersebut pada 27 september. Imam Shamil segera berpatah balik ke Gimrah. Beliau dengan segera melancarkan serangan balas dari segenap penjuru dalam usaha membebeaskan semula Gimrah. Beliau juga menjatuhkan hukuman mati kepada seorang penduduk Gimrah yang bertindak sebagai pemberi maklumat kepada tentera Rusia.
Kemudian termetrai perjanjian damai buat sementara waktu di antara pihak Imam Shamil dan Rusia termasuk para pemberontak seperti kumpulan klugenau. Bagaimanapun dalam tempoh ini Imam Shamil ditentang pula oleh naib-naib Imam di zaman Imam Hamzah seperti Haji Tasho dan Qibid Muhammad yang tidak mengiktiraf pemerintahannya.
Mereka pula melancarkan pemberontakan tetapi diwaktu inilah Imam Shamil memperlihatkan kualiti dirinya sebenar. Dalam keadaan yang amat terdesak begitu, Imam Shamil Berjaya menukar suasana yang tidak berpihak kepadanya menjadi pemangkin kejayaannya.
Pada keseluruhan tahun 1835 tersebut, Imam Shamil muncul sebagai idola kepada umat Islam dengan gaya hidupnya yang sederhana , warak dan sering tenggeelam di dalam penghayatan al -Quran.
Namun, pemberontakan tidak terhenti begitu sahaja tetapi Berjaya dipatahkan pada pertengahan tahun 1836, yang mana waktu itu Imam Shamil telah dibantu oleh naib-naib yang gagah perkasa dan amat setia seperti Surkhay al Kulawi, Ali Bek al Khunzakhi dan Akhbirdi Muhammad al khunzakhi.
Pada tahun 1837 berlaku pula pertempuran di antara tentera jihad Imam Shamil dengan pihak Rusia yang dipimpin oleh Karl Faesy di bawah arahan Rosen di Tiliq. Pada tahun 1839 mereka bertempur lagi di Akhulgoh. Kali ini tentera Rusia dipimpin oleh Grabbe, seorang panglima tentera yang sangat keras dan kejam.
Dalam peperangan ini anak Imam Shamil , Jamaluddin telah ditawan oleh Rusia agar beliau menyerah diri. Namun begitu, mujahid ulung ini sekali-kali tidak akan menyerah diri. Beliau meneruskan perjuangannya demi membebaskan tanahairnya dari cengkaman kuffar laknatullah.
Pada tahun 1853, Imam Shamil mengutuskan kepada khalifah Uthmaniyyah, Abdul Majid ( sebelumnya telah hamper 15 tahun Imam Shamil merayu pertolongan dari Kerajaan Uthmaniyyah ) kerana mereka berada di dalam keadaan yang amat sukar untuk meneruskan perjuangan setelah berperang menentang Rusia dengan begitu hebat selama tujuh tahun. Walaupun semangat juang para mujahidin tidak luntur sedikit pun tetapi mereka dilanda kebuluran dan keletihan yang amat sangat. Namun begitu, mereka masih nekad. Pada 5 September, Imam Shamil mengetuai serangan di Zakartalah.
Kemudian pada 17 September mereka mara ke kubu Rusia di Mased al Kher dan melancarkan serangan terhadap pasukan yang siap bersedia menghantar bantuan kepada pasukan Orbeliani di Zakartalah. Mesej serangan pasukan Imam Shamil adalah jelas iaitu untuk mara ke Tiflis dan bersatu dengan pasukan tentera Uthmaniah. Malangnya moral pasukan Uthmaniyyah telah runtuh setelah ditewaskan di Colok, Cengel dan Kurudere. Oleh itu, Imam Shamil telah bertindak sendirian. Pasukannya telah menyerang Alazan Valley pada penghujung September 1854 dan Berjaya menawan permaisuru Tchavtchavadze dan beberapa orang kerabatnya di dalam peperangan yang dikenali sebagai Crimean War.
Kemenangan ini telah menaikkan imej Imam Shamil bukan sahaja di kalangan tentera Uthmaniyyah tetapi juga di mata tentera British dan Perancis. Malah anaknya , Jamaluddin, yang ditawan turut dikembalikan tetapi hayatnya tidak lama ekoran kesihatan yang buruk akibat diracun oleh pihak Rusia sebelum proses pertukaran tahanan dilaksanakan.
Nikolai Muravev yang mengantikan Voronstov sebagai ketua tentera Rusia amat berang dengan kekalahan yang memalukan ini. Dia langsung tidak berminat dengan perdamaian yang ditawarkan oleh pihak Uthmaniyyah. Di bawah arahan Tsar alexenderII, pihak Rusia telah mengumpulkan seramai 200,000 tentera di Caucasus untuk menghapuskan Imam Shamil dan pasukan jihadnya . Beberapa episode perang pun meletus di antara kedua-dua belah pihak. Kemuncak peperangan ini berlangsung di pergunungan Ghunib pada tahun 1859. Rusia Berjaya mendapat kuasa dalam peperangan ini.Imam Shamil akhirnya dipujuk supaya menyerahkan diri demi menyelamatkan nyawa kanak-kanak dan para wanita Chechnya. Peristiwa malang ini terjadi pada 6 September 1859.
Pada tahun 1864, para pejuang Chechen sekali lagi menerima tamparan hebat. Setelah melalui rentetan misi jihad yang berliku dan perjuangan berdarah untuk membebaskan tanahair mereka . Tsar Rusia Berjaya jua memaksakan kekuasaannya kepada mereka. Imam Shamil telah ditawan dan dibawa ke St. Petersburg dari Ghunib untuk dihadapkan kepada Tsar Alexender II. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah bersama keluarganya di Kaluga, terletak dibarat daya Moscow , yang diibaratkan sebagai sangkar emas.
Pada tahun 1866, beliau dibenarkan ke Kiev dan dua tahun kemudiannya ke Makkah untuk mengerjakan haji. Imam yang mulia ini menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1871 dan dikebumikan di Madinah. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Bagaimanapun, perjuangan Imam Shamil tidak mati begitu sahaja. Anak-anaknya , Ghazi Muhammad dan Kamil muncul sebagai mujahid yang terbilang. Malah cucunya, Said Samil meneruskan jihad menentang Rusia di Dagestan sekitar tahun 1920-an.
Kita menyakini sejarah perjuangan jihad Imam Shamil dan pengikut-pengikutnya yang benar-benar member suntikan moral kepada setiap pejuang dan gerakan islam yang ditindas, diwarisi terutamanya oleh rakyat Chechnya dan Dagestan yang sedang berjihad menentang Rusia laknatullah ketika ini, yang secara kebetulannya dipimpin oleh seorang yang bernama Shamil juga iaitu Panglima Shamil Basayev.

Khamis, 20 Ogos 2009

Ahlan Wasahlan Biqudumi Ramadhan

Ramadhan Karim!

Ketibaan Ramadhan sungguh mengujakan. Aku rasa Ramadhan kali ini lebih luar biasa. Sejak bulan Rejab lagi aku sudah merasai bulan itu seperti Ramadhan. Apatah lagi, asar ini menjelanglah Ramadhan.

Sambutan ketibaan Ramadhan sudah aku rancang dengan lebih awal lagi. Sambutan sudah aku mulai di SMK Tan Sri Abdul Kadir, dengan mengadakan bacaan Yasin Perdana yang menyediakan buah kurma dan air Yasin untuk para pelajar.

Hari isnin, aku memberi setiap pelajar sebiji kurma dan sebotol air yasin. Kedatangan Ramadhan kali ini sudah tentu lebih meriah. Tetapi masih tidak boleh menandingi kemeriahan sambutan Ramadhan Rakan al Husna.

Semalam, aku dan Rakan Husna menyambut Majlis Istiqbal Ramadhan. Nampak seperti biasa. Seperti tahun-tahun dahulu. Tetapi kali ini, yang membezakannya ialah perasaan. Perasaan yang terlalu rindu. Rindu pada Ramadhan. Rindu pada amal yang berlaku pada bulan Ramadhan. Tadarusnya, iftarnya, qiyamnya, tarawikhnya, majlis-majlis seperti Majlis Malam Seribu Berkah, Majlis Khatam dan pelbagai lagi.

Tahun lepas sahaja, Rakan Husna berjaya mengkhatamkan al Quran sebanyak 9 kali. Begitu mengujakan. Qiyamulailnya dihadiri sebanyak 70 orang. Bising dengan bacaan al Quran sepanjang malam. Kenangan itu hanya aku dapati dibulan Ramadhan.

Majlis malam tadi dimulakan dengan bacaan Maulid Dhiya’ul Lami’. Kemudian diiringi dengan beberapa bacaan qasidah. Tausiyah pula disampaikan oleh En Abdul Razak. Beliau menjelaskan kepentingan puasa dari sudut sains. Maklumlah dia seorang guru fizik dan sains yang berkaliber.

Kemudian, aku pula mengambil tempat dengan menyampaikan tazkirah Ramadhan. Kemudian Tausiyah Cikgu Ahmad. Aduh….manis sungguh malam tadi.

Tapi apa yang menggembirakan aku ialah, program dakwah pada bulan ini berjalan dengan lancer. Semua yang aku rancang sama ada disekolah, solat berjemaah, Solat hajat berjemaah di padang, pemberian kurma dan lain-lain lagi. Rakan Husna pulak, jangan cakaplah ! Sentiasa sibuk. Minggu lepas sahaja, hari Sabtu, ada sebanyak 5 tempahan bacaan qasidah hanya satu malam. Alhamdulillah. Haza min Fadli Robbi.

Apa-apa pun aku ucapkan Ramdhan Karim buat kalian !

Imam al Kautharie


MUQADDIMAH

Sememangnya kita disuruh untuk membesarkan syiar islam. Syiar islam bolehlah kita lihat dengan pelbagai aspek termasuklah juga para ulamak yang terdahulu. Mereka setiasa menjaga agama daripada diselewengkan oleh musuh –musuh islam.Sesuailah dengan sabda Nabi: (Ulamak adalah warisan para nabi). Kali ini penulis cuba memaparkan seorang ulamak yang terkenal sebagai tokoh warisan ummat islam pada hari ini. Beliau wafat tahun 1371 di Mesir.

PENDIDIKAN

Beliau yang mendapat pendidikan pertamanya ketika talaqqi bersama para ulamak Dozjah kemudian berpindah ke Astana pada tahun 1311H di Dar al Hadis . Bermula di sinilah, beliau mengenali ulamak ulamak yang alim lagi takwa antaranya ialah Qadi Hasan Afendi dan Musa al Kazim. Tidak ketinggalan juga beliau talaqqi di masjid al Fateh bersama Syiekh Ibrahim Haqqi al Uyaine dan Syeikh Ali Zainal Abidin al Alsunie. Pada tahun 1325H, beliau mendapat ijazah alamiah kerajaan Othmaniah. Dengan bebekal ijazah yang dperolehi, beliau mula berkerja sebagai salah seorang tenaga pengajar di Jami` al Fateh sampai berlakunya perang kerajaan pada waktu itu. Pada yang sama beliau bercita – cita ingin membuka cawangan ma’ahad di Qastumunie. Maka beliau mengajar di Qastumunie selama 3 tahun. Namun beliau berada di Qastumuaie tidak lama , beliau kembali ke Astanah dan mengajar di Dar al Syafaqah al Islamiah . Pada waktu yang sama beliau telah mengambil peperiksaan khas untuk jawatan `Wakil al Dars`. Untuk pengetahuan , pada waktu pemerintah kerajaan Othmaniyyah terdapat tiga jawatan penting didalam institusi agama itu ( fatwa amini) – amin fatwa , iaitu mufti kerajaan Othmaniyyah. Kedua ialah ‘wakil al Dars’ yang boleh disamakan dengan jawatan Syiekh al Azhar .Ketiga ialah ketua Al Tahqiqat al Syari’yyah iaitu Ketua Qodi. Bermula sebagai tenaga pengajar di Dars al Syafaqah al Islamiah kemudian beliau menjawat jawatan naib tenaga pengajar di Ma’ahad Takhasus. Selepas itu beliau menjawat jawatan ‘Wakil al Dars ‘. Begitu lah kejayaan yang ditempuhi oleh tokoh kita ini .
Selepas nama beliau bersinar di kerajaan Othmaniyyah, beliau telah meletakkan jawatan tersebut dengan tujuan untuk pergi ke Mesir. Maka beliau pun berangkat ke Mesir dengan menaiki kapal laut. Beliau sampai di Alexendria pada tahun 1341 kemudian terus ke Kaherah. Di sinilah beliau sering berulang alik ke Damsyik untuk mewakaf diri beliau kepada ilmu. Begitulah sikap para ulamak yang cintakan ilmu, bersedia menjual dunia yang murah nilainya untuk mendapat nilai tinggi di sisi Allah. Allah telah menjanjikan tempat dan martabat yang tinggi untuk mereka yang bersedia untuk menempuh jalan seperti tokoh kita ini. Bukannya seperti kita hari ini, dengan `title` mahasiswa sudah mendabik dada untuk bergelar alim dan ulamak.Malah yang lebih teruk lagi perasan belajar di jamiah sudah cukup untuk menjamin menjadi seorang yang alim. Itulah tanda orang yang gugur diperjlanan mencari ilmu kerana terpedaya dengan tipu daya syaitan.


ALAM RUMAHTANGGA

Imam al Kautharie mengakhiri dunia bujangnya ketika berkerja sebagai tenaga pengajar sebelum perang dunia pertama. Beliau telah dikurniakan empat cahaya mata. Seorang lelaki dan tiga perempuan. Tetapi umur keempat-empat anak mereka tidak panjang. nak lelaki dan seorang perempuan beliau menemui ajal ketika di Astanah lagi. Dua lagi anak perempuan beliau mati di Mesir. Begitu juga isteri beliau telah pergi mendahului beliau. Begitulah alam rumahtangga tokoh kita ini yang penuh degan cubaan, tetapi disebalik kesedihan beliau terpancarlah kesabaran yang terdidik oleh ilmu dan iman yang mantap .

SEBAB KEWAFATAN

Imam al Kautharie wafat disebabkan oleh beberapa penyakit iaitu darah tinggi dan kencing manis.Penglihatan beliau pun diwaktu itu mula lemah, namun beliau masih mampu untuk berpuasa disiang hari walaupun beliau teryata amat lemah. Semangat cintakan ilmu yang terbentuk di dalam kepeibadian beliau tidak pernah menyekat beliau dari menjawab persoalan-persoalan yang ditujukan kepada beliau meskipun terlantar di atas katil sakit. Beliau wafat pada pukul 4.57 petang bersamaanhari Ahad 19 ZulKaedah; tahun 1371.Beliau dikebumikan diperkuburan yang berdekatandengan kubur Imam al Syafie rahmatullah alaihi.

PENULISAN

Imam al Kautharie adalah seorang alim di dalam pelbagai bidang. Boleh dikatakan penulisan beliau merangkumi semua cabang ilmu agama, seolah-olahnya beliau adalah bintang para ulamak pada zamannya. Beliau juga boleh diserupakan dengan para ulamak yang terdahulu yg mampu menguasai kesemua bidang ilmu. Tetapi antara penulisan beliau yang begitu menonjol sehingga beliau dikenali ialah penulisan di dalam ilmu hadis, feqh hanafi dan aqidah. Jika kita memperhatiknpenulisan beliau, ternyatalah beliau adalah pengkritik yang tinggi ilmunya.
Penulisan beliau bolehlah kita bahagikan kepada dua bahagian. Pertama ialah penulisan beliau sebelum berhijrah dari Astanah ke Mesir. Antara penulisan beliau adalah;

1.al Jawab al Wafi fi Rad a’la al Wai’dz al Awfie
2.Tafrih al Bal bihilli Tarikh Ibn Kamal.
3.Tarwid al Qorihan bimawazin al Sohihah fi al Mantiq.
4.al Fawaid al Kafiah fi al a’rud wa al Qofiah.
5.Ibda Wujuh al Ta’adie fi Kamil Ibn A’diy.
6.Naqad Kitab al Du’afa lil Uqailie.
7.Tadrid al Wasif a’la Qawaid al Tasrif.
8.Tadrid al Tullab a`ia Qawaid al I`rab
9.al Ta`qib al Hasis lima yanfini Ibn Taimiyyah min al Hadis
10. al Madkhal am li Ulum al Qur`an .

Dan lain-lain lagi. Kebanyakkan penulisan beliau pada waktu ini tidak dicetak dan ianya didapati melalui makhtutat beliau. Jika dicetak pun hanya boleh didapati di Turki sahaja .
Bahagian kedua pula, ialah penulisan beliau sewaktu berada di Mesir. Penulisan beliau pada bahagian kedua ini banyak tercetak dan banyak terdapat di Mesir yang dikenali dengan turath al Kautharie. Penulisan beliau seperti berikut :

1.al Isyfad fi Ahkam al Tolaq .
2.Bulugh al Amanie fi Sirah al Imam Muhamad bin al H asan al Syaibanie
3.al Tahrir al Wajiz firma Yabtaghihi al Mustajiz
4. Ta`nib al Khotib a`la ma saqohu fi Turjumah Abi Hanifah min al Akazib
5.Aqum al Masalik fi Bahs riwayah Malik a`n Abi Hanifah wa Riwayah Abi Hanifah a`n
Malik
6.Tahzir al Kholaf min Makhozi Udiyyah al Salaf
7.al Tahrib bi Naqd al Ta`nib
8.Husnul Taqodie fi Sirah Abu Yusuf al Qodie
9.Min I`br al Tarikh
10.Muhaq al Tasassul fi Masalah al Tawassul

Selain beliau banyak menulis kitab-kitab ilmiah, beliau juga banyak mentahqiq kitab-kitab turath ,antaranya :

1.Daf``u Syibhu al Tasyhbih Ibn Jauzi
2.Risalah Abi Daud al Sajastanie fi Wasfi sunanih
3.Tabyin Kizb al Muftarie fizab a`n Imam al Asya`rie Li Ibnu Asakir
4.al Faqu Baina al Firaq li Abd al Qohir al Baghdadie
5.al Tanbih wa al Rad a`la Ahli Ahwa wa al Bida li Abi al Husainie al Maltie
6.al Intisar al Mazhab Sahih li Ibn Jauzi
7.Maratib al Ijmak li Ibn Hazim
8.Iktifar Muwatha li Imam al Dar Qutnie
9.al Asma wa al Sifat li Baihaqie
10.Syarah Maqomah (al hur al I’en ) li Nasywan al Himyarie

Begitulah banyaknya penulisan beliau yang menggambarkan ilmu yang sangat luas. Apa yang disebut diatas hanya sebahagian sahaja, sebagai cotoh dari penulis. Penulis tidak perlu memanjangkan dan menulis nama kitab Imam al Kautharie kesemuanya.
Selain penulisan kitab dan tahqiq Imam al Kautharie juga di kenali dengan penulisan makalah beliau dan di antara kitab yang dikenali umum ialah makalat al Kautharie, iaitu makalah-makalah yang disusun semula oleh anak murid beliau dan dihimpunkan sebagai sebuah kitab .

ANAK MURID

1.al Syahid Hussam al Din al Qudsie
2.al Syeikh Hussien bin Ismail
3.Haji Jamal al Alsunie
4.Price Hussien Khairuddin Ibn Bint Al Sultan Abd al A`ziz a Uthanie
5.al Syeikh Abd al Fattah Abu Ghuddah
6.al Syeikh Abd Allah bin Uthman al Himsie
7.al Syeikh Ahmad Khairie


PUJIAN ULAMAK

1.al Muallimie al Yamanie di dalam kitabnya Anwar al Kasyifah halaman 175 menyifat Imam al Kautharie dengan Allamah yang luas ilmunya dengan kitab-kitab hanafie.

2.Imam al Syeikh Muhamad Abu Zahrah menyatakan Imam al Kautharie adalah imam daripada para imam muslimin, yang alim, mampu merealisasikan sabda Nabi (Ulamak adalah pewaris nabi ).Sila rujuk muqaddimat al Imam al Kautharie halaman 11 dan Maqalah al Imam al Kautharie halaman 11.

3.Doktor Muhammad Rejab al Bayyumie-A’mid Kuliyyah al Lughah al Arabiyyah di Jamiah al Azhar. Mansurah . Katanya di Muqaddimat al Imam al Kautharie halaman 34, mensifatkan imam al Kautharie adalah imam besar .


4.al Syeikh Muhammad Yusuf al Banurie – Ustaz a Hadis bi Dar al Ulum al Islamiah di Paskistan . mensifatkan imam al Kautharie adalah muhaqqiq al asr ,al Jahbiz al Naqid al Bahhasah al Khobir dan pelbagai pujin lagi di dalam Makalat al Kautharie halaman 3.


5.al Allamah al Syeikh Sayyid Hasan al Saqqof menyatakan bahawa al Iman al Kautharie adalah mujadid tauhid pada kurun ini. Beliau menyatakan demikian di dalam kitab al Daf’ syubah al Tasybih pada halaman 80.


Inilah serba sedikit ringkasan biodata Iman al Kautharie yang dapat penulis sediakan. Sewajarnya kita yang bergelar mahasiswa/wi yang bertanggung jawab pada agama ini, mengambil berat pada para ulamak kita, kerana merekalah salah satu syiar yang patut kita besarkan dengan mengenali sejarah kehidupan mereka. Pesanan penulis kepada semua, hanya orang alim sahaja yang tahu menilai orang alim. Tetapi orang jahil menyangkakan orang alim sama seperti mereka.

Cerpen : Jantan


Cengkerik itulah berbunyi, entah lima ekor, entah enam ekor. Yang pastinya mereka turut sama memeriahkan suasana malam pada waktu ini. Memang angin agak deras sedikit pada malam ini. Bintang pun tidak kelihatan. Semacam mendung. Sedikit bising dengan pekikan burung dan kuak babi yang menyondol buntut sesama mereka. Meriah.
“Terima kasih kepada saudara semua yang sudi menghadirkan diri pada malam ini” Kata penghulu kaum jantan.
“Kenapa kita dikumpulkan pada malam ini” Sahut seekor babi yang datang dari celah mana.
“Minta bertenang semua” penuh dedikasi Ketua Jantan. Keterampilannya usah diragui lagi.
Dialah yang berjaya menyelesaikan rusuhan kaum saudaranya satu ketika dahulu. Tidak puas hati jenis babi kepada kaum manusia, lantas membuat rusuhan diladang Pak Seman. Dia jugalah dapat mempereratkan antara jenis beruk jantan dengan jenisnya. Masih lagi dia dengan jawatannya ‘ketua jantan’ kerana jasanya. Fikiran Ketua Jantan masih lagi ligat memikirkan masalah yang sedang berlaku. Bukanya untuk menghalang, tapi memikirkan jalan yang sesuai untuk menjamin kesejahteraan anak buahnya. Bagaimanalah caranya untuk mengelakkan masalah yang sama berulang kali. Teringin ketua jantan menyondol pokok kelapa dek kerana bebanan masalahnya. Nak dihalang tak boleh, takut rakyatnya memberontak.
“Tok Jantan tak boleh buat begitu, benda tu dah jadi fitrah kita” Kata Leman membela diri dan beberapa ekor beruk yang dating bersama-samanya.
“Aku taklah melarang korang daripada berbuat demikian sebabnya ia adalah suruhan tuhan untuk kita berpasangan. Tapi dah jadi macam nie, aku jugak yang susah.” Bantah Ketua Jantan.
“Bukan salah kami Tok Jantan.” Sapa Leman.
“Aku pun tak salahkan korang” Lemah nada Ketua Jantan.
“Leman, ko dan beruk-beruk nie, tolong beritahu semua jelata jantan akan perjumpaan tergempar pada malam esok” Perintah Ketua Jantan.
“Baik Tok” Serentak jawapan mereka.
Legar kepala Ketua Jantan memikiarkan buah-buah ayat untuk disampaikan pada jelatanya malam besok.

Malam yang dikontotkan

Ketua Jantan memandang tajam mereka yang hadir pada malam itu. Sekali lagi Ketua Jantan cuba mendongak ke pohon-pohon. Terasa sakit. Mengapalah aku tidak punya leher, senang untukku mendongak, rintih Ketua Jantan.
Dihadapkan matanya pula ke jelata daripada sekalian babi. Runsing. Ketua jantan melihat jelatanya yang tak reti diam. Ada yang menyondol sesama sendiri. Ada yang berkejaran, ada yang mengais makanan dan ada juga yang menanti setia kata-kata dari
Ketua Jantan sambil mengunyah sesuatu dalam mulut. Ketua Jantan sudah lali dengan fill jelatanya. Perangai jantan. Tapi malam ini Ketua jantan memang runsing dan muak dengan perangai jelatanya. Terasa sedikit ledakan kemarahan di dalam hati Ketua Jantan. Ketua Jantan cuba mengawalnya sebaik mungkin agar status dan kalibernya tidak terjejas. Kali ini Ketua Jantan nekad untuk menyelesaikan secepat mungkin masalah yang berlaku. Ketua Jantan cuba mencari Leman.
“Ahh… kemana pulak budak Leman nie” Bingung ketua Jantan. Masih lagi tidak kelihatan kelibat Leman.
“tunggu apa lagi Tok Jantan, letih kami menungu ni” Jerit seekor beruk dari celah-celah dedahan pokok yang rendang itu. “Harap bersabar” Jawab Ketua Jantan.
“Hoi…….”
Leman memalingkan seluruh badanya kebelakang, melihat siapakah gerangan yang memanggilnya.
“Oii… buat tek reti aje kita panggil dia.” Seranah Jelis yang keletihan mengejar Leman.
“Sorrylah aku tak dengar. Ko kat atas, aku kat bawah” Jawab Leman dengan selamba babi. Jelis adalah kawan baiknya. Walaupun mereka bukan satu spesis, namun dengan jasa Ketua Jantan perpaduan antara jenis beruk dan jenis babi amat ketara sekali.
“Macam mana rancangan ko “couple” dengan Limah tu, jadi ke tidak?
“Besok pukul lapan malam, di bawah pohon kepayang. Segalanya akan menjadi saksi cinta kami berdua” Leman berpuitis.
Amboi haanggg! Bila dah dapat betina idaman, kawan baik hang, hang tinggalkan no” Jelis sedikit cemburu.
“Ko dengan timah bagaimana? Leman cuba menukar tajuk.
“Besok aku ada ‘date’ dengan dia” Jawab Jelis dengan sedikit bangga.
Leman memalingkan kepalanya. Bukanya Leman cemburu dengan kawan baiknya, tidak; Leman tidak cemburu, tapi Leman menyampah melihat beruk senyumdengan menzahirkan barisan gigian yang penuh dengan karatan kuning.
“Bertualah kau” Kata Leman.
“Tak pelah. K Leman, aku bla dulu. Ada janji dengan kawan aku yang lain. Besok kita jumpa o.k”
“Baiklah” Balas Leman sambul menggaggukkan muncung kepalanya.


“Hoi… Leman kemari ko” Jerit Ketua Jantan.
Ketua Jantan mengamati wajah Leman yang sedikit muram. Ya; wajah itulah yang ditatapnya semalam. Wajah yang mendug semendug malam ina. Tidak ada seri bintang dan bulan. Jumud dan kaku. Hanya angin yang kadang-kadang menghasilkan bunyi yang kurang enak untuk didengar, kadang-kadang mengerikan.
“Macam mana boleh terjadi” Tanya Ketua Jantan.
Tiada jawapan, hanya wajah yang mencuka.
Secepat itu berita tersebar. Pagi lagi, sudah kecoh dimulut-mulut jelata sekalian jantan. Dari berbibir besar hinggalah berhidung kemet, semua mengetahuinya. Mana Leman ingin menyorok muka menahan malu, mana Jelis ingin menatapwajah-wajah kaumnya setelah cereta itu tersebar.
“Cubalah cerita, baru Tok boleh mencari jalan keluarnya” Pujuk Ketua Jantan.
“Begini Tok…” Leman memulakan bicara dengan sedan.
“Saya dan Limah ada ‘date’, so kami bercouplelah ke hulu-hilir. Saya ikutkan buntut Limah, seperti biasa adapt berpasangan, saya menghidu buntutnya. Sedang leka saya menghidunya, saya tek sedar pulak yang Limah tanpa segan silu telah menghamburkan bahan kumuhanya”
“Begitu sekali, apa yang terjadi? Tanya Ketua Jantan.
“Apa lagi Tok, penuhlah muka saya dengan najis-najis Limah tu.” Ketua Jantan mengeleng-telengkan kepalanya.
Mereka yang hadir pada waktu itu tiada sapa pun yang senyum, apa lagi tergelak. Memang pun perkara tersebut bukan perkara lucu. Sedikit pun tidak melucukan. Terpancar kegelisahan Ketua Jantan dengan remangan bulu-bulunya yang kehitaman.
“Aku rasa kau pun tahu Leman, yang tuhan tak membenarkan kitaberbuat demikian, berjalan kehulu-hilir belum bernikah. Dah tu yang kau pergi hidu buntut si Limah tu nak buat apa?”
Sekali lagi senyap. Sunyi; tanda kekesalan. Bukanlah Leman makhluk pertama yang berbuat dan terkena demikian. Sudah beberapa pasangan. Cuma Ketua Jantan memandang temeh perkara tersebut. Kali ini Ketua Jantan terpaksa bertindak agar perkara itu tidak akan terjadi lagi.
“Kamu pulak Jelis, apa kisahnya? Soal Ketua Jantan.
“Saya Tok, pun ada ‘date’ jugak, dengan Timah. Tapi taklah sejauh Leman. Kami cuma bergayut, berborak-borak tentang diri sendiri. Tah macam mana dahan yang kami gayut tu rapuh. Maka kami pun jatuhlah.” Terang Jelis.
“Tinggi ke tidak pokoknya” Ketua Jantan meminta penjelasan.
“Kalau tak tinggi Tok, tak patahlah tangan saya nie.” Balas Jelis pada Ketua Jantan.
“Jelis, mengapa kau tak pergi minta nasihat orang tua sebelum buat. Biar depa ajar engkau yang mana dahan yang kuat, dan mana dahan yang rapuh. Jangan diikut kehendak hati muda tanpa nasihat orang tua. Mereka lebih berpengalaman dari engkau.” Nasihat Ketua Jantan kepada Jelis.
“ Kan boleh engkau kenal betina itu tanpa bergayut” Sekali lagi Ketua Jantan memberi cadangan. Jelis hanya mampu menundukkan kepalanya sahaja.

“Saya tidak lagimembenarkan sesiapa daripada jenis babi bercouple tanpa bernikah. Saya juga tidak membenarkan jenis beruk bergayut untuk berkenalan dengan betina.” Tegas Ketua Jantan.
Bersiponganglah ungkapan boo kepada Ketua Jantan. Ketua Jantan sudah menduga perihal yang bakal akan berlaku. Ketua Jantan cuba mengawal emosi diri. Leman yang berada di kiri dan Jelis yang berada di kanan Ketua Jantan hanya mampu tunduk. Usahkan mencampuri, berdehem pun haram bagi mereka berdua. Sebaiknya berlagak tiada, jalan keluar dari dicerca masyarakatnya.
“ Saya bukannya menghalang saudara semua dari berpasang dan mencari betina. Itu fitrah dan itulah perintah tuhan, tapi lihatlah di hadapan saudara sekelian, dua jelata jantan telah melanggar hokum tuhan. Telah memalukan kerabat jantan, semuanya adalah kerana betina.” Kuat suara Ketua Jantan seolah-olah cuba mendapat perhatian dari jelata jantan.
“ Tok tak boleh larang kami. Kami suka pada betina. Kami suka buat perkara itu.” Sahut seekor babi dari jelata Ketua Jantan.
“ Kamu suka dengan najis ? Kamu suka derita? Lihatlah Leman, saudara kamu. Kamu suka najis betina? Kamu suka jadi macam Jelis?” Berulang-ulang Ketua Jantan mengucapnya.
“ Kami tahu, Tok Jantan cemburu dengan kami. Tak ada betina yang suka dengan Tok Jantan. Itu sebabnya, Tok Jantan haling kami untuk berbuat demikian.”
Entah dari mana suara sumbang itu kedengaran. Kelu seketika Ketua Jantan. Memang Ketua Jantan sudah lama bersendiri Hanya Ketua Jantan sahaja yang tahu tentang dirinya. Ada beberapa ekor betina yang menggoda Ketua Jantan dulu, tapi Ketua Jantan tidak mengikut hawanya. Dia masih tahu hokum tuhan. Lagi pun memang Ketua Jantan suka bersendiri, baginya betina memang menyusahkan jantan. Tak sangka, perkara begini dipandang fitnah oleh jelatanya terhadap dirinya.

Malam yang dikontotkan

Malam ini memang gelap. Malam yang dingin dan gelap lebih menjernihkan bayangan-bayangan yang terkapar tergambar dalam renungan Ketua Jantan bakal apa yang terjadi rentetan jelata jantannya. Hujan akan turun tidak lama lagi kerana rintik-rintik sudah mulai kerap. Tempikakan beruk-beruk hutan jelata jantan kedengaran mencari teduhan. Babi-babi jelata jantan ada yang berlarian dan ada yang seronok bermainan lumpuran-lumpuran pekat larutan tanah dan renyaian hujan. Mereka biarkan Ketua Jantan, Leman dan Jelis sendirian. Bebulu mereka mulai basah dengan rintikan hujan tersebut. Ada kuakan kegembiraan dari suara-suara jelata jantan. Rintikan yang berbentuk renyaian itu mulai merubah rupa berbentuk curahan. Kuakan jelata jantan tak sama dengan kuakan Ketua Jantan. Adakah cecair yang turun itu berupa rahmat atau bala dari Tuhan ?

Beberapa persoalan tentang Tariqah

Apabila diminta untuk menulis tajuk yang diberikan,penulis agak keberatan juga untuk menerimanya memandangkan penulis bukanlah orang yang mahir dalam hal ini dan juga menurut pandangan penulis tajuk ini sudah basi berzamaan lagi, kerana ianya sudah diterima pakai oleh ulamak yang terdahulu tetapi keadaan masa kini dan generasi umat islam yang lemah dari segala segi Dengan menjauhkan diri dengan para ulamak dan kelas-kelas pengajian talaqqi menyebabkan kejahilan menguasai diri. Masalah yang lama ditimbul kembali kerana kekurangan dalil dan sebagainya. Malah ada yang berani untuk mentohmah dengan pelbagai lemparan, juga tidak kurangnya yang sentiasa mengelirukan masyarakat dengan pelbagai teori yang pesong. Inilah hakikat masyarakat pelajar kita.
Oleh yang demikian, penulis akan menulis serba sedikit bagai menjelaskan segala kesamaran yang diwar-warkan, dan penulis tidak akan membincangkan perbahasan yang biasa yang telah banyak ditulis oleh para ulamak didalam kitab-kitab tasauf atau artikel mengenai hal ini kerana terlalu mudah untuk didapati, mungkin ada yang tidak menjumpainya kerana tidak mencari atau bertanya kepada guru-guru yang mursyid, sebaliknya dengan pegetahuan yang sedikit turut sama membincangkan tajuk tersebut. Maka apabila Kita berbicara dengan kejahilan, natijahnya pasti buruk kerana menurut sangkaan kita yang buruk itu. Ini adalah amat bersesuaian dengan kata-kata ulamak maksudnya:

“baikilah kerosakan itu dengan berhati-hati,sekiranya zahir salah
jangan cepat melatah
Betapa ramai di kalangan kita yang mencela kata-kata ulama’ yang benar kerana mempunyai fahaman yang keji”

Jesteru itu penulis menasihatkan kepada pembaca agar mencari sendiri maklumat asas bersesuaian dengan kata-kata imam Malik ra “dan bertanyalah kepada guru-guru yang mursyid.

SANAD

Salah satu keistimewaan konsep atau method pengajaran islam ialah sanad. Peranan sanad ini amatlah untuk melihat siapa dan apa yng dibawanya terutamanya dalam ilmu agama. Tanpa sanad atau atau pun talaqqi menyebabkan salah fakta atau pun “tahsif”. Ini memang berlaku dalam suasana pelajar kita, antara contohnya ialah Ibnu Hummam disebut Ibnu Hammam, Ibnu Bukhturie disebut Ibnu Bakhtarie dan macam-macam lagi. Jelasnya peranan sanad dan kaitan ulamak terdahulu amatlah penting daalam pengajian mereka. Mereka akan membawa setiap sanad sama ada hadis marfu kepada rasulullah dan kitab kepada sahib ataupun mualif kitab tersebut. Method ini tepat dan jauh lebih selamat dari konsep sekarang yang membawa ke jurang kejahilan.
Sementara itu tariqah sering kali dituduh bahawa ianya bukanlah dari Rasulullah S.AW.A kerana tariqah wujud pada kurun ke 7H. Penulis akan membuktikan bahawa tariqah juga adalah dari Rasulullah S.A.W.A dengan saanad penulis. Terdapat 2 jenis sanad yang melalui Rasulullah kepada Sheikh Abu Hasan al Syazilie iaitu thoriq iradah yang wa tahkim dan thoriq khurqah wa tabarruk sepertimana yang terdapat di dalam gambar rajah.
Ini adalah sanad silsilah zahabiyyah dan pembaca bolehlah membaca sanad ini melalui kitab Fihrisit(Ibnu hajar al Hatamie), Silsilah al Anwar(Ibnu Athiyyah al Salawie), Nasihah al Muridin(Sheikh Abd Salam bin Salim al Asmar), al Minah al Sofiah fi al Asanid al Yusifiyyah (Abu al Al Abbas Ahmad bin Abi Al Mahasin al Fasie), Fihrisit dan Syarah Hikam (Abu al Abbas Ahmad bin Ajibah), al Futuhat al Rabaniyyah (Syeikh al Fasie al Makkie), Terjemah imam al Sindie, al Raudh al Yani’ al Fayih (Abu Abu Ali bin Rahhal ), al Maqsad al Ahmad(Abu Muhammad Abd Salam bin al Toyyib al Qhodirie, Mir’ah al Mahasin (Abu Hamid al Fasie), Ibtihaj al Qulub limanaqib Abi Mahasin al Fasie wa Syeikhahu al Majzub(Abu Zaid al Fasie ), al Nazbah al Mufidah Syifa’ al Ghalil wa Dawa al A’lil (Taqiy al Din Abu Abd Allah Muhammad al Iskandarie cucu kepada Syeikh Abu Hasan al Syazilie), Dai’ al Falah ila Sabil al Najah (syeikh Abd Allah Muhammad Zain al Abidin cucu al Mirsofie), al Uslub al Gharib fi al Taa’lluq bi al Habib(syeikh Abdullah al Furusinie) dan bermacam-macam lagi.
Jika kita perhatikan pada gambar rajah sanad tersebut, maka kita akan lihat kedua-dua jalan sanad tersebut akan bertemu dengan Syeikh Abu Hasan al Syazilie. Beliau adalah pengasas kepada seluruh tariqah yang berada dalam dunia ini. Kesenua tariqah akan menasabkan tariqah masing- masing kepada Syazilie. Jika ditanya:Awak tariqah apa? Syazilie. Syazilie apa? Naqsyabandie, Ahmadiyyah, Syatariah, Qodoriyyah atau pun sebagainya. Begitulah jawapan bagi mereka yang tahu selok belok ajaran tariqoh atau dipanggil sebagai “Muridin”. Namun begitu, ada juga tariqah yang tidak melalui Syeikh Abu Hasan al Syazilie. Tariqah ini dikenali dengan nama Tariqah Sadah Bani Alawie. Ianya diamalkan oleh ahli bait Nabi dan pengikutnya sahaja. Antara amalannya adalah membaca ratib al-Haddad, al Attas, Maulud diba’ dan sebagainya. Ianya dahulu diamalkan oleh kebanyakan masyarakat Islam asia tenggara misalnya Brunei sampai sekarang masih mengamalkanya dan juga di Malaysia antaranya syahadah Tok Ku Paloh. Ratib atau aurad tersebut terdapat banyak dalam kitab-kitab jawi atau kitab doa di Malaysia seperti Majmu’ Syarif, Senjata Mu’min dan sebagainya. Generasai sekarang sahaja yang tidak tahu. Apabila ada yang mengamalkanya lantas dengan cepat menghukum sesat. Sebenarnya mereka itu jahil. Ini pernah berlaku, sila lihat kitab tujuh wali melayu oleh Abdul Ghani Said, pada halaman 53. Saksikanlah kejahilan tersebut. Cuma sanad tariqah Sadah Bani Alawie ini akan bertembung dengan Saidina Husien kepada Rasulullah S.A.W.A.
Syeikh Abu Hasan al Syazilie ialah orang yang pertama yang mengumpulkan ajaran tasauf membentuk sebuah tariqah Maka disinilah timbulnya pelbagai sangkaan meyatakan bahawa tasauf atau sufiyyah timbul hasil daripada ajaran Budha, Qibtie, Majusi dan sebagainya. Ini adalah silap kerana ajaran tersebut sebenarnya ada didalam Islam tetapi dalam bentuk yang tidak tersusun dan tidak ada istilah yang tertentu baginya.tetapi para sahabat mengamalkan dan mengetahui ia adalah salah satu tuntutan di dalam Islam untukmbentuk peribadi dan akhlak yang mulia. yeikh Abu Hasan al Syazilie datang dengan menyusun ilmu tersebut.Tasauf sufiyyah dan tariqah bukanlah ilmu baru dalam bagi umat Islam.Cuma ianya adalah salah satu istilah yang baru.Begitu juga dengan istilah istilah yang lain di dalam Islam,contohnya dizaman Rasulullah S.A.W.A. dan juga para sahabat tidak ada istilah Usl feqh,Ulumul Qur’an,Mustolah hadis dan sebagainya kecuali istilah tersebut datang selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.A.Usul feqh misalnya,ilmu tersebut disusun oleh Imam Syafie dengan kitab beliau yang masyhur iaitu Risalah.Begitu jugalah syeikh Abu Hasan al Syazilie yang mengumpul segala macam aurad dan doa yang warid didalam nas kemudian dibuat samada hizb,aurad,nazom dan sebagainya.
Disini penulis ingin memberi peringatan kepada pembaca agar dapat membezakan antara tasauf dengan tariqah.Tasauf ialah umum sementara tariqah lebih khusus dengan cara yang tertentu,bacaan yang tertentu pada masa tertentu untuk mendekatkan diri kepada Allah sehingga merasai mahabbah kepada Allah.Namun demikian,terdapat juga ulama’yng tidak membezakan antara kedua istilah tersebut.Hal ini boleh kitafaham melalui jawapan yang diberikan oleh Sayyid Ahmad Siddiq al Ghumarie,apabila disoal mengenai tasauf ,adakah ianya berasaskan samawie?Jawapanya ialah sepertiberikut.
Seandainya kita memahami dengan jelas fatwa yang dikeluarkan oleh Sayyid Ahmad Siddiq al Ghumarie, aka sudah tentu kita tahu keperluan tariqah bagi setiap orang muslim.
Kembali kita pada gabar rajah,kita akan dapati melalui Syeikh Abu Hasan al Syazilie terbahagi kepada dua bahagiah yang masing masing akan sampai kepada Syeikh Jazulie (penulis Dalail al Khairat) dan Syeikh al Zaroq.kedua dua syeikh ini adalah ulama’terkemuka sufiyyah.Melalui Syeikh al Jazulie,lahirlah cabang tariqah yang lain.antaranya ialah tariqah al A’isawiyyah,al Hamdusyiyyah,al wazaniyyah,al Raisuniyyah,al Baqoliyyah dan yang lain lain lagi.Sementara Syeikh al Zarouq pula,lahir tariqah lain antaranya tariqah al Nasiriyyah,al Ghaziyyah,al Sodiqiyyah,al Fasiah,al Yusufiyyah,al Darqowiyyah dan bermacam-macam lagi.
Begitu juga dengan tariqah yang diamalkan di Malaysia antaranya ialah al Ahmadiyyah(nasab kepada Syeikh Ahmad bin Idris al Dandrawie),al Qodoriyyah(syeikh Abd al Qodir al Jilanie).al Naqsyabandiyyah dan sebagainya.semua ini adalah pecahan daripada kedua-dua syeikh tersebut yang diambil melalui subhah dan iqtida.Melalui sanad tariqah yang muttasil sampai kepada Rasulullah S.AW.A maka tasauf,sufiyyah dan tariqah adalah salah satu daripada ajaran islam.

ZIKIR

Sebenarnya iuntuk merungkaipermasalahan tariqah ini memerlukan ruang yang agak besar,namun penulis akan meringkaskan dan hanya menyentuh persoalan semasa sahaja.Memandangkan parsoalan zikir mula mendapat tempat di bibir pelajar kita,maka penulis akan membincangkannya dengan ringkas.
Bagi golongan sufiyyah dan tariqah,zikir adalah satu keperluan bagi mereka.Oleh yang demikian mereka mengamalkan zikir atau aurad yang tertentu dan mengikut masa yang tertentu juga,misalnya bacaan selepas solat subuh,zuhur,asar,dan sebagainya,ini adalah bertujuan untuk memudahkan dan menyusun daengan sistematik bagi membantu setiap muridun melaksanakan sunnah atau bacaan yang diamalkan oleh Rasulullah.ingin saya bertanya:betapa ramaikah di kalangan kita yang boleh beristighfar sebanyak 70 kali sehari sepertimana tuntutan Rasulullah jikalau kita tidak memperuntukkan masa masa tertentu untuk melaksanakannya?malah golongan sufiyyah sama sekali tidak pernah melarang mana-mana pihak.seandainya mampu berzikir tanpa memperuntukkan masa tertentu,dan sepertimana penulis katakana tadi ia hanya bertujuan untuk membantu.maklumlah kerana manusia ia hanya seringkali lupa dan lalai dengan dunia.maka dibuat amalan tersebut mengikut waktu yang tertentu.
Oleh kerana itulah setiap amalan atau aurad diamalkan selepas solat.Ini adalah kerana waktu solat adalah waktu yang sesuai untuk ketenangan jiwa.Dan zikir perlulah dihayati dengan menghadirkan khusyuk dan zauq kepada Allah.Apakah kerana susunan yang lebih bersistematik untuk melakukan satu-satu amalan dikatakan sesat?Sepertimana kata penulis tadi bahawa kesemua amalan ini tidak sekali bercanggah dengan islam sebaliknya ia adalah tuntutan melalui nas,samada dari al qur’an dan sunnah rasul.Dan ia adalah warid,contohnya beristighfar,selawat dan bermacam-macam lagi.
Sementara hadrah zikir atau pun halaqah zikir yang diamalkan oleh golongan sufiyyah,juga mempunyai nas tersendiri.Hadrah zikir ialah majlis secara berjemaah.Bukankah islam itu menuntut agar kita berjemaah dalam setiap segi,begitu juga dengan zikir.Di dalam hadrah merka menynyikan qsidah-qasidah islamiyyah atau dengan kata nasyid.Bernasyid bukanlah benda yang dilarang di dalam Islam,malah ia di amalkan oleh para salaf soleh.Diriwayatkan daripada imam al Syatibie,sesungguhnya Abu Hasan al Qarafie al Sufie meriwayatkan daripada Hasan al Basrie,ada seorang berjumpa dengan saidina Umar.Beliau berkata kepada Saidina Umar iaitu imam beliau,apabila selesai solat akan menyanyi.Maka bersegeralah Saidina Umar berjumpa berjumpa dengan imam tersebut.Saidina Umar pun menyuruh imam tersebut menyanyi sebagaimana yang di beritakan,maka menyanyilah imam tersebut.apabila selesai sahaja daripada suruhan itu maka Saidina Umar pun membaca sepotong qasidah dan berkata:
Didalam hadrah juga, mereka berzikir dengan bergerak-gerak mengikut rentak yang tertentu dengan alunan zikir yang menyebut Allah atau Hu.Cara ini juga diamalkan oleh Tok Kenali.Inilah yang dikatakan sebahagian orang depan tarian tasauf.Tarian tasauf ini adalah warid daripada nas Al-Qur,an dan sunnah sepertimana yang dikatakan oleh al Allamah Kattanie.
Berdasarkan kata-kata al Allamah al Kattane itu tadi,apa yang diamalkan oleh golongan sufiyyah atau tariqah melalui zikir dengan tarian yang menbengkokkan badan dengan mengikut rentak zikir dan nasyid seperti pohon yang bergoyang ke depan dan kebelakang adalah warid daripada Al Quran dan sunnah dengan fahaman dan amalan para salaf al soleh itu sendiri,dan bukannya berasal daripada sangkaan orang yang jahil. Hadrah pastinya menjadi sesuatu yang ganjil di Mu`tah tetapi di Amman ianya cukup terkenal kerana ianya diamalkan oleh ulamak seperti Syeikh Abd al Qodir Isa, Syeikh Nuh, Syeikh Hazim, Syeikh Sayyid Hassan al Saqqaf , Syeikh Muhammad bin Abd al Hafiz al U`rabie dan lain-lain lagi. Begitu juga di Mesir dan Syira.Untuk dalil yang lebih lanjut mengenai hadrah, silalah buka buku yang berkaitan,pasti segala kejahillan terbongkar.
NOTA KAKI

1.Intisar Li Thoriqal Suffiah, Abu Fadl Sayyid Ahmad Siddiq al Ghumarie al Hasanie,halaman 6.
2.al I`tisom,al Syatibie,jilid 1 halaman 220.
3.Pesaka Tok Kenali,Abdullsh Qari,halaman 48.Mengenai zikr ini bolehlah mendapat
Maklumat lanjut didalam kitab al mausu`ah al Yussifiyyah fi Bayan Adillah al Sufiyyah,Syeikh
Yusuf Khatar Muhammad,jilid 1,halaman 227.
4.al Tartib al Idariyyah,Abd al Hayy al Kattanie,jilid 2,halaman 143. video

Rabu, 19 Ogos 2009

Ziarah


“ Macam mana nama Ahli Sunnah muncul ? “ aku menyoal muridku sewaktu pengajian di rumah Mus semalam.
Macam biasa setiap hari Selasa, pengajian akan berlangsung di rumah Mus. Pengajian kitab Faridatul Faraid karangan Syeikh Daud bin Abdullah al Fathanie menjadi pilihan yang membahaskan ilmu akidah. KItab ini amat ‘ famous ‘ dikalangan masyarakat pondok. Namun, sekarang sudah ada usaha untuk mengharamkan kitab tersebut. Satu dosa besar bagi tindakan yang jahat bagi mereka yang berkomplot untuk menghapuskan turath islami. Malah meruntuhkan dasar islam yang bertunjangkan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
Para muridku mengelengkan kepala tanda tidak tahu jawapan bagi soalan yang aku kemukakan tadi. Aku tatap wajah para muridku yang masih menanti jawapan dariku.
“ Istilah Ahli Sunnah itu sendiri berlakunya tatawwur ( perkembangan ) “ jelasku
“ Maka oleh sebab itu terdapat pelbagai pendapat tentang asal kewujudan istilah Ahli Sunnah wal Jamaah “
“ Tetapi yang pastinya, istilah ini mula dijadikan istilah selepas, kewafatan Rasulullah “ syarahku dengan semangat.
“ Assalamualaikum warahmatullah “ salam dari eja, anak muridku yang baru sampai.
“ Waalaikumussalam warahmatullah “ Jawabku
“ Maaf ustaz, menganggu “ bicara Eja.
Aku menganggukkan kepalaku tanda menerima.
“ Ustaz, ada Along telefon tak ? “ soal Eja
Aku mengelengkan kepalaku.
“ Along bagitau ada orang Burma nak jumpa Ustaz “ Eja memberi penjelasan.
Orang Burma. Apa hajat orang Burma ingin bertemu dengan aku. Aku ada murid dari Indonesia, Singapura, dan Thailand. Burma belum lagi. Jadi siapa pulak yang datang ni.Along menjemput orang Burma tersebut di simpang Tenggaroh. Aku masih meneruskan pengajaranku. Namun, aku memendekkannya untuk menghormati kehadiran tetamu. Rasul bersabda : Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah menghormati tetamu ( Man yu’minu billahi wal yaumil akhir fal yukrim dhaifahu ).
Tetamuku seorang Burma. Namanya Ina’mullah. Umurnya 36 tahun. Lebih 6 tahun daripada usiaku. Beliau datang dari Pahang dengan hanya berbasikal . Basikal dia ternyata buruk sekali. Dia membelinya dengan harga RM 250 ketika bekerja di kilang biskut di Johor Bahru. Tawakalnya tinggi. Ayahnya seorang Maulana di tanah Burma. Belajar hanya di Pondok ( Pengajian agama ).
Sewaktu pertemuan tersebut, aku kira, dia banyak berkata-kata. Aku mengambil pendekatan berdiam diri sahaja kerana beberapa sebab. Antaranya :
1. Tidak mahu memberati tetamuku yang keletihan dengan soalan-soalan aku. Mungkin itu tidak manis.
2. Melihat bagaimana sikapnya. Terutama sikap dalam percakapannya.
3. Membiarkan dia melepaskan sesuatu. Mungkin dia bercerita tentang perjalanannya akan mengurangkan sedikit keletihannya.
4. Memang sikap aku pun yang tidak suka bercakap banyak ni.
Setelah berlaku perbualan singkat itu, aku dapat simpulkan beberapa perkara positif.
1. Kegigihan dan ketabahannya untuk mencari ulamak yang dia kenal. Dia berkerja dan suka mencari ulamak untuk menuntut ilmu atau mendapatkan berkat. Sikap ini memang sudah tiada dikalangan orang-orang kita. Malah, yang pergi belajar ilmu agama pun belum tentu ada sikap seperti ini. Sikapnya ,mengimbau kembali zaman orang-orang tua kita dahulu.
2. Sikap dia memuliakan Tuan Guru. Sewaktu sampai dirumahku, Along sudah mneghidangkan buah cempedak milik Ina’mullah. Buah itu dijamu pada setiap anak muridku tetapi tidak memaksaku. Tapi apabila anak muridku menghidangkan kuih dan keropok kepadanya, dia mendesak aku untuk memakan terlebih dahulu. Katanya : Buah cempedak tadi saya dah makan sebelum ini dan bakinya saya hidangkan. Tapi saya tak paksa ustaz makan sebab itu adalah baki makanan saya. Tak baik untuk ustaz, jadi kami anak-anak murid saja makan. Makanan ini pula, ustaz dulu sentuh barulah kami boleh sentuh.
Aku menghargainya. Setiap murid perlulah beradab dengan Tuan Gurunya. Tetapi, hari ini adab telah di pandang enteng. Dalam sistem pendidikan hari ini, sistem ini tidak mampu untuk menjana jati diri pelajar dan membentuk akhlak pelajar. Disebabkan oleh kurangnya perhatian dalam isu ini. Masalah sering dituding kepada para ustaz dan ustazah. Bukan masalah ustaz dan ustazah. Mereka dah ajar dengan betul Cuma ia tak selari dengan pelaksanaan guru yang lain pula.Ustaz ajar hormat ilmu, jangan duduk atas meja. Tapi cikgu mate, sains dan lain-lain mengajar duduk atas meja. Maka tidak hairanlah pelajar kita mula bersikap kurang ajar atau lebih dari itu.
Kaedah ada menyatakan : adab itu mendahului syarak ( al Adabu muqaddamun a’la syarak ). Pengakhiran bagi seorang salik tidak lain ialah berakhlak mulia. Rasul juga bersabda : aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.
Tepat pukul 12, kami akhiri perbualan.

Siapkan makanan itu!


Setelah merancang dengan teliti. Duit sewa coaster dikumpulkan, maka kami akan bertolak ke Amman. Hayyu Khurejat.
Aku pun baru tahu, kemana Norman pergi setiap hari Khamis. Hari Khamis aje, dia hilang. Bila ditanya orang, jawapannya ke Amman. Aku pun ke Amman juga, tapi aku tak pernah bertembung dengan dia.
Norman. Budak Perak. Belajar di Kuliah Syariah. Junior aku, sewaktu aku di tahun 3. Dia baru tahun 1. Budak yang agak pelik. Budak-budak lain pun banyak yang sangsi pada dia. Tapi, gelagatnya sentiasa menghiburkan kami. Dia belajar tak lama di Mu’tah akibat kegawatan ekonomi pada tahun 1998, menyebabkan dia kembali ke Malaysia. Duit zakat tidak mampu menampung keperluan pelajar disana. Aku yang mendapat biasiswa pun sengkek, macam mana pula pelajar tajaan persendirian yang mengharapkan duit mak ayah.
“ kenapa kau tak bagitau, yang kau pergi jumpa Syeikh” Soal aku kepada Norman.
“ Kenapa kau tak kenalkan Syeikh tu pada aku “ aku meninggikan suara kerana agak terkilan.
Bagaimana aku boleh tak tahu ada seorang Syeikh yang tinggal di Hayyu Khurejat. Hayyu Khurejat. Aku pun tak tahu dekat mana.
“ Kau tak tanya pun “ Jawab Norman.
“ Aku tak kira, kau mesti bawa aku jumpa Syeikh tu “ pintaku.
“ Aku tak berani janji la “ Norman berdalih.
Hari yang disepakati dengan Norman ialah hari khamis. Norman tunggu di Amman. Aku dengan pelajar yang lain, bertolak dari Mu’tah.
Sampai di Amman, kami berpusing-pusing mencari jalan untuk masuk ke Hayyu Khurejat. Petanda untuk ke masjid Syeikh Hazim Naif Abu Ghazalah ialah lampu berwarna hijau yang berada di puncak bukit Hayyu Khurejat.
Kami sudah nampak lampu itu, tapi masih tidak tahu arah punca untuk menuju ke sana. Akhirnya kami akur dengan kejahilan kami, kami sudah tersesat. Kami berhenti disebuah masjid di jalan utama. Aku pun menelefon Norman untuk datang menjemput kami .

( Menara masjid itulah Masjid Syeikh Hazim Naif Abu Ghazalah )
Kami sempat bersolat isyak berjemaah. Sepanjang menunggu Norman, aku asyik berfikir, perjalanan tanpa bimbingan akan menyesatkan. Bagaimana pula perjalanan untuk bertemu Allah. Penuh dengan liku dan penyamaran. Bagi yang tiada bimbingan, mudahlah terjerumus ke kancah kesesatan. Nasib baik aku hanya tersesat di Amman. Siapa yang tiada syeikh, maka syaitanlah syeikhnya.
Perjalanan kami disambung semula setelah kehadiran Norman. Kali ini kami tidak tersesat lagi. Kami terus menuju ke Masjid kerana kami agak kelewatan. Apabila masuk aku dapati Syeikh Hazim masih lagi mengajar. Pengajian feqh hanafi. Aku terus menuju ke hadapan dan duduk menghadap Syeikh Hazim. Rasa bertuahnya dapat memandang muka Syeikh. Rasul bersabda : Memandang muka orang alim sedetik lebih baik dari ibadah setahun ( Nazratun ila a’limin khairun min ibadah sanah )
Muka syeikh berseri. Putih bercahaya. Mungkin dari nur wuduk yang berpanjangan. Cakap yang perlahan. Penuh tawadhu. Diri syeikh itu telah mencukup syarat-syarat para masyaikh. Bertuahnya aku.
“ Dari mana ? “ tanya tuan guru.
“ Dari Mu’tah , Sidi “ jawabku.
“ Asal mana ? “ Tuan guru bertanya lagi.
“ Dari Malaysia “ jawabku pendek.
Tuan Guru meneruskan senyumnya. Aku masih terhibur dengan senyuman Tuan Guru.
“ Hidangkan makanan untuk tetamu istimewa ini “ arah Tuan Guru kepada khadamnya.
Selepas pengajian Tuan Guru mengarahkan kami untuk menikmati jamuan makan malam. Aku sedikit hairan. Kami datang sudah lewat. Datang pula dalam jumlah yang ramai. kami pula dijamu dengan makanan berat. Nasi dan daging kambing. Masih ada makanan di masjid pada waktu-waktu begini.
Sedang aku menikmati juadah, aku didatangi oleh khadam syeikh. Kami bertaaruf. Mesra. Begitulah sifat yang ada pada setiap ikhwan, terutamanya muslim. Kami bertukar-tukar soalan.
“ Patutlah Tuan Guru suruh aku masak hari ini “ bisik khadam syeikh kepadaku.
“ Maksud tuan “ aku mohon penjelasan.
“ Aku hairan, tiba-tiba Tuan guru suruh aku masak untuk malam ini “
“ Aku tanya pada Tuan Guru, kenapa ? “
“ Apa Tuan Guru jawab “ Tanya aku kembali dengan minat.
“ Tuan Guru jawab : Siapkan makanan itu ! “ jelas khadam syeikh dengan tegas.
“ Rupa-rupanya, makanan itu untuk tetamu istimewa malam ini “ tambah beliau dengan senyuman.
“ Bertuahnya aku “ aku bermonoloq.
Aku teringat sebuah buku yang telah ditulis Syeikh Sa’id Mamduh mengenai sebuah hadis yang berbunyi : ( Ittaqu farasatul mukmin fainnahu yanzur binurrillahi Taala )Takutlah kamu dengan firasat orang mukmin, kerana mereka melihat dengan nur Allah Taala.
Kegembiraan aku bertambah – tambah apabila kami bersalaman dengan Tuan Guru. Hati aku mula berdebar-debar bila tiba giliran aku bersalaman. Anehnya, Tuan Guru telah memelukku dan mencium ubun-ubun kepalaku. Tidak pula Tuan Guru berlaku demikian kepada pelajar-pelajar yang lain.
“ Bertuahnya enta, Tuan Guru cium ubun-ubun enta “ bisik Ustaz Shahrol kepada aku.
Mulai hari itu, aku menjadi murid kepada Tuan Guru yang mulia Syeikh Hazim Naif abu Ghazalah yang dikenali dengan nama “ Wali Syam “
Terima kasih Norman. Terima kasih Tuan Guru, Terima kasih Sidi. Madad ya Syeikh.

( Syeikh Hazim berhadrah di Afrika Selatan )

Pendemik

Pandemik. Perkataan yang merunsingkan pihak tertentu. Bunyinya saja sudah menggerunkan. Bagaimana dengan isinya. Setakat ini ia sudah meragut 4 nyawa dan 1200 mangsa yang lain menjangkitinya. Ini bukan sebarang influenza. Ini adalah wahana influenza ‘A’. Sudah tentu ‘A’ adalah yang terbaik berbanding dengan huruf-huruf yang lain. H1N1. Nama yang pelik. Senang disebut dengan nama selesema babi. Ramai yang menyangka ia berpunca dari babi sedang para pakar mengatakan ianya tiada kaitan dengan babi. Mengelirukan.
Pandemik ini ada menyebabkan aku hampir keguguran nyawaku. Sebelum hadrah bermula, semua orang sudah bersedia, termasuk tetamu dari Johor yang hadir pada malam itu. Aku mendapat khabar dari anak muridku, yang politeknik Pasir Gudang, Johor Bahru, ditutup akibat pelajarnya yang mendapat jangkitan H1N1. Apa tidaknya Politeknik tersebut menempatkan adik aku yang ‘mustadafin’ disana. Sudah tentu aku sebagai abangnya, sepatutnya bertanggung jawab untuk membawanya pulang dan menjaganya walau apa pun keadaan. Hadrah tertunda seketika. Aku menguruskan adikku. Alhamdulillah, beliau pulang bersama kawannya. Nyawaku hanya tergantung seketika dan ia belum gugur lagi.
Pandemik ini menggerunkan. Klinik-klinik dan hospital dipenuhi dengan manusia ‘panas’. Ketakutan. Sebarang hubungan dengan mana – mana pesakit atau mereka yang telah mempunyai simtom penyakit itu akan menyebarluaskan lagi jangkitan penyakit tersebut. Maka ramai yang memakai penutup muka, usaha untuk menyekat penyebaran tersebut. Sebenarnya pandemik ini boleh di atasi dengan menjaga kebersihan diri dan suasana.Malangnya, itulah yang tiada. Sikap kebersihan. Kebersihan ini adalah sesuatu yang ajaib. Kebersihan, sebenarnya bermula dari hati. Hati yang bersih akan membawa perlakuan zahir yang bersih. Imam al Qusyairi ketika membahas bab al Sidq didalam Risalahnya, beliau mengungkapkan perlakuan seseorang itu adalah manifestasi hati.
Aku kerap kali menguji diriku dan orang lain, terutamanya anak-anak muridku. Jika aku ingin tahu suasana hati anak muridku, aku akan bersegera ke rumahnya atau pergi ke kamarnya. Jika aku mendapati rumah atau kamarnya bersepah dan kebersihan terabai, maka aku tahu jiwa anak muridku resah dan tidak tenang. Hatinya dijangkiti penyakit. Penyakit ‘panas’ juga. Maka ia menghasilkan simtom ‘ panas ‘ itu. Begitu juga dengan diriku. Jika rumahku dalam keadaan yang tidak teratur, sebenarnya qalbu aku berpenyakit.
Tetapi jiwa yang berpenyakit ‘ panas ‘ ini tidak dihiraukan. Ia tidak dikenali sebagai pandemik walaupun masyarakat kita tidak menjaga kebersihan atau dengan bahasa mudah pengotor. Bandaraya Kuala Lumpur sungguh kotor. Bandaraya Johor Bahru pun kotor juga. Kerana ia didiami oleh masyarakat yang pengotor. Bandar itu tidak jadi kotor melainkan masyarakatnya. Maka kekotoran itu adalah manifestasi hati masyarakatnya yang kotor. Maka lahirnya gejala Mat Rempit yang diubah nama ‘ samseng jalanan’. Ragut, bunuh , rogol, samun, penipuan, gejala syirik dan khurafat dan kalau dikumpulkan semua pesakit yang mengidap penyakit hati yang kotor dan ‘ panas ‘ ini maka semua hospital akan penuh dan termasuk klinik-kliniknya. Malah ia lebih teruk dari pandemik influenza A H1N1. Manusia lebih takut kepada penyakit zahir yang membawa mati daripada penyakit batin yang telah mematikan jiwa manusia itu sendiri. Jiwa yang mati menatijahkan perlakuan manusia yang tidak berjiwa.
Penyakit ‘ panas ‘ ini lagi mudah tersebar dengan adanya manusia pengotor. Begitu juga hati yang kotor lebih terdedah untuk dijangkiti oleh manusia yang berhati kotor dan melakukan perlakuan kotor. Ia begitu cepat merebak. Kuarantin. Jalan untuk menyekat dan merawat. Duduk dalam suasana yang bersih di dalam hospital. Serba serbi bersih. Ubatan dijaga. Doktor mundar mandir setiap masa. Menilai dan menganalisa. Setiap denyut jantung dinilai. Apakah ‘ panas ‘ itu akan reda atau tidak. Makanan yang diberi kepada pesakit juga dijaga. Dalam erti kata serba serbi dijaga. Orang yang melawat pun dihadkan. Tapi penyakit ‘ panas jiwa ‘ ini juga perlu dikuarantin. Proses kuarantin atau khalwat juga perlu untuk mencegah dari ianya merebak kepada masyarakat yang lain. Penyakit ‘ panas jiwa’ lagi cepat merebak berbanding pandemik ini. Ianya lebih berpengaruh. Tiada siapa yang boleh lari, kerana ianya mempunyai kekuatan yang luar biasa. Dari kanak-kanak kecil. Ulamak berserban besar, pemimpin yang berkot dan bertie, pemuda yang gantang, wanita yang cantik, semuanya bisa dijangkiti wabak ini jika mempunyai hati yang kotor. Dengan kekotoran itu ianya menjadi penyakit dan merebak-rebak kepada orang lain.
Diri perlu dikuarantinkan iaitu khalwat. Setiap orang yang berada diruang yang dikuarantin mestilah bersih. Bersihkan dia dengan zikir kerana itulah ubatnya. Dan pesakit mestilah sentiasa memakan ubatnya. Barulah ‘ panas’ akan reda. Maka basahilah lidah dengan zikrullah sepanjang kuarantin tersebut. Doktor pula perlulah sentiasa ada untuk menilai keadaan pasakit, maka sewaktu kuarantin atau khalwat perlulah mempunyai syeikh untuk menilai jiwa ‘ panas’ tersebut. Syeikh pula akan memberi keizinan pulang kalau penyakit ‘ panas ‘ itu sudah baik. Sewaktu kuarantin atau khalwat, makanan yang terjaga iaitu halal dan bersih daripada campuran racun duniawi dan toksid berdosa amatlah penting. Ia adalah tunjang utama yang perlu dijaga oleh pesakit untuk baik dari penyakit menular itu. Rasulullah ada bersabda : Setiap yang masuk ke dalam mulut yang haram maka ia akan membentuk perlakuan yang haram.
Sewaktu kuarantin atau khalwat. Pencampuran dengan manusia perlulah dikurangkan, kerana ia boleh merangsang penyakit untuk menjangkiti atau dijangkiti. Bayangkanlah ketika khalwat, kita didatangi oleh pelawat yang mengajak kita untuk sesuatu aktiviti yang kita suka, seperti memancing atau sebagainya. Maka kita meninggalkan hospital kerana memancing. Jesteru kita akan lebih terdedah kepada udara tercemar yang akan melekat virus ‘panas’ tersebut kepada kita. Kita pula sudah tinggalkan pemakanan ubat kerana cuai. Solat dan zikir tertinggal. Bagaimana penyakit akan sembuh. Sudah pasti tidak akan sembuh. Jadi sebarang pelawat ketika kuarantin adalah tidak dibenarkan atau dikurangkan.
Begitulah manusia yang terkeliru dengan istilah penyakit beserta dengan ketakutannya. Penyakit yang hanya di ambil berat hanya bersifat lahiriah. Sementara yang bersifat ruhiyyah ini tidak diambil enteng langsung. Tiada siapa yang akan menafikan diri manusia ini mempunyai elemen fizikal dan elemen ruhiyyah. Sedangkan kedua-duanya itu memerlukan segala keperluan yang sama. Maka Islam datang bukan hanya untuk fizikal malah melengkapkan keperluan –keperluan rohani. Rohani yang sihat turut menyihatkan tubuh badan. Rohani yang mati akan merosakkan tubuh badan.Maka Rasulullah berpesan : Jika baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika rosak ia, rosaklah seluruh badan. Bukankah ia seketul hati.
Kebersihan yang zahir bermula dengan kebersihan hati. Maka Rasulullah berkali-kali mengingatkan : Kebersihan itu separuh dari iman ( al Nazafatu minal Iman ) , Suci itu sebahagian iman ( al Thuhur syatrul iman ).Kebersihan yang tidak diamalkan oleh umat islam ialah berpunca dari kekotoran hati masing-masing.
Ada yang lebih mengelirukan aku saat pandemik ini makin mula mengancam. Seorang anak murid aku, akhi Azmi mengalami demam panas yang teruk. Jesteru itu, beliau telah ditahan wad. Aku hanya mengetahuinya apabila sms dari akhi Arif aku baca. Dua hari kemudian aku meluangkan masa untuk menziarahi beliau. Namun aku terkejut apabila aku lihat keadaan akhi Azmi ketika itu.
Beliau telah dibedah dibahagian hidung kerana mengalami kesusahan dalam pernafasan. Demam tetapi hidung yang dibedah. Apa kaitannya!
Adakalanya doktor akan melihat, sesuatu itu berpunca dari sesuatu yang tiada kaitan dengannya tetapi ia sebenarnya berkait. Cecair dan lemak yang berlebihan dikawasan hidung dan pipi dianggap penyumbat hidung yang mengganggu penafasan. Lantas cecair pipi yang terlalu banyak menyebabkan suhu badan meningkat.
Ternyata aku begitu jahil. Aku pun tak faham apa yang doktor cakap tapi, lebih kurang begitulah.
Begitu juga dalam hal berkhalwat. Adakalanya syeikh tidak membenarkan kita untuk memakan sesuatu selama mana beruzlah. Ramai juga yang bertanya kepada aku. Apa kaitannya!Sudah tentu ia berkait dengan hati. Hati ini mempunyai beberapa virus. Antaranya virus nafsu. Virus nafsu ini mempunyai bahan yang merangsangkan. Dan pasti salah satunya ialah makanan. Oleh sebab itu, kekuatan untuk melawan virus tersebut ialah dengan tidak mengambil sesuatu yang boleh merangsangnya. Bila ia dalam keadaan lemah maka kita boleh mengawalnya. Jesteru itu, kita boleh mengawal hati.Namun aku tidak hairan dengan pandemik. Ia akan berlalu dengan kecerdikan manusia mencari vaksinnya.
“ Berapa jumlah bayaran hospital Azmi “ tanyaku kepada akhi Azmi.
“ RM 10,000 ustaz “ jawab beliau.
Aku termenung. Bilakah ‘ panas’ yang ini pula akan reda daripada hati manusia yang mengambil peluang diatas kelemahan manusia.RM 10,000 untuk 5 hari. Hari – hari tetap ‘panas’ walaupun tanpa pandemik.

Sembilu



Pengajian malam tu aku habiskan awal.

“ Ustaz rasa, ustaz nak berhenti disini sahajalah.”

“ Ustaz dah tak mampu lagi, tekak ustaz dah rasa perit sangat. Badan ustaz pun dah panas” Aku menerangkan kepada beberapa pelajar pengajian tinggi yang bertalaqqi dengan aku. Kitab Daf’u Syibhut Tasybih karangan Imam Ibnu Jauzi itu, aku tutup.

“ Kita berhenti di hadis yang kedua puluh enam, ya “

“ Allah telah menetapkan untuk kita berhenti disini, supaya nanti kamu boleh datang bertalaqqi lagi dengan Ustaz” bicaraku.

Mereka hanya menganggukkan kepala sahaja. Mungkin memahami keadaan aku sekarang walaupun pengajian hadis tidak dapat dihabiskan. Kesemuanya mempunyai enam puluh hadis.

Kepala aku memang pening sangat. Kepanasan suhu badanku mula meningkat. Sejak balik dari air terjun Felcra tadi, memang aku sudah menjangkakan badan aku sudah panas.

Aku mencapai dua selimutku yang tebal. Baju sejuk juga tidak ketinggalan untuk proses mengeluarkan peluh-peluh berpenyakit ini. Aku baluti diriku dengan kedua selimut tadi.

Pukul 2 pagi, aku terjaga. Aku bangun dari tempat beraduku. Badan berpeluh-peluh. Aku mandi. Ubat mujarab untuk mereka yang demam. Selesai berwuduk, aku menunaikan solat dan qiyamulail. Aku tidak mahu meninggalkan rutinku, walaupun hanya kerana demam.

Selesai qiyam, aku kembali ke tempat tidurku. Kelihatan along masih bertahajud. Begitulah sepatut yang ada pada setiap pejuang. Belajar dan beramal.

Keesokan harinya aku tetap ke sekolah. Walaupun demam, aku cuba untuk menjalankan tanggung jawab dengan baik.

Petang itu aku ke Larkin. Menghantar para muridku kembali ke Bangi. Walaupun badan aku agak tidak sihat, aku gagahi juga. Bila sakit begini, bila mengenangkan Rasulullah aku menjadi kuat. Rasul ada bersabda : Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka ia memuliakan tetamunya ( Mai yu’minu billahi wal yaumil akhir fal yukrim dhoifahu ). Murid aku itu juga adalah tetamu aku, kerana ia bertandang ke rumah aku. Tapi malam itu, aku diserang kembali demam panas yang menyebabkan aku kembali berselubung.

Aku berharap, esok, aku boleh berehat agar demam aku akan kebah. Namun, aku tetap juga diuji. Anak-anak murid dari Johor Bahru datang menziarahiku. Aku memohon maaf dengan baik kerana kesihatan yang terjejas akan menyebabkan aku tidak mampu melayan mereka dengan sebaik mungkin.

Aku pula kerap membuang kahak yang bercampur dengan darah. Perit. Tapi aku terpaksa menjawab soalan-soalan yang ditanya kepadaku. Aku tidak mahu menghampakan mereka. Mereka telah datang dari jauh untuk menziarahiku dan mendapatkan jawapan dari persoalan yang membelenggu mereka. Maka, aku memaksa diriku untuk bercakap walaupun ia amat pedih.

Selepas maghrib , aku membawa mereka untuk a’sya ( makan malam ). Namun mereka telah mendesak aku untuk pergi ke klinik.

“ Jom ustaz, saya hantar ustaz ke klinik Penawar dulu. Lepas tu baru kita pergi makan” desak Azmi.

Aku membalasnya dengan senyuman. Azmi menyatakan beberapa kali permintaannya untuk menghantar aku ke klinik. Aku masih menolaknya.

Perbuatan aku itu telah dilihat oleh banyak saksi. Mereka bingung dengan tindakanku. Aku sering mengatakan yang kita perlu berusaha. Sebaliknya, aku menolak permintaan Azmi seolah-olahnya aku tidak mahu berusaha.

Aku ingin memberitahu mereka. Tapi aku juga tidak mahu merosakkan apa yang aku rasai.Kesakitan bagiku adalah nikmat. Aku kena menerimanya sebagaimana aku menerima nikmat yang lain, seperti harta, makanan yang enak, duit dan sebagainya. Jika duit, harta, makanan dan lain-lain itu, aku pinta dan diberikan kepadaku, nescaya aku teringin ianya berpanjangan. Mengecapi tanpa diganggu. Maka jika Allah berkehendak pula untuk sakit, mengapa kita perlu menjauhinya. Cepat-cepat pula untuk menguranginya. Segala yang Allah beri sama ada berbentuk nikmat imdad atau sebarang ujian, maka, aku klasifikasikan ianya adalah nikmat. Dan pastinya aku ingin merasai mengecapi sehingga tersyuhud oleh aku sifat jalal dan jamal Allah.

Nikmat sakit itu membawa kepadaku nikmat qurbah yang melebihi rasa makanan yang enak, warna harta yang berkilau, bau duit yang mendebarkan dan apa-apa saja lagi. Tiada tandingnya. Nikmat itu aku nikmati dengan tangisan, ratapan, monolog, muhasabah, mujahadah yang kerap dan beristiqamah dengannya. Ia tidak dapat aku rasai bila aku sihat. Bila sihat makanku banyak, berjalanku kerap. Melalaikan dan menghabiskan duit kepada yang sia-sia. Sihatku menyebabkan tidurku nyenyak dan tidak terbangun untuk qiyam serta seringkali terlajak subuh. Airmata pun tidak mengalir kerana dek banyak ketawa bila sihat.

Sakitku enak. Diamku banyak, ketawaku sedikit. Lebih banyak menyendiri dan mulut sentiasa beristighfar. Air mata mengalir terbayang kifarah. Makanku kurang, ingatanku banyak pada Allah. Waktu-waktu itu terasa sakit. Waktu-waktu itujuga terasa enak. Selepas itu terasa manisnya. Saidina Ali akan menangis jika selama 3 hari ianya tidak mendapat ujian. Rasulullah tidak pernah kenyang selama 3 hari berturut-turut. Mereka merasai manisnya. Maka biarkanlah aku menikmatinya. Biarkanlah. Ianya buat seketika.

Pelajar aku pula kerap akan mengurut dan memicit-micit anggota tubuh badanku. Itu juga nikmat. Sememangnya aku menyuruh mereka. Itu salah satu bentuk tarbiah.

Aku seorang lelaki. Pelajarku juga lelaki. Kadang-kadang teknik tarbiyah jibril yang memeluk nabi di Ghar Hira’ itu sememang tidak sesuai digunakan kerana ia menjengkilkan dari segi budaya kita yang akan membawa kepada fitnah-fitnah, umpat-umpat atau yang boleh menguriskan hati. Tetapi, sesuai jika didefinisikan dengan sentuhan. Agak janggal untuk menyentuh murid-muridku dengan tanpa sebab. Maka aku suruh mereka picit. Itu juga berlaku sentuhan dan tampak rasionalnya.

Sentuhan akan membawa seribu erti dan membina silaturrahim. Maka salam dan bersalam itu ada qasadnya. Terfikir juga aku yang orang tua dulu-dulu sering menyuruh anak mereka memicit mak ayah mereka. Itulah yang menunjukkan keterikatan dan keakraban mereka dalam hubungan kekeluargaan.

Pernah satu ketika, aku melarang anak-anak muridku untuk memicit ditapak kaki dibahagaian tertentu. Selumbar telah masuk kedalam tapak kakiku. Bila terpijak, pastinya akan menyakitiku.

“ Baik ustaz cabut selumbar ni, nanti bernanah “ cadang anak murid aku.

Sekali lagi aku membalas dengan senyuman. Senyuman yang ada ertinya.

“ Biarlah ia disitu, sesekali ustaz rasa sakit terpijak sembilu itu, sekali itulah ustaz rasa sakit seksaan Allah.

“ Ustaz masih tahap iman yang lemah. Ustaz kena benar-benar rasa sakit barulah ustaz boleh menjiwai kesakitan yang lain.”

“ Jika ustaz tak sakit, ustaz tak dapat membayangkan sakit dan mengaitkan kepada kesakitan yang lain”

“ Malangnya ustaz sebab tak boleh merasai sakit dalam keadaan sihat seperti tidak saksi dalam keadaan ghaib” jelasku.

Anak muridku khusyuk mendengar penjelasanku.

“ Bila dapat nikmat yang best-best, kita akan suka tapi, bila Allah bagi sakit, kita tak suka.Bukankah nikmat dan sakit itu datangnya dari Allah.”

“ Itu tidak redho “ tambahku.

“ Redho ialah kita tidak memilih dengan apa yang diberi “ sapaku dengan menyuruh anak muridku memicit kaki sebelah pula.

Aku masih ingat ketika bertalaqqi kitab ‘Minhajul Abidin’, Tuan guruku ada menyebut : Redho itu apabila keadaan kita mendapat bala, sama seperti keadaan kita mendapat nikmat.

Jadi biarlah sembilu atau selumbar itu disitu. Aku masih memerlukannya. Tapi, kakiku tidak bernanah pun. Sedikit pun tidak terjejas. Aku pula boleh berjalan dan tidak sakit lagi. Sembilu itu makhluk, ia tidak berkuasa tanpa izin Allah. Buktinya, aku masih sihat.

Tapi yang merisaukan aku ialah, apabila aku berbuat atau melihat maksiat, hatiku tidak terasa sakit pun. Hatiku lebih keras dari kulit kakiku, kerana sembilu itu boleh menembusinya, sedangkan hatiku sedikit pun tidak terguris dengan ‘ sembilu ‘ lagi satu. Ajaibkan !

Ingin ku kembali ke daerah semalam


Selepas menunaikan ibadah solat hajat bersama pelajar, aku pergi ke bilik PuAs. Ku titip kembali laman sesawang pelajar Jordan. Hatiku tersentap-sentap, merenyuk, tersiat dengan setiap paparan gambar Jordan khususnya Mu’tah. Sudah beberapa hari telah ku habiskan masaku di PuAs, cuba menghilangkan rasa rindu ini.

Rinduku pada awal kedatanganku.

Pada pasir

Pada tanah

Pada batu

Pada jalan raya yang panjang, sama aje pemandangannya

Pada coaster

Pada inab

Pada maqlubah,mansaf , mulukhiyyah, syai bina’na’, qatayif, falafil

( Makanan arab yang paling best sekali dalam hidupku )

Pada anginnya, syita, saif dan rabinya

Pada masyarakatnya, orang seperti Abu Muwaffaq, Abu Anas, Imam Ibrahim.

Pada Tuan Gurunya, Guruku Syaikh Hasan al Saqqaf, Dr Abdullah Fawwaz, Syaikh Abdul Karim, Syaikh Hazim Naif abu Ghazalah, Syaikh Nuh Hamim Keller

Pada badwinya…

Pada segala-galanya….

Gawat. Aku dikuasai oleh kerinduan. Bayangan memori Mu’tah menerjah setiap ruang ingatan.

Pahit, manis , gaduh, berpelukan ,ukhuwwah , ketawa, sedih, susah , senang, berkawan dan berpisah.

Semuanya terbayang kembali. Aku ingin kembali. Kembali ke sana. Mu’tah. Walaupun kedatanganku pasti tidak sama seperti dulu. Dulu aku berada didalamnya.Memainkan watak yang berteater di panggung Mu’tah. Tetapi, aku kembali , hanya sebagai musafir yang singgah. Seperti pasir yang terbang mengikut musim. Bila pergi musim itu, kembali kering dan panas.

Ya Allah, kabulkanlah hajatku untuk kesana.

Sudahku beritahu semalam kepada anak muridku. Tentang kerinduanku. Seandainya aku berada disana. Bila kulihat rumah lamaku. Masjid Shuhada. Jamiah. Aku ingin menangis.

Bilaku melalui setiap jalan, lorong yang pernah ku lalui, aku ingin menangis.

Bilaku dapat menjamah makanan dan menghirup minuman dan udara, aku ingin menangis.

Aku ingin melalui setiap jalan yang pernah ku telesuri satu ketika dahulu, biar pun ia berubah.Tetapi yang tersemat di jiwa ini tidak pernah berubah.

Aku ingin makan dan minum dengan apa yang pernah aku jamahi dahulu.

Aku ingin bersua dengan mereka yang pernah ku temui dahulu.

Benarkan aku ! Benarkan aku ! Benarkan aku untuk menikmati segala yang tergamit oleh kenangan ku.

Benarkan aku kembali ke daerah semalam.

Selasa, 18 Ogos 2009

Bedah Buku




Nama buku : Dajjal ‘sudah ‘ muncul dari Khurasan
Penulis : Abu Fatiah al Adnanie
Penerbit : Pustaka Mujaddid / Granada Mediatama
Tahun : 2008
Halaman : 308 m.s
Kali ini aku nak berkongsi dengan hasil pembacaan aku mengenai sebuah buku yang terpanas di pasaran. Panas suam-suam kuku kot. Sebab buku –buku yang berkaitan dengan agama ini memang pasarannya tidak meluas. Hanya orang tertentu aje yang minat beli. Bukunya yang bertajuk Dajjal sudah keluar dari Khurasan.
Buku ini aku dapat dari kawan serumah dengan aku, Cikgu Mochamad Ali. Bagusnya Ali ini, dia suka berkongsi maklumat dengan aku. Jika ada buku baru yang sudah dia baca, dia akan pass kat aku pulak untuk membacanya.
Membicarakan mengenai Beghawan Sri Sathya Sai Baba, seorang yang dianggap membawa ajaran yang luar biasa. Penulis cuba mengaitkan kehadiran Beghawan ini sebagai Dajjal yang akan keluar di akhir zaman. Penulis memulakan penulisannya dengan membahaskan dalil-dalil fenomena akhir zaman. Sekaligus menceritakan suasana yang berlaku pada akhir zaman itu.
Kemudian, dalam bab yang ke- enam barulah penulis mula menyingkap syubhat dan fitnah Sai Baba. Mungkin terlalu jauh baru penulis mula bercerita mengenai Sai Baba. Jadi persoalan Sai Baba itu telah menjadi basi kerana terlalu sibuk dengan membincangkan masalah dalil. Aku pula macam tertunggu-tunggu nak tahu cerita mengenai Sai Baba. Aku rasa, penulis lebih baik menskipkan perbahasan yang sungguh panjang kerana ia terlalu memberatkan pada pembaca. Atau penulis menyambung perbahasan tersebut selepas bercerita mengenai Sai Baba.

Sai Baba lahir pada 23 November 1926 dengan nama penuhnya ialah Ratnakaram Sathya Narayana di Puttaparthi. Tarikh 29 Oktober 1940 barulah Sai Baba mengaku menjadi Sai, dengan meninggalkan rumah untuk bertemu dengan pemuja-pemuja. Dia menyampaikan ceramahnya di taman dalam kota. Ramailah yang dating untuk mendengar ceramah tersebut. Pada tarikh 29 Jun 1963 dia diserang thrombosis di otak. Tangan dan kaki kirinya lumpuh, kehilangan suara dan hilang penglihatan mata kirinya. Kemudian dia sihat balik.(kononnya dia menderita sakit untuk memulihkan orang lain yang sakit )Jadi ramailah yang jadi pengikutnya. Dari setiap kasta, setiap jawatan dan tidak berjawatan dan dari pelbagai agama. Semuanya terpegun dengannya. Malah dikatakan ada orang alim beragama Islam turut menjadi pengikutnya. ( ni yang aku rasa ajaib sangat , siapalah orang yang alim tu ! Tak pulak aku pernah dengar. Penulis Cuma mengadaptasi dari buku ‘ Sai Baba manusia luar biasa ‘. Buku tu, tak pulak sebut nama ulamak tu. Hehehe… tak amanah langsung )
Sai Baba ni mengaku dia tu reinkarnasi dari penjelmaan Shirdi Sai Baba (yang keluar ceritanya dalam astro tu – mengarut betul cerita tu )dan kemudian akan bertukar menjelma prema Sai Baba yang mukanya mirip macam Nabi Isa.
Lepas tu penulis menyambung dengan kekeramatan dan kemukjizatan Sai Baba dengan 18 perkara. Di sambung pula dengan bingkisan ajaran-ajaran Sai Baba. Dalam kesempatan ini aku tuliskan kehebatan Sai Baba.
1. Menghidupkan orang mati
2. Menyembuhkan pelbagai penyakit.
3. Memaniskan makanan yang pahit.
4. Dapat hadir dimana-mana.
5. Panci ajaib
6. Reinkarnasi
7. Sai Baba tak kahwin
8. Ni paling hebat : Mengaku menjadi tuhan.
Penulis juga dalam muka surat 232, mengaitkan Sai Baba dengan gerakan zionisme. Tapi secara jujurnya aku masih tak faham kaitan Sai Baba ni dengan zionisme. Tertanya jugak aku, zionisme ke atau freemason. Kadang-kadang Nampak macam sama tapi ia tak sama. Jadi memerlukan dalil dan bukti yang lebih jelas. ( Tapi, ni bukan tanda aku sokong Sai Baba )
Selepas itu, Penulis ada mengaitkan kewujudan Sai Baba dan kontradiksinya dengan beberapa hadis dan di akhiri dengan kesimpulan.
Jujurnya , buku ini baik dan bagus dibaca. Menerangkan syubhat Sai Baba ni. Tapi, alangkah baiknya kalau penulisannya dialih bahasa ke Bahasa Malaysia. Lebih mudah difahami. Kebosanan membaca buku ini bermula dengan perincian dalil yang panjang, bahasa yang terbelit dan sukar difahami, gambar yang kurang dan yang baiknya mutu terbitan buku cukup baik. Well done.
Aku rasa cukup kot untuk kali ini.

Bedah buku



Nama buku : Gerakan Freemasonry, musuh dalam menghancurkan Islam
Penulis : Hj Nik Azran Muhamed / Hj Mohd Mahadi Hj Isa
Penerbit : Hijjaz Records Publishing
Tahun : 2009
Halaman : 213m.s

Bila Ali suruh aku cari buku pasal zionisme atau freemasonry kat pesta buku antarabangsa, aku menjejakinya. Tapi banyak la pulak buku yang berkisar mengenai ruang lingkup zionisme ni. Akibat terlalu asyik dengan pencarian bukub sendiri, maka terlupalah aku pada pembelian buku tersebut, walaupun aku berada di sana selama 2 hari.
Bila Ali beli buku tu dan tunjukkan pada aku. Barulah aku teringat balik. Ali bagi pulak aku pinjam kat aku supaya aku membaca. Aku kalau bab-bab buku ni, tak pernah nak tolak. Aku cuba hadam. Bila aku bukak aje muqaddimah, aku rasa macam pernah baca aje buku ni. Baru aku teringat, di Jordan dulu aku pernah membacanya.
Terutamanya bahan-bahan Manhal sudah pasti aku sudah banyak baca. Sebagai orang yang menyandang jawatan Ketua Biro akademik PERMATA, mestilah aku kena menjadi contoh dengan banyaknya pembacaanku. Bahan-bahan Manhal pula banyak di PERMATA, mestilah aku mengambil peluang. Bagus jugak bahan Manhal tu dibukukan. Ruginya bahan yang melimpah tu dibiarkan saja.
Tahniah jugak kepada penerbit dan penulis, kerana telah membawa perbahasan tersebut dengan agak menarik berbanding dengan kertas kerja yang aku baca dahulu. Penulis memulakan dengan menerangkan takrif freemason. Senang ceritanya freemason ni ialah sebuah organisasi Yahudi Antarabangsa yang berkerja untuk menghancurkan kesejahteraan manusia, politik, ekonomi dan social.
Buku ni memang dah lengkap dah. Apa-apa je yang kita nak tahu pasal freemason ni memang sudah terang lagikan bersuluh. Dari sudut prisipnya, matlamatnya, cabangnya, peranannya dan lain-lain lagi. Apa yang menariknya bagi aku pasal kitab ni ialah nota kakinya yang memang padat dan tepat. Aku kadang-kadang lebih suka membaca nota kaki daripada teks buku tersebut. ( Mungkin sebab nota kaki dia, pakai warna kelabu kot..hehehe..)

Lagi satu bab yang aku suka baca ialah, bab peranan freemasonry menjatuhkan khilafah Islamiyyah Uthmaniyyah pada muka surat 123. Pada aku bab ni, setiap orang Islam mesti membacanya. Orang islam hari ini banyak yang tak tahu sejarah mereka. Apa yang mereka telah kehilangan daripada hak-hak mereka akibat perbuatan durjana freemason dan zionis ni.
Untuk penutup pula, penulis memuatkan lampiran. Hah! Ni pun best jugak. Yang bestnya ialah senarai barangan yang ada kaitan secara langsung dengan yahudi ni. Kita kenalah prihatin sedikit. Kadang-kadang kita banyak guna barangan yahudi ni. Jadi banyaklah kita membantu dan bersubahat dengan mereka ni.
Buku ni, memang best. Jomla kita membaca dan menghadamkannya. Malah kita menyebarkan inzar bagi mereka yang bergelar ummat Muhammadiyyah. Mengenai buku ni, walaupun ada kelemahan sikit tapi memang tak menjengkilkan. Kertas yang baik. Banyak gambar. Bahasa yang mudah difahami. Warna-warna yang menarik perhatian. Semua o.klah.
O.k, aku rasa sampai sini dululah. Selamat Membaca !.

Assalamualaikum


Telah lama aku berhajat untuk memiliki blog aku sendiri. Oleh kerana masa yang tidak mencukupi dan terbatas maka aku membatalkan hasrat untuk membuatnya. Malah aku pernah menyuruh anak muridku untuk menyediakan laman blog untuk aku dek kerana tiada kesempatan masa, tetapi malangnya anak murid aku juga tidak dapat menyediakan kerana kesibukan masing-masing. Maka benarlah kata-kata Imam al Syahid Hasan al Banna yang mengatakan : Kewajipan lebih banyak daripada waktu.
Pengalaman aku yang membuat laman sesawang untuk rakan al husna, telah banyak memberi tekanan kepada aku. Juhudku dan masaku telah banyak aku habiskan disitu, menyebabkan banyak pula kerja lain yang tertangguh. Penulisanku, terjemahanku, pembacaan dan lain-lain lagi. Tapi harapanku, urusan blog ini tidak akan banyak menganggu urusanku.
Tambahan pula, zaman ini menuntut aku menyertai blog ini untuk memperluaskan urusan dakwah. Terutamanya orang muda sekarang, banyak menghabiskan masa dengan kemajuan media hari ini. Kawan-kawan aku sendiri pun sudah menggunakan blog untuk menyampaikan misi dakwah mereka. Mengapa pula tidak aku.
Perkongsian ilmu di alam maya ini mampu untuk memberitahu mereka tentang perkembangan dan situasi dengan lebih cepat dan pantas. Malah sekarang ia sudah menjadi medium yang utama pula.
Jesteru itu, aku berharap blog aku ini mampu di manafaatkan oleh semua orang. Dan aku juga berharap aku boleh istiqamah dengan penyertaan aku dalam blog ini secara aktif. Baiklah apa yang baik kalian jadikanlah panduan, yang tidak baik kalian tegur dan jadikanlah sempadan. Selamat berblog !