Rabu, 1 September 2010

Kita akan terus dijajah!


“ Selagi kita lemah, kita akan terus dijajah! “

“ Mana ada ruang untuk kita membebaskan diri dan menikmati kebebasan kerana kita akan terus dijajah.”

“ kalau kau nak bebas, dengan melaksanakan segala apa yang engkau hendak buat, buatlah dunia sendiri dan keluarlah dari bumi tuhan atau mana-mana makhluk tuhanmu! “ guruku menerangkan kepadaku erti sebuah kebebasan.

Kebebasan pada guruku ialah mereka yang mendiami syurga sahaja. Kerana disana tiada sebarang undang-undang yang akan menghimpit kita. Tiada satu yang kehendak yang tidak dapat ditunaikan. Kita bebas, sebebas-bebasnya!

…..

Bentuk-bentuk penjajahan

Aku pernah mengikuti satu seminar perniagaan yang diadakan di dewan PGRM. Yang datang memberikan ucapan itu, orangnya hebat sekali. Tokoh tersohor dalam perniagaan. Tingkat motivasiku memuncak bila aku mendengar buah-buah motivasinya. Ingin sekali aku menjadi kaya tika itu. Apatah lagi bila dia bercerita beberapa koleksi pengalaman hidupnya dalam perniagaan.

“ satu hari ada satu parti. Jadi, ramailah yang hadir. Antara yang hadir ialah Mr Trumph.”

“ Siapalah antara kamu yang tidak kenal dengan Mr Trumph “dia berseloroh.

Kedengaran ketawa di dalam dewan yang besar itu.

“ Mr Trumph telah menyapaku dengan katanya : “ Hei, bagaimana dengan bisnes jam engkau”.”

“ Bila aku dengar kata Mr Truph begitu, aku segera berpaling darinya.”

Sunyi sekali dewan itu. Ternanti-nanti dia menghabiskan ceritanya. Ia sudah sampai klimaksnya.

“ Mr Trumph terus bertanya, “ Mengapa aku berpaling “

“ Aku beritahu dia, kalau nak tanya pasal jam, boleh tanya pada tokey swatch”

Semenjak itu barulah aku faham, manusia akan mempunyai pelbagai label pada pelbagai sudut yang ia pandang. Walaupun subjeknya sama, tapi tidak pasti maknanya serupa. Peristiwa itu menyebabkan aku teringat, sebuah buku yang bertajuk “ copycat 101 “ yang sudah aku baca.

Bila kita berkata kepada kanak-kanak tentang Mcdonals. Maka, yang ia nampak ialah permainannya. Bila kita berkata Mcdonalds pada remaja, yang dia nampak ialah burger dan makanannya. Bila kita kata Mcdonalds kepada pelajar lepasan sekolah, koleh atau universiti, yang dia nampak ialah peluang pekerjaannya. Kalau kita cakap McDonalds pada usahawan, yang dia nampak ialah sistemnya.

Subjeknya ialah Mcdonalds, tetapi cara manusia memandang adalah berbeza. Begitu juga, bila kita kata kepada budak sekolah, apakah itu merdeka? Mereka melihatnya adalah cuti. Kalau kita tanya kepada remaja, mereka menjawab ialah berbasikal dan memacakkan bendera. Kalau ditanya kepada menteri-menteri, yang mereka nampak ialah sambutannya. Kalau ditanya kepada pemikir, jawapannya ialah pembebasan dari penjajahan.

Maka, merdeka juga dilihat dari konteks yang berbeza dari golongan ugamawan. Apatah lagi golongan pencinta! Jesteru itu, marilah kita ketahui serba sedikit bentuk-bentuk penjajahan yang dipandang dari beberapa sudut.

1. Penjajahan tanah air


Penjajahan bentuk ini, kita tidak perlu membincangkannya, kerana negara kita telah melaluinya. Ditawan oleh portugis pada tahun 1511. Kemudian kepada belanda, inggeris, Jepun, MPAJA dan kembali ke British.

2. Penjajahan ideologi dan pemikiran

Negara kita ialah negara milik melayu yang beragama Islam. Melayu yang budayanya amat similar sekali dengan titik berat dan kepatuhan kepada Islam. Jesteru, Islamlah yang menjadi teras kepada ideologi dan pemikiran kepada melayu. Tetapi, melayu sekarang sudah tidak begitu lagi. Sekarang sudah ada melayu sekular. Melayu komunis. Melayu liberal. Melayu sosialis. Dan yang paling hebatnya sudah ada usaha untuk mewujudkan komuniti melayu kristian.

Islam bukan lagi jadi pemikiran melayu. Kerana melayu sudah mempunyai pelbagai pemikiran dan ideologi. Islam pada sudut pandang sisi melayu, Cuma undang-undang nikah kahwin, hal ehwal ibadat dan masjid atau surau. Sungguh berjaya pembawakan penjajah imperialis dengan janji manis mereka, hak milik masjid dan surau serta hal ehwal agama diserahkan kepada sultan-sultan. Sementara mereka mejadi pemerintah dengan undang-undang mereka. Undang-undang itu terlestari kini.

3. Penjajahan undang-undang

Dulu, melayu sudah mempunyai undang-undang mereka sendiri. Tetapi kini, tidak lagi. Lihat sahaja filem semerah padi. Jadi, kita pakai undang-undang siapa ya?

4. Penjajahan cara hidup


Allah ada berfirman : (( Tidak akan redha sama sekali, kaum yahudi dan nasrani, sehingga kamu mengikuti cara hidup mereka )).

Pakaian kita,cara makan kita, cara bergaul kita, cara bertemu kita dan sebagainya kalau sudah sama macam kaum yahudi dan nasrani, apakah itu tidak dipanggil penjajahan? Rambut-rambut melayu kini sudah tidak lagi hitam. Ia sudah berwarna. Wanita-wanita sudah tidak lagi bertutup kepala atau bertudung. Sendiri fikir, budaya apa yang mereka amalkan, jika itu bukan budaya melayu. Apakah itu tidak dipanggil penjajahan atau masih terjajah?

5. Penjajahan ekonomi


Sistem ekonomi sekarang, adakah ia milik budaya melayu.? Dengan ribanya, rasuahnya, monopolinya dan manipulasinya. Ia adalah budaya siapa? Kita menggunakan sistem ekonomi, yang bagaimana? Kapitalisme? Sosialis? Ini bukan dari kita! Jadi adakah tidak dipanggil penjajahan?

6. Penjajahan barang-barang

Perhatikan setiap ruang di dalam rumah anda. Semua peralatan dan perabot. Bertulis perkataan panasonic, pioneer, sanyo, matshusita, mitshubishi, toshiba dan lain-lain lagi. Memang jepun sudah lama pergi dari bumi kita tapi kita mereka menjajah kita dari sudut barangan mereka.

7. Penjajahan nafsu


Ini tak perlu diterangkan. Kita masih dalam Ramadhan. Lihat sahajalah sekeliling anda.

8. Penjajahan syaitan dan iblis.


Ini pun sungguh jelas, terang lagi bersuluh. Tidak perlu dijelaskan. Kita selalu tewas sejak Nabi Adam hingga kini.

Inilah serba sedikit bentuk-bentuk penjajahan dari pelbagai sudut. Mungkin masih ada lagi ruang pandang mengenai penjajahan yang tidak terukir. Jadi sama-samalah kita fikirkan !

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara!

1 ulasan:

  1. Promotional clothing Abercrombie and Fitch for sale or Abercrombie as a gift, will always be beneficial to Abercrombie Sale any business. This is Cheap Abercrombie a great way to impress consumers Abercrombie outlet and grow brand loyalty abercrombie Jeans and popularity. This is a quite flawless form of marketing. Your imprinted Abercrombie Pantslogo provides instant recognition. Abercrombie Tees These eye-catching articles of clothing are a foolproof way to increase profits and a cost Abercrombie Shorts effective form of marketing. Some use this plan to earn profits and then save them for future expenses. Abercrombie Sweaters You can get a huge range of promotional gifts or other promotional items on It is encumbered with a wide range of designs, styles and colours of assorted promotional items. These items can be used as promotional gifts and resourcefully distributed to the target customers to have a long lasting impression on them and make a huge profit in exchange.

    BalasPadam