Isnin, 12 Julai 2010

Aku terkenang saat pemergianmu ( v )


Mersing. Kami semua akan ke sana. Kami akan pergi ke rumah Habib Syeikh Bentresh. Diundang kerana sudah agak lama aku tidak bertemunya.

Tidak sah lawatan kami ke mersing jika tidak mengunjungi Syeikh Abdul Rasyid. Jadi kami terlebih dahulu mengunjungi beliau sebelum ke rumah Habib Syeikh Bentresh, yang kami rangka lawatan ke rumahnya pada waktu malam.

Alhamdulillah. Semua perancangan berjalan dengan lancar. Kami bergerak ke rumah Habib Syeikh Bentresh selepas maghrib. Perjalanan Cuma mengambil masa kurang dari 15 minit.

Mersing. Pekan koboi. Terlalu kecil untuk diungkap sebagai bandar. Kalau berjalan-jalan santai hanya memerlukan masa kurang 30 minit untuk menyusur setiap tanah pekan Mersing. Cuma, mereka yang masih dengan suasana kekampungan, bolehlah bermukim disini. Yang suka dengan kebisingan, tempat ini bukan milik kamu.

Rumah habib Syeikh Bentresh memuncak dihujung tepi pantai. Malam itu bulan terang. Mencerahkan sedikit yang kelam. Kehadiran kami disambut seceria bulan yang menyinar. Dengan senyuman tuan rumah menghangatkan pelukan tanda tarhib kepada kami.

Kami penuhkan ruang tamu rumah Habib Syeikh Bentresh. Aku melayan Habib Syeikh Bentresh dengan berbual santai. Berbual mengenai manaqib Syeikh Abdul Qadir al Jaylanie dan auliya yang lain. Aku betul-betul terhibur apabila duduk dengan Habib Syeikh.

Sambil-sambil mendengar nasihat orang tua mengenai pengalaman hidupnya, menambah buah perangsang bagiku buat pedoman hidup. Kadangkala, ramai orang muda yang tidak teruja dengan nasihat orang tua. Sedangkan orang muda sememangnya memerlukan pengalaman mereka supaya kita lebih tajam dalam membuat sebarang keputusan.

Pemuda hanya dipenuhi dengan semangat. Semangat kepemudaan itu ialah futuwwah. Futuwwah sememangnya menjadi syarat kepada elemen kesufian. Jesteru itu, menjadi sufi ialah larut di dalam futuwwah. Namun, sufi juga tidak menghilangkan sumber utamanya iaitu hikmah. Sementara hikmah dimiliki oleh orang tua yang terhasil dari natijah hidup mereka atau dipanggil pengalaman. Menjadi sufi ialah diri kepada futuwwah dan hikmah.

Bagaimana pula aku boleh menjauhkan diri dari para syuyukh, kerana mereka memiliki yang aku tidak miliki dan apa yang aku ingin jadi. Oleh kerana itu, sememangnya aku ternanti-nanti, bicara Habib syeikh. Mencari hikmah yang hilang bukanlah perkara yang mudah. Mendengar dengan taat. Takut ia pergi dengan desir angin, berlalu dengan cepat dan hilang tanpa aku mampu menangkapnya. Rugilah bagi diriku.

Setelah rindu pergi, aku memimpini bacaan Ratib al Attas. Manis sungguh pejumpaan malam ini. Dihiasi dengan bacaan Ratib yang menjadi teman para pencinta. Kemudian aku tambah dengan zikir – zikir syaziliyyah. Bertambah manislah malam itu.

“ Ini ana kenalkan Syed Alwi, menantu ana” ujar Habib Syeikh.

“ Ermm…” aku bersalaman.

Kami berbual mesra. Bermacam tajuk yang kami bualkan. Semacam kami sudah berkenalan agak lama. Masa bukanlah pengukur bagi sebuah kemesraan.

“ Asyik berbual aje, mari makan dulu” cadang Habib Syeikh.

“ Ya tak ya jugak.Mari makan, asyik berbual aje adati tadi” lunak Syed Alwi mempelawa.

“ tafadhal sidi “ aku membalas.

Makanan yang sedap dan mewah seperti satey disediakan untuk kami. Anak-anak muridku meratah makanan yang enak dengan agak sedikit lahap. Maklumlah, makanan yang jarang-jarang dirasai. Tentulah benda yang jarang merupakan suatu kenikmatan. Kalau sudah biasa, tentu meremang urat tengkuk dek kerana tiada selera.

Usai menjamah, kami segera bersidang kembali. Walau begitu aku memilih untuk membisu seketika. Membiarkan perut berfungsi dengan lancar menghadamkan nikmat yang dikurnia Allah sebentar tadi.

Setelah peluh dilap sebelum tertitik. Setelah membetulkan punggung demi keselesaan ketika duduk, barulah aku memulakan kata.

Perbualan kami masih menyambung isu tentang kewalian dan kisah beberapa ulamak besar. Beberapa soalan ditujukan kepada aku, khususnya bila menyebut beberapa ulamak yang berkaitan dengan Tariqah Syaziliyyah.

Beliau pula banyak menerangkan kepadaku ulamak yang bersusur galur dengan keluarganya. Menarik sekali. Banyak informasi yang baru aku terima dari beliau. Khususnya maklumat nasab bagi ahli keluarga Rasulullah dari sebelah Saidina Hussain.

“ Enta kenal Habib Ali al Iydrus tak ? “ tiba-tiba beliau bertanya.

Aku tersenyum dan sekadar menganggukkan kepala.

“ Enta pernah jumpa dia ? “ tanyanya lagi.

Sekali lagi aku mengganggukkan kepala.

“ Sudah tentu, beliau banyak karamahnya “ aku menyampuk.

Habib Syeikh Benterish sedang dari tadi menyengih sepanjang perbualan kami.

“ Pernah sekali tu, ana dengan beberapa saudara ana berbincang” Syed alwi memulakan ceritanya.

“ Kami berbincang pasal Habib Ali al Iydrus la “

“ Sudah berapa lama, Habib Ali sudah tidak pergi sembahyang jumaat “

“ Jadi, perkara itu membinggungkan kami “

“ sebab jelas perkara itu bertentangan dengan syariat “

“ Perbahasan kami memang panjang. Ada yang positf, ada juga negatif.”

“ Akhirnya, kami sepakat! Kami akan pergi menemui Habib Ali sendiri”

“ Lebih baik kami sendiri mendengar sebab dari mulut beliau. Maka kami pun bergegas pergi ke rumah beliau “

“ Sampai sahaja, habib dah menunggu kami di ruang tamu “

“ Setelah bersalaman, kami pun duduk di hadapan habib”

“ Belum pun sempat kami buka mulut, habib lebih awal berbicara “

“ Habib cakap : Ana tak pergi solat jumaat sebab sakit ! “

“ Habib sambung lagi : Kalau dia sihat, dia sendiri akan pergi solat “

“ Kami terkesima sebentar. Asalnya kami pergi nak tanya hal itu, tapi dijawab lebih awal lagi “

“ Kami akhirnya berbual soal lain aje “

Kemudian dia tersenyum. Aku membalas kembali senyumannya. Aku memang maklum bahawa kesihatan habib memang agak kritikal. Habib ada masalah dengan perkumuhan. Habib berpendapat ia tidak mahu menyusahkan sesiapa pun. Jesteru, habib tidak pergi solat jumaat. Bukankah itu, adalah perkara yang dibenarkan syarak.

Tetapi, bukan masalah kesihatan habib yang menjadi keutamaan. Malah, kewalian habib ditunjukkan melalui karamahnya. Bahkan kezuhudan habib itu menjadi karamah dan kemuliaan beliau berbanding manusia yang ada di bumi ini.

Kisah ini makin menguatkan sangkaanku terhadap habib. Moga Habib dikurniakan rahmat berpanjangan. Aku dan Syed Alwi meneruskan perbualan kami dengan kisah-kisah yang lain.

Aku teringat kepada sabda rasul : ( Zikrus Solihina Ibadah ) ‘ Mengeingati orang alim adalah ibadah ‘.

Ya Allah! Aku mencintai para solihin tetapi aku bukan dari kalangan mereka…Ya Allah! Jadikanlah aku seperti Habib Ali dan para solihin yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan