Jumaat, 2 Julai 2010

Ajaran dari hutan


Pagi itu cerah. Selalunya mendung. Awan membugar keputihan. Matahari masih belum memijarkan. Unggas masih belum berhenti bertugas. Kadang cengkerik menggerik beramai-ramai. Siponggang riang warga hutan bertemasya.

Sungai sememangnya tempat yang paling tepat untuk berkumpul. Pagi-pagi sememangnya banyak yang kebuluran mencari sarapan. Biarlah sungai itu pemula bagi mengatasi haus dan lapar. Seekor demi seekor mula membanjiri di muara sungai.

Ada yang berkejaran. Berterbangan. Musim mendung menjadikan hawa sedikit sejuk. Hawa itulah yang menbangkitkan keghairahan dikalangan binatang untuk mengawan. Dengan matahari yang redup menjadikan semuanya tidak resah.

Hutan itu adalah taman. Taman yang mengambarkan ketenangan. Masing-masing hidup dengan aman. Tiada perosak. Ikatan mereka cukup kuat. Silaturrahmi begitu erat. Masing-masing prihatin dan peka dengan taman dan penghuninya.

Jika ada yang kesusahan, mereka saling berbantu. Mereka tidak berebut tanah untuk dijajah. Malah memberi tanah untuk berkongsi. Mereka tidak berebut makanan dari segala buah untuk dijamah. Malah saling memberi dan berkongsi. Nikmat sama dirasa. Yang melata, mengutip buah dari batas perdu. Yang terbang mengambil hasil yang menjulang tinggi. Kemudian saling bertukar-tukar demi sebuah rasa. Bukankah semua nikmat dapat semua merasainya. Aduh, manisnya hutan ini. Manisnya taman ini.

Sungai itu sebagai bukti. Sungai itu erti berkongsi. Sungai itu ketenangan taman ini. Sungai itu telah berjasa kepada warga hutan. Memberi minum tanpa mengenal siapakah dia. Tiada siapa yang mendakwa sungai itu miliknya. Sungai itu milik semua.

Hutan itu dalah taman. Tenang dan aman. Tiada siapa yang menjadi petualang membinasakan keseronokan dan damai di situ. Belum ada.! Semua berwajah ceria. Semua bersuara lunak. Tiada makian kedengaran. Tiada jiwa yang merasuk. Semuanya binatang berjiwa insan.

“ Engkau tahu tak, burung hud-hud ada cerita menarik. Engkau ada dengar tak ? “ tanya kancil kepada rusa ketika menjamah rasa air sungai.

“ Pasal manusia membunuh di Palestinkan ! “ Rusa cuba memastikan.

“ Iyalah. Pasal itulah. Habis semua anak kecil dibunuhnya. Orang tua di dera dan macam-macam lagilah, ish,ish ish…” getus kancil.

“ Aku dengar, bangsa yahudilah puncanya “

“ Bangsa yahudi memang jahat. Dalam tawarikh mengatakan rasul pun dia bunuh, apatah lagi spesis biasa “

“ Jahat ! Aku benci mendengarnya.” Balas Rusa.

Kalam itu bukan kalam biasa di hutan itu. Pembunuhan dan bertindak zalim tiada disentuh untuk dibicarakan. Mendengarnya pun adalah satu kejijikan.
“ Habislah kita! Habislah kita! “ tempik kuda.

Kuda berlari dari arah timur dengan semberono. Habis semua daun dan tunggul disebat tanpa memperdulikan sakit atau tersadung. Seolah ada berita besar yang dibawa. Lagaknya seperti melihat bencana kiamat yang akan berlaku. Ya! Sudah pasti berita itu besar.

“ Sabar kuda ! Sabar! “ jerit kancil

Kuda yang sudah nampak kancil dan rusa di tepi sungai mula memperlahankan langkahnya. Tapi masih berlari berlegar dihadapan rusa dan kancil. Momentum larian kuda itu menjarakkan ruang untuk ia memberhentikan langkahnya. Terkial ia seketika.

“ Engkau ni kenapa kuda ? Sudah kesurupan ?” pekik rusa.

“ Habislah kita! Habislah kita ! “ tukasnya.

“ Ishhhhh…tak sudah-sudah dengan habislah kita, habislah kita!Apa yang habisnya ? “ sampuk kancil pula.

“ Apa kau tak dengar berita dari timur “soal kuda

“ Apa berita dari timur ? “ kancil membalas soal.

“ Entah apa makhluk yang baru muncul, mukanya hodoh, suaranya mengerunkan. Perangainya buruk dan menjijikkan. Jumlahnya banyak. Melompat-lompat”

“ Tabiatnya merosakkan. Makan buah dan membuat sampah. Kalau tiada makanan dia mencuri”

“ warnanya ada yang hitam dan ada yang perang. Kita semua tak pernah melihatnya. Entah haiwan, entahkan apa”

“ Tapi yang pastinya ia telah memporak perandakan hutan timur”

“ Katanya lagi, makhluk ini macam menjajah!”

“ Semua tanah adalah tanahnya. Mereka suka menzalimi ! “

“ Habislah kita! Habislah kita! “

Kata kuda dengan begitu panjang sekali. Suasana menjadi jeda. Masing-masing menegang wajah muka, riak sebuah keseriusan.

“ Ermmm…apa yang kita nak buat ? “ soal rusa tenang.

“ Kita kena berbincang! Berbincang untuk mempertahankan hutan kita! Dan mempertahankan kediaman saudara kita di timur “ cadang si Kancil.

“ Ayuh, tunggu apa lagi ! “ ujar si Rusa pula.

Maka berhimpunlah segenap warga hutan setelah terbelalak mata mendengar berita dari timur. Aduh, bencana apa yang menimpa damai hutan. Masing-masing menunjukkan prihatin. Berkumpul dan berwacana tentang isu yang menjadi arus perdana dalam hutan itu kini.

“ Perkara ini tidak boleh dibiarkan ! “ Gajah memulakan bicara.

“ Ya! kami bersetuju! “ jawab mereka serentak. Jawapan itu seolah-olah seperti dirancang. Namun ia adalah berasal dari hati. Cuma nekad mereka sejiwa menghasilkan jawapan yang senada.

“ Apa pun tindakan kita, kita mesti mengenali terlebih dahulu siapakah mereka “ soal harimau yang menjadi pengerusi sidang itu kali ini.

“ Betul juga tu! Kita tak boleh sewenang-wenangnya bertindak. Sebaiknya kita selidiki dahulu tentang mereka. Sekurang-kurangnya kita tahu kelemahan mereka “ ujar kancil.
“ Aku Cuma mendengar nama mereka ialah kera” pintas but-but.

“ Tapi dia adalah makhluk yang baru muncul.Tiada siapa yang mengenal asal usulnya” sahut tenggiling.

“ Beginilah, apa kata kita menghantar deligasi keamanan kita, untuk kita sama mendengar dan menyelidik, siapakah mereka ? “ harimau berujar.

“ Tidakkah ini membahayakan “ pintas kancil.

“ Kitakan pergi dengan aman. Masyarakat dunia akan bersama dengan kita” tegas harimau.

“ Kita bawa sekali bantuan kebinatangan kepada saudara kita di timur sana “ ada suara yang menambah.

“ Molek sungguh cadangan itu! “

“ Beginilah, esok semua bantuan mesti disiapkan dan kita akan bertolak secepat mungkin dengan menaiki mavi marmara. Ini adalah muktamad “ seru harimau.

Itulah kesepakatan mereka, mahsul dari perbincangan panjang untuk sehari itu.

Mendung. Tapi ia masih belum membantutkan kesegaran kesedaran warga hutan untuk mempertahankan kehutanan mereka. Barang-barang bantuan itu segera dimuatkan ke dalam bot mavi marmara.

Perjalanan menggunakan bot melalui alur sungai lebih cepat dan lebih selamat setelah pintu timur ditutup.

Mendung itu datang bersama angin. Angin pula membantu layar Mavi Marmara bergerak laju. Teguh mendada layar Mavi marmara setelah dijatuhkan dengan tolakan angin yang menderu. Seolah-olah angin juga turut membantu usaha pelayaran itu dan merestui pemergian mereka.

Wahai angin, utuskanlah para pejuang itu ke hutan timur bersama deru dan desirmu. Agar mereka selamat jesteru pertolonganmu!

Pelayaran itu mudah. Tiada apa yang menduga. Melayari di dada sungai merupakan jaminan keselamatan. Kerana sungai itu simbol keamanan, ketenangan, perpaduan, kesepakatan dan perkongsian. Sungai itu tidak pernah mengkhianati mereka.

Masing-masing merasakan kejayaan dalam ekspedisi itu. Mereka sudah berada di perairan antarabangsa. Misi mereka, pasti mengukir kejayaan. Mereka sudah hampir dengan kejayaan. Misi kebinatangan itu ialah misi sejagat.

Senyap itu tergugat. Suara yang tidak pernah mereka dengari mula membingitkan suasana. Suara-suara hodoh itu terpekik dan bersahutan.

“ ooo..ooo …ooo”

Bicara apakah itu? Lolongan apakah itu ? Itu bukan anjing. Itu bukan kucing. Itukah bunyi hodoh dari jelmaan makhluk yang bernama kera. Semuanya ketakutan.

Tiba-tiba keluar makhluk bergayutan dari pohon ke pohon disepanjang tebing sungai. Masing-masing mengeluarkan bunyi bersahutan. Bertempikan seolah mahu berperang. Dari bergayutan akhirnya melompat, menujah ke langit tangkas menerpa ke mavi marmara.

Mereka yang berada di atas mavi marmara pantas mempertahankan diri dari serangan ala komando.Tiada siapa yang menyangka, makhluk kera itu akan bertindak secara militan. Sedangkan mereka sejak awal lagi sudah bersedia dengan misi keamanan.

Bendera putih sudah dipacak menegak mewakili simbol keamanan. Namun, ia telah dicemari. Mavi Marmara telah ditawan. Yang menawannya adalah kera. Kera!

Mavi Marmara akhirnya bolos. Mereka tidak mampu bertahan. Kapal mereka bukan lagi kendalian mereka. Kehormatan dan kemuliaan dicemari dengan kebiadapan kera. Akhirnya ia telah berlabuh. Berlabuh di tebing yang terhakis. Terhakis dengan rasa kasih, benci dan takut pula menebal.

Anak kapal mavi marmara dibawa berjumpa dengan ketua kera. Kera segala kera. Namanya sudah mencemaskan yang mendengarnya. Namanya Kujamin Setanyahu.

“ Apa hajat kalian datang kemari?” soal kujamin Setanyahu.

“ kami datang dengan aman” kata harimau yang mewakili anak kapal mavi marmara.

“ Kami datang hanya mahu berbincang untuk mengetahui asal usul kaum kamu?”

“ Kami tidak pernah dengar atau lihat makhluk seperti kamu?”

“ Adakah kamu binatang atau tidak?”

“ Dan satu lagi, kami datang untuk membantu saudara kami di hutan timur ini, setelah kami mendengar mereka dijajah.” Tegas harimau lagi.

“ Sekadar itu sahaja permintaan kamu yang menyebabkan kamu datang sejauh ini ?” Setanyahu pula berbasi-basi.

“ Baiklah kami akan tunaikan permintaan kamu”

“ Kami sebenarnya berasal dari manusia. Kami adalah manusia !” jelas ketua kera.

“ Hah ! “ serentak ahli kapal mavi marmara tergamam. Pegun. Seketika mereka berpandangan antara satu sama lain.

“ Cuba jelaskan ? “ pinta harimau.

“ Kami adalah manusia dari bangsa yahudi. Kami telah bertukar dari manusia menjadi kera kerana kemurkaan Allah.”

“ Kami telah melanggar hukum yang Allah tetapkan untuk menghormati hari sabtu”

“ Jesteru itu kami berubah kepada makhluk yang hodoh ini”

“ Kamilah kera generasi pertama di atas muka bumi “

“ Tiada binatang seperti kami ‘

“ Kami adalah sumpahan ! “ jerkah ketua kera kepada anak kapal mavi marmara.

Kujamin Setanyahu menjegilkan biji matanya kebulatan. Ganas dan sungguh teror. Tindakan itu berjaya mencemaskan anak kapal mavi marmara.

“ Tapi setahu kami, melalui pembacaan kami, bukankah manusia yang berasal dari kera?”

“ Menurut charles Darwin, manusia itu berasal dari kera. Kemudian dia berevolusi.”

“ Ini dapat dibuktikan melalui hasil pencerahan daripada bahan-bahan artifak dan tulang-tulang.”

“ Antaranya ialah penemuan tulang kanak-kanak yang ditemui di Gua Denisova di kawasan pergunungan Altai, Siberia, yang dipercayai berusia 40,000 tahun.”

“ Hasil kajian mendapati DNA tulang itu adalah spesis purba yang berketurunan yang sama dengan Homo Sapiens.”

“ Malah terdapat juga fosil tengkorak yang berusia 5 juta tahun, yang ditemui dalam gua batu kapur Taung, Afrika Selatan.”

“ Hasil kajian terhadap lubang sum sum tulang belakang keluar dari otak berada di dasar tengkorak mendapati fosil itu berdiri tegak dan berjalan menggunakan kedua kakinya seperti manusia.”

“ Secara umumnya para saintis telah mengelaskan manusia kepada beberapa jenis iaitu Homo Ergaster, Homo Habilis, Homo Erectus, Homo Sapiens dan Homo Rhodesiensis yang merupakan keturunan asal manusia Neanderthal.”

“ Secara umumnya juga, hanya Homo Sapiens dan Neanderthal yang mendiami bumi dan dianggap majoriti, kira-kira 500,000 tahun dahulu. Namun, golongan Neanderthal dipercayai telah pupus secara misteri tanpa diketahui sebabnya.”

Semua terpaku fana dengan butiran ilmiah yang disampaikan oleh sang kancil. Tak sangka, sang kancil masih menyengat. Kecerdikannya bukan hanya sekadar buah mulut dan dogengan.

“ Ermm…Charles Darwin itu adalah salah seorang bangsa kami.”

“ Dia hanya mereka-reka fakta itu. Realitinya sangat jauh dan menyimpang dari kebenaran al Haq “

“ Sudah tentulah manusia berasal dari Adam, kerana Allah yang berbicara sedemikian.” Jawab ketua kera.

“ Tapi, itu jauh dari amalan sains. Malah, persoalannya ialah Nabi Adam diutuskan di atas muka bumi kira-kira 250,00 tahun dahulu tetapi fosil dan artifak menjelaskan manusia berada di atas muka bumi kira-kira 500,00 tahun dahulu.” Kancil berhujah.

“ Arghhh…. Yang wujud sebelum Adam adalah binatang, kerana Allah yang mengesahkan begitu. Tidak kiralah bentuk dan fizikalnya yang berkemungkinan hampir sama.”

“ Kamilah kera yang pertama di dunia. Tiada kera sebelum kami. Kami sebelum ini manusia dan berubah menjadi kera ! “

“ Sememangnya bangsa kami telah bersatu untuk memusnahkan bangsa dan ketamadunan yang lain “

“ Yang baik hanya bangsa kami! “

“ Jadi kami perlu rosakkan manusia keseluruhannya ! Rosakkan cara berfikir maka rosaklah wacana ilmu mahsul dari akal yang ghaflah”

“ Bilamana cara berfikir itu fasad hasillah tindakan yang fasad jua. Kefasadan itu membentuk budaya. Budaya pula menjelmakan tamadun.”

“ Tamadun itu menjurus ke arah kesesatan dan pemujaan nafsu! “

“ Apakah kamu semua tidak nampakkah licik kami merancang ?”

“ Kami wujudkan aliran pemikiran yang sesat-sesat dan hiasinya di atas nama ilmu agar dapat di terima manusia.”

“ Maka lahirlah, komunis, sekular, sosialis, demokrasi dan sebagainya.”

“ Malah ada yang memakai busana cendiakawan di kalangan manusia selain bangsa kami akhirnya mengemukakan teori ada Adam sebelum Adam.”

“ Hahahaha…kami berjayakan.! Mereka menjadi seperti kami. Merosakkan dan menyesatkan!”

“ Siapa pula yang menentang pasti kami hapuskan ! “ tempik ketua kera.

“ Kalau tidak kami menjadi kera, nescaya aku tak akan memberitahu kalian !”

“ Sudah! Sudah! Aku sudah bosan dengan kalian !”

“ Bawa mereka keluar !”

Kemeluapan ghadab sang ketua memuncak-muncak. Berlegar-legar sang ketua, naik dan turun dari kerusi sang ketua. Ada kalanya melompat-lompat dan menghenyak-henyak tubuh badannya.

Kelakuan apakah ini! Kelakuan kera. Tiadalah seekor pun dari warga hutan menyaksikan kelakuan itu melainkan inilah kali pertamanya. Sungguh teror sang ketua kera ini.

Anak kapal Mavi Marmara yang diselubungi ketakutan itu beralih kepada amarah pula. Tangan mereka disagat kuat tanpa kerelaan. Ada yang diheret dan dihumban keluar. Budaya apakah ini? Ini bukan budaya hutan. Ini adalah budaya manusia dari suku yahudi jua.

Hutan mereka dirampas. Rakyat hutan dizalimi. Tidak cukup menjadi manusia yang kejam seperti binatang, menjadi binatang lebih kejam dari apa?

Allah ada berfirman : (( Tidak akan redha kaum yahudi dan nasrani itu, sehingga kamu mengikuti jejak langkah kehidupan mereka ))

Apakah binatang yang lain di hutan akan menjadi binatang seperti kera. Ini sudah menjadi isu keselamatan yang hebat. Kera di tahwidkan. Binatang juga akan ditahwidkan. Kera adalah yahudi. Ya ! Kera adalah yahudi! Yahudi juga adalah kera.

Anak kapal mavi marmara dibawa keluar dengan keras sekali. Mereka tidak pernah diperlakukan sedemikan oleh mana-mana warga hutan. Mereka dipasung seolah pesalah jenayah berat. Disuruh berjalan sehingga keletihan tidak tertampi-tampi lagi.

Bencana sudah datang tanpa diundang. Mereka dibawa kesebuah bilik. Disitu mereka dikumpulkan dan di penjarakan. Makanan hanya diberi sekali sahaja. Buah yang diberi sudah nampak hitam seperti direndam. Ada cairan melekat pada buah tersebut.

Kerana lapar mereka tetap makan secara lahap. Padahal, mereka tidak mengetahui, buah tersebut telah direndam bersama arsenik. Buat ubat untuk cepat mampus!!!!

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

“ Kita baru sehari bersama mereka. Aku dengar dari hud-hud, bangsa palestin sudah 60 tahun menempuh azab kezaliman mereka “ bisik kancil ketika baring setelah kenyang menjamah makanan berulamkan arsenik.

“ Ini pengajaran baru buat kita “

“ Pengajaran yang kita dapat dari hutan. Tentang ajaran-ajaran baru.”harimau bersuara.

Harimau yang menjuarai hutan kini sudah hilang taringnya. Pengerusi sidang bulat syura warga hutan yang dikenali dengan nama singkatannya OIC, hanya sekadar jawatan Cuma. Dia sudah tidak mampu bertindak.

“ Selama ini kita hanya mendengar sahaja berita yang disampaikan oleh hud-hud.”

“ Sekarang kita pula yang merasainya” Rusa membuat tambahan.

Yang lain sudah kelu. Keletihan. Perasaan berbaur-baur. Semangat masih ada. Tapi kerinduan pada tanah air dan yang disayangi di tanah hutan sering menerpa.

Mereka teringat kepada sungai. Sungai itu adalah ikatan kita. Disitu kita berkongsi. Disitu kita memberi. Disitu kita menerima. Tanda sebuah ikatan, persaudaraan dan keharmonian. Mereka ingin berada di sungai.

Bila berada di sungai, mereka ingin melupakan segala apa yang telah berlaku. Kembalikan kami ke sungai. Akhirnya mereka tertidur dalam kekenyangan sementara menanti hari-hari untuk dibebaskan.

Teka teki : Banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip. Jawapannya ialah KERANI.huhu.
• Cerita tiada kaitan dengan yang hidup dan yang mati.huhu….


Tiada ulasan:

Catat Ulasan