Rabu, 25 Ogos 2010

Pencerahan dalam bertadarus.


(( Jibril as datang menemui Rasulullah s.a.w pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan, maka ia bertadarus al quran bersama Rasulullah s.a.w ))

Ada baiknya

Sejak aku mula masuk sekolah rendah, sememangnya aku sudah tahu kelas-kelas pelajar sudah dibahagi mengikut kepandaian. Aku bersekolah di SK KGV, di Ampangan, belajar dalam kelas 1 mawar hingga ke 6 mawar. Aku tidak pernah berubah kedudukan kelas. Kelas mawar adalah kelas yang terakhir jika dinilai dari sudut kognitifnya. Atau dengan bahasa mudah, kelas belakang sebab pelajarnya lemah dalam pelajaran.

Sementara kelas depan pula adalah kelas dengan bernama bunga yang lain. Disitulah letaknya pelajar-pelajar yang mahir berbahasa inggeris dan terpelajar pula. Disitulah anak-anak pembesar negeri dan golongan profesional menuntut ilmu. Sedangkan kami adalah anak-anak kebanyakan berstatus marhaen, menuntut ilmu dikelas belakang.

Kemudian aku melanjutkan pelajaran di SMK Jalan Sikamat. Masih lagi kelas para pelajar diasingkan berdasarkan keputusan peperiksaan UPSR. Cuma aku sedikit terpilih dan bertuah untuk menyambung pelajaran dalam kelas aliran agama atau dikenali dengan nama KAA. Namun begitu, kami masih dibahagikan kepada 2 kelas dan pembahgiannya masih sama iaitu melalui percaturan kognitif. Aku menuntut ilmu dalam kelas 1A1 hingga ke kelas 3A1. A1 membawa maksud sedikit pandai berbanding A2.

Selepas menjamah PMR, memungkinkan aku melanjutkan pelajaran di Maahad Ahmadi, Gemencheh. Aku dimuatkan bersama warga kelas khalid pada waktu itu. Oleh kerana aku mungkin kurang mahir berbahasa arab berbanding pelajar yang berkelulusan dari kerajaan negeri, maka aku diletakkan dikelas yang ke tiga. Tingkatan 4 mempunyai 4 kelas kesemuanya. Aku termasuk dari orang yang tak berapa cerdik pada waktu itu.

Namun, setelah berusaha bersungguh-sungguh, khususnya aku mampu untuk melonjakkan keputusanku dalam mata pelajaran senawi menjadikan diri aku berubah tempat ke kelas Saidina Abu Bakar. Kelas tersebut, warganya adalah pelajar yang cerdik dan pandai. Rajin, juga tekun dalam menelaah setiap pelajaran.

Suasana pembelajaran di kelas itu juga telah mengubah diriku. Dari suka bermain dan menjadi ulat buku. Dari suka berbual, menjadi seorang yang suka berkolabarasi dalam setiap perbincangan subjek. Aku betul-betul berubah. Mungkin terkesan dengan suasana dari setiap warga tersebut.

Apa-apa pun, yang aku ingin utarakan disini ialah, setiap aliran dan masa dalam tempoh pembelajaran aku, pelajar-pelajar telah dibahagi-bahagikan mengikut sukatan aras kognitif masing-masing. Yang cerdik akan bersama yang cerdik. Yang sederhana akan bersama yang sederhana dan yang lemah akan bersama yang lemah. Mahupun yang lembam akan disatukan dengan yang sama jenis dengannya.

Hatta,perkara ini menjadi begitu jelas, bukan hanya sekadar ia berlaku di dalam sekolah, malah ia dizahirkan melalui pembinaan sekolah yang dibina mengikut kognitif pelajar. Pelajar yang cerdik dan cemerlang dalam peperiksaan akan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh dan diberi dengan pelbagai kemajuan dan prasarana yang membanggakan. Bantuan melimpah ruah dari sudut, fiskal mahu pun dalamannya. Sementara kumpulan yang terarah kepada kognitif yang sederhana akan pergi ke sekolah rancangan khas, berasrama atau sekolah aliran biasa. Manakala pelajar yang menjadi bebanan akan bergegas ke arah kemahiran.

Formula yang merujuk kepada kognitif ini sudah mendarah daging dalam sistem pendidikan negara. Cuma, baru-baru inilah ungkapan liberalisasi dalam pendidikan mula melaung. Sudah ada yang berani untuk berubah dengan mencadangkan untuk menghapuskan UPSR dan PMR. Bergantung kepada PLBS atau apa sahaja bentuk penilaian baru sesuai dengan aliran behaviour dan bentuk kepelbagaian pendidikan yang lain. Reformasi pendidikan yang baru inilah yang akan menghapuskan sistem kiasu yang menjarah sistem kita dengan begitu lama sekali.

Walaubagaimana pun, usaha mencantas ini mesti mempunyai ruang yang cukup dibuktikan. Takut-takut bila sistem ini sudah tidak berupaya, ia akan kembali kepada asalnya. Penilaian kognitif. Usaha tersebut mestilah dilakukan secara berperingkat. Tidak terlalu mendesak. Biarlah ia seperti menarik rambut di dalam tepung. Rambut dikeluarkan dan tepung tidak berselerakan. Masih ramai yang khuatir dengan situasi ini. Kesannya masih ramai yang memberi reaksi yang pelbagai.

Namun, apa pun tindakan kerajaan dalam mereformasikan pendidikan, sistem kiasu ini jelas ada baiknya. Baiknya ialah :

1. Sesuatu yang boleh diukur nilai.

Sistem yang digunapakai ini sudah terbukti boleh mengukur nilai keupayaan seseorang dalam usaha menaakul ilmu yang ditempanya. Masakan tidak, apabila arah tuju pendidikan untuk mencapai tahap tertinggi ialah ke menara gading. Tempat orang-orang cerdik dan pandai. Jesteru, item yang hendak dinilai ialah kognitifnya.

2. Tidak mempengaruhi.

Seseorang itu boleh mengembangkan bakatnya berdasarkan keadaan sekelilingnya. Jika dia seorang terpelajar, namun duduk bersama orang yang malas dan lembap, lambat laun akan menumpulkan fungsi akalnya. Jika dia terpelajar dan duduk bersama cendiakawan yang lain, kepintarannya akan menghasilkan gelombang yang hebat.Ini adalah kerana sistem hidup akan mewakili sistem dan cara berfikir seseorang. Maka, mengelaskan pelajar berdasarkan pola pemikirannya adalah usaha tidak mempengaruhi mereka yang berbakat, supaya jangan tenggelam dan surut bersama orang yang tidak berkurnia.

3. Method yang sesuai.

Apabila pengelasan kognitif dibuat, khususnya para pelajar memudahkan seorang guru untuk membaiki kelemahan dalam kognitif , berdasarkan method yang sesuai dengannya. Jika di sekolah, pelajar yang cemerlang akan diajar dengan cara atau manhaj yang tertentu yang menggalakkan proses kecemerlangan dalam diri mereka. Malah mereka boleh belajar yang melebihi sukatan yang ditetap. Mereka mampu menjawab soalan aras tinggi dengan begitu mudah sekali. Kumpulan ini akan sentiasa memperbanyakkan latihan dan kurang penerangan. Mereka boleh menggunakan bakat diri mereka dan kemampuan diri mereka dengan membuat rujukan kendiri. Tetapi berbeza bagi golongan pelajar yang berada pada tahap pertengahan. Caranya sudah berbeza. Kumpulan ini boleh menghabiskan silibus tetapi masih memerlukan bantuan guru yang banyak untuk memahami sesuatu konteks. Jika kumpulan lemah, sudah tentu akan terjadi banyak perbezaan. Silibus tidak mampu dihabiskan dan cara mengajar pun berbeza. Soalan latihan pun sudah berbeza. Mereka hanya mampu menjawab soalan aras rendah dan bergantung sepenuhnya kepada guru mereka.

Apa pun caranya, seorang guru yang baik itu mampu membaca cara yang sesuai bagi setiap pelajarnya dan mengajarnya dengan menggunakan aras yang sesuai dengan mereka. Guru yang tidak baik ialah, guru yang tidak mampu membaca aras dan cara yang sesuai untuk pelajarnya memahami pelajaran. Sehingga mereka tetap menjadi jahil sepanjang tempoh pembelajaran mereka.

Aku berharap, aku adalah guru yang baik untuk mengajar anak murid-murid aku tentang al Quran, sepanjang madrasah Ramadhan ini. Aku berharap agar mereka mahir dengan al Quran, bukan hanya setakat membaca, malah kefahaman yang jelas dalam pentafsiran.

……

Pedagogi

Teori Beban Kognitif

Teori ini mencadangkan bahawa pembelajaran berlaku dengan terbaik dalam keadaan yang setaraf dengan rekabentuk kognitif individu. Berdasarkan kajian, ingatan jangka pendek mengehadkan bilangan elemen yang boleh ditafsir oleh seseorang individu (Sweller, 1988). Oleh itu, Sweller telah membina teori ini dengan menggunakan skema atau gabungan beberapa elemen sebagai asas pengetahuan bagi seseorang individu .

Peringkat Pertama: Ingatan Sensori

Di dalam peringkat ini, rangsangan dari persekitaran diterima melalui organ deria manusia, diproses dengan serta merta melalui perhatian dan pengiktirafan, iaitu meyingkirkan maklumat yang tidak penting dan menghantar maklumat yang penting dan releven kepada ingatan jangka pendek (Cooper, 1998). Proses ingatan sensori hanya berlaku dalam masa yang amat ringkas, iaitu di antara ½ saat hingga 4 saat sahaja. Ini adalah kerana rangsangan yang diterima sampai ke bahagian organ deria tidak akan kekal lama, tetapi dihantar terus ke stor ingatan jangka pendek hampir dengan serta merta. Sekiranya maklumat yang diterima dianggap kurang penting, rakaman deria bersama dengan ingatan jangka pendek akan hilang imejnya dalam masa beberapa saat sebagai lupaan.

Peringkat Kedua; Ingatan Jangka Pendek

Apabila ingatan jangka pendek menerima maklumat dari ingatan sensori, ia mengekodkan maklumat itu dalam bentuk yang bermakna serta mudah untuk diingati, Ingatan Sensori Digunakan untuk merasai informasi yang diterima Informasi berbentuk visual Informasi berbentuk audio Ingatan Jangka Pendek Digunakan untuk memproses informasi. Terhad kepada 9 elemen pada satu masa. Pemproses berlainan Ingatan Jangka Panjang Digunakan untuk menyimpan semua pengetahuan dan kemahiran dalam bentuk hirarki secara kekal. Tidak terhad kepada kapasiti iaitu secara gambaran, bahasa atau simbolik (Cooper, 1998). Maklumat yang dianggap tidak berguna atau terlalu rumit dikodkan akan disingkirkan dalam bentuk lupaan.

Maklumat yang boleh dikodkan akan disimpan dalam masa di antara 15 saat hingga 30 saat. Kadangkala, maklumat yang telah diproses dipanggil semula sebagai tindak balas ke atas situasi yang diperlukan.

Ingatan jangka pendek menggunakan tempoh yang singkat ini untuk memerhati dan mengiktiraf maklumat yang berguna, mengekodkannya dalam satu sistem yang mudah dikenali serta mudah diingat, kemudian menghantarnya ke stor ingatan jangka panjang. Maklumat yang kurang penting akan lenyap dalam proses lupaan. Kadangkala, maklumat tidak sempat dihantar ke ingatan jangka panjang, tetapi dipanggil semula dengan serta merta misalnya menjawab soalan guru sebaik sahaja selepas pengajarannya (Cooper, 1998).

Ingatan Jangka Panjang

Di akhir peringkat ini, maklumat baru yang disimpan dalam ingatan jangka pendek buat sementara akan dihantar ke ingatan jangka panjang untuk diproses lagi dan disimpan dalam jangka masa yang lebih lama hingga dipanggil semula sebagai tindak balas ke atas situasi yang diperlukan (Cooper, 1998). Seperti ingatan jangka pendek, ia juga mengalami proses lupaan, iaitu maklumat yang tidak digunakan atau keusangan atau kerana gangguan akan hilang dan lenyap.

Ingatan jangka panjang ini berfungsi menerima dan memproses maklumat yang telah dienkodkan secara kasar dari ingatan jangka pendek untuk disimpan dalam masa yang lebih lama, mungkin diantara beberapa minit hingga bertahun-tahun (Cooper, 21 1998).

Maka maklumat yang diterima akan diproses semula dan dipindahkan kepada satu sistem yang lebih mudah, lebih sistematik dan lebih sempurna seperti dalam bentuk sistem fail yang dibahagikan mengikut jenis dan kategori supaya mudah disimpan dan juga mudah dikeluarkan.

Jenis ingatan jangka panjang biasanya digolongkan dalam lima kategori seperti berikut: (Abu Zahari, 1988)

1.Ingatan intelektual: iaitu ingatan yang berkaitan dengan konsep, pengertian,, prinsip, hukum dan maklumat-maklumat abstrak.

2. Ingatan logik: iaitu ingatan yang berkaitan dengan maklumat rasional yang didapati melalui proses manaakul.

3.Ingatan hafazan : iaitu ingatan yang berkaitan dengan maklumat yang tidak diproses tetapi disimpan dalam ingatan jangka panjang dan akan dikeluarkan semula tanpa sebarang perubahan seperti menghafal sifir matematik.

4.Ingatan episodik : iaitu ingatan yang berkaitan dengan pengalaman dan peristiwa, khasnya yang berlaku dalam tempoh masa, tarikh dan tempat yang berkenaan.

5.Ingatan semantik: iaitu ingatan yang berkaitan dengan maklumat untuk digunakan membuat kesimpulan dan rumusan, membentuk generalisasi, prinsip, hukum dan rumus.

Maklumat yang diterima oleh ingatan jangka panjang adalah berasaskan maklumat dari ingatan jangka pendek. Kebanyakkan maklumat yang diterima dalam ingatan jangka pendek biasanya terdiri daripada pembelajaran kali pertama. Untuk memindahkan maklumat ini dengan lebih sempurna dan lebih kekal dalam ingatan jangka panjang, latihan berulang-ulang hendaklah diadakan (Cooper, 1998). Di samping itu, cara latihan hendaklah betul dan isi maklumat hendaklah berpatutan, khasnya dalam pembelajaran kali pertama.

Berdasarkan ciri-ciri ingatan yang dibincangkan dalam teori pemprosesan maklumat, implikasi teori ini terhadap proses pembangunan reka bentuk harus dititik beratkan. Dengan itu, keutamaan perlu ditumpukan kepada kesan tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya semasa pembelajaran pada ingatan sensori. Di sini kita patut mengurangkan rangsangan-rangsangan yang tidak perlu. Manakala strategi mengukuhkan ingatan jangka pendek perlu merangkumi prinsip perkembangan iaitu menghubungkaitkan unsur-unsur agar menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam masa yang singkat, demi membolehkan murid mengingatinya dengan cepat. Kedua ialah prinsip operasi iaitu dalam masa yang singkat, menumpukan pemikiran sahaja terhadap maklumat yang dipersepsikan demi memudahkan pengurusannya (Abu Zahari, 1988).

Pembelajaran

Menurut Cooper (1998), pembelajaran merupakan satu proses di mana maklumat (dalam bentuk pengetahuan atau kemahiran) dienkod ke dalam ingatan jangka panjang supaya mereka dapat dicapai dan diaplikasikan pada masa akan datang. Proses enkod akan dijalankan dalam ingatan jangka pendek dan di sinilah, hubungan antara maklumat dihasilkan dan kandungan maklumat akan diuji secara berulangan.

Maklumat dalam ingatan jangka panjang kita akan disimpan dalam skema. Latihan, pengalaman dan pendidikan formal akan menyumbang kepada skema yang berlainan bagi individu yang berlainan, terutamanya berkenaan dalam bidang pengetahuan yang sama (Cooper, 1998). Individu yang pakar dalam sesuatu bidang akan mempunyai skema yang lebih dalam, kaya dan kompleks daripada individu yang mempunyai pengetahuan asas terhadap bidang tersebut.

Proses pembelajaran akan lebih berjaya semasa maklumat baru jelas dikaitkan dengan skema terdahulu (Craig Errey et al., 2006). Jika kita telah mengenali asas bagi sesuatu topik maka adalah lebih mudah bagi kita untuk mempelajari sesuatu maklumat baru. Di samping itu, jika maklumat baru adalah bercanggah dengan apa yang kita tahu, proses pembelajaran akan menjadi lebih sukar. Tambahan pula, jika maklumat yang dipersembahkan antara struktur adalah tiada kaitan dengan domain atau langsung tiada struktur maka proses pembelajaran juga akan dilaksanakan dengan lebih sukar (Craig Errey et al., 2006).

Jenis Beban Kognitif Dalam Ingatan Jangka Pendek

Beban kognitif dalam ingatan jangka pendek boleh dibahagikan ke dalam dua (2) bentuk, iaitu beban kognitif dalaman (Intrinsic cognitive load) dan beban kognitif luaran (Extraneous cognitive load) (Cooper, 1998; Craig Errey et al., 2006).

Beban Kognitif Dalaman

Beban kognitif dalaman ditentukan dengan berdasarkan kesusahan (intrinsik semula jadi) kandungan maklumat yang akan dipelajari (Cooper, 1998). Beban ini tidak dapat dikurangkan atau diubahsuaikan dengan memperbaiki reka bentuk pengajaran. Tak kira bagaimana maklumat tersebut dipersembahkan, ia masih mengandungi elemen interaksi yang diwarisi.

Beban Kognitif Luaran

Beban kognitif luaran adalah berpunca daripada bahan pengajaran yang digunakan semasa persembahan maklumat atau proses pengajaran (Cooper, 1998). Tidak sama seperti beban kognitif dalaman, beban ini boleh diubahsuai dan dimanipulasi pada bahan pengajaran yang digunakan untuk membantu proses pengajaran. Keadaan di mana pelajar perlu menganalisis maklumat daripada pelbagai sumber dan mengintegrasikan takrifan-takrifan teknikal dalam glosari yang berasingan daripada teks merupakan salah satu contoh beban kognitif luaran yang biasa dijumpai (Craig Errey et al., 2006).

….

Method

“ Macam mana kamu buat tadarus tu ? “ soal ibuku kepadaku.

“ Macam biasa la mak, tapi saya ada teknik saya sendiri.” Aku menerangkan.

“ Macam mana tu ? “ ibuku membalas soal.

“ Begini mak, tadarus tu bermaksud belajar bersama-sama.”

“ Dia berasal dari perkataan arab iaitu “darasa”, membawa maksud belajar.

“ Bila ada imbuhan alif dalam perkataan itu, membawa maksud ianya berlaku secara 2 hala “

“ Jadi yang ditekankan ialah belajar dan bukan sekadar membaca. Membaca hanya sekadar wasilah untuk belajar dan kesannya ialah faham.”

“ Teknik saya ialah saya buat begini :

1. Bahagikan kumpulan-kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan membaca juzuk masing-masing
3. Setiap orang pula akan diberi juzuk untuk dibara secara persendirian di rumah “

“ Ish, tak bolehlah macam tu! “ ibuku membantah.

“ kalau disini, kami buat kumpulan besar dan semua orang kena baca.”

“ Tapi, mana yang tak boleh baca, dia tak boleh ikut serta.”

“ Eh, mengapa pula begitu? “ aku mencelah.

“ Sebab diaorang tak boleh baca, nanti salah. Berdosa pulak. Kami semua hendak beramal.” Ibu ku menjelaskan.

“ Hah! Itulah yang salahnya. Macam yang orang beritahu, maksud tadarus ialah belajar. Biasalah kalau salah waktu belajar. Dan tujuan belajar ialah membetulkan yang salah. “

“ Pertama mengapa dibahagikan kumpulan yang kecil adalah dengan beberapa sebab, iaitu :

1. Pelajar akan lebih memberi tumpuan. Menghilangkan kebosanan. Bayangkanlah, kalau seramai- ramai orang dalam kumpulan itu dan dia terpaksa mendengar sahaja. Kalau membaca Cuma sehelai halaman sahaja. Pastilah mendatangkan kebosanan.
2. Memberi banyak peluang untuk membanyak dengan banyak halaman berbanding kumpulan yang ramai peserta. Lebih banyak membaca akan memberi lebih banyak manafaat kepada kefasihan.
3. Dapat memperbaiki kesalahan secara intensif.
4. Dalam kumpulan tersebut, dibahagikan kepada 3 orang. Dan salah seorang itu ialah mereka yang mahir. Ia lebih dekat lagi kerana dibetulkan oleh rakan sendiri, berbanding orang lain, apatah lagi malunya mereka untuk baca dihadapan ustaz.
5. Dapat dibezakan orang yang mahir membaca dengan yang tidak mahir membaca. Dibuat kumpulan orang yang tidak mahir membaca untuk menyelaraskan method pembelajaran agar cepat mereka belajar dan memperbaiki mutu pembacaan.”

“ Secara umumnya mak, setiap proses pembelajaran mestilah mempunyai beberapa elemen, iaitu bahan mengajar, fokus tajuk, objektif p&p, silibus, method p&p dan pedagogi. Barulah proses p&p itu berjaya.”

“ Lepas itu, kalau nak ajar orang, mestilah kita mempunyai tajuk dan objektif p&p.”

“ Janganlah kita menegur mereka yang baru belajar atau yang tak beberapa mahir dengan kerap sehingga mereka berasa rendah diri dan tidak mahu lagi membaca. “

“ Berilah peluang kepada mereka untuk membetulkan kesalahan mereka. “

“ Bagamana tu? “ ibuku bertanya lagi.

“ Begini, kita mesti berobjektif walaupun dalam bertadarus. Tentukan objektif untuk mebuat pembetulan. Contohnya 3 hari membetulkan hukum izhar sahaja. 3 hari membetulkan ikhfak sahaja. Janganlah tegur yang lain-lain. Hanya ikhfak sahaja. Sehingga dia betul-betul faham. Kalau asyik itu sahaja yang dibetul selama 3 hari, insya Allah dia akan faham.Bacaannya menjadi lebih fasih. Madrasah Ramadhan selama sebulan barulah boleh melahirkan yang tidak pandai membaca al Quran akan menjadi fasih apabila menjadi graduannya.”

“ Tapi, budaya kita tak biasa membuat kumpulan kecil tu! “ ujar ibuku.

“ Betul tu. Orang setuju! Tetapi, tidak semestinya yang biasa itu adalah betul.Tambah pula budaya kita banyak mengikut sahaja. Kalau mengikut sahaja taklah salah sangat sebab masih dalam konteks mengikut perkara yang baik tetapi selalu menyangka buruk, itulah yang keji.”

“ Rasulullah akan bertadarus setiap malam dengan Saidina Jibril seperti yang terdapat di dalam hadis. Itu menunjukkan boleh tadarus walaupun 2 orang atau kumpulan yang kecil. “

“ Baiklah, kita ambil hikmahnya. Mengapa Rasulullah bertadarus berdua sahaja dengan malaikat Jibril? “

“ Sebabnya ialah, tadarus itu adalah berbentuk intensif dan eksklusif. Tumpuan untuk membuat pembetulan. Begitulah sebabnya, kalau disekolah-sekolah mereka membahagikan pelajar mereka mengikut kepandaian. Jika tidak pandai, maka disatukan untuk mengajar kepada mereka dalam bentuk yang sesuai.”

“ Pelajar yang lemah tidak bolehlah kita ukur dengan menegur mereka setiap kesalahan. Pasti mereka akan akan jemu dan tak habis membacanya. Malah mereka akan bertambah keliru kerana terlalu membebankan kognitif mereka. Jesteru itu, disekolah ada mata pelajaran yang meraikan pelajar dengan meyediakan sukatan yang minimum untuk dipelajari diperingkat galus atau singkatannya MAS. “

“ Jadi tindakan mengecilkan peserta tadarus atau dibuat dalam bentuk dua-dua masih ada waridnya daripada nas.” Aku menghurai panjang.

“ Yang bagi juzuk setiap seorang itu bagaimana pula?” ibuku mohon penjelasan dari kekeliruannya.

“ Beginilah mak, kalau dekat sekolah, mesti setiap guru akan membekalkan kepada anak muridnya latihan atau kerja-kerja rumah yang perlu disiapkan dirumah masing-masing.”

“ Apakah cukup kalau belajar disekolah sahaja?” giliran aku menyoal pula.

“ Mestilah tidak mencukupi.” Jawab ibuku pendek.

“ Ya, sebab itulah. Kerja rumah atau latihan yang diberikan adalah bertujuan untuk memahirkan pelajar tersebut.”

“ Namanya pun kemahiran. Bila kita menggunakan kalimah kemahiran, mahir akan merujuk kepada banyaknya latihan. “

“ Disekolah telah diterapkan 3 M iaitu membaca . mengira dan menulis.”

“ Seseorang yang tidak fasih membaca al Quran, tetapi jika kerap ia membaca, lambat laun pasti mahir atau fasih juga.”

“ Alah, macam pekerja menjubin abah lah. Dulu tak tahu langsung nak pasang jubin. Tapi kalau dah setiap hari disuruh pasang jubin, asalnya tak cantik sekarang sudah boleh pasang dengan cepat dan cantik lagi. Itu mahir namanya.”

“ Bak kata orang tua-tua kita, belakang parang, kalau di asah, lama-lama menjadi tajam juga.”

“ Jesteru, saya memberi juzuk agar mereka dapat membaca dengan banyak. Selain latihan ,dia dapat mempraktikkan sendiri ilmu tajwid yang diajar dan ditegur sepanjang bertadarus.” Aku cuba lebih tenang ketika menerangkan kepada ibuku.

“ Ermm..” ibuku hanya mendehem.

“ Satu lagi, lepas kami bertadarus, kami akan membuat sedikit kuliah tafsir supaya proses belajar bukan hanya tertumpu kepada belajar membaca sahaja. Tetapi, turut melibatkan kefahaman.”

“ Kalau yang lebih baiknya, bukannya hanya dari satu hala. Tetapi biar semuanya terlibat, seperti memberi pandangan dan lain-lain. Atau kita panggil ia sebagai diskusi atau bedah al Quran. Ini baru sesuai dengan kehendak tadarus atau belajar secara 2 hala.”

“ Jika tidak mampu, hanya sekadar membacakan terjemahannya sahaja. Biar apa yang dibaca beroleh kefahaman. “

“ Barulah tadarus akan memberi peningkatan pada setiap tahun. Pada tilawahnya dan tadabburnya. Cara inilah yang orang gunakan, sehingga ada beberapa anak murid orang yang tidak mahir mambaca, selang 3 ramadhan, mereka sudah mahir secara keseluruhannya.” Aku berkongsi dengan ibuku.

Kisah panjang mengenai tadarus ini masih menjadikan ibuku ditakuk yang lama. Katanya, masyarakat kampungku masih belum boleh menerima perubahan seperti itu. Ramadhan tahun ini, mereka masih mengekalkan dengan cara mereka. Yang tidak mahir masih menjadi seorang pendengar yang setia dan masih tidak bertarung digelanggang tadarus ini. Sampai bilalah mereka mampu bertahan untuk menjadi seorang pendengar? Aku masih menunggu keajaiban agar Ramadhan dapat menjana generasi al Quran yang unggul ( Jail al Quran al Farid).

1 ulasan:

  1. Promotional clothing Abercrombie and Fitch for sale or Abercrombie as a gift, will always be beneficial to Abercrombie Sale any business. This is Cheap Abercrombie a great way to impress consumers Abercrombie outlet and grow brand loyalty abercrombie Jeans and popularity. This is a quite flawless form of marketing. Your imprinted Abercrombie Pantslogo provides instant recognition. Abercrombie Tees These eye-catching articles of clothing are a foolproof way to increase profits and a cost Abercrombie Shorts effective form of marketing. Some use this plan to earn profits and then save them for future expenses. Abercrombie Sweaters You can get a huge range of promotional gifts or other promotional items on It is encumbered with a wide range of designs, styles and colours of assorted promotional items. These items can be used as promotional gifts and resourcefully distributed to the target customers to have a long lasting impression on them and make a huge profit in exchange.

    BalasPadam