Khamis, 15 Julai 2010

Bila sotong berbicara !


“ Dan sesungguhnya Kami telah menyediakan untuk neraka Jahannam sebilangan besar daripada jin dan manusia, iaitu mereka yang mempunyai hati tetapi tidak menggunakannya untuk berfikir, mempunyai mata tetapi tidak menggunakannya untuk melihat, mempunyai telinga tetapi tidak menggunakannya untuk mendengar. Mereka sama seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah golongan yang lalai “
Al A’raf : ayat 179

----------------------------------------
Air itu berkocak deras. Kotak-kotak berbendera mula dimasuk ke dalam akuarium besar yang menempatkan sotong.

Sotong kurita yang masih berumur keanak-anakan itu, mula mendekati kotak-kotak tersebut. Memanjang-manjangkan kaki tangannya yang penuh dengan sarat penyedut bervakum itu bisa melekatkan apa sahaja yang boleh menjadi mangsa.

Tapi, kotak-kotak itu bukan mangsanya. Entah apalah gunanya kotak tersebut dimasukkan ke dalam ruang habibat kehidupannya. Dia mendekati dengan perlahan. Manalah tahu, benda tersebut adalah alat yang memerangkap dirinya untuk dijadikan santapan.

Sudah beberapa kali kejadian itu berlaku. Kerap juga dia melihat beberapa susuk tubuh manusia, akan terlompat-lompat bila dia memenuhi ruang kotak tersebut. Seolah-olah gembira dengan aksi yang dia tunjukkan. Keliru.

Kadang-kadang terdapat cahaya , dia pun tidak tahu apakah cahaya itu. Tapi, yang pastinya, dia amat terganggu dengan rutin manusia sekarang ini. Malah, semenjak seminggu dua ini, dia sering dikerumuni. Memerhati gelagat dia. Sering juga cahaya yang berkilau-kilau, membias dari akuarium tempat tinggalnya. Cahaya apakah itu yang sebelum ini tidaklah dia mendapat perhatian seperti ini.

Sedang dia berlagak seperti penyiasat dengan aksi gerak perlahannya. Menjelajah setiap ruang dalam akuarium itu, mencari ruang untuk bersarang. Sambil juga mencari makanan yang berbaki. Tapi, sotong itu sering masuk ke dalam kotak-kotak berbendera itu. Kemudian, tepukan manusia kedengaran.

Si burung kenari yang berwarna hijau berada di hadapan cermin akuariumnya. Burung itu mengetuk-ngetuk cermin, seolah-olah memanggil dia.

Sotong memandang sekeliling, jika sebenarnya si burung memanggil dirinya dan bukan makhluk yang lain. Bila memastikan dengan tepat, dialah orang yang dikehendaki burung. Bersegeralah sotong mendekati burung.

“ Apa hajat ? “ kata sotong sambil melekat kuat di cermin.

“ Wah! Dah terkenal di mata dunia, sekarang sudah sudah sombong” tempelak burung.

Ini sudah membangkitkan rasa marah sotong. Hari yang tenang itu diaruskan menjadi pusar yang kuat oleh burung yang entah dari mana datangnya.

“ Engkau siapa? “ tanya sotong.

“ Aku Mani, dari Singapura . Seekor peramal “ balas burung.

“ Ada apa jumpa aku ?”

“ Sudah tersebar seentero dunia yang kau memang penilik yang hebat “

“ Kehebatan kau mengalahkan seramai-ramai penilik dan peramal dari kalangan manusia”

“ Sebab itulah aku kemari untuk bertanya siapakah yang akan menang.? Blander ke atau Spainder ? “ tukas Mani siburung.

“ Begitukah? Untuk apakah mereka menyangkakan yang aku ini adalah penilik ? “ soal sotong.

“ Untuk tujuan judilah “ ujar Mani.

“ Wah, untung judi bukan sebarangan. Dalam surat khabar sudah menunjukkan jutaan ringgit telah dilaburkan. Yang terbaru hampir 4 bilion “

“ Memang mereka untung besar dari ramalan kau “ jerit Mani lagi.

“ Bodoh ! “ Sotong membalas jerit Mani si burung.

Sotong terus beredar . Tanpa menatap wajah Mani. Terkulat-kulat Mani melihat gelagat si sotong.

“ Itulah! Bila sotong berbicara! “ getus hati kecil Mani.

---------------------------------------

• Persoalan dia ialah, “ bodoh “ itu kepada siapa ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan