Isnin, 12 Julai 2010

Memahami mikraj



“ Ustaz telefon saya sekejap, ada benda penting yang saya nak bincang “. Begitulah sms yang ditulis kepadaku bila aku membuka kotak sms.

Aku segera menghubungi anak muridku. Pasti ada benda yang penting, jika tidak mengapa perlu menghantar sms begitu kepadaku.

“ Ya! Ada apa yang boleh ustaz bantu ? “ aku bertanya.

“ Dulu ustaz ada beritahu saya,yang saya ni, terlalu mendesak. Maka, ramailah awek tak suka pada cara saya tu “.

“ sekarang ustaz, saya tidak mendesak pun! Awek saya sendiri memutuskan hubungannya dengan saya “.

“ Saya tergamam dan terkelirulah ustaz, dengan hidup saya ! “ jawabnya dengan suara tersekat-sekat.

“ Seolah-olahnya kehidupan ini sentiasa berulang! “ tambahnya lagi.

“ Ermmm…. “

“ Beginilah! Untuk memahami kehidupan, kita kena pandang skop yang cukup luas.”

“ Tidak terbatas dengan pergaulan, sikap dan tindakan kita sahaja “

“ Kerana hidup ini,ia masih dalam lingkaran taqdir. Sementara kita pula, ialah sekadar penyebab yang kita usahakan “ aku mula menjelaskan.

“ Tidakkah kamu terfikir tentang sesuatu yang Allah jadikan, mempunyai sebab dan hikmah”

“ Oleh sebab itu, kita digalakkan untuk membaca maulid rasul. Supaya kita memahami dan meneladaninya setiap masa dan tindakan “

“ Cuba kamu fikirkan sejenak! “ Rasul itu, semua yang dia sayang akan meninggalkan baginda”

“ Sejak kecil tiada berbapa! Kemudia bila mendapat sayang ibu. Ibunya pula meninggalkan baginda”

“ Kemudian baginda membesar dan dijaga oleh Abu Talib sepenuhnya. Jika ada pembesar quraisyh yang ingin mengapa-apakan baginda, maka Abu Taliblah yang membelanya “

“ Nasib rasul berada di atas kemuliaan dan pangkat Abu Talib”

“ Ada seorang lagi yang nabi sayang. Juga membela dan menemankan Saidina rasul, iaitu Siti Khadijah “

“ Akhirnya, kedua-duanya pun wafat”

“ Maka terjadilah peristiwa A’m Khuzun bagi baginda. Tahun kesedihan di atas kewafatan Abu Talib dan Siti Khadijah “

“ Kamu tahu mengapa setiap orang yang nabi sayang akan pergi meninggalkan nabi ?” aku menyoal, kerana begitu panjang aku bercakap akan menyebabkan anak muridku akan bosan mendengarnya.

“ Tak tahu ustaz” balasnya.

“ Kerana Allah ingin hanya dia sahaja yang disayangi dan tempat bergantung ! Bukan pada makhluk “

“ Selagi baginda mengharapkan Abu Talib dalam urusan dakwah. Selagi itulah baginda tidak bergantung dengan Allah sepenuhnya.”

“ Rasul dididik oleh Allah melalui kehidupan yang baginda lalui. Begitu juga dengan diri kamu! “

“ Kehidupan mengajar kita “ jelasku.

“ Ermm….” Sekadar itu yang anak murid aku boleh berkata.

Aku meneruskan huraianku untuk memacu kefahaman yang jelas kepada anak muridku.

“ Jesteru, berlakulah peristiwa Israk dan Mikraj, untuk memujuk hati Rasulullah”

“ Mengikut kata tuan guru ustaz, sewaktu talaqqi di syiria sekejap dahulu. Sebenarnya Rasul dibawa bertemu dengan tuhan adalah kerana ingin memujuk baginda s.a.w kerana peristiwa tersebut “

“ Maka bertemulah baginda akan Allah taala. Walaupun ada khilaf disitu berdasarkan hadis riwayat Aisyah dan Ibn Khuzaimah “

“ Allah ingin menjelaskan kepada baginda bahawa Allah ingin baginda,hanya menyayangiNya dan betapa Allah menyayangi baginda. Hanya bergantung kepada Allah semata-mata dan tidak selainNya “

“ Maka, kerana cinta tersebut membawa kepada sebuah pertemuan”

“ Rasul begitu teruja dengan pertemuan tersebut. Tetapi rasul hanya bertemu diluar dari keterbatasan hadis atau makhluk “

“ Bagaimana pula jika di dunia, apakah cara untuk sentiasa bertemu dengan Allah ?“

“ Jesteru itulah, perintah solat sebanyak 5 waktu difardhukan. Solat adalah sebuah pertemuan “

“ Dalam solat, mempunyai ikatan ruhiyyah yang tinggi dengan ketuhanan. Sehingga nabi menginggatkan kita, keadaan bersujud itu adalah keadaan yang amat hampir dengan Allah “

“ Orang yang bercinta, mana mungkin boleh melupakan kekasihnya walau sesaat “

“ Maka Allah berfirman : (( Dirikanlah solat untuk mengingatiKu ))”

“ Apakah kamu masih belum nampak, mengapa Allah menjadikan taqdir kamu sentiasa ditinggalkan “

“ Allah telah memilih kamu untuk menyayangiNya. Dan Allah menyayangi kamu “


“ Jesteru itu Allah membuang semua manusia sehingga kamu putus asa dan bosan dan menggantikan hati kamu dengan Allah semata-mata “

“ Mana mungkin Allah berada dihati kamu sedangkan kamu mencintai selainNya “

“ Maka, Allah hapuskan kesemuanya. Biarkan ia kosong dan Allah akan memenuhinya “

“ Mengapa kamu perlu menyayangi orang yang tidak sayang kepada kamu. Sayangilah yang Meyayangi kamu “

“ Allahkan menyayangi kamu ! Kamu tidak akan menyesal “ tukasku dengan ajak panjang.

“ Ermmm….” Anak muridku bergetus.

Aku menatap wajahnya. Masih terus membungkam.

“ Menjadikan manusia itu dengan pelbagai tingkatan “

“ Ada yang dijadikan untuk menjadi pemimpin, ada yang kaya dan bermacam-macam lagi “

“ Sedangkan kamu dipilih Allah untuk menjadi kekasihnya “

“ Pergilah kamu bersihkan diri! Kemudian bersolatlah ! Kekasih kamu sedang menunggu kamu “

“ Kembalilah kepadaNya dan jangan selainNya. Cukuplah ia satu-satunya di hati kamu ! “ “ Pergilah ! “ arahku.

“ Betullah ustaz. Saya rasa saya sememangnya saya patut memilih jalan ini. Tuhan memanggil saya, tapi saya menolaknya “ jelasnya kepadaku.

Kisah Mikraj ialah kisah cinta. Kisah pencinta. Kisah Kekasih. Kisah pertemuan. Solat menjadi tiang kerana ia cinta. Tanpa cinta segalanya menjadi mati. Ruh menjadi mati. Solat bukan difahami dari nas sahaja, bahkan dari sudut zauqnya.

Maka yang menentu kepada kejayaan bukan solat Tetapi ialah perasaan khusyuk. Iaitu angau yang terhasil dari cinta yang terlalu mendalam. Menjadikan ia fana, menghapus dirinya dan tenggelam dalam cinta sehingga berkekalan pula rasa cinta itu. Baqa.

Tetapi khusyuk pula tidak akan dirasai melainkan dengan ibadah solat. Jesteru, solat menjadi tiang dalam diri seseorang. Solat menjadi berat bila mana tiada perasaan cinta. Dengan cinta membuahkan segalanya, malah menjadikan seseorang itu berkemampuan melakukan sesuatu diluar batasannya.

Allah berfirman : (( Sesungguhnya solat itu terlalu berat kecuali orang yang khusyuk ))

Rasul bangun ditengah malam dan berbenggak kaki kerana cintanya kepada kekasihNYa. Aduh! Kita melaungkan cinta tapi tiada buktinya. Jalan apakah yang boleh aku meraih cinta sedangkan amat menyalahi perbuatan cinta rasul kepada kekasihnya.

Allah berfirman : (( seandainya kamu mencintai Allah maka ikutilah aku ( Muhammad ))).

Jalan kami jalan rasul. Tapi kami tidak mampu menyamainya, barang sedikit pun.

Kepada sesiapa yang mengatakan hanya perlu bersolat dengan niat sahaja atau tidak perlu bersolat kerana kamu sudah sampai maqam dan sudah ingat dengan ingatan yang banyak. Kalian sudah sesat ! Kalian menyesatkan! Kalian bukan pencinta! Kalian sungguh bongkak ! Pergilah, kalian sudah syirik dan murtad! Bukan kalian murtad bukan kerana tidak solat, bahkan kerana qasad yang membeku dihati kalian.

Sedangkan rasul sebaik manusia. Malah lebih baik dari kalian pun bersolat. Kerana Rasul seorang pencinta! Kalian adalah perosak! Kalian sudah menyalahi jalan cinta kepada Allah.

Bersolatlah kalian, seolah-olah Allah menyaksikan kalian. Jika tidak, kalian menyaksikan Allah. Bermusyahadah dan bermuraqabah itu menjadikan pertemuan kalian cukup bermakna. Menjadikan solat kalian penuh tertib dan rasa. Makna pada perkataan, perbuatan dan rasa.

Solat akan menggangkat darjat kalian. Menggangkat kemuliaan kalian. Menggangkat ruh kalian. Sebaik-baik tempat. Kesemuanya akan mikraj menemui tuhannya .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan